Wednesday, October 29, 2008
Pedoman Hidup...
Bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.
Daripada Sahal bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas menyatakan bahawa Rasulullah telah menjanjikan syurga bagi sesiapa yang menjaga lisannya.
Sesungguhnya nilai seseorang itu terletak pada lisannya. Jika baik lisannya maka baiklah nilainya dan begitulah sebaliknya.
Salah satu bentuk kejahatan lisan adalah namimah, iaitu mengadu domba yang berpunca daripada kebencian dan permusuhan. Kita mungkin dapat menjaga lisan daripada mengadu domba tetapi sering kali terpengaruh apabila ada yang memulakannya.
Al-Baghawi menjelaskan bahawa mengadu domba adalah mengutip suatu perkataan dengan tujuan mengadu mengenai seseorang kepada orang lain.
Banyak dalil al-Quran dan sunnah menjelaskan bahawa mengadu domba adalah haram seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang ke sana ke mari menghambur fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 10-11)
Diriwayatkan Hudzaifah hadis yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga bagi al-Qattat (tukang adu domba).” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Imam An-Nawawi berkata: “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: Fulan telah berkata mengenaimu begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu, maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:
l Tidak membenarkan perkataannya kerana tukang namimah adalah orang fasik
l Mencegahnya daripada perbuatan itu, menasihatinya dan mencela perbuatannya.
l Membencinya kerana Allah SWT, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah SWT. Maka wajib membenci orang yang dibenci Allah SWT.
l Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diceritakan mengenainya oleh pelaku namimah.
l Tidak mencari-cari aib saudaranya kerana namimah yang didengarnya.
l Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah, sedangkan dirinya sendiri melarangnya.
Maknanya, jangan pula ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan, “Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia juga menjadi tukang namimah kerana melakukan perkara yang dilarang.
Tidak semua bentuk berita mengenai perkataan atau perbuatan orang dikatakan namimah. Jika ada unsur kemaslahatan di dalamnya maka apa yang dikhabarkan itu tidak termasuk sebagai namimah.
Contohnya, melaporkan pada pemerintah mengenai orang yang mahu berbuat kerosakan, orang yang mahu melakukan aniaya terhadap orang lain.
An-Nawawi berkata: “Jika ada kepentingan menyampaikan namimah, maka tidak ada halangan menyampaikannya. Misalnya jika ia menyampaikan kepada seseorang bahawa ada orang yang ingin mencelakakan diri atau keluarga atau hartanya.”
Sesungguhnya menyebarkan berita menjadi tercela apabila ia bertujuan merosak. Tetapi apabila tujuannya memberi nasihat, mencari kebenaran dan menjauhi atau mencegah gangguan maka ia dibenarkan.
Akan tetapi ada kalanya sangat sulit untuk membezakan keduanya. Meskipun sudah berhati-hati, ada kala niat dalam hati berubah ketika melakukannya sehingga bagi yang khuatir adalah lebih baik untuk menahan diri daripada menyebarkan berita.
Imam Asy-Syafi’l berkata, "Seseorang selayaknya memikirkan apa yang hendak diucapkannya. Dan hendaklah dia membayangkan akibatnya. Jika tampak baginya bahawa ucapannya akan benar-benar mendatangkan kebaikan tanpa menimbulkan kerosakan serta tidak menjerumuskan ke dalam larangan, maka dia boleh mengucapkannya. Jika sebaliknya, maka lebih baik dia diam."
Oleh itu, berusaha dan bersungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya daripada perkataan yang tidak berguna, apalagi perkataan yang kerananya saudara kita disakiti dan dizalimi. Sesungguhnya, mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.
Semoga Allah SWT selalu melindungi kita daripada kejahatan lisan dan tidak memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang rugi di akhirat kerana lisan yang tidak terjaga.
~Ar-ruhul Jadid~
SOLEHAH..episode 4
Mungkin saudari terkejut menerima warkah daripada saya ini, lebih- lebih lagi selepas membaca isi kandungan warkah ini. Walau apa- apa pun yang bermain di fikiran saudari ketika ini, percayalah bahawa warkah ini tidak datang dengan niat yang buruk tetapi dengan hati yang tulus lagi ikhlas.
Semenjak saya mengenali saudari, tidak pernah terlintas di fikiran ini bahawa saudari akan membawa sebegini besar maknanya kepada saya. Namun, diri ini tidak dapat menipu dan menafikan isi hati yang semakin lama semakin melonjak- lonjak untuk diluahkan. Wajah saudari sering bermain- main di fikiran ini. Mungkin perkara ini tampak lucu, tapi saya yakin bahawa ini adalah cinta yang sejati. Dengan demikian itu, saya dengan ikhlas nya ingin meluahkan rasa hati kepada saudari, mengatakan yang saya telah jatuh hati dengan saudari.
Sekiranya saudari memahami perasaan saya, dan juga dapat menerima rasa hati saya kepada saudari, balaslah warkah ini. Sekiranya saudari merasakan diri saya ini bukan pilihan hati saudari, abaikanlah warkah ini. Biarkan ia terbang dibawa masa.
Saya juga berharap kita dapat bertemu di suatu yang ditetapkan, supaya kita dapat berbual- bual untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Sekian, Wassalam…
-Amir-
Tuesday, October 28, 2008
SOLEHAH... episode 3
Dalam banyak- banyak pompuan yang aku kenal, macam mane la aku bleh tertarik dengan si Solehah ni. Mungkin betul agaknye kata pepatah,“Cinta itu buta“...
Aku cuba bukak buku Physio aku, nak study la konon- kononnye. Tapi ntah kenapa, gambar jantung pun aku nampak muka Solehah. Dah angau ke apa aku ni? Ni dah berat ni... kalau aku biarkan aje, tak study aku dibuatnye. Aku kena carik satu jalan penyelesaian. Satu solution untuk memecahkan kebuntuan aku ni...
Pikir punye pikir, akhirnya aku dapat satu jalan yang mungkin akan menyelesaikan segala permainan di minda. Ya! Aku akan meluahkan segala isi hati aku pada Solehah esok. Aku akan bagitau Solehah apa yang aku rasa terhadap dia. Biar dia tahu.. tak kesah la apa respon dia nanti. Yang penting aku mencuba. Mana la tau, dia paham perasaan aku. Harap- harap la dia paham…
Nak antar email, tak tau lak email address dia. So, jalan terakhir… terpaksalah aku gunakan cara tradisional mengorat…SURAT…
Saturday, October 25, 2008
SOLEHAH.. episode 2
Kalau korang nak tau, Solehah ni baru aje menganut agama Islam sebulan yang lepas. Asalnya dia adalah sorang Kristian. Kata orang, masa zaman Kristian dia dulu, si Solehah merupakan sorang kaki Church. Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah akan berikan petunjuk kepada sesiapa yang diingini-Nya. Dan Alhamdulillah, Solehah telah terpilih...
Nama asal Solehah adalah Sara. Dia banyak belajar pasal Islam dari kawan- kawannye di kolej ketika di Malaysia dulu. Dengar- dengarnya, masa subjek Pendidikan Agama Islam diajar, Solehah ni sering turut serta. Hm... Benarlah firman Allah,
“ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya...“
Berbalik kepada permasalahan aku tadi... Aku kenal Solehah sejak dari awal first sem lagi. Ye la, orang Malaysia tak banyak pun. Boleh aje nak hitung ngan jari. Enam orang je dari kalangan batch aku dari Malaysia. Empat Melayu, dan dua orang lagi Cina (termasuk si Solehah) .
Korang mesti tertanya- tanya ... kenapa masalah aku ni baru je timbul... sedangkan aku kenal dia sejak awal first year lagi... Hm.. jawapan aku adalah.. Masa Solehah masih Kristian, aku tak pernah langsung, aku ulang ’tak pernah lagsung’.. tertarik dengan dia. Bukan setakat pikir, pandang pun tak pernah (melainkan secara tak sengaja).
Tapi sejak dia masuk Islam, ntah lah... aku jadi macam kagum dengan dia. Dari ’kagum’ tu lah yamg membawak kepada ’berkenan’ dan ’suka’.. Hm.. Jiwang...
Friday, October 24, 2008
KENDURI KESYUKURAN
PERTAMA MPP BEKERJASAMA DENGAN JT ....KAMI AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA USTAZ NIK
KERANA MENJEMPUT KAMI DAN MENJAMU KAMI MAKAN KAMBING BEB .....UMM... BEST GAK ..
TAPI RAMAI YANG RASA PENANGAN KAMBING HARI NI ADE YANG PENING KEPALA ,TAK BISA MAKAN
KAMBING DAN SEBAGAINYA ...
APAPUN HARI NI MEMANG BEST ...MANA TAK NYER SANAK SAUDARA USTAZ NIK BEGITU MESRA ...
SERAMAI 26 ORANG PELAJAR UMK YANG MENGIKUTI MAJLIS INI ..YANG DIKETUAI OLEH NAZRI
DAN DIBANTU OLEH TERMIZI HASNI...YANG PALING BEST DAPAT DUIT RAYE..HE..HE..
RASANYA ITU SAHAJA YANG DAPAT DIKONGSI...
LAPORAN : BERLIAN JT-UNIPEN
Thursday, October 23, 2008
SOLEHAH..
Pagi tadi ana terbaca tentang suatu cerita ringkas..ingin ana kongsi..buat tatapan bersama..
Agak sedih jgk la ana membacanya..sedikit terharu..cerita biasa,tapi harus ambil iktibar..
Ana keluarkan by episode la ek..ni episode 1..
Hari dah masuk 8 bulan aku di bumi Belfast,UK ni. Tinggal beberapa hari aje lagi exam second sem aku. Cuak la jugak. Maklumla, sem lepas aku tak berapa perform. So, sedikit sebanyak terasa gak la trauma tu. Hm...
Tapi yang memeningkan kepala aku sekarang ni bukan lah soal exam.. tapi soal lain. Tidur tak lena, makan tak kenyang, study tak masuk... Gelisah aku memikirkan permasalahan aku ni. Nak kata perkara penting, nampak remeh jugak,... nak kata perkara kecik, sampai tak terurus hidup aku dibuatnye... Hm...
AKUKAH YANG DIMAKSUDKAN ....!!!!!!!!!!!!!
SAHABAT SEMUA MARI KITA FIKIRKAN AKU KAH YANG DIAMAKSUDKAN ATAU AKUKAH YANG TIADA LANGSUNG SIFATNYA DISEBUT DI BAWAH......tujuan ana tulis ni untuk menasihati ana sendiri dan nak berkongsi jugak ngan sahabt sahaat yang lain..moga kita dapat manfaat darinya...
Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali R.A
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
YA ALLAH BERIKANLAH KAMI KEKUATAN DAN KETEGUHAN IMAN ,JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG SENTISA DIHINDARI DOSA AMINN....YA RAB
merpati cinta
Cintaku cinta sejati
CINTA SEJATI
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
MERPATI CINTA
KAU LAH TEMAN SEJATIKU .......
KAULAH SAHAAT KU YANG KU CARI-CARI.....ALAGKAH BAHAGIANYA JIKALAU DIRI INI MENEMUI INSAN SEPERTIMU.........BILA SALAH DITEGURNYA ,BILA SUSAH DITOLONGNYA ,BILA BUAT LAWAK DIGELAKNYA......HA.HAA
12 Sifat Sahabat
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
PEMANIS GUSI DAN GIGI.....
Singa Yang Baik
Pada suatu hari seorang pemburu sedang berburu di dalam hutan. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seekor singa yang ganas. Dalam ketakutan, dia pun berdoa kepada Tuhan. Ketika dia mengintai melalui celah matanya, dia melihat bahawa si singa itu juga sedang berdoa.
MERPATI CINTA
Wednesday, October 22, 2008
PERDEBATAN YANG KONFRONTATIF
“Barangsiapa yang meniggalkan perdebatan, padahal ia di pihak yang benar, maka akan dibangun untuknya sebuah rumah di syurga tertinggi. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan dan ia memang di pihak yang salah, maka akan dibangun untuknya sebuah rumah di tepi syurga.”
Demikian itu kerana meninggalkan perdebatan terasa lebih sulit lagi bagi orang yang merasa dia di pihak yag benar.
Nabi s.a.w juga bersabda;
“Hakikat iman seorang hamba tidak akan dapat kesempurnaan, hingga ia mahu meninggalkan perdebatan, padahal ia di pihak yang benar.“
Sebelum tu kita kena faham maksud perdebatan. Perdebatan adalah menyangggah perkataan orang lain untuk melumpuhkannya dengan menunjukkan kekurangannya, baik dari segi kata- kata maupun maknanya. Perdebatan adakalanya di dorong oleh keinginan meununjukkan kelebihan yang dimilikinya. Sedang latar debat kusir adakalanya kerana kelancangan ayng busuk atau perangai kebinatangan yang cenderung meremehkan orang lain dan mendiskritkannya. Maka debat kusir semakin mengokohkan kedua sifat buruk yang akan memicu timbulnya perbuatan destruktif.
Adalah menjadi sebuah keharusan, membenarkan kebenaran yang didengarkan dan mendiamkan yang salah. Kecuali bila perungkapan kesalahan tersebut menghasilkan manfaat keagamaan. Itupun bila ia mendengar secara langsung dari yang bersangkutan, lalu merespons dan mengoreksinya dengan secara arif dan bijak, bukan dengan cara yang kasar dan konfrotatif.
Kusir = xde kesimpulan
Destruktif = lebih kurang macam agresif
Tulisan asal: Imam al-Ghazali dalam bukunya, Membersihkan Hati Dari Sifat Tercela
Diolah : aisyah hanin
p/s : Artikel ini buat peringatan bersama trutama diri ana sendiri...
Sunday, October 19, 2008
BERGURAU??MENGUMPAT??
Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauansebagai 'al-mizah'.
Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia."
Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati.
Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah yangbermaksud;
"Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkanke dalam neraka selama 70 tahun."
Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata
untuk menimbulkan gelak ketawa.
Kata- kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang.
Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu,
mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta.
Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu.
Pada hakikatnya malu senjata orang beriman.
Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.
Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalamperkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain.Rasulullah bersabda bermaksud;
"Malu adalah cabang daripada iman."
Dalam sabda lain, baginda menyatakan;
"Malu dan iman seganding“
Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya."
Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya
maka hilang jugalah imannya.
Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan.
Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian.
Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam.
Firman Allah bermaksud;
"Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubun gan antara kedua-duanya."
Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara .
UKHTI oh UKHTI...
Wahai wanita yang mengimani Allah sebgai rabbnya , islam sebagai Dinnya dan Muhammad sebagai nabi dan rasulnya. Pernahkah kamu mendengar seruan Allah kepada kamu yang berbunyi :
“ Wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk pada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Dan ingatlah wahai sahabat muslimat sekalian,
“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan- apabila Allah dan rasulnya telah menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Wahai ukhti bacalah dan jangan terpedaya. Berfikirlah akan peringatan yang Allah turunkan kepada kamu. Berhati-hatilah kamu akan era modenisasi yang mana kehinaan telah mengatasi keutamaan. Janganlah kamu terpedaya dengan pengaruh ‘dajjal’ dan syaitan yang sedikit demi sedikit membawa kamu kepada jurang kebinasaan. Berhati-hatilah terhadap sebarang anasir yang membawa kamu kepada arah bertabarruj dan apa yang ana khuatiri ialah yang membawa kamu kepada membuka aurat. Sedarlah kamu akan serangan si syaitan dan ‘dajjal’ yang bersembunyi di bawah nama PERADABAN, MODENISASI, GLOBALISASI DAN KEBEBASAN HAK ASASI. Berfikirlah kamu dan tetaplah kamu berpegang akan Al-quran dan sunnah yang merupakan panduan utama kita yang bergelar muslim. Wahai puteri islam, tetapkanlah pendirian kamu, tetapkanlah pegangan kamu tentang apa yang diterangkan kepada kamu. Janganlah kamu keluar rumah menunjukkan perhiasan kamu, berjalan lenggang-lenggok, sanggul kepala kamu bagaikan bonggol unta dan meletupkan nafsu si kaum adam. Ini semua hanya membahayakan diri kamu sendiri. Allah berfirman,
“ Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”
Maka wahai saudariku tetapkanlah pendirian kamu tentang apa yang telah diterangkan kepada kamu dalam Al-Quran. Akhir sekali janganlah kamu malu bertaqwa dan berbusana iman (menutup aurat). Janganlah kamu pedulikan celaan mereka yang masih jahil. Allah telah berfirman,
“ Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan
orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri(mencemuhnya).”
sekian wahai ukhti @ mereka2 yang membaca penulisan ana ini moga kita semua diberi taufiq dan sedar akan hakikat kehidupan ini yang merupakan permainan semata-mata. Kita hanya singgah sebentar sahaja di bumi fana ini. Kita akan kembali padaNya dan ini merupakan sesuatu yang pasti. Maka angkatlah kembali kemuliaan kamu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Jika ada silap tolong komen. Ada masalah @ silap sila perbetulkan. Sungguh Allah lebih mengetahui. Wassalam
nukilan sahabatku:DEATH
Friday, October 17, 2008
~CINTA-MU~
Aku tertanya- Tanya,kenapa hingga saat ini aku leka?
Sedangkan aku tidak pasti panjang mana umurku..
Aku takut.. andai tidurku malam ini adalah tidur selamanya..
Sampai bila aku harus begini?
Tiada usaha mendamba CINTA-Mu,
Tiada kesungguhan mengharap redha-Mu..
Aku akur, aku milik-Mu,
Aku tahu mati itu pasti,
Tapi kenapa CINTAku pada-Mu belum utuh?
Sedangkan rasa CINTA ini ku serahkan pada sesuatu
Yang belum pasti jadi milikku selamanya,
Yang belum tentu membahagiakan ku,
Membahagiakan ku dan menyayangiku,
Harta, wanita, lelaki, wang, pangkat, kedudukan..
Aduh!!! Jahilnya diri ini..
Aku tahu kau yang sepatutnya disembah,
Tapi aku belum rasa nikmat dan keindahan mencintai-Mu..
Betapa kerasnya hati ini, betapa hinanya diri,
Andai sebelum ajalku ku rasa manisnya bersama-Mu,
Itu sudah cukup bagiku..
Andai matiku dalam keimanan pada-Mu,
Tidak ku rasa sia- sia diciptakan oleh-Mu..
Namun, aku takkan putus asa..
Kan ku kejar rasa CINTA itu,
Biar sukar, tapi syurga-Mu pasti bg hamba-Mu yang mendamba kasih-Mu,
Selagi ku bernyawa..aku akan cuba...
p/s: buat sahabat2 JT-Unipen..
Ketahuilah,
kita sebenarnya lebih cintakan dunia dari mengejar cinta Allah dan hari akhirat.
Sedarlah diri..
kita sebenarnya sedang tunduk pada seruan iblis dan syaitan..
insaflah..
takut2 kita tidak sempat bertaubat pada-Nya..
andai ajal menjemput, saat itu kita sengsara dan menyesal,
ajal tidak menunggu usia tua, mugkin sekejap lagi malaikat maut menjemput..
bersediakah kita????
Tepuk dada, tanya iman...
Tuesday, October 14, 2008
Sekadar Renungan~
Monday, October 13, 2008
UKHUWAH- Cara Memperkukuhkan Tali Persaudaraan
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA/SAHABAT YANG DICINTAINYA –
Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA –
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU –
Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU –
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah. "MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT –
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut: Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA) Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA) Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah) Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)
MEMBERI HADIAH –
Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA –
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
DEATH
-aisyah Hanin-
KASIH BUAT-MU...
Hadirkanlah cintaku untukMU,
Wujudkanlah kasih yang berpanjangan dariku buat RasulMU,
Semaikanlah rasa cintaku pada sahabat-sahabat RasulMU,
Kuatkanlah ikatan kasih sayangku pada keluarga dan sahabat-sahabatku,
Moga dengan itu bertambahlah cinta dan rasa kasih sayangMu kepadaku…
Tuhan,
Jauhkanlah aku dari cinta duniawi,
Cinta pada harta dan kedudukan,
Cinta pada kemewahan dan kecantikan,
Dan cinta kaum adam yang melalaikan..
Tuhan,
Andai aku ditakdirkan jatuh cinta,
Ku harap cintaku untukMU tidak akan luntur,
Ku harap cintaku padanya tak melebihi dan melalaikan,
Ku harap cintaku kerana cintanya padaMU Ya Allah,
Jika hilang cintanya padaMU, Hilang jugalah cintaku untuknya..
Tuhan,
Dunia ini terlalu perit untuk dilalui,
Onak dan ranjau yang berduri kian menusuk dan menikam jiwaku,
Semakin tua aku di dunia yang fana ini,
Semakin besarlah dugaan yang menimpa diri,
Rasa bertuhan kian hilang,
Kasih sayangku kian pudar,
Ke mana harus ku bawakan diri ini Ya Allah..
Apa dosa yang aku lakukan sehingga Engkau menjauhkan aku dariMU?
Tuhan,
Andai esok tiada untukku,
Izinkan aku mendambakan cintaku hanya untukMU,
Terlalu kerdil diri ini, adakah aku wujud di pandanganMU?
Adakah aku salah seorang yang akan merasai nikmat berada di jannahMu?
Ataupun akulah salah seorang yang merasai bahang api nerakaMU?
Aduh! Jeritan batinku kian menerkam dan membakar..
Oh Tuhan..
Sungguh payah aku mendapatkan rasa cintaMU,
Beruntunglah orang soleh,hebatnya cinta mereka padaMU,
Hingga makan tidur tak lena kerna mengenangkan dosa padaMU,
Aku bilakah lagi Tuhan? Dapat sedikit pun jadilah..
Bilakah akan ku istiqamah menghidupkan malam ku?
Di waktu orang mimpi,aku sibuk memujaMU,
Merintih padaMu..Oh,indahnya nikmat sebegitu..Kurniakan padaku Tuhan…
Tuesday, October 7, 2008
Jalan Ke Jannah
dengan urusan akhirat
Memelihara diri daripada dosa, sama ada
dosa kecil @ dosa besar
Bercakap hany perkara-perkara yang berfaedah
dan elak diri dari berkata yang sia-sia.
Memelihara sembahyang 5 waktu.
Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram & syubhah
sama ada sedikit mahupun banyak.
Bersahabat dengan orang2 yang berakhlak
baik dan terpuji.
Merendah diri dan tidak suka bersikap ego & takabbur
Suka berkorban dan menderma
kepada mereka yang susah.
Berkasih sayang sesama makhluk ciptaan Allah
(pastikan tidak melanggar syariat-Nya)
Selalu ingat akan mati & sentiasa bersedia untuk menghadapi MATI.
Selalu membantu & memberikan pertolongan kepada
orang-orang yang memerlukan.