Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Kek Makan-Makan

Salam sejahtera semua. Kali ini penulis upload gambar kek yang penulis baru buat untuk makan-makan bersama keluarga. Keknya adalah kek butter vanilla dan dideco dengan buttercream serta bunga-bunga sugarpaste.


Thursday, April 28, 2011

KEK BUZZLIGHTYEAR, KEK BLACK FOREST DAN TAT BUAH

Salam ceria semua. Tempahan kek-kek dan tat buah ini dibuat oleh Puan Rozana sempena harijadinya, suaminya dan anaknya yang kesemuanya sekaligus di dalam bulan April.


Tat Buah Mini

Kami menggunakan buahan segar sebagai topping tat buah kami. Saiz adalah mini (petite) dan tempahan minima adalah 50 biji.



Homemade Black Forest
Kek span coklat kek dibuat oleh penulis sendiri manakala lapisan luar iaitu icing cake adalah daripada fresh cream. Harap maklum bahawa kek ini perlu disimpan di dalam peti sejuk.


Simple Tapi Sedap
Kek yang kami buat tidaklah secantik atau sekemas seperti kek dijual di kedai bakeri namun ianya dibuat dari bahan yang segar serta halal dan insyaAllah sedap rasanya.



Kek Choc Moist Buzzlightyear

Edible image dari kartun kegemaran anak perempuan Puan Rozana. Disaluti buttercream berwarna biru lembut.



Pandangan Sisi Kek

Penulis telah membuat ungkapan "to infinity and beyond" dari coklat kompaun dan lapisan bawah kek disaluti coklat urai berwarna warni.


Selamat harijadi untuk Puan Rozana sekeluarga dan terimakasih kerana sudi menempah dari kami.




















Monday, January 24, 2011

KEK BESDAY DAN KEK MAKAN MAKAN

Salam Ceria Selasa. N3 hari ini tentunya mengenai kek, tajuk pun dah sah-sah tertera kek besday dan kek makan-makan kan.

Fuad dan Rina dari Cheras telah menempah kek kukus coklat berganache dan sprinkles serta kek harijadi chocolate moist untuk meraikan harijadi anak saudara kesayangan mereka. Bertuah sungguh birthday boy iaitu Omar Yusuf.

Kek Coklat Berganache (Size L)

Kek kukus coklat berganache terdapat dalam 3 saiz iaitu M,L dan XL. Coklat sprinkle berwarna warni ditabur di atas lapisan ganache untuk menyedapkan dan mencantikkan lagi kek kukus yang enak ini. Sesuai untuk dimakan sewaktu petang dengan keluarga ataupun untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah.


Bumble Bee Transformer Birthday Cake
Gambar di atas adalah kek coklat moist 1 kg plus plus, yang dideco dengan buttercream dan edible image transformer.

Pandangan Sisi Kek Birthday Transformer
Penulis telah membuat corak berbentuk lambang autobot dari coklat gelap dan kepingan kiub dari coklat putih sebagai deco sisi kek.
Terimakasih daun keladi dari Fuad dan Rina kerana sudi menempah dari kami.
Kek-kek yang penulis buat tidaklah secantik kek yang dijual dikedai-kedai bakeri namun ianya dibuat segar iaitu apabila ada tempahan sahaja dan ia dibuat dengan penuh kasih sayang serta tiada bahan pengawet di dalamnya. Bagi yang ingin menempah kek dari kami silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 days in advance ya.





Tuesday, December 21, 2010

Aktiviti Tahunan - Merehatkan Minda

Salam ukhwah semua. Agak lama penulis tidak mengupdatekan blog kerana penulis dan keluarga telah pergi menjalani aktiviti tahunan iaitu beriadah dengan bercuti-cuti Malaysia. Kini penulis kembali dengan tenaga yang telah dicaj penuh dan penuh bersemangat menjalani semula aktiviti baking membaking dan mengambil tempahan. Di bawah penulis sertakan beberapa gambar tempat-tempat yang telah dilawati.

Pemandangan indah di tepi pantai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang


Skon dan teh enak, Cameron Highland

Penulis pulang dari Cameron Highland pada hari yang sama tragedi bas terbalik di Simpang Pulai. Alhamdullilah kami menggunakan jalan Tapah dan selamat sampai ke rumah tanpa sebarang musibah.

Kek Khas Untuk Suami
Kebetulan sehari selepas balik dari cuti-cuti Malaysia adalah harijadi suami tersayang, maka penulis telah membuat kek bentuk hati coklat moist dan dilitupi dengan coklat ganache serta di deco dengan stroberi yang dibeli dari Cameron Highland.





Monday, June 28, 2010

Kek Kukus CNC - Coklat N Cheese

Salam ukhwah di petang Isnin ini. Kali ini N3 pasal kek kukus pula. Kek kukus ini dibuat selepas beberapa perubahan pada resepi-resepi yang diperolehi di dalam dan diluar internet ini (dalam bahasa biasanya orang sebut 'bega') mengikut kesesuaian citarasa masing-masing.


Kek CNC selepas dikukus


Penulis telah membaca blog beberapa blogger antaranya Ummi Affaf dan mendapati gambar kek kukusnya amat menggiurkan. Terimakasih pada Ira kerana sebahagian resepinya banyak membantu penulis dalam menghasilkan kek yang sedap ini. Sebahagian resepi lagi diperolehi dari myresepi.com dan dari buku resepi yang dimiliki penulis.


Kek Kukus CNC selepas dipotong

Kek ini amat lembut dan moist serta sesuai untuk penggemar kek keju. Penulis meletakkan sedikit sari oren agar terdapat kelainan dari kek keju biasa manakala dasarnya terdiri dari kek coklat kukus (tanpa keju). Memang sesuai sebagai santapan dipetang hari bersama keluarga atau hi-tea bersama rakan-rakan anda. Bon appetite!!



Friday, June 25, 2010

Kek Kurma Walnut Berempah

Salam. Memandangkan bulan ramadhan akan menjelang dan diikuti pula dengan lebaran aidilfitri, kami disini sedang giat mencari dan mencuba resepi-resepi yang sesuai untuk Hari Raya. Ada antara kuih muih yang dibuat memang cuma pada perayaan ini dan sukar ditemui pada bulan-bulan lain.


Kek Kurma (tamar) Walnut Berempah

Antara produk yang dibuat adalah kek di atas. Ianya tidak berapa manis serta agak lembut dan sesuai dijamah pada pagi raya mahupun sebagai santapan berbuka puasa. Penulis membuat kek ini untuk diberikan kepada ibu mertua (MIL) serta adik-adik ipar.



Tat Buah-buahan

Tat buah-buahan ini pula dibuat untuk diberikan kepada jiran tetangga yang telah berbaik hati memberi kami jelly coklat yang amat sedap dan disukai oleh anak-anak kami. Tat buah-buahan ini juga diberikan kepada adik ipar (SIL) yang telah memintanya pada minggu lepas mungkin untuk minum petang bersama keluarga.

Kepada sesiapa yang ingin menempah kek kurma ataupun tat buah-buahan ini sila hubungi kami di nombor yang tertera di blog ini.