salam..selamat menempuhi peperiksaan.. kunci kejayaansebenarnya berada di tangan kita..terpulanglah samada kita nak membukanya ataupun tidak..



salam imtihan buat semua siswa/ siswi apium nilam puri..


Sebatang buluh yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang buluh yang lainnya.
Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon buluh itu. Dia berkata kepada batang buluh itu “ Wahai buluh, mahukah engkau sekiranya engkau ingin ku kupakai untuk ku jadikan paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawah kepunyaan ku ?? ”
Batang buluh itu menjawab, “Oh tentu aku mahu sekiranya dapat berbakti dan berguna bagi engkau, Tuan. Tapi bagitahulah aku apa yang akan kau lakukan padaku untuk menjadikan aku paip saluran air itu?? ”

Sang petani menjawab, “Pertamanya, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpun yang indah itu. lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu.

Setelah itu, aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, kau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur.”

Mendengar akan hal itu, batang buluh itu lama terdiam….., kemudian dia berkata kepada petani, “Tuan, tentu aku akan merasa sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan merasa ketika engkau membuang cabang-cabanngku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah batangku yang indah ini, dan pasti aku tak tertahan ketika engkau mengorek –gorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan melalui semua prose situ, tuan?? ”

Sang petani menjawab pertanyaan batang buluh itu, “Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu, aku memilihmu kerana engkau yang paling kuat dari semua batang buluh yang ada pada rumpun ini. Jadi, tenanglah.”
Akhirnya batang buluh itu menyerah, “Baiklah,tuan. Aku ingin sekali berguna dan berbakti padamu. Inilah aku, tebanglah aku, peruatlah sesuai dengan yang kau kehendaki.”

Setelah sang petani selesai dengan pekerjaannya, batang buluh yang dulunya indah dan yang menjadi penghias halaman rumah sang petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.



Pernahkah kita berfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak surut-surut?? , mungkin ALLAH sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-NYA. Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, ALLAH sedang menjadikan kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak elok pada pandangan-NYA. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana ALLAH tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi, kita biarkanlah ALLAH bebas berkarya dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-NYA.

Seperti batang buluh itu, mari kita berkata, “Inilah aku hambaMU ya ALLAH, perbuatlah sesuai dengan yang KAU kehendaki ”
Daripada mana kita datang??...ALLAH dan kepada siapa kita akan kembali??...ALLAH. Jadi, ikhlas, sabar dan redha lah dalam kembara menuju ke negeri abadi.

Wallahua’lam..


:: jundatullah ::



MUSLIMAT TARBIYAH…

Layakkan diri anda digelar muslimat tarbiyah selepas melalui proses pentarbiyahan yang mana banyak melahirkan jundi-jundi yang hidupnya hanyalah untuk ALLAH??
Muslimat tarbiyah:-

*Keyakinannya tinggi terhadap aqidah yang sohih ..-lantaran itu dia beriman dan melaksanakan tuntutan syahadah.
*Hatinya dipandu pada ALLAH dan perjuangan Islam.
*Ibadahnya hanya untuk mendapat redho ilahi..malah menjadi suatu hiburan baginya.
*Akademik tetap yang utama dan terutama baginya.
*Akhlak sebagai bunga penyeri bagi dirinya
*Berdisiplin.
*Menjaga hablunminallah wa hablunminannas.
*Pemikirannya stategis dan mampu merencana perancangan buat masa depan Islam.(think-tank)
*Dirinya tegas dalam menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan.
*Jiwanya kental
*Harapan dan penggantungannya diserahkan seluruh pada ALLAH.
*Walau dirinya dicaci dihina, disambut dengan iman.
*Tidak bertindak mengikut emosi.
*Kuat dan cergas fizikalnya.
*Pantas dan sistematik.
*Cintakan ilmu.
*Bila bercakap, cakapnya adalah zikr, bila diam..diamnya itu berfikir.
*Berani mengatakan kebenaran walau dirinya akan terluka.
*Berdikari.
*punyai sekeping hati yang penuh dengan kasi dan sayang.
*Baginya ukhuwwah fillah yang akan memudahkan baginya jalan ke syurga.
*Cita-cita tertingginya :- menjadi as-syahidah!


Setuju atau tidak jika saya katakan anda tidak layak digelarkan Muslimat Tarbiyah, seandainya:-
*Ragu-ragu dalam keyakinan pada tuntutan Aqidah
*Ibadah sambil lewa..yang wajib pun buat ala kadar, yang sunat, ditinggalkan terus.
*Hati yang masih diselubungi cinta manusia melebihi cinta ALLAH
*Akademik jatuh dan study terabai.
*Sentiasa punyai masalah dalam berukhuwwah.
*Akhlak teruk.
*Tiada Ruh Perjuangan.
*Tidak berdisplin.
*Malas menambahkan ilmu.
*Lebih mengutamakan pandangan manusia.
*Masih meletakkan kepentingan peribadi di depan.
*Mudah terasa hati dalam hal yang remeh temeh
* mudah melayan perasaan.
*tidak berjaya mengawal emosi.
*mudah melenting apabila dikritik.
*fizikalnya lemah dan mudah jatuh sakit.
*Pentingkan diri sendiri.
*Penuh hasad dengki dan tiada semangat ingin maju.
*Kurang berfikir.
*Hanya menunggu orang memberi, malas untuk menjadi tangan yang menghulur.

Ape-ape pun….ni baru sedikit , tepuk dada tanya iman..
Muslimat tarbiyah adalah orang yang mampu hidup dan mati semata-mata untuk perjuangan islam. Tiada keraguan dalam hatinya tentang janji ALLAH..dia akan cuba berusaha meletakkan dirinya termasuk golongan yang muttaqin..
Walaubagaimanapun, jangan salahkan Tarbiyah andai anda belum layak digelar muslimat tarbiyah…kerana tarbiyah tidak pernah salah..yang salah dan silap adalah bilamana, orang yang ditarbiyah itu tidak mengambil tarbiyah untuk digarap dalam dirinya agar menjadi muslimat tarbiyah yang unggul.







Diriku,
Kau tidak bodoh...
Andai kau gagal selepas kau berusaha,
Kerana itu 1 ujian & dijanjikan pahala
Bakal mengangkat darjatmu di sisiNya
Jika kau redha, sabar & terus berusaha.

Tetapi kau memang bodoh...
Jika kau langsung tidak berusaha
Kerana pasti kau akan gagal & menderita
Tiada nilaian pahala drpdNya
Malah kau pula menanggung dosa
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga...


diriku : jundatullah

Aku bukan dewa ..

Yang segalanya mampu menjadi luar biasa..

Aku bukan malaikat..

Yang tidak mempunyai dosa…

Aku Cuma manusia biasa..

Punyai jasad yang masih bernyawa.

Jua hati yang punyai berjuta rasa..

Aku Cuma insan biasa…

Yang tetap akan merasa kecewa..

Yang akan merasa pedihnya terluka..

Aku juga punyai mata..

Yang tak mampu ku tahan..

Keluarnya air dari tubirnya..

Ku telan kepahitan demi kepahitan..

Kerana ku punyai sekeping hati

Yang masih mengharap Cinta & Rindu ILAHI..

Kerana ruh jihad yang menjalar ke seluruh urat sarafku..

Menyatakan..aku tidak boleh berterusan membuai rasa terkilan…

Dan akhirnya..

Aku pasakkan ruhul jadid..

Takkan ku toleh suramnya lembaran yang lalu..

Takkan surut walau selangkah..

Takkan henti walau sejenak..

Ku mengemis cinta ilahi..

Ku mendamba syahid abadi..


Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI,
Jangan pernah berhenti berdoa pada RABBI..
Kerana HARAPAN adalah MASA DEPAN,
Kerana HARAPAN adalah sumberKEKUATAN,
Kerana DOA adalah pintu KEBAIKAN,
Kerana DOA adalah SENJATA orang BERIMAN....

setiap insan punyai impian dan harapan..dan wasilah menggapai harapan ialah doa..

hakikat sebuah kehidupan..pahit manis menjadi hiasan dan coretan dalam perjalanan.. saya juga punyai harapan yang sentiasa saya panjatkan dengan doa pada-NYA yang sentiasa mendengar setiap butir bicara permintaan hamba-NYA..

Harapan cinta & rindu saya adalah cinta & rindu ILAHI & Rasulullah yang utama..
kerana ianya pasti membolehkan harapan saya ke syurga menjadi nyata..
kerana cukuplah cinta-NYA yang memenuhi ruang jasad dan dada..

Harapan saya, dapat bertemu arwah ayahanda tercinta di syurga sana..
kerana ayahanda yang tercinta telah lama meninggalkan alam nyata..

Harapan saya, ibunda yang berpenat lelah, mendidik dan membesarkan diri ini..memperoleh bahagia..kerana dialah ratu di jiwa..

Harapan saya, sahabat-sahabat yang sekian lama bersama-sama menelan pahit-manis perjuangan menjadi teman usrah saya di syurga..
kerana saya mengasihi mereka semata-mata kerana-NYA..

Harapan saya, pertemuan mata dengan para syuhada' yang terkorban dalam memastikan ISLAM terbela..

Harapan saya, ISLAM kan dijulang tinggi di mata ummahnya..

Harapan saya, andai mata ini terpejam rapat,,, ISLAM kan tetap ada pewaris perjuangannya..

Harapan ini saya salurkan melalui doa..

Harapan dalam jiwa seorang hamba pada Khaliqnya..

Harapan yang bisa bergema andai ia boleh bersuara...

:: jundatullah_ 2.april.09 ::




" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? "
tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.


jundatullah : from iLuvislam.

WELCOME TO THIS SITE!