Wednesday, July 31, 2013

Pahit jangan terus di buang

Terjumpa dengan kawan sekolah dekat pasaraya.

Kami taklah rapat, cuma kenal-kenal gitu je.

Dia bersama suami dan anak berumur 2 tahun.

Salam dan tanya khabar.

Dan dia cakap pada saya,

"Teringin nak berbesan dengan awak kalau awak ada anak nanti".

Dan saya jawab,

"Nak berbesan tu lama lagi, apakata kita bermadu je?.

Dan kami sama-sama ketawa,

Dan saya rasa malu sangat sebab saya lupa suami dia ada sama.

Adooooiiiiiiiiii.

Tuesday, July 30, 2013

Bila Berbicara...

Saya pegi kedai runcit.

Mak tulis apa yang dia nak beli.

Agak banyak juga barang yang saya beli dan di tambah dengan 2 kotak air mineral, maka troli penuh.

Lepas bayar di kaunter tauke cina tu tanya saya paking kereta di mana.

Kat kedai ni bagus sebab kita paking kereta jauh macam mana pun mereka akan tolong angkat barang masuk dalam boot kita tanpa kita suruh.

Tauke Cina panggil pembantunya,

"Amatttttt, tolong auntie tolak troli, masuk barang dalam kereta",

AUNTIE?????

Apakah salah saya pada tauke sehingga saya di layan begini?

Tak nak datang kedai ni lagi, taknak! taknak!






Monday, July 29, 2013

Zahir Dan Batin

Dia selalu solat zohor dan asar di masjid kalau hari tak sekolah.

Tahun ni dia puasa penuh, dah 10tahun, dah besar.

Semalam lepas balik dari solat zohor dia cari nenek.

Dia nak hutang duit dengan nenek RM2

Dia cakap masa pegi solat asar nanti dia nak masukkan dalam tabung masjid.

Saya harap betul dia masukkan dalam tabung masjid sebab kadang-kadang dia tukar niat.

Nenek tanya mana pegi duit yang dia simpan dari baki belanja sekolah.

Dia jawab bulan ni abah tak bagi nafkah sebab dia kan puasa. :D


Friday, July 26, 2013

Sama rasa

Saya goreng ayam untuk kekanak berbuka puasa.

Sebab kekanak kat rumah ni tak makan ikan.

Kalau takde ayam maka tak makan nasi lah mereka.

Dah siap goreng saya letak ayam bawah saji.

Jim datang dan mintak seketul ayam.

Saya bagi yang bahagian dada.

Jim cakap tu bukan ayam goreng.

Saya suruh dia tengok dan rasa.

Jim mengamuk dan cakap nak ayam goreng.

Bulan puasa kena banyak sabar kan.

Saya hulur bahagian kepak pulak.

Jim tengok dan jerit-jerit cakap tu juga bukan ayam goreng.

Saya ambik pinggan dan hulur pada Jim.

"Haaaaaaa, ni laaaaa ayam goreng", kata Jim.

Rupanya bahagian paha.








Thursday, July 25, 2013

Hati Tisu

2 orang gadis naik skuter telah melanggar bumper kereta saya.

Skuter mereka terbalik dan berselerak mereka jatuh.

Saya bagi signal dan berhentikan kereta tepi jalan.

Saya turun dan pegi ke arah belakang, nampak bumper sedikit kemek dan calar.

Mereka datang pada saya.

Dan.....

"Adik ok tak? Nak pegi klinik?. Mintak maaf ya", itu kata-kata yang keluar dari mulut saya padahal mereka yang salah masuk jalan saya.

Saya cakap begitu sebab saya kesian tengok muka mereka yang pucat.

Tunggulah bumper, lepas raya nanti kalau ada duit lebih baru kita mekap :D










Wednesday, July 24, 2013

Sayang Menyayang


Hari-hari dia mintak kolam.

Dah banyak kali beli kolam plastik.

3-4 bulan bocor, beli lagi, bocor lagi.

Kolam plastik bentang atas rumput yang ada batu, ada ranting kayu, haruslah bocorkan

Semalam abah belikan dia tangki air besar.

Air tu bubuh takat lutut dia sudahlah.

Berendamlah dalam tu puas-puas.

Mau tahan 3-4 tahun ni. 




Tuesday, July 23, 2013

Bahagia itu kita yang rasa


Lepas sahur tadi saya baring sekejap atas sofa.

Kalau atas katil akan jadi peristiwa baring lama-lama.

Bunyi azan subuh dari masjid saya terus bangun.

Sebab kalau tak terus bangun saya akan hanyut di lautan mimpi.

Solat subuh dalam bilik tepi katil.

Masa pakai telekung boleh lagi jeling katil dan nampak macam bantal melambai-lambai.

Dalam hati dah niat untuk lawan segala rasa mengantuk dan nak solat dengan khusyuk

 Entah macam mana boleh tergelincir tadi, masa baca doa qunut saya terbaca doa bukak puasa.

Dan saya berhenti.

Dan saya gelak sorang-sorang.

Dan saya tampar slow-slow pipi yang tak bersalah.

Dan tarik nafas lepas, tarik nafas lepas.

Dan, saya berjaya solat dengan tenang, bab khusyuk tu tak berani nak jamin :D


Monday, July 22, 2013

Oh! My BM


Dia datang dekat saya dan tanya :

"Yinlon manyak musat ka?"

"Yinlon???", saya pandang muka dia.

Saya taktau nak bagi jawapan apa.

Sebab saya taktau apa yang dia maksudkan dengan "Yinlon".

Saya pun capai kalkulatur dan buat-buat sibuk mengira.

Dalam hati saya berdoa moga dia pergi tanya orang lain pulak.

"Yinlon musat ka ?", dia masih berdiri tepi meja saya.

" Errr...besarlah jugak", saya jawab tanpa pandang muka dia.

"Kawan saya cakap Yinlon manyak musat, lamai olang, balang manyak mulah, tapi mau dapat maid Yinlon manyak susah wooo sikalang", dia balas balik.

Maid? Yinlon? Otak ligat fikir.

"Oohhhhh! Indonesia memang besar. Kalau nak ambik maid Indonesia memang susah dan mahal pulak", kali ni saya jawab dengan penuh konfiden.

Yinlon = Indon. :D

Friday, July 19, 2013

Pohon nan sebatang


Baru kait semalam.

Dah masak walaupun kulitnya hijau.

Bagi pada jiran-jiran sikit, bulan puasa tak habis nak makan.

Pencuci mulut kita hari ni rojak buah ye anak-anak.





Thursday, July 18, 2013

Tempias Si Kecik


Saya dengar dia berbual dengan kawan.

"Esok awak ada shooting tak?".

"Takde, lepas raya nanti baru ada".

Agak lama jugak mereka berbual.

Bila kawan dia balik saya tanya dia adakah kawan dia tu pelakon dan dia angguk.

Gulp!!!!

Terkejut. Anak buah saya berkawan dengan pelakon.

Saya taktau apa nama kawan dia sebab saya selalu panggil  dia "Kecik", sebab anak buah saya juga panggil dia Kecik, sebab fizikal dia kecik walaupun dah berusia 14 tahun.

Kecik ni pelakon pembantu saja tapi dah berpuluh drama dia berlakon.

Iklan Jakel dengan Aaron Aziz pun ada, Kecik yang pakai t-shirt kuning duduk bawah pokok kelapa.

Kecik  baru habis shooting drama "Tiba Masanya", akan di tayangkan di TV AlHijrah malam raya kedua nanti.

Saya tanya anak buah dia tak teringin jadi pelakon macam Kecik ke?

Dia jawab, "taknak, saya takut kena gosip".

Rasa nak bukak puasa masa tu jugak :D

Tuesday, July 16, 2013

Tanya Hati



Buku ni saya ambik masa 2 hari untuk habiskan.

Sanggup tidur lewat.

Sanggup curi-curi baca masa bos tak ada.






Buku ni kannnnn, dah 2 bulan saya baca, tak khatam-khatam lagi :D

Sempena bulan yang mulia ni saya niat nak habiskan baca.

Tapi kan, baru baca 1 mukasurat dah 4-5 kali menguap.

Bukan! bukan sebab ceritanya tak menarik, tapi sebab saya yang malas.

Sedang berusaha untuk baca semua kisah-kisah menarik yang di tulis oleh Ustad Pahrol.





Thursday, July 11, 2013

365 Hari


Dia tanya,

"Ada fb?".      Saya geleng

"Keek?".        Saya geleng

"Twitter?"       Saya geleng

"Instagram?"   Saya geleng

"Wassap?"     Saya geleng


"Awak tak ada apa-apa?", dia renung saya.

"Saya ada BLOG, dan saya sangat sayang blog saya dan kawan-kawan blog saya".

"Saya ni biasa-biasa saja", dan saya terus angkat kaki tinggalkan dia yang terpinga-pinga.

Hai Kawan-kawan,saya memang takde semua yang diatas tu, kalau nak berkawan dengan saya kenalah terima saya seadanya.











Wednesday, July 10, 2013

15 minit


Mak kejut sahur pukul 5 pagi tadi.

Saya keluar dari bilik dan tengok ayah ada kat ruang tamu.

Ayah tunjuk jam di dinding dan berkata sesuatu.

Saya ambik kerusi dan capai jam di dinding.

Betulkan jarum jam yang salah dengan mata separuh terbukak.

Tengah sahur, jam di dinding berbunyi, "tinggg! tingggg! tingggg!

Kami semua berpandangan.

Dan masa tunggu azan subuh tadi pun jam berdenting lagi.

Dan rupanya setiap 15minit jam tu berdenting.

Ayah pandang saya dan saya geleng kepala.

Dulu jam tu memang berdenting tiap 1jam tapi dah lama tak bunyi dentingannya dan kami ingat rosak.

Hari ni boleh pulak dia berdenting semula setelah beberapa tahun senyap.

Misteri nusantara sungguh.


Tuesday, July 9, 2013

Senyum...tak perlu kata apa-apa


"Cik Juliet, ada berita baik", kata dia.

"Berita apa?', saya terkejut dan terpinga-pinga.

"Semalam syarikat kami mengadakan cabutan bertuah untuk pelanggan, dan nama Cik telah terpilih untuk menang hadiah wang tunai RM1000.00", kata dia lagi.

Gulp! Errrrrr!

"Cik Juliet nak datang ambik sendiri atau saya masukkan dalam akaun saja", kata dia lagi.

Saya tak mampu nak cakap apa sebab saya tak pernah menang kalau masuk pertandingan atau cabutan atau larian atau apa-apa saja.


"Bank in sajalah", kata saya sebab saya masih kurang yakin dengan apa yang saya dengar.

Dan pagi tadi dia telah email slip transaksi sebagai bukti dan saya tengok banyakkkkkk kali.

Macam mimpi. Saya telah menang wang tunai RM1000 dari syarikat guaman yang banyak menguruskan hal saya.

Syukur.

Errr....bolehlah intai-intai apa yang menarik di Zalora :D



Friday, July 5, 2013

Tauke


Dia nak jadi tauke.

Maka dia pun tanam taugeh.

Dia ambik kacang hijau kat dapur nenek.

Dan dia cakap nanti dia jual taugeh pada nenek, bolehlah dia jadi tauke.



Wednesday, July 3, 2013

Sedetik Lebih




" Belilah yang baru nak", kata mak.

" Zuhud mak". kata saya :D

Balik nanti nak cari mana butang tengah tu jatuh, rasanya ada bawah katil.

Nak gam dengan gam UHU ke gam gajah? :D