Tuesday, December 31, 2013

Tanda Tanya


Semalam Jim berdiri depan cermin agak lama, 5 minit rasanya sambil pegang pipi kiri kanan.

Saya tanya apa yang dia tengok.

"Jim tengok jerawat ", selamba dia jawab.

Itu bukan jerawat anak, itu ruam :D

Esok kena pegi tengok jalan untuk ke sekolah Jim sebab saya yang akan ambik Jim waktu balik.

Van sekolah belum dapat, acik kenalah berkorban buat sementara.

Esok juga nak cari diari baru, tahun ni lambat pulak beli diari.

Selalunya seminggu sebelum tahun baru datang saya dah beli.

Bila tengok senarai rupanya banyak kerja yang perlu saya buat esok.

Kalau dapat main ombak esok alangkah seronoknya.


Monday, December 30, 2013

Bulan Tanpa Madu

Dia suruh saya pergi bercuti.
Pengginapan dan makan minum dia dah bayar semuanya.
Tak eloklah tolak rezekikan.
Dekat saja, di Agrotek, Sg.Semungkis, Ulu Langat.



Bilik saya.


Gambar hadapan bilik saya, bilik Rumbia.
Kalau famili besar tak berapa sesuai sebab bilik Rumbia ni agak sempit.



Suka tengok wajah comel anak-anak ni yang teruja berebut gula-gula.


Teringin nak mandi sungai tapi tempatnya terbuka sangat.


Dari rumah saya ke sini hanya lebih kurang 1jam, tu pun sebab sangkut kat Ampang Point.

Bestnya tengok orang dok terjun dari titi masuk dalam sungai.

Bercuti sambil cuci apa yang patut.

# Terima kasih untuk Datin Anis, UTM, atas komen yang pedas-pedas.#

Tuesday, December 24, 2013

Hanyut


Bulan sabit
Yang jatuh di pelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Airmata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di bening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi hingga sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini


Dah tau minum kopi boleh buat kepala pening kenapa minum juga?

Tanggunglah azab sengsara sendiri.

Monday, December 23, 2013

Anak Kecil Main Api

Entah kenapa dia sangat tertarik untuk memerhatikan 4 orang budak itu.

Mereka dalam lingkungan 10-6 tahun.

Dia perhatikan mereka menuju ke rak roti, dan kemudian ke rak air kotak.

Dia perhatikan lagi mereka menuju ke rak buah-buahan dan mengambil beberapa biji epal merah.

Dia perhatikan mereka seperti agak tergesa-gesa.

Dan mereka lenyap dalam bilik yang disediakan untuk mencuba pakaian di pasaraya itu.

Dia tegak berdiri di tepi pintu bilik, berharap apa yang dia lihat hanya khayalan semata.

Setengah jam kemudian keempat-empat orang budak itu keluar.

Cepat-cepat dia menghadang mereka.

"Kakak nampak apa yang awak semua buat kat dalam tu".

Wajah keempat-empat mereka berubah tapi sekejap saja.

"Kami lapar, mama shopping lama sangat, kami ambik la roti dan makan dulu".

"Kenapa tak cakap dengan mama yang awak ambik roti dan makan dalam tu?"

"Nanti mama marahlah, lagipun kitaorang selalu buat macam ni, tepilah, kakak ni sibuklah", dan mereka terus berlalu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah.

Terkejut, kelu seribu bahasa. Beraninya anak-anak kecil itu.

Friday, December 20, 2013

Sarat

Selalu ingatkan diri, jangan sakiti orang, juga jangan sakiti diri sendiri.

Tapi, tetap buat jugak dua perkara ini.

Kadang-kadang buat dengan alasan.

Kadang-kadang buat tanpa alasan.

Kalau sekarang orang ajak buat terjunan bungee saya berani.

Sebab dah macam takde rasa dalam diri.

Seronok tengok kanak-kanak berlari di padang dalam hujan lebat.

Alangkah bagusnya kalau dapat sertai mereka.

Bergelak ketawa.




Thursday, December 19, 2013

Lagu Kita


Semalam tidur pukul 2 pagi.
Siapkan dokumen yang perlu di faks pagi ni.

Sampai ofis baru perasan terbawak dokumen yang salah. 
Dokumen yang perlu di faks ada kat rumah.
Rasa nak luruh airmata.
Rasa gelap dunia.
Rasa semua orang tak sayang kita, :D
Mujurlah masih sempat meredah kesesakan dan selesaikan segalanya

Kompressor kereta dah mengalunkan macam-macam melodi.
Penghawa dingin pun dah tak sudi nak berkompromi.

Aduh! 

Banyak yang perlu di lunasi.

Banyak yang menggganggu emosi.

Berharap sangat dokumen yang di faks tadi boleh buat saya senyum nampak gusi.







Wednesday, December 18, 2013

Budak Botak

"Semalam duit saya RM50 hilang, saya pasti saya letak atas meja dan tindih dengan pasu bunga kecik tu".

Cerita orang pertama.

"Saya pun hilang duit jugak, mulanya ingat anak-anak yang ambik".

Cerita orang kedua.

"Duit budak-budak dalam rumah selalu hilang sekarang, pening memikirkan".

Cerita orang ketiga.

Saya dalam dilema nak percaya atau tidak cerita mereka.

Sebab mereka bukan orang yang suka menipu, suka mengarang cerita.

Mereka adalah ahli-ahli agama yang bertauliah.

Kata mereka senyap-senyap saja, jangan di riuhkan pada tetangga kerana mereka sedang cuba memerangkap budak botak aka toyol yang berleluasa di taman perumahan kami.

Ada yang sudi nak temankan saya tidur malam ni? Meremang bulu roma :D

Tuesday, December 17, 2013

Ikan Di Laut


Kawan mak bagi buah asam keping.
Taktaulah betul ke nama gitu :D
Seumur hidup saya tak pernah tengok lagi.


Mak hiris nipis-nipis.
Rendam dalam air garam 3-4jam.


Kemudian jemur.
Musim tengkujuh kena ambik masa seminggu untuk dia jadi betul kering.

Susah jugak rupanya nak dapatkan asam keping.

Monday, December 16, 2013

Duri

Dia cakap dengan ramai orang saya dan dia kawan baik.

Tapi....

 Saya sms hari Isnin, hari Jumaat baru dia balas.

Saya email 1hb, 15hb baru dia jawab.

Saya bersedih dan mintak pinjam bahu, masa tu lah dia tak dapat di cari.

Saya ketawa, boleh pulak selamba dia datang berkongsi.

Kawan baikkah ini?

Tepuk dahi sendiri.



Thursday, December 12, 2013

Hajat


2 minggu abah dan umi pusing-pusing cari tadika untuk Jim.

Akhirnya, keputusan di capai semalam.

Jim akan sekolah di Tadika Universiti Islam Antarabangsa.

Abah dan Umi pilih tadika ni sebab :

a. dekat dengan rumah atuk

b. dekat dengan acik jugak

c. senang paking waktu pagi masa nak hantar Jim

d. Jim suka dengan sekolah ni sebab ada kelas renang :D

Tahun depan dah tak boleh minum susu dalam botol ye anakku :D



Wednesday, December 11, 2013

Gelombang



Minggu lepas kawan suruh cuba syampu herba.

Terkenal syampu ni, tapi saya tak pernah beli sebab hanya ada jual di farmasi.

Dah orang bagi percuma maka marilah kita cuba.

Semalam, saya pun cuci rambut dengan syampu herba tu.

Wangi, tapi lagi wangi syampu yang biasa saya guna.

Tengah sedap tengok tv, tiba-tiba hidung saya menangkap bau pencuci lantai.

Saya jenguk dalam bilik air, takut ada yang lupa tutup pencuci lantai.

Tapi semuanya nampak ok.

Saya duduk balik, dan tiba-tiba saya rasa bau pencuci lantai datang dari rambut saya sebenarnya.

Cepat-cepat saya cium rambut saya, bau wangi.

5 minit kemudian saya cium rambut semula, bau macam pencuci lantai pulak.

Salah hidung saya atau apa sebenarnya?

Tuesday, December 10, 2013

Rancangan Masa Depan

Kami suka sangat makan kuih lopes.
Sorang makan 4-5 biji.
Maka, mak pun belajar buat lopes dengan cara mudah lagi cepat.



Basuh beras pulut dan rendam dalam pewarna hijau dalam 3-4jam.



Kemudian toskan.

 Kukus macam buat pulut kuning.


Bila pulut dah masak,ambik dalam 3-4 sudu besar dan masukkan dalam plastik.
Dan tekan kuat-kuat, padat-padat.
Dan leperkan.


Dan, sedia untuk makan.
Sekilo pulut boleh dapat dalam 40 biji.
Tu pun sebab kami buat besar-besar, puas hati makan kata mak :D


Monday, December 9, 2013

Berenang di tepian

Semalam, 8 Disember, hari lahir anak buah yang ke 14 tahun.

Kami panggil dia bang long, sebab dia anak sulung dan juga cucu sulung.

Sms dia, ucap selamat hari lahir dan tanya apa yang dia nak.

"Belikan bang long uniform dengan kasut sekolah je", dia balas.

Dalam hati kata, "bagusnya dia mintak pakaian sekolah, senang dan berguna".

Dan bang long sms lagi, "seluar jenama dot dot dot, baju jenama dot dot dot, kasut jenama dot dot dot".

Dan bila saya gugel jenama pakaian sekolah yang dia mintak tu, saya rasa lebih baik tak tanya apa yang dia nak.

Acik pun beli kain ela kat Kamdar saja ok, masa ada sales pulak tu.


Thursday, December 5, 2013

Tangkap Basah

Sretttttttttt.

Nasib baik sempat brek.

Nasib baik tak langgar tong sampah orang.

Hujan, pandangan tak berapa jelas.

Masa tu jugak dia nak melintas secara tiba-tiba.

Dan berhenti tengah jalan juga secara tiba-tiba.

Terpaksalah saya redah hujan dan alihkan dia ke tepi jalan.

Aduh! Jiran-jiran saya ni kalau bela kucing tolonglah jaga betul-betul.


Monday, December 2, 2013

Malam Yang Sepi

Malam, saya pergi rumah dia dan dia baru balik dari tahlil rumah jiran.

Dia cerita suami jirannya baru meninggal.

Kemalangan konvoi motor besar ke Genting, motor terbalik dan arwah meninggal di tempat kejadian.

Masuk berita TV3, tapi saya tak perasan barangkali.

Saya tanya dimana arwah di kebumikan.

"Kubur depan tu, yang tepi jalan nak masuk ke sini", kata dia.

Oh! Mata saya dah bulat.

Memang jalan nak masuk ke rumah dia ada kawasan perkuburan baru, tapi taktau pulak dah beroperasi.

"Sejak bila kubur tu beroperasi?", perlahan je saya tanya.

"Dah dekat 2bulan dah, senanglah kami nanti, tak payah nak ke kubur jauh tu. Sebelah kubur Islam pulak ada jirat cina", bersemangat dia jawab.

Oh! Baiklah saya mintak diri balik awal-awal masa orang masih ramai lalu lalang.

Lepas ni kalau nak pergi rumah dia waktu malam saya kena pikir beribu kali.

Keselamatan di utamakan :D