Friday, January 30, 2009

BUKAN UNDANG-UNDANG LOMPAT

GUBAL PILIHAN RAYA SE MULA.

OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

NAMPAKNYA UMNO kian gementar dan gusar. Kegementaran dan kegusaran jelas ekoran bilamana ADUN Bota, Perak, Datuk Nasarudin Hashim baru-baru ini bertindak keluar UMNO-BN menyertai PKR. Senario melompat parti agaknya mungkin mencetuskan gelombang baru politik Malaysia hingga menjelang pilihan raya umum ke-13.

Berbagai-bagai penyakit menjangkiti UMNO. Politik wang, rasuah, perebutan kuasa, dan bermacam-macam sesudah mereka ditimpa musibah teruk dalam pilihan raya ke-12 yang lalu. Genarasi baru kian jemu dan muak dengan UMNO. Tengku Ahmad Ritaudin, veteran UMNO mencadang PUTERI dan PUTERA dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang. Cadangan veteran UMNO itu menjadikan UMNO semakin bertambah keliru kerana kalau tersilap mujarab boleh mengakibat racun yang akan menanah serta membusung ke seluruh tubuh badan UMNO yang penuh dengan kurap-kurap dan kudis-kudis penyakit yang semakin sukar hendak diubati.

Kekalahan parti pembangkang dalam pilihan raya kecil sebelum ini adalah perkara biasa, melompat parti dari wakil pembangkang ke parti kerajaan adalah hal biasa. Tetapi, apabila UMNO-BN kalah dalam pilihan raya kecil dan wakil rakyat mereka melompat parti dari orang kerajaan ke pembangkang alamat petanda musibah malapetaka buruk akan menimpa UMNO.

Saya amat bersetuju sekali dengan saranan Datuk Mustafa Ali(Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat) yang mencadang agar diadakan undang-undang pilihan raya semula kepada mana-mana calun yang melompat parti. Ini wajar sekali, apabila terdapat mana-mana wakil rakyat baik dari parti kerajaan ataupun pembangkang apabila bertindak melompat parti, secara otomatik status wakil rakyat yang disandang mereka baik selaku ADUN ataupun Parlimen akan gugur dengan sendiri. Maka akan berlakulah pilihan raya semula. Itu wajar dan amat menepati kehendak proses berdemokrasi yang diamalkan di negara ini.

Mana-mana wakil rakyat dari parti kerajaan yang difahamkan ramai lagi akan melompat parti, terutamanya di Sabah dan Serawak sekiranya bertindak demikian, wajar sekali dikembalikan semula mandat kepada rakyat yang diwakili mereka sebelum ini. Dan pilihan raya baru diadakan semula. UMNO tiada perlu gusar dan gementar, kita pulangkan hak rakyat kepada rakyat melalui system pilihan raya semula. Kepada saya jika UMNO memikirkan sistem yang dicadangkan ini baik dan bagus, bermakna rakyat akan mendapat keadilan yang sebenar dalam menentukan hak meraka membuat pilihan terhadap mana-mana calun yang dikehendaki setelah berlakunya tindakan melompat dan meninggalkan parti.

Saranan ini saya rasa ianya cukup praktikal sekali. Justeru itu saya mengesorkan agar UMNO menggubal akta keguguran secara otomatik hak dan kedudukan status wakil rakyat baik DUN dan Parlimen apabila seseorang itu melompat parti. Tetapi, sekiranya UMNO memilih bagi menggubal akta bagi menyekat mana-mana ADUN dan Parlimen dari melompat ke mana-mana parti, saya fikir itu kurang wajar. Kerana dalam kes melompat parti bukan hanya dari ahli-ahli politik dari parti kerajaan sahaja yang melompat ke parti pembangkang. Malah sebelum ini terlalu ramai sekali ahli-ahli politik dari parti pembangkang melompat ke parti kerajaan. Tetapi tiada timbul soal mengaktakan undang-undang pencegahan melompat parti ke parti.

Inilah penyakit terbaru yang dihadapi UMNO. Mereka sudah menghidu akan bertambah ramai lagi kemungkinan wakil-wakil rakyat dari parti kerajaan akan berhijrah ke Pakatan Rakyat. Maka bagi mewajar tindakan mereka iaitu dengan mengaktakan undang-undang menghalang mana-mana wakil rakyat lari meninggalkan UMNO. Itu sahaja yang boleh UMNO lakukan dalam saat-saat rakyat sudah jemu dan muak dengan mereka. Pasti sekali dalam situasi yang amat tiada menyelesakan UMNO percayalah mereka akan melakukan apa sahaja yang akan memberikan faedah keuntungan supaya memihak kepada meraka demi mempertahankan "survival politik" dan status quo selama ini.
Sudah pasti sekali politik ala "machiavellian-the end justifies the mens"- matlamat bagi meperhalalkan cara menjadi agenda mulia politik mana-mana sang penguasa yang hanya memikirkan kekuasaan adalah hak mereka, dan mereka akan terus mewarisi hak(kekuasaan)itu tetap kekal sepanjang masa. Itulah legasi mereka, status-quo, pangkat, kekuasaan, kedudukan menjadi tahta beraja di hati.

Monday, January 26, 2009

BILA UMNO TIDAK RELEVAN LAGI-APA PERSEDIAAN PAS UNTUK PERINTAH MALAYSIA















OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

TERSERLAH sesudah melewati usia 61 tahun dan memerintah negara 54 tahun parti UMNO yang banyak berjasa kini dikatakan sudah tiada relevan lagi. UMNO difahamkan sedang menghadapi penyakit kronik ekoran dilanda kejutan tsunami politik pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu. Kekeronikan kian berpanjangan, namun masih belum bertemu penawar mujarab demi menyembuh sekali gus menyelamatkan UMNO dari menghadapi detik-detik maut tiada lama lagi jika penyakit tenat yang sedang merobek ke dalam seluruh denyut nadi anggota tubuh badan parti UMNO itu gagal dipulihkan kembali. Alamat besar UMNO akan berakhir hayat pemerintahan mereka di bumi Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini tiada tanda-tanda menunjukkan penyakit yang melanda UMNO akan sembuh dan pulih, antaranya seperti politik wang dalam menentukan proses peralihan kuasa dan pemilihan barisan pucuk pimpinan sudah menjadi barah kronik yang amat sukar hendak diubati. Rasuah politik pilihan raya terlalu amat sangat menjemukan rakyat. Kalau dahulu taburan kebendaan dan wang ketika menjelang musim-musim pilihan raya sentiasa memberikan pulangan keuntungan yang memihak kepada UMNO. Tetapi, politik sekarang sudah berubah suasana dan masa tanpa UMNO menyedari. Pengundi-pengundi dewasa ini akan menerima segala umpanan UMNO, namun undi akan berpihak kepada parti oposisi.

Aliran baru pola pengundi bukan Melayu dari sejak merdeka yang setia terhadap perkongsian kuasa antara UMNO-MCA-MIC sekarang sudah terhakis dan kesetiaan itu tiada menguntungkan UMNO lagi. Masa dan zaman melanda dan memusnahkan segala-galanya impian dan kenangan. Dan UMNO kini dikatakan oleh seluruh public opinion sudah tiada relevan lagi. Percayalah UMNO sekira ada lagi pilihan raya kecil selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, UMNO-BN akan terus tewas satu demi satu dan scenario ini yang merupakan gelombang tsunami akan terus berpusar gelombangnya sehingga UMNO tercampak dan terjunam dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Justeru itu masa depan politik Malaysia akan memihak ke Pakatan Rakyat. Ini satu momentum hukuman yang UMNO-BN lakukan terhadap Anwar Ibrahim. Saya sentiasa yakin dan percayai perubahan momentum itu adalah kesan akibat daripada kezaliman pemerintahan UMNO-BN terhadap Anwar Ibrahim di zaman Tun Dr Mahathir memberikan impak kesan yang amat besar lagi menyukarkan untuk bangkit memulihkan semula kekuatan mereka demi meneruskan kelangsungan survival UMNO bagi mendominasi politik di negara ini.

Di sebalik UMNO di katakan tiada relevan lagi. Politik Malaysia sudah memihak kepada Pakatan Rakyat. Persoalannya sekarang apakah PAS sudah cukup bersedia untuk menerajui pemerintahan negara, kiranya UMNO gagal dalam pilihan raya umum tidak lama lagi. Mampukah PAS mengambil alih tempat UMNO sebagai penganti tunggak pemerintahan negara sepertimana UMNO yang menjadi tulang belakang teras pemerintahan Malaysia sejak 54 tahun lalu? Di sinilah letaknya cabaran besar dan hebat buat PAS. PAS juga nampaknya belum tentu dapat menguasai kedudukan teratas dalam Pakatan Rakyat walaupun parti itu diketegori sebagai pilihan kedua orang Melayu sesudah UMNO. Saya fikir inilah dilema PAS dalam Pakatan. Oleh itu PAS mistilah lebih bersiap sedia untuk menjadi penerajui pemerintahan negara yang kita kebanyakannya sudah meramalkan UMNO-BN akan tewas dalam medan politik pilihan raya ke-13 akan datang.

Sebagai parti pilihan kedua orang Melayu sesudah UMNO, PAS perlu pantas merencana strategi masa depan percaturan politik yang sukar juga untuk bersaing dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Walaupun bersama, namun bukannya mudah untuk menyusun strategi yang akan memihak kepada PAS apabila Pakatan menang nanti. Persoalan ini barangkali sukar untuk ditepis oleh PAS, kerana persaingnya lebih terbuka yang akhirnya saya kira akan menyulitkan PAS. Tetapi, hanya itu sahaja landasan yang boleh membuka ruang kepada PAS untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara apabila UMNO-BN tumbang. Tiada dinafikan persaingannya dengan rakan KeaDilan dan DAP buat masa sekarang sukar digambarkan. Namun, kaedahnya akan dapat diselesaikan apabila situasi benar-benar Pakatan Rakyat dapat memerintahan sesudah UMNO semakin tiada relevan lagi.

Sunday, January 18, 2009

KUALA TERENGGANU MENJAWAB PELBAGAI TUDUHAN UMNO-BN



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

SAH dan tepat sekali saya menulis artikal pada 10 Januari 2009 “PAKATAN RAKYAT- BUKTIKAN PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU”. Alhamdulilah dengan kuasa mustajad dari Allah SWT, optimistic saya tiada membabi buta itu meletakan harapan terlalu mahal dan tinggi harganya agar PAS mewakili Pakatan Rakyat menang di Kuala Terengganu. Ramalan saya terserlah tepat sekali dan PAS akhirnya berjaya dalam pilihan raya kecil Parlimen KT pada 17 Januari 2009.

Dengan kemenangan PAS di Kuala Terengganu pada saya ia sekali gus menjawab pelbagai persoalan dan tuduhan dari musuh-musuh Pakatan Rakyat selama ini.

Pertama
Saya masih teringat lagi di mana Menteri Penerangan, Datuk Sabrey Chik sewaktu keputusan Parlimen Permatang Pauh yang di menangi DSAI, tetap menafikan UMNO masih relevan dan mendapat sokongan rakyat. Tetapi, hujah beliau Permatang Pauh tidak boleh dijadikan kayu pengukur yang tepat sebagai bokti rakyat tolak BN. Kerana kebetulannya Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim. Kata Sabrey ukuran tepat sebagai bokti rakyat tolok UMNO-BN, kita kena tunggu satu pilihan raya di tempat lain di luar Permatang Pauh. Nah! Sudah terjawab sekarang di negeri beliau sendiri di Kuala Terengganu trend pengundi tetap ‘swing wote’ kepada Pakatan Rakyat.

Kedua
Peranan Media cetak dan elektronik harus merasa sedar dan malu kepada rakyat jelata dengan lapuran berita mereka yang sentiasa vias dan memihak. Tetapi tiada memperlihatkan ciri-ciri pemberitaan yang benar dan boleh dipercayai. Saya percaya pihak media banyak menyokong ke arah kemenangan Pakatan Rakyat ekoran lapuran berita yang teramat sangat memihak lantaran menjadikan rakyat muak dan benci. Berani saya katakan Utusan Melayu, Berita Harian, TV1,TV2 dan TV3 membuatkan rakyat menjadi benci kepada UMNO-BN. Kaji selidik dan post-mortem perlu dilakukan oleh pihak Kemeterian Penerangan terhadap media-media tersebut. Kalau tred media-media bersikap dan pendirian sedemikian tunggulah Pakatan Rakyat akan merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Ketiga
Hentikan politik rasuah dalam waktu-waktu menjelang musim pilihan raya. Rakyat sekarang sudah pintar. Kalau UMNO-BN songlap mereka kebas, tetapi vote akan pergi swing kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya UMNO-BN terima nasib sepertimana kita lihat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kuala Terengganu longgokan wang ringgit sekelip mata akhirnya, duit royalty bertaburan dan berterbangan, itu tiada termasuk pelbagai macam lagi janji-janji projek kosong yang hilang entah ke mana se lepas keptusan pilihan raya. Style politik UMNO-BN ala ini tiada relevan lagi. Kalau trend politik sedemikian masih diamal dan dipratikkan nescaya nantilah bakal hayat UMNO tiada akan lama lagi.

Keempat
Pakatan Rakyat semakin kukuh. Politik memperlekeh-lekehkan mereka tiada bagitu teruju. Trend peralihan pengundi dimilinium sudah mula melonjak menuju ke era politik baru.

Kelima
Anwar Ibrahim populis yang cukup teruja. Anwar tokoh politik Melayu masakini yang memiliki ciri-ciri kepimpinan politik yang mampu merentasi elemen pelbagai bangsa, tokoh politik baru yang tiada bersifat perkauman. Dan politik perkauman yang dipolupori UMNO-BN sudah tiada relevan lagi.

Keenam
Tsunami politik masih beriak dan berolak. Dan saya percaya tsunami itu mampu mengocak gelombangan politik Malaysia selama mana Anwar Ibrahim masih bergerak aktif dipersada politik Malaysia dewasa ini.

Saturday, January 10, 2009

PAKATAN RAKYAT-BUKTIKAN PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SAYA optimis PAS yang di wakili calunnya Abdul Wahid Endut akan mencatat kejayaan di Kuala Terengganu menjelang pilihan raya kecil Parlimen KT pada 17 Januari nanti. Mood rakyat sebenar masih bersama Pakatan Rakyat. UMNO-BN menyatakan mereka sudah pulih setelah ditimpa melapetaka pada 8 Mac 2008 lalu sudah berakhir. Dan rakyat kini mula kembali kepada UMNO. Itu momokan retorik kosong untuk mengalih perhatian pengundi di KT bagi tujuan memberikan undi kepada calun BN Wan Farid semata-mata. Hakikatnya tidak semudah itu untuk UMNO-BN menempah kejayaan mereka dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu tiada lama lagi.

Lebih optimis lagi pada saya, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukan komitmenya dengan menyarankan seluruh jentera Pakatan Rakyat ke Kuala Terengganu macam mana kerahan tenaga kerja yang diperlihatkan di Permatang Pauh dahulu. Benar sekali jika Pakatan Rakyat komited dan bekerja kuat sepertima yang diperlihatkan di Permatang Pauh. UMNO sukar untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. DAP hendaklah lupa isu HUDUD yang dimunipulasi media tali barut BN. PAS sudah jelas di mana HUDUD adalah untuk orang Islam tiada membabitkan monoriti bukan Islam di negara ini. HUDUD juga tiada terlepas terkena kepada orang UMNO. Tetapi, tiada untuk MCA,MIC, DAP dan mana-mana bangsa bukan beragama Islam. Karpal Singh tiada perlu takut dengan HUDUD. Biarkan UMNO sahaja yang takut dengan terlaksananya HUDUD di negara ini.

Nampaknya Isu HUDUD bukanlah modal mudah yang boleh memberikan keuntungan mileage politik buat BN untuk memperkotak-katik parti Pakatan Rakyat. Rata-ratanya, terutama sekali orang-orang Cina dan India sudah mulai mengerti apa itu HUDUD. Momokan Datuk Najib bahawa Pakatan Rakyat rapuh, ini akan kita perlihatkan di Kuala Terengganu. Siapa yang rapuh BN atau Pakatan Rakyat?

Saya percaya Anwar Ibrahim mampu mencetuskan perubahan. Selagi ada Anwar Pakatan memperolihi nilai tambah yang cukup kuat. Anwar merupakan pencetus sekali gus pemangkin perubahan. Kemanpuan Anwar merentasi elemen kepelbagaian bangsa jelas terserlah dapat kita lihat mutakhir ini. Saya bukan penyumbang ideology Anwarisme seperti mana yang pernah didakwa oleh rakan-rakan sebelum ini. Tetapi, saya yakin Anwar punyai pengaruh yang cukup besar lagi mustajad dijadikan eset amat beruntung untuk Pakatan Rakyat menempah kejayaan. Dan kenyataan saya ini akan dapat kita lihat keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Sudah pasti kiranya PAS berjaya di Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti. Natijah besar akan menundang Parti Islam Se Malaysia itu kembali menguasai semula di negeri Penyu Bertelur dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Tetapi, Anwar Ibrahim misti diundang dan diberikan ruang yang lebih meluas untuk mengempur dan menyuntik stigma baru buat pengundi-pengundi di seluruh KT. Saya percaya proses ini sedang disusun atur oleh PAS negeri Terengganu demi untuk kita mencipta kejayaan dan kemenangan. Minda pertarungan para ahli hendaklah diubah iaitu kita menyertai pilihan raya untuk mencipta kemenangan dan kejayaan sekali gus dalam masa terpantas manpu mengambil alih Malaysia. Bukan sepertimana sebelum ini penyertaan kita dalam siri-siri pilihan raya lalu sejak tahun 1951 sekadar untuk memenuhi agenda kelancaran proses pemdemokrasian di negara kini. Keputusannya di setiap kali musim pilihan raya parti UMNO-BN menserakah kita sepanjang masa. Dan kita berpuasa hati sekadar meghetong kekalahan dalam satu dua jumlah kemenangan kerusi tercorut satu dua di sana sini.

Justeru itu saya mengutuk minda pembangkang dan mengajak kita perkukuh dan permerkasakan barisan Pakatan Rakyat bagi mencetuskan system dwi-parti akan kekal ujud dan dipertahankan sebagai satu legasi baru yang sudah pasti akan mengajar UMNO-BN erti keperitan dan kekalahan. Di Kuala Terengganu kita misti pantas dan bijaksana, strategi kita misti mampu mengunyah UMNO-BN. Insyaalah jika politik matang diperlihatkan Pakatan Rakyat, saya optimis PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU PADA 17 JANUARI NANTI. Selamat mengundi buat pengundi-pengundi di Kuala Terengganu.