Hari Ini Dalam Sejarah Palestin 3 Januari 1919
Perang Dunia Pertama (WWI) telah menyaksikan bagaimana semangat
asobiyyah kembali memporak-perandakan dunia Arab setelah berkurun lama
ia ditundukkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di wilayah
tersebut sejak tahun 610 Masihi.
Julai 1915- Januari 1916 telah menyaksikan berlakunya pakatan
rahsia antara Emir Hussein bin Ali, Sharif di Mekah dan Sir Henry
McMahon, British High Commissioner di Mesir untuk menentang Khalifah
Turki Uthmaniyyah dan mengembalikan semula Sistem Khalifah ke Jazirah
Arab. Pakatan ini tercatat dalam lembaran sejarah sebagai
Hussein-McMahon Correspondence.