

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK SEMUA JENIS MAJLIS (KEK,KEK CAWAN(CUPCAKE),MUFFIN,KUIH-MUIH,COKLAT) SMS:0178901815
KEK PANDAN MARBLE
(R. Lin - MyResipi.com)
Bahan:
4 biji telur
100g gula pasir (kalu nak manis tambah skit lai)
1 camca besar ovalette
25ml pati santan (I guna susu segar mcm Mat Gebu)
50g minyak jagung
100g tepung gandum **
1/2 sudu teh garam halus **
1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla (Mat Gebu add this & I also follow)
1 sudu teh coklat emulco (Mat Gebu add to this recipe & I also follow adding this)
Cara:
1. Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
3. Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati
4. Adunan dibahagi 2. Satu adunan dicampur esen vanilla, coklat emulco & serbuk koko. Satu adunan lagi pandan paste
5. Masukkan adunan koko & pandan berselang seli ke dlm acuan
6. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing
UTK PELBAGAIKAN RASA KEK NI BLH TRY PUT MANGGA PASTE,OREN PASTE DLL GANTI PANDAN PASTE,OCCAYYYYYY
KELEBIHAN 10MUHARRAM( HARI ASYURA)
SUMBER : http://helwaselangor.blogspot.com
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. .
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
20. Hari kiamat akan terjadi pada hari asyura,allahualam..(yg ni iema tmbah sbb dengar kat radio tawaufm)
Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
From: |
To: |
Result: |
Counter developed by website design company designer. |