Sunday, October 13, 2013

set bantal & tilam kekabu for new baby on october

Kekabu asli telah digunakan di zaman nenek moyang kita sebagai bahan untuk membuat bantal & tilam. Kini, ia semakin dilupakan dengan adanya bantal berteknologi moden. Namun, masih ramai yang tercari-cari bantal & tilam kekabu asli kerana keselesaan & kegebuannya yang tiada tandingan

KEISTIMEWAAN SET BANTAL & TILAM BAYI KEKABU ASLI KAMI :
  • Bantal & tilam diisi dengan menggunakan kekabu asli original (Gred A) / Diisi dengan padat tanpa ruang kosong / Tilam empuk beserta bantal yang gebu (soft & comfort) / Tilam & bantal tidak mudah leper & akan kembali ke bentuk asal walaupun digunakan berulang kali
  • Menggunakan fabrik yang bermutu tinggi (tebal & tidak mudah koyak serta tidak turun warna) NON-BLEEDING / selamat untuk bayi / kain tidak berbulu walaupun dibasuh berulang kali
  • Jahitan yang kemas & kuat serta tidak mudah tetas atau koyak / Tahan lebih lama boleh digunakan sehingga beberapa generasi 
  • Sarung tilam & bantal berzip mudah untuk ditanggalkan & dibasuh
  • Boleh diletakkan di dalam 'Baby Court' sebagai tilam bayi
  • Boleh digunakan sehingga bayi berusia 1-2 tahun
ukuran 
tilam 27inchi x 40inchi
pillow 13inchi x 9 inchi
bolster 16inchi x 7inchi

TIPS PENJAGAAN TILAM KEKABU

Tips di bawah antara cara - cara nak menjaga tilam atau bantal kekabu supaya lebih tahan lama. antara tips - tips nya:-

I. Kalau Tilam atau bantal kekabu tu dah makin lembik atau nampak macam kurang je, jemur ketika matahari naik. Kekabu akan mengembang sedikit demi sedikit semula.

II. Tilam atau bantal kekabu yang dah kotor hendaklah di basuh. Selepas dibasuh kekabu akan kecut dan melekat di dalam bantal. jadi buat seperti cara di atas cuma jemur sehingga betul - betul kering. Barulah Kekabu akan jadi Gebu semula. Perhatian jangan guna kekabu sehingga betul - betul kering.

III. Tilam dan bantal yang lama mungkin akan berhabuk atau berdebu, dengan cara lain untuk buang debu dengan cara jemur ketika matahari naik dan tepuk atau ketuk tilam kekabu dengan objek keras seperti kayu atau penyangkut baju bagi membuang habuk dan debu.

IV. Bagi memastikan Tilam atau bantal kekabu sentiasa Gebu.. Rajin - rajin laa jemur di luar rumah ketika matahari naik atau ketika panas.


Boleh di aplikasi kepada Tilam Kekabu, Tilam Bayi kekabu, Bantal Kekabu, Bantal Peluk kekabu, Bantal Bayi Baring dan Peluk Kekabu. Senang Cerita Semua yang ada kekabu laa yea...

Antara Tips - tips ini adalah daripada pengalaman penguna Tilam dan bantal kekabu sebelum ini. TQ

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...