Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

08 September 2009

Minyak Kelapa Sawit jadi ubatan.

MPOB telah mempekenalkan vitamin E yang sangat baik untuk kesihatan. Vitamin E ini diambil daripada kelapa sawit dimana dari penyelidikan mendapati bahawa vitamin E ini sangat baik untuk Jantung,anti kanser,kulit dan pelbagai lagi kegunaannya terutama bagi mereka yang mempunyai kolesterol buruk yang tinggi.
Syukur kenyataan ini sebenarnya membantu pengguna akan kegunaan Vitamin E Alami yang dikeluarkan oleh HPA. Vitamin E Alami yang di keluarkan dalam bentuk soft gel sekali gus menjadi pilihan bagi mengelakan berlakunya serangan jantung kerana ketersumbatan plak di arteri.InsyaAllah.

Rasa gembira kita juga kepada MPOB yang akan mengeluarkan keju halal dari minyak kelapa sawit pada awal tahun hadapan. Semoga sedikit sebanyak akan menjadi harapan baru kepada produk halal di negara ini. Amin.

Bihun dan Laksa dekat Kandang Babi.

Sudah sekian kali kita mendengar hal-hal bagini betapa kesucian produk yang mendapat kelulusan "Halal" di ragukan. Apa solusinya ? selagi kita tidak berani menjadi pengeluar selagi itulah masalah ini tak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah,mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama . Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?

Kena berjuang.......bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalah ini. Syukur kita dah mula pasarkan mee kuning tapi tak banyak,masih baru ,kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.

Bagitu juga Kilang Kola radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke 2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah.Kilang ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran dimana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang aiskrim mendapat kelulusan "Panel Syariah" sepenuhnya dan penal berpuashati dengan bahan-bahan yang digunakan.