Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tunggu & Lihat :Pergghhh.Salah satu tuntutan BERSIH bakal diluluskan.

Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.

“Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak,” katanya. - selanjutnya di sini

Ermm...Alhamdulillah ler kalau dema nak terima satu daripada tuntutan Bersih 2.0. Antaranya adalah tuntutan yang ke dua iaitu: Mereformasikan undi pos

Tetapi INGAT, mereformasikan undi pos kena pulak ikut takrifannya, iaitu :

SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

Kalau memenuhi syarat di atas amatlah molek dan bertepatan dengan tuntutan BERSIH 2.0. Tapi persoalannya???? Nak ke dema. Kan dema macam ni...Hehehe.Bukan bersangka buruk dengan SPR..Cuma tak nak terhantuk berkali-kali ditempat yang sama. Setuju dengan mAklonG? Tak setuju pun takper. Masing-masing menilainya.Hanya Allah MAHA HEBAT Penilaiannya.Itu yang kita gerun..Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia