Friday, November 29, 2013

Terukir di bintang tak mungkin hilang


6 tahun dia bersama saya.
Redah panas hujan
Redah ribut taufan
Ketawa menangis bersama.
Minggu lepas saya terpaksa pasrah.
Dia langsung tak berfungsi.
Kadang-kadang ada benda walau kita sangat sayang terpaksa kita lepaskan.



Sekarang dia yang menemani saya.
Redah hujan panas.
Redah ribut taufan.
Ketawa bersama.
Menangis baru sikit-sikit.


"Awak dah beli henpon baru?", tanya dia.

Dia tak tengok pun henpon baru saya.

Saya angguk.

Dan esoknya dia bagi powerbank pink ini.

Lagi mahal powerbank ni dari henpon saya rasanya.

Sedih. Lap airmata pelan-pelan.



Wednesday, November 27, 2013

Perubahan


Dia cakap pada abah nak naik kuda merah.

Abah ikutkan saja sebab takut dia tukar fikiran.

Sekali seumur hidup.

 Abah dah siap ambik cuti 2hari.

Alhamdulillah, dia dah selamat berkhatan.

Tak menangis, tak meraung macam abang long.

Sekarang dalam pantang.

Pantang main bola dan naik basikal saja :D



Wednesday, November 20, 2013

Lagak


"Nak buat apa dengan benda tu?".

"Saya nak pam basikal".

Gila canggih pam basikal dia.



Tuesday, November 19, 2013

Permintaan


Saya nak :

1. PSP baru
2. Kasut bola Nike beli kat Al-Ikhsan
3. Kipas baru sebab yang lama tak rasa angin kuat
4. Toto baru kalau ada gambar upin ipin atau boboiboy lagi best
5. Gel untuk buat rambut pacak
6. Power bank kaler biru atau hijau

Kalau tidak saya taknak sunat.

Errr....Umi dan abah dah kerut kening, dah belek-belek dompet. :D

Friday, November 15, 2013

Tanda


Mak bos besar meninggal.

Berbangsa cina, dah dekat 17 tahun kena strok.

Dan bos besar pesan pada saya, sapa yang bagi bunga atau duit, sila bagi cenderahati.

Sebagai tanda terima kasih atas rasa simpati yang di tunjukkan.

Kotak putih cantik ada rama-rama biru, di dalamnya 2 biji gula-gula mentos.

2 biji saja? 

Bos besar angguk.



Thursday, November 14, 2013

Riuh


Kata mak semalam pada saya.

"Bunyi loceng kat gelang awak sama pulak dengan bunyi loceng kat leher kucing jiran sebelah"

"Mak selalu tertukar awak dengan kucing jiran tu".

Baru nak rasa feminin sikit dengan gelang pasar malam mak dah tegur.

Nak lari dari rumah la kalau macam ni :D

Friday, November 1, 2013

Penglipur Lara


Terkejut.

Semalam dan hari ni Jim panggil saya "Acik Juliet".

Selalu dia panggil Juliet saja.

Sebab dia tak boleh sebut perkataan 'acik'.

Sebab dia pelat.

Tahun depan abah cakap Jim kena sekolah.

Saya harap cikgu dia paham apa yang Jim cakap nanti.

Sebab kami sendiri pun kadang-kadang tak paham :D