Assalamualaikum.
Bagi mereka yang ada lebihan rezeki berupa bahan bacaan seperti buku-buku baru atau terpakai, majalah kanak-kanak, buku rujukan dan sebagainya bolehlah diinfaqkan kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITIZ), Bintulu.
Untuk pengetahuan, SRIITIZ baru memasuki tahun ke dua penubuhannya. Kelas tertinggi setakat 2016 adalah murid tahun 2. Sebagai sebuah sekolah tahfiz swasta dan masih baru, sudah tentulah banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
Selaras dengan perkembangan sekolah, sebuah perpustakaan mini akan diwujudkan untuk keperluan para pelajar. Bahan bacaan yang diperlukan hendaklah bersesuaian dengan murid-murid tahun 1 hingga 6, walau bagaimana pun keutamaan sehingga tahun 2 bagi tahun 2016.
Semoga setiap sen yang kita keluarkan ke jalan Allah akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.
Kalau Plan A tak jadi, buat Plan B, tak jadi juga, buat Plan C, jauh lagi nak sampai Plan Z!
Nuffnang Adv
Showing posts with label SRIITIZ. Show all posts
Showing posts with label SRIITIZ. Show all posts
Wednesday, 20 January 2016
Monday, 12 January 2015
AzMi > Bermulanya episod baru.
Assalamualaikum.
Hari ini adalah hari pertama persekolahan, bermakna hari pertama persekolahan anak sulung kami, AzMi ke Tahun Satu di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz, SRIITIZ Bintulu. AzMi seorang Autistik.
Sebelum ini, AzMi telah dihantar belajar di sekolah PASTI Al-Mukminin untuk sesi 2013-2014, iaitu ketika usianya 5 dan 6 tahun. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Memang kami tidak berharap dia akan menjadi pelajar yang terbaik, tapi cukuplah untuk dia melihat dunia luar dan mengadaptasi dirinya dengan persekitaran secara normal. Terima kasih atas sokongan tenaga pengajar di PASTI seperti Ustazah Asmira, Ustazah Nur Hikmah, Ustazah Khairunnisa dan lain-lain.

Bersiap untuk ke sekolah (2014). |
Subscribe to:
Posts (Atom)