: Bismillahirahmanirrahim ::
Akhi/Ukht muslim …
Masaku amat terhad untuk menulis. Namun atas nama muslim. Kutitipkan jua pena jundatullah sebagai perkongsian sebagai ibrah dalam perjalanan kita yang panjang…
Aku bicarakan lagi tentang dakwah dan tarbiyah..dan aku tidak akan pernah jemu untuk berkongsi dengan kalian tentang dakwah & tarbiyah.
Beginilah seandainya ‘dakwah’ itu boleh berbicara…:-
“Kamu tidak mengenali aku jika kamu bukan seorang da’ie. Kamu tidak mengetahui akan isi hati ku jika kamu tidak ikhlas dalam perhubungan ini. Dan kamu akan terus mendiamkan diri, membisu kerana kamu tidak yakin dengan suara hati mu …dengan kehendak naluri mu ….dengan secebis hatimu yang telah terusik dan secubit cinta mu yang telah aku miliki dan pastinya kamu akan kehilangan aku selama lamanya … ya selama lamanya!”
Dia sentiasa berbicara dan memanggil kita supaya kita membuat satu keputusan dalam hidup. Sama ada memilikinya atau kita meninggalkannya.
Pilihlah. Bersamanya atau meninggalkannya. Tidak ada jalan tengah antara itu.
Kenapa kita masih ragu ragu. Kenapa kita harus mendiamkan diri. Memendam perasaan. Membiar cinta dan kasih kita semakin tawar?
Kiranya kita yakin….
Harunginya. Pecahkan kebekuan hati kita. Hangatkan kembali cita cita kita. Jangan berhenti. Jangan melamun. Jangan mundur!
Mari kita tembus dinding waktu itu mengerakan hidup kita agar terjelma satu team yang akan terus bergeliat dan bergerak dalam kebajikan tanpa henti.
Begitulah seruan demi seruan dakwah menyeru kita agar kita bersamanya.
Memang terkadang sukar untuk kita membuat pilihan dalam hidup. Tapi mau tidak mau kita harus memilih. Bukan dua atau tiga tapi hanya satu dalam hidup ini.
Jika kita pilih dakwah! Seperti yang kita tahu. Akan compang campinglah dunia kita. Akan terlukalah kita. Akan terasinglah kita. Akan sunyilah kita. Akan terpenjaralah kita. Akan terikatlah kita dengan kerenah kerenah dunia.
Inilah yang kita sedia maklum. Dan telah terbukti bagi yang telah melaluinya!
Namun itulah keuntungan yang didapati oleh setiap duat dalam menfaatkan masa hidupnya untuk beramal solih dan melaksanakan kewajipannya.
Justeru bagi orang yang tidak memilih jalan dakwah, mereka merasakan kewajipan ini sebagai satu beban yang terpikul dipundak mereka. Dan beban itu seolah olah bagai seekor hantu raya yang duduk ditengkoknya. mencengkam dan menekan dengan kukunya. Dan mereka menderita dalam tekanan.
Bagi yang memahami dan memilih jalan dakwah, mereka amat berbeda. Mereka memahami masuliyah Allah itu dengan alfahmu yang indah dan amat menyenangkan kerana bebanan bagi duat itu adalah;
· Peluang terbesar untuk mendekatkan diri kepadaNya.
· Peluang untuk membaiki dan meningkatkan kualiti diri kita.
Sebagai tangga untuk memperoleh cinta Allah yang mana dengan cinta itulah akan terjaga dan terjauhnya diri kita dari sedutan graviti dunia dan memfokuskan diri kita menjadi insan rabbani. Yang dekat dengan Rabbnya.
Sebagai penggerak didalam jamaah dan sebagai naqib didalam usrah tidaklah semudah yang disangka.
Apalagi untuk menjadikan halaqah dan usrah itu sebagai ‘ USRAH MUNTIJAH ‘.
Amat memerlukan kerja yang penuh dengan komitmen kerana dunia dakwah kita memasuki era yang kompetitif.
Era yang penuh ujian yang menentukan kita bertahan, maju atau kita terkikis dek zaman.
Kita kena tahu Junud addakwah itu.
Tabiat dakwah itu. Agar kita dapat menjadikannya cerdas, penuh semangat dan lebih bertanggungjawab.
Trend tarbiyah didalam usrah juga harus berubah!
Bukan hanya bertemu lutut kelutut untuk menadah pengisian. Atau hanya menghayati ukuhuwah semata sambil bermain main dengan banjir airmata tapi harus mewarnakan diri a’dha a’dha kita menjadi kader militan yang memiliki kekuatan jiwa dan kehendak dengan memberi mereka target target tertentu untuk mencapai KPI Usrah.
Usrah harus ada target dan KPI nya.
Target untuk melahirkan naqib atau murabbi.
Target untuk menambah ahli dalam masa setahun dan sebagainya mengikut kreativiti.
Jangan jadikan usrah sebagai majlis taalim yang tidak memberi apa apa makna sekalipun.
Memang aku tahu dikalangan kamu telah lama berusrah dan berhalakah tetapi sesekali kita harus mengaudit danmemuhasabah akan kepimpianan kita dan ke Muntijahan usrah itu supaya kita tidak banyak membuang masa dalam mentarbiyah benda yang sama dan orang yang sama setiap tahun.
Kreativiti amat penting bagi seorang naqib untuk jamaah itu sampai kepada ahdafnya.
Inilah iltizam kita dengan dakwah ini.
Akhirnya,
Satu lagi yang aku ingin ingatkan pada kamu wahai murabbi dan murabbiyah! Yakni akan tarbiyah ruhiyah! Jangan abaikan kerana disinilah sendi kekuatan USRAH MUNTIJAH itu.
Kamu wahai murabbi kena tahu bahawa Al-khibrah binnufus ( Memahami aspek kejiwaan ) adalah salah satu syarat dari 3 syarat untuk menjadi murabbi.
Tanpanya kamu akan gagal menjadi murabbi!
Kita kena tahu bahawa kerja seorang murabbi tidak lain adalah untuk menghidupkan jiwa, bergumul dengan nya, menyatu dengannya dan menjadikannya sasaran yang pertama dan terakhir dalam proses tarbiyah.
Jiwa manusia dan jiwa anak binaan kita tidak seperti gigi sikat. Sama dan rata sahaja.
Jiwa manusia berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang lemah. Ada yang kuat. Ada yang peka. Ada yang pekak. dan ada yang over sensitif serta hindustani mere muhabbat nehi au nehi. Ada yang lembut. Ada yang keras dan ada yang bebal dan lugu.
Justeru itu kita sebagai murabbi seharusnya dapat handle perangai mereka dengan sifat kejiwaan mereka dan berhati hati dalam menanganinya dan janganlah terlalu tegas keras dan kasar kepada orang yang jiwanya halus dan hindustani melainkan kamu hadapinya dengan lembut dan begitulah sebaliknya pada jiwa yang kasar hadapinya dengan ketegasan.
Dan inilah yang telah diajar oleh Rasullulah yang sentiasa berhadapan dengan sahabatnya yang berbagai ragam dan kita sebagai murabbi ini kena melihat sikap beliau kerana beliau adalah sebaik baik murabbi jiwa bagi kita.
Hanya ini yang mampu ku coretkan buat tatapan kerana aku kini amat bimbangkan tentang tarbiyah & dakwah... Entah bila aku akan menulis lagi ….
..Perkongsian menyubur jiwa..
:: Jundatullah (Bait Srikandi) ::
Ya Allah..istiqamahkan aku dijalan ini..