KOMEN-KOMEN MENGENAI PROTON KERETA 'KEBANGGAAN'
RAKYAT MALAYSIA
Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton). Saya pasti yang
kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.
Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya
mengeluarkan KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH.
Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya
adalah Mitsubishi dan Daihatsu (Perodua). Sungguhpun begitu saya
percaya dalam setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan
sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup dan perkataan2
mereka tidak sampai ke perbincangan umum.
Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi
sesiapa yang berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan
berilmiah semoga ia mendatangkan manfaat bersama.
KUALITI
Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah
seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi
bagi yang diekspot, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. memang
memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more,
harga pulak murah. Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat2
saleh nie tak pandang sangat kete2 cam Proton nie. Memang ada yang
beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut
atau jadikan kereta sampingan. Kalau nak melawa tak de la nak pakai proton.
Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti teruk untuk
rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk menilai.
BUATAN TEMPATAN
Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun
nak ajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi
tempat pasang body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya
kereta yang dipasang di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari
kereta yang diimpot seketul dari jepun (ketepikan tax GILA tu).
Magic ke nie ?.
Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar
dan bukannya Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil),
Daih Terios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok?.
KEPUASAN
Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan,
PASTI nak tukar/tambah beberapa perkara.
1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)
2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)
3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power
window Depan aje) dan sebagainya.
Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak
perlu dah tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap.
Melainkan kalau betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.
HARGA
Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah
Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli Proton.
Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ?
Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta2
sebab orang terpaxa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA
PILIHAN, jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan
dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan
memilih Proton.
Mengapa harga proton murah ?.
Sebenarnya harga Proton MAHAL !.
Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX
sebanyak 300-400% GILA! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru
RM 33,333.33 ++. Sedangkan Proton Iswara Aeroback (TEMPATAN)
berharga RM 37,000.00 ++. Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan
Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum banding kualiti/harga Wira dll.
Jadi, murahkah Proton ??.
Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00
dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar
kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa membayar
LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang rendah kualitinya.
Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN.
Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOI
dengan harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.
SPARE PARTS
Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah Spare Parts
dia MURAH. Pengguna kereta lain kalau nak dapatkan spare
parts kadang2 kena order dan harga pun tinggi. Harga Spare
Parts kereta lain ini pun tinggi disebabkan TAX terhadap kereta
import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak ambik banyak stok.
Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit2 (runcit), harga pun
tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta jenama lain.
KEMALANGAN
Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa ditangan tuhan. Tapi
kalau secara saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling
senang rosak ?.
Untuk pengetahuan, bumper2 proton dipasang secara KLIP aje.
Kalau kemalangan kecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar).
Bumper bukannya dapat BUMP tapi jatuh dulu. Bagi siapa yang
guna Wira, lampu signal depan paling senang nak curi.
Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM 300(sepasang).
EON
Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie
bukan Proton tapi kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh
elak cerita pasal EON.
Kereta yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3),
dia tambah bukan2 jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll).
hahahahaha free RM 6500 kat dia. Sport rim = RM 1000 ??,
Spoiler RM350??,yg lagi kelakar...
Stripe (Sticker belang2 tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha!
Selalu kalau tanya Salesman dia, kereta Proton ada banyak type
mengikut Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type
nie dee..Seketul dtg full Acces, puas ati. Sekali tu saya tanya,
Type 'A' ade jual lagi ? Dia kata dah tak jual dah.
(Type A ialah paling takde dia punya Acces).
Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak keluarkan dah jenis tu.
KOROK dia!! Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power
Window,Central Lock dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg
bubuh. Jadi camana kate Proton dah tak keluar jenis tu ?
EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat,
kadang2 kereta sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak
cepat bayar lebih 3-4 ribu, kalau tak mau tak apa".
Amboi sombongnya dia. Kalau kita bayar 4 ribu, esok jugak keluar
kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak untung segera.
Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer.
Seminggu bole keluar kete. Ade salesman yg jual cuma 2 bijik
sebulan. Nak makan apa ?. Masa tu baru la layan customer
dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau dulu
takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie
ekonomi naik balik, siap le jadi balik cam dulu.
KENAPA BELI ??
Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul
org proton nie yea..Mentang2 org KENA beli kereta dia. Kita
beli sebab TERPAXA (ulangan). Takkan nak beli lori nak bawak
anak bini. Nak beli kereta TOYOTA, berapa lak harganya(setelah tax).
Kancil ?? Perodua pun 2 X 5 jugak. Tak memadai si bantut tu harga
RM 26,000.00 ??. Kalau ikut spec yang diberi pun +- macam Proton
punya kualiti gak. Masalahnya kancil nie jadi kereta kedua bole la (Perodua).
Atau family kita masihtak ramai.Atau jalan dekat2.
Masalahnya, kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak
mampu pakai DUA kereta. Atau beli kereta lain bila family besar
sikit. Jadi kalau beli kereta tu jadi pelbagai guna la. Dari pegi pasar
sampai balik kampung. Kalau pakai kancil emm tahle.
Satu lagi, bukan nak sombong laa.. kita graduate dan level +- Executive.
Tapi takkan la dia samakan level kita dengan Moto aje atau Kancil.
Tapi nak buat macamana, graduate atau tidak, keadaan memaksa
kita beli kancil, terpaksa la. Kalau diberi pilihan, pemilik kancil mesti nak
kereta Sedan.
Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang
dan bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi negara maju.
Masalahnya harga kereta dalah harga barangan Mewah.
Student2 Malaysia di US dapat beli kereta pakai duit loan.
Student di Malaysia ??? Nak beli moto pun harap Bapak tolong.
Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai kereta (bukan kereta
mewah, tapi kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di Malaysia
kerja McD, naik bas ajela.
STAFF PROTON
Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka
kerana mereka semua sebagai perlaksana dan bukan penentu
dasar. Eksekutif2 mereka tak dapat berbuat apa2 dengan perkara
ini. Mesej ini untuk renungan bersama dan kalau dapat dipanjangkan
ke Vice President, President, Senior Managers Proton lagi bagus.
AFTA
Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia
yang semua negara kena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran
dunia. Tak tau bila Malaysia nak implimenkan. Kalau ON maknanya..
Harga kereta import tak bole lagi dicukai 300-400%.
Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak.
Masa tu Proton tak bole lagi MANJA harapkan gomen punya tax
utk lakukan jualan. Kali ini Proton kena betul2 bersaing dari segi
KUALITI, LAYANAN, PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA.
Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat,
BUNGKUSSSS Proton.
Anyway, setakat ini saja untuk kali ini.
Maaf kalau ada nada yang emosional.
Just practicing my rights as a Malaysian and a User.
Macamanapun saya rasa mesej
saya ni masih dalam nada yang acceptable (tiada carut pls).
Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada.
Wassalam.
Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Saturday, August 8, 2009
tentang kereta malaysia( bukan aku yang komen)
Monday, March 9, 2009
Saturday, March 7, 2009
Exora frame unveiled at UTM
The frame of Proton Exora, a Campro 1.6 CPS-powered engine was unveiled in conjunction with the nationwide Proton Technology Roadshow ahead of its scheduled April launch.
Proton organized a two day exhibition to display its latest research and development technology including Computer Engineering starting from February 25th to 26th.
Other activities also being carried out by Proton such as talk session with engineering experts on technology development over the past few years and trends in the automotive sector.
Proton also held interview sessions for students and the public for future recruitment with the company.
UTM, represented by its Vice Chancellor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang also signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Proton’s Managing Director, Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir on collaboration in research on automotive advance technology ideas, exchange of staff for the purpose of R&D as well as education and to provide utilization of facilities.
Both organizations also agreed on exchanging information, publication and project related materials and also agreed to jointly organize seminars, conferences, workshops or courses.
Zaini in his statement said UTM is trying to look for collaboration opportunities with Proton.
“Besides sharing knowledge and facilities with Proton, UTM is also trying to expose the students of the latest developments and trends of the automotive industry,” he said.
Sunday, February 22, 2009
Nasib Perdana
Proton Perdana : kereta mewah pertama dibuat oleh orang malaysia. waktu mula-mula dikeluarkan, bukan main bangga lagi rakyat jelata mahupun bangsawan. Biarpun waktu tu perdana guna enjin mitsubishi 2.0L 4G63, asal jepun cuma tukar cover luaran je,tu pun dah dianggap 'warganegara' malaysia.
Sebagai penghargaan tuk keta ni, kerajaan buat polisi supaya kenderaan rasmi untuk pegawai tinggi kerajaan Persekutuan dan Negeri macam PM, TPM, jemaah menteri, MB, exco, Pengarah, KSU dan sape-sape lagi yang pegang amanah besar supaya menggunakan keta ni tuk tujuan rasmi. Memang ramai jugak la yang guna, xda complain ape-ape lagi, semuanya OK belaka. Tapi beberapa kerat je orang-orang kenamaan ini memiliki kereta nasional sebagai kereta peribadi. Kalau ikut harga pasaran sekarang, sebuah keta ini berharga RM106,096.94 untuk model V6 2.0(A), tak temasuk insurans lagi. Fuh~,boleh beli sebuah rumah kos rendah bagi orang yang berpendapatan rendah; memang tak layak tuk aku miliki.
Tapi dah beberapa tahun lepas dibanggakan, ade je problem keta ni, teruk lagi problemnya dari adik-adik nya yang lain(wira,saga,satria,dll). tiap bulan aje kena pergi workshop, paling lama pun 5-6 bulan baru masuk balik workshop pasal ade problem dengan allignment la, brek la, Abs la, banyak warning macam-macam la, tak dapat start la dan paling teruk skali gearbox! Beribu jugak harganya kalau nak repair tu. Last-last dah tak tahan lagi jual kat orang lain.Standard harga keta ni secondhand dalam RM30 ribu lebih jugak la kalau baru guna 5 tahun. Jatuh mendadak nilai susut keta ni, ish3!
Keta ni pun boleh cetus kontroversi jugak apabila kerajaan PR decide nak tukar kereta rasmi.Kerajaan perak beli toyota camry, selangor beli toyota camry jugak,MBnya guna Lexus(lagi up)..kedah aku cadangkan beli honda accord .Tak kurang jugak kerajaan BN terengganu nak beli Merc. Benz, sabah nak beli volvo. Sampai YB negeri lain pun dah tak sabar menunggu MB/CM nak umumkan tukar kereta rasmi,sabar Datuk, sabar..
lain pulak kes di sarawak,biarpun BN memerintah, CM, menteri, menteri muda dan pengarah jabatan tak diwajibkan guna perdana, memang tak akan guna pun sebab diaorang dah cukup selesa dengan merc benz, BMW, volvo, jaguar dan rolls royce yang CM pakai.pelik jugak kenapa satu-satunya negeri di Malaysia ini terlalu istimewa. Malah kesemuanya kereta import dari eropah dan bukan recorn. Walaupun penduduknya ramai miskin dan hidup susah, negeri tak seberapa maju jika dibandingkan dengan semenanjung, UMNO ditolak menjadi parti politik tempatan (haha), tapi kerajaannya memiliki gaya hidup mewah. Tak ada siapa yang berani untuk mengkritik kerajaan sarawak.
post by malhebat88
http://jamrandek.blogspot.com