Saturday, December 31, 2011

~ CUPPIES UNTUK SUAMI TERCINTA ~

Salam penghujung tahun semua. Nampaknya tidak lama lagi kita akan memasukki tahun baru 2012. Banyak sungguh kenangan pahit manis sepanjang tahun 2011. Semoga tahun mendatang merupakan tahun yang penuh keberkatan dan kejayaan. InsyaAllah.

Kak Yan dari UIA cawangan petaling jaya telah menempah cuppies khas untuk birthday suami tersayang. Semoga suami Kak Yan gembira dengan cuppies ini. Terimakasih kerana sudi menempah dari kami.



Saturday, December 24, 2011

CHOCO OREO WITH EDIBLE IMAGE

Salam hujung minggu semua. Choco oreo yang ditempah oleh sahabat lama iaitu Cik Wan Azreena ini adalah untuk pelajar-pelajar beliau di UKM sempena peperiksaan yang akan mereka tempohi. Terimakasih banyak-banyak Wan sebab sudi menempah dari kami.

Saturday, December 17, 2011

Apam Ladybird dan Kek Karamel Pelangi Untuk Birthday Girl

Salam hujung minggu semua. Puan Nora dari UIA telah menempah kek karamel dan apam ladybird sempena harijadinya. Kami memohon maaf kerana kek karamel agak kurang cantik tetapi insyaAllah sedap rasanya.Terimakasih dan diharap Nora tidak serik menempah dari kami dan semoga dikurniakan kebahagiaan sempena ulangtahun Nora.

Thursday, December 15, 2011

CHOCO OREO & APAM POLKA DOT LAGI

Salam sejahtera semua. Puan Mazlina, regular customer kami dari Shah Alam telah menempah apam polka dot pink/hitam dan choco oreo untuk makan-makan di rumah. Terimakasih daun keladi, lain kali tempahlah lagi ya.



Wednesday, December 7, 2011

NASI ARAB MAGLUBAH DI DEWAN BAHASA PUSTAKA

Salam semua. Baru-baru ini kami telah menerima tempahan nasi arab maglubah kofta kambing, maglubah kofta daging dan maglubah ayam dari Puan Zuraini di Dewan Bahasa Pustaka. Tempahan adalah secara bekas set individu untuk seramai 88 orang. Terimakasih teramat sangat kerana sudi menempah dari kami. Diharap semua di DBP menikmati juadah yang kami sediakan itu.


Nasi Arab Maglubah Ayam


Nasi Arab Maglubah Kofta Kambing/Daging Lembu

Wednesday, November 30, 2011

CREAMY CARAMEL CAKE

Salam awal disember semua. Tajuk blog hari ini saja dijudulkan dalam bahasa inggeris untuk kelainan. Kek yang gebu dan sedap ini juga dikenali sebagai kek karamel pelangi. Terimakasih Puan Mazlina atas repeat order kek ini. Kek ini terdiri dari 2 lapisan iaitu lapisan karamel yang lemak manis di atas dan lapisan kek gebu berwarna warni di bahagian bawah. Rasanya amat sedap.


Monday, November 28, 2011

CUPPIES CINTA - TEMA MERAH PUTIH

Salam Maal Hijrah...semoga tahun baru ini dipenuhi dengan kejayaan dan keberkatan hendaknya, insyaallah.

Cuppies buttercream tema merah putih ini ditempah oleh Puan Norwajiah (Jiji) sebagai hantaran perkahwinan. Terima kasih teramat sangat sebab sudi tempah dari kami. Semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke anak cucu.


Friday, November 25, 2011

Apam Polka Dot - Makan Makan Dan Kenduri

Assalamualaikum...agak lama kami tak update blog kami atas kesibukkan dan masalah teknikal yang kerap berlaku kebelakangan ini. Kali ini entry adalah mengenai apam polka dot yang telah kami hasilkan baru-baru ini untuk majlis makan-makan dan kenduri kahwin.




Apam-apam ini berinti jam atau kaya dan amat digemari kanak-kanak.

Wednesday, November 9, 2011

RED VELVET MANIA

Salam semua. Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha tempoh hari. Kepada yang melakukan ibadah korban semoga ibadah kita diterima Allah hendaknya. Entry kali ini adalah gabungan tempahan kek dan cuppies red velvet yang telah kami buat.



Sunday, October 16, 2011

PEMBERITAHUAN - MASALAH TEKNIKAL

Assalamualaikum. Kami mengalami masalah teknikal baru-baru ini. Foto-foto dalam blog kami tidak dapat dilihat. Entry akan ditunda sehingga masalah ini dapat diatasi. Terima kasih.

Monday, September 26, 2011

Kelas Cuppies Dan Salam Kerinduan

Salam kerinduan. Agak lama tidak meng'update' blog ini. Baru-baru ini penulis telah mengambil kelas pelbagai cuppies untuk menambah ilmu dan menambah kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh kami. Inilah hasil dari kelas cuppies tersebut. Antara cuppies yang dipelajari adalah red velvet, peanut butter, carrot dan coklat.



Sesiapa yang berminat untuk menempah cupcakes ini silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh dikehendakki.

Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI...

Assalamualikum wbr...kami di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada para pembaca dan pelanggan kami. Semoga hari raya anda dipenuhi dengan penuh keceriaan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Friday, July 29, 2011

SALAM RAMADHAN...

KAMI DI SINI INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA ADA KESALAHAN DAN KESILAPAN KEPADA MANA-MANA PIHAK DAN INGIN MENGUCAPKAN AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA AMALAN RAMADHAN KITA SEMUA DIBERKATI. INSYAALLAH.

Friday, July 22, 2011

Kelas Kukis Raya 101


Salam malam. Sepanjang bulan Syabaan ini penulis telah menghadirkan diri ke kelas-kelas memasak untuk menambah ilmu disamping menambah jenis-jenis produk yang bakal ditawarkan oleh kami. Penulis telah mengikuti kelas membuat biskut raya pelbagai seperti yang tertera di dalam gambar. InsyaAllah biskut-biskut ini akan menjadi produk jualan kami semasa hari raya akan datang.

PEMBERITAHUAN

Salam sejahtera. Kini di penghujung Syabaan rupanya kita. Penulis memohon maaf kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan penulis tidak dapat menerima tempahan untuk produk-produk kami yang ditawarkan sepanjang bulan ini. Tempahan akan dibuka kembali semasa bulan Ramadhan kelak, insyaAllah.

Wednesday, July 13, 2011

Kek Makan-Makan

Salam sejahtera semua. Kali ini penulis upload gambar kek yang penulis baru buat untuk makan-makan bersama keluarga. Keknya adalah kek butter vanilla dan dideco dengan buttercream serta bunga-bunga sugarpaste.


Tuesday, July 5, 2011

MANISAN UNTUK PERTUNANGAN

Salam ceria. Puan Fouziah dari UIA telah menempah coklat campuran dan cupcakes khas dari kami untuk sebuah pertunangan. Tema adalah 'silver & black'. Terimakasih di atas tempahan ulangan ini.





Kepada yang berminat untuk menempah produk-produk kami sila hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.

Wednesday, June 29, 2011

CHOCO OREOS LAGI !!!

Salam semua. Tempahan choco oreos ini telah dibuat agak lama dahulu. Baru kini penulis dapat mengupdatekan entry ini ke blog kami.


100 biji choco oreos design love dan flowers pelbagai warna telah ditempah oleh Puan Azla dari UIA. Terima kasih daun keladi, lain kali tempahlah lagi ya.


Gambar diatas ialah close up choco oreos yang telah kami buat. Berminat untuk menempahnya? Silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.

Friday, June 24, 2011

KERANA CINTA - CUPPIES & COKLAT ANNIVERSARY

Coklat Surprise Untuk Suami Tercinta


Salam Jumaat penuh keberkatan. Entry yang telah lama penulis simpan ini adalah tempahan dari Puan Nora untuk suami tercinta sempena anniversary perkahwinan mereka yang ke empat. Coklat campuran 35 pieces terdiri daripada coklat berwarna dengan inti bertih beras, coklat susu berinti praline stroberi, coklat gelap berkismis, coklat berinti badam panggang dan gabungan coklat hitam dan putih.

Cuppies Khas C+C

Puan Nora juga telah menempah dari kami cuppies khas iaitu gabungan cupcakes dan ketulan serta tulisan dari coklat kompaun sebagai deco. Penulis juga telah menggunakan manisan keras berbentuk hati dan deco bunga matahari sebagai melengkapkan cuppies kejutan ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Nora dan suami di atas ulangtahun perkahwinan ini ~ semoga bercinta hingga ke syurga dan terima kasih kerana sekali lagi sudi menempah dari kami. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk ini, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2,3 minggu lebih awal. 

Thursday, June 23, 2011

KEK WEDDING UNTUK 2 PASANG MEMPELAI

Salam. Alhamdullilah, masalah teknikal telah dapat diatasi.

Salam ceria kepada semua. Agak lama tidak mengupdate blog. Blog kami mengalami sedikit masalah teknikal kebelakangan ini. Entry kali ini pula adalah mengenai 2 kek perkahwinan yang telah ditempah oleh regular customer kami iaitu Puan Nazira dari UIA.
Kedua-dua kek adalah untuk 2 pasang mempelai yang melangsungkan perkahwinan mereka ketika cuti sekolah baru-baru ini.
Kek adalah kek red velvet, diselaputi oleh ising buttercream dan dihiasi dengan bunga-bungaan sugarpaste. Tema warna bagi kedua-dua perkahwinan adalah hijau pucuk pisang.
Terima kasih daun keladi kepada Nazira kerana sudi menempah kek dari kami. Kami di sini ingin mengucapkan tahniah dan semoga kedua-dua pasangan mempelai bahagia hingga ke anak cucu.
Kepada yang berminat sila hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan awal.

PEMBERITAHUAN

AKIBAT MASALAH TEKNIKAL, BLOG KAMI TIDAK DAPAT DIUPDATE UNTUK TEMPOH YANG TIDAK DIKETAHUI.

Monday, May 23, 2011

STRAWBERRY SPIDEY AND CHOC GANACHE CAKE

Salam semua. Puan Rina yang pernah menempah kek dari penulis sekali lagi menempah dari kami. Kali ini beliau telah menempah kek span stroberi dengan imej boleh dimakan (edible image) spiderman untuk majlis harijadi ke 9 anaknya iaitu Farhan Syafiq.


Kek Spidey Birthday Boy

Kek spidey ini disaluti dengan ising buttercream. Penulis telah mendeco bahagian sisi kek dengan coklat bentuk batuan dan jelly worms yang tentunya disukai oleh kanak-kanak.



Choc Rocks N Jelly Worms

Rina juga telah menempah 2 kek coklat lembap berganache kegemaran ramai bersaiz XL. Penulis saja meletakkan cuppies di sebelah sebagai perbandingan saiz.



Kek Coklat Lembap Berganache


Terimakasih banyak-banyak kepada Puan Rina dan DSP Fuad kerana sudi menempah dari kami sekali lagi. Diharap birthday boy menyukai kek harijadinya. Bagi yang ingin mendapatkan kek-kek ini silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat 2,3 minggu lebih awal.












Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Salam semua. Walaupun agak lewat, penulis ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar di Malaysia. Jasa anda semua amat dihargai. Entry kali ini mengenai juadah dan manisan yang penulis buat untuk cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak penulis.


Cuppies untuk juadah guru tadika



Coklat campuran sebagai tanda penghargaan cikgu-cikgu yang berusah payah memberi ilmu kepada anak-anak kami



Manisan dan hadiah yang telah siap dibungkus


Cuppies yang dibuat agak ringkas namun dibuat penuh dengan kasih sayang.


Harap cikgu-cikgu gembira dengan pemberian ini










Thursday, May 12, 2011

DADIH STROBERI..DADIH KELADI..DADIH JAGUNG..

Salam penuh kesyukuran. Setelah beberapa hari ditimpa kepanasan melampau juga terdedah kepada asakan jerebu, hari ini hujan turun dengan lebatnya membawa bersama kenyamanan dan kesegaran udara, Alhamdullilah.


Dadih Campuran

Puan Sallieyna atau lebih penulis kenali sebagai Sally lagi sekali menempah dadih dari kami. Beliau telah menempah 100 biji dadih campuran iaitu dadih perisa stroberi, keladi dan jagung.
Terimakasih daun keladi Sally, kalau nak tempahlah lagi, ya.


Dadih keladi, jagung dan stroberi

Kepada yang berminat untuk menempah dari kami silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.








Saturday, May 7, 2011

HAPPY MOMS DAY ---<-@

Selamat Hari Ibu untuk semua mama, emak, ummi, ibu, ma, mother, amma, omma dan sebagainya dari kami di sini.




Kad ini adalah hasil kraftangan penulis dan anak penulis. Semoga para ibu bergembira di hari ibu ini.
---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@ ---<--@






Thursday, May 5, 2011

CUPPIES DAN COKLAT PULAK

Salam ceria kepada semua. Hari ini cuaca sangatlah cerah dan panas, Alhamdullilah. Sesuai untuk aktiviti-aktiviti beriadah di luar rumah.


Cuppies Mix N Match

Berbalik kepada entry kali ini. SIL penulis iaitu Hasmieza telah sudi menempah cupcakes dan coklat pula.


Hepi Bday Farhan Farhat

Cuppies mix n match terdiri dari cuppies edible image, ucapan dari coklat kompaun dan deco dari jelly dan lukisan tangan.



Coklat Ceria


Selain dari cuppies SIL juga menempah coklat campuran terdiri dari coklat praline stroberi, coklat perisa epal berbertih beras, coklat perisa lemon dan coklat putih serta coklat duo - coklat susu dan coklat putih berinti badam panggang.


Tqvm Mieza. Harap gembira dengan cuppies dan coklat ini. Bagi yang berminat sila hubungi kami untuk tempahan. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.













Tuesday, May 3, 2011

MINI FRUIT TART - HANTARAN

Salam nyaman. Sejuk dan nyaman sekali hari ini kerana hujan turun tidak berhenti dari awal pagi tadi.


Mini Fruit Tart

Puan Adlina baru-baru ini telah menempah fruit tart dari kami untuk dijadikan sebagai salah satu hantaran majlis. Tidak pasti pula penulis samada untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan. Kami telah menggunakan potongan buah pic serta buahan segar stroberi dan anggur tanpa biji.

Terimakasih kerana menempah dari kami. Bagi yang berminat, tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari awal.

Monday, May 2, 2011

CHOC DUO STRIKES AGAIN

Salam cuti-cuti kepada semua. Choc duo sekali lagi menjadi headline entry kali ini.


Choc Duo - White and Milk Choc with Baked Almond

Cik Lalitta yang telah beberapa kali menempah choc duo dari kami sekali lagi membuat tempahan yang sama. Kali ini beliau telah menempah 320 paket choc duo kami.


Tempahan Choc Duo Yang telah Siap

Choc duo ini memang sesuai sebagai hadiah atau pemberian yang diletakkan di dalam goodie bag atau sebagai cenderahati bagi majlis majlis keraian. Kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Lalitta kerana sekali lagi sudi menempah coklat dari kami.


Close up Choc Duo - Dalam Plastik Lutsinar dan Diikat Tali Warna Emas


Bagi yang berminat untuk menempah coklat ini sila hubungi kami.