Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi


Semalam ada niat nak ulas kajian INVOKE, Ilham Centre dan juga Merdeka Center (Hanya kajian Merdeka Center yang boleh diambil kira sebab sangat sedikit 'bias'). Nak banding kajian ini dengan sistem culaan PAS yang dilakukan oleh orang kampung setiap lokaliti pengundi yang mereka ini cula setiap pengundi berdasarkan buku pengundi SPR. Mereka kenal setiap pengundi satu demi satu di mana mereka berada, apa pekerjaaan mereka, sekarang ini mereka ada dimana dan apa posisi politik mereka. Mereka labelkan dengan A, B, C, D, E, F... dan seterusnya dengan makna tersendiri... Misalnya F makna 'fail' iaitu pengundi ada nama dalam buku daftar pemilih tetapi tidak dapat dikesan dimana mereka berada...

Tapi masa agak suntuk, lebai ulas ringkas ajelah!!


Mereka sebenar sudah tahu apa keputusan di LOKALITI masing-masing. PARLIMEN -- DUN -- PETI UNDI --- LOKALITI -- TEMPAT MENGUNDI --- SALURAN MENGUNDI.

Kekuatan PAS ialah mereka mempunyai 196 Kawasan (parlimen 196/222) yang mempunyai keahliaan yang baik. Daripada 196 Kawasan ini ada sekitar 700 DUN dan ada lebih kurang 5,600 Peti Undi dan ada sekitar 1,200 Lokaliti.

Jika Kawasan ini bergerak degan baik, sistem culaan berjalan dengan lancar. Maka PAS sebenarnya tahu kekuatannya dan mungkin sudah dapat gambaran awal sebagai asas samada KALAH atau MENANG di PARLIMEN atau DUN berkenaan.





Lebai pergi melawat satu LOKALITI mengundi yang mempunyai pengundi sekitar 1,244 orang. (lokaliti lebih kecil daripada Peti Undi adalah pecahan DUN). Ini adalah gambar peta cula di Bilik Gerakan lokaliti berkenaan. Tempat ini sulit tak semua orang PAS pun boleh masuk. Jangan tanya kenapa lebai boleh masuk dan ambil gambar!!

Berdasarkan buku culaan yang diberikan oleh SPR, mereka akan nombor bilangan ahli rumah yang boleh mengundi mengikut buku SPR. Mereka akan kesan dimana mereka ini berada.

Yang buat kerja ini...
Seorang sahaj yang ada lulusan U dengan kemahiran komputer tinggi. Yang lain semuanya "tak sekolah" tapi komitmen dan istiqamah sangat tinggi. Mereka korbankan diri, jiwa dan keluarga mereka untuk perjuangan Islam demi mendapatkan redhaan Allah s.w.t. Mereka bukan oang politik yang memeta melihat kerjayaan jika bersama DAP ke?? Kita korban Islam kita sedikit ke?? ... Mereka bukan macam itu.

Tapi bila tanya macam mana culaan??
Mereka jawah Usof, anak Pak Da jual Kerepek tepi jalan tu, 6 bulan tak pernah balik. Tapi difahamkan balik mengundi dan mengkin pangkah DACING (BN).

Ya ke? tanya lebai.
Namanya dah ada dalam senarai markaz UMNO dapat RM300 untuk pengundi luar.

Lebai tanya lagi, Eeh betul ke?
Dia jawab kitakan ada Isham... dia beritahu semua.

Siapa Isham (Hishamuddin)?
Dia adalah PGS PAS. PGS adalah singkatan untuk kumpulan "Gerak Saraf" PAS yang menyusut masuk ke parti lain untuk dapatkan maklumat.

Hebat lebai kata...
Apa ingat pakai kain pelikat bodoh ke.. Tak boleh memerintah??

Lebai tersenyum.. kami habiskan roti bakar dan kopi o.. Dulu masih ingat markaz atau bilik gerakan PAS sekadar ada biskut kering aje... Tapi kini meja penuh dengan kuih muih.. Mungkin kot duit RM90 juta... he he


Itu realiti PAS bukan kajian khayalan INVOKE kajian untuk bina persepsi aje.

Lebai dapat maklumat daripada bilik gerakan PAS di Langkawi bahawa Mahathir kalah 1,500 undi. Ok Malam ini kita lihat betul atau tidak.



Share this article :
 

+ comments + 36 comments

Anonymous
May 9, 2018 at 8:50 AM

Bukti DAP menentang dan menghina agama Islam:

Dr Ridhuan Tee: DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam?

Sumber : mynewshub

ertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Anonymous
May 9, 2018 at 9:05 AM

Kita sokong dan undi parti Islam PAS kerana:

1. PAS menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik PAS.

2. Pemimpin-pemimpin PAS sentiasa berjuang untuk membela, memartabatkan dan memperkasakan agama Islam, institusi Islam, ulama Islam dan hak umat Islam dan hak rakyat walaupun puak munafik dan puak kafir harbi bergabung menyerang, memfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

3. Pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll berbanding dengan pemimpin Be End dan pemimpin PH yang telah atau sedang disiasat oleh SPRM kerana ked rasuah.

4. Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah yang bererti kita wajib menolak semua agama lain dan ideologi buatan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, kafir harbisme dll.

5. PAS menentang kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, atheis, LGBT, pesta arak terbuka dll yang dipromosi oleh parti sekularisme, liberal, pluralisme, dan kafir harbi.

May 9, 2018 at 9:16 AM

ulasan menarik. terima kasih lebai yang menulis. banyak info dari blog ni. UP!

Anonymous
May 9, 2018 at 10:10 AM

#UntukPitih

Anonymous
May 9, 2018 at 11:34 AM

Siapa Isham (Hishamuddin)?
Dia adalah PGS PAS. PGS adalah singkatan untuk kumpulan "Gerak Saraf" PAS yang menyusut masuk ke parti lain untuk dapatkan maklumat.

Hebat lebai kata...
Apa ingat pakai kain pelikat bodoh ke.. Tak boleh memerintah??

Kah kah kah kah..

Bukti lebai temberang baru kenal politik.
Ingt baru2 ni shj baru ada spy dan hanya pas ada spy?
Daif politik dan ketinggalan bas..

Anonymous
May 9, 2018 at 11:04 PM

Lebaii oii... ape cerita.... keputusan Langkaw dah keluar... kah kah kah... lebaii oh lebaii

Anonymous
May 9, 2018 at 11:49 PM

Apa nk buat...
Lebai baru kenal politik.
Sembang mcm bnyk mkn garam.

Konon2 tulis suatu yg hot bombastic.
Simple logic dh bleh tau lebai temberang tulis sampah.

Cerita novel bergenre politik..
Itulah lebai hassan temberang.
Xreti malu gelar diri sendiri lebai

May 9, 2018 at 11:52 PM

ASSALAMUALAIKUM, NUJUM LEBAI, APA KHABAR KEPUTUSAN PRU 14 PARLIMEN LANGKAWI? LAIN KALI, BUANGLAH KEBENCIUAN ITU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SEBGAI PENULIS DAN PEMERHATI. BELAJARLAH MENJADI PEMERHATI YANG RASIONAL. BOLEH?

May 9, 2018 at 11:56 PM

SEBAGAI ORANG YANG KUAT MENYOKONG PARTI SUCI, TUAN SEHARUSNYA LEBIH BERHEMAH. JANGAN MENULIS MEMBUTA TULI. MALU ANAK CUCU SEPERTI SAYA MELIHAT TULISAN TUAN. KALAU TAK MAHIR MENULIS, CARILAH ILMU DAHULU, NAMUN YANG LEBIH PENTING IALAH ADAB DAN AKAL BUDI.

Anonymous
May 10, 2018 at 12:29 AM

Lebai mmg layak utk menulis dan pandai menulis.

Masalah lebai yg pertama adalah angkuh menggelarkan diri sendiri sebagai lebai.
Keangkuhan lebai terbawa dlm penulisannya.

Masalah lebai yg kedua adalah menulis lari dari logik dan fakta sebenar. Sebaliknya bermain dgn fakta sendiri dgn harapan dapat memberi gambaran palsu kpd pembaca.

Ini adalah jenayah dlm journalist.

Ilmu yg ada disalah guna.
Matlamat menghalalkan cara bukanlah cara islam

May 10, 2018 at 9:17 AM

Saudara Tanpa Nama 10 Mei 2018 (12:29 pagi), betul pandangan saudara bahawa lebai pemilik blog ini sangat angkuh. Dia menyerang orang yang tidak disukainya dengan begitu dahsyat sehingga seolah-olah hilang nilai kemanusiaan. Maaflah, saya katakan bahawa Ibnu Hasyim juga banyak menyerang PH, namun kadar keangkuhannya tidaklah seteruk blog ini. Kadangkala saya terfikir bahawa, kenapa wujud orang sebegini dalam PAS. Sebenarnya, kerana orang beginilah PAS dijauhi.

May 10, 2018 at 9:18 AM

Walau bagaimanapun saya katakan bahawa kedua-dua blog ini menjadi antara tempat bersarangnya pengomen lain yang menyebelahi PAS dan mereka berkomentar dengan bahasa yang sangat kasar.

May 10, 2018 at 10:58 AM

Menang 1500 hiiihiiio,aku baru dengar mahathir baru saja nak bertanding semuanya bagai disambar garuda

Anonymous
May 10, 2018 at 12:43 PM

Wah mahligay masih lagi menjaja fitnah walaupun PRU telah tamat.

Kita sudah biasa membaca pelbagai komen yang ditulis oleh mahligay dan geng dedaknya mengandungi pelbagai fitnah, pembohongan, maki hamun , mencarut lucah dan sumpah seranah terhadap ulama Islam , parti Islam PAS dan penyokong PAS.

Bahasa kesat dan biadab yang ditulis oleh mahligay dan geng dedaknya tersebut telah menyebabkan admin blog mendelete semua komen-komen biadab mereka.

Anonymous
May 10, 2018 at 12:45 PM

Barua-barua pakatan wayang telah mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan menburuk-burukkan Parti Islam PAS dan menghasut orang ramai membenci PAS secara membabi buta tetapi mereka gagal menghapuskan PAS.

Alhamdulillah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah mendapat kemenangan yang jauh lebih besar dari kemenangan PRU13 yang amat mengejutkan pemimpin dan barua pakatan wayang dan BN.

'Kajian' invoke yang meramalkan konon PAS akan dapat 0 kerusi adalah ramalan karut yang tidak berdasarkan fakta.

Sesungguhnya benarlah peranan PAS sebagai king maker di Kedah dan Perak.

Tahniah dan syabas kepada parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Nota: Puak Melayu yang sokong pakatan jangan terlalu gembira sebab pakatan boleh mengubah perlembagaan negara. Siapakah yang akan rugi jika ini berlaku?

May 10, 2018 at 2:08 PM

Barua apanya si bodoh Anonymous 12:45 pm

Fitnah apa???

Fitnah Pulau Pinang tak boleh azan???

Fitnah Pulau Pinang ada pesta melancap???

Sudah-sudahlah menipu!!!

Invoke punya kajian yang paling tepat sekali berbanding yang lain.

Kajian PAS seumur hidup aku semuanya kata menang, akhirnya kalah semua sekali hahahahahahhahah!!!!

Kajian PAS mana ada fakta!!!! Beritahu aku mana King MAkernya???

Parlimen pun dah bawah 20 kerusi, bukannya King Maker, dah jadi pencacai hahahahahaha!!!!

Sudahlah, setakat King maker negeri, Kitaorang dah dapat negara lah hahahahahaa!!!!

Lain kali suruh ketua pemuda PAS doa suruh malaikat bawak ic turun undi PAS seluruh negara hahahhahahaha!!!!

Selangor apa cerita, berlagak nak mampos tunggal 1 je hahahahahahha!!!

sekarang Mat Sabu jadi menterilah, hadi jadi apa???

Woi bodoh, perlembagaan apa nak ubah???? Nak reka fitnah macam fitnah melancap tu ke hahahahaha???

Anonymous
May 10, 2018 at 3:16 PM

Bersabarlah saudara.
PRU sudah berakhir.
Kita sudah berjaya.
Lupakan sahaja persengketaan sesama saudara seagama.
Fikir kehadapan.

Tunjukkan contoh yg baik walaupun kita bukan ahli dan penyokong PAS kerana inilah intipati ajaran islam yg sebenar.

Tahniah diucapkan kpd PAS yg berjaya mempertahankan Ktan dan Merampas Tganu serta 18 kerusi parlimen yg dimenangi.

Jika PAS mahu bersendirian atau bersama PH atau BN itu adalah hak mereka. Tetap saling menghormati kehendak masing2.
Jangan kerana politik kita berbalah lagi sesama saudara seagama.

Anonymous
May 10, 2018 at 3:17 PM


Dari dulu hingga sekarang komen ciptaan 'Nobody' berunsur fitnah, biadab, maki hamun , lucah dan sumpah seranah menghina Islam dan ulama Islam dan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS.

Maka kita tidak merasa hairan melihat admin blog lain delete semua komen kamu.

Komen 'Nobody'membuktikan 'Nobody', mahligay dan geng dedak berlagak bodoh sombong mendabik dada konon mereka pemenang tetapi mereka lupa PRU15 tetap akan datang walaupun kamu tidak suka.

Hari ini kamu di atas, esok kanmu di bawah sebab tidak ada apa yang kekal.

Rasa meloya nak muntah lihat 'Nobody' berlagak 'suci' sambil menjaja pelbagai bentuk fitnah untuk memburuk-burukkan Islam, ulama Islam dan parti Islam.

Ternyata fitnah ciptaan 'Nobody' dan geng dedak telah gagal menghapuskan parti Islam PAS. Bahkan semua puak 'Nobody' kalah di Kelantan dan Terengganu yang bererti propaganda jahat kamu telah gagal.

Bahkan prestasi PAS dalam PRU 14 adalah jauh lebih baik dari PRU13. Bahkan PAS boleh menubuhkan 2 kerajaan negeri.

Kedah dan Perak belum tentu lagi diperintah oleh puak 'Nobody' kerana PAS boleh menentukan siapa perintah Kedah dan Perak.

Anonymous
May 10, 2018 at 3:40 PM

Analisa invoke meleset mengenai kawasan pantai timur.
Kebencian rakyat terhadap BN diterjemahkan kpd PAS.
Tetapi ia tepat apabila melibatkan negeri2 selatan spt N9, Melaka dan Johor.

Dapat dipelajari trend dan mood pengundi pantai timur.
Tapi bukti jelas, rakyat bersatu menolak BN

Anonymous
May 10, 2018 at 5:56 PM

PH cepat naik, maka PH akan cepat turun! Lihatlah dalam masa 5 tahun ini.

Anonymous
May 10, 2018 at 6:02 PM

Mampukan PH memenuhi semua manifesto PH seperti menghapuskan GST dan PTTN dll?

Jika PH gagal melaksanakannya, maka tiada perbezaan antara PH dan BN.

Anonymous
May 10, 2018 at 6:03 PM

Pembetulan: PTPTN

Anonymous
May 10, 2018 at 7:57 PM

ISTIQAMAH DALAM.PERJUANGAN...kalah menang adat bertanding...tuan lebai teruskan perjuangan anda

Anonymous
May 13, 2018 at 3:43 AM

Jalan mendongak langit..tersepak batu tersungkur jilat tanah..haha

Anonymous
May 14, 2018 at 1:05 PM

23 calon PH hilang duit deposit di Terengganu dan Terengganu jatuh ke tangan tok lebai membenarkan kata saya sebelum ini bahawa kajian invoke rafizi buang ke laut. Tun Madey telah jadi king maker meruntuhkan keangkuhan BN walaupun negeri beliau kedah yang diketuai oleh anaknya Mukhriz nyaris tumbang di tangan lebai yang akhirnya katak BN datang membantu di kedah dan perak.PH Jilat balik kahak yang memfitnah lebai bersekutu dgn BN. Fitnah ini di telan oleh pengundi pantai barat terutamanya Selangor tetapi tidak di negeri pantai timur

Anonymous
May 25, 2018 at 11:49 AM

sudah sudah la tu..lebai dah pun kalah. boleh cuba lagi

bunbinban
June 1, 2018 at 3:42 AM

lama x update blog ni. Rindu sgt. Takan terasa kot?. Kahkahkah. Update la lebai woiii. Ke nak tunggu lagi lima tahun baru nak update. Kahkahkah. Lebai hadi pun dah bagi hint nak keje sama dgn PH. Kahkahkah. Kat selangor yg PAS kuat sgt tu brape org dpt jadi exco ek?. Kahkahkah. Lebai hadi, nik abduh, nasarudin siku pala lutut jadi menteri apa ek, aku x jumpa plak senarai dorang dlm kabinet. Kahkahkah. Yg aku jumpa nama mat sabu, salahudin ayob dan dr zulkifli....seme xde title datuk kahkahkah. Mesti sakit hatinkannbila dorang2 ni nnt pegi kelantan dan terengganu buat lawatan rasmi lebai2 kena beratur salam....kahkahkah...tapi jgn risau, dorang x sekejam korang yg ngaku ulamak nih, aku jamin dorang professional. Errr...lebai hasan omar ni tgh merisik ke....kahkahkah..nak join pbbm?. Kahkahkah

June 10, 2018 at 12:58 PM

lama tak update blog.... terkesima dengan kemenangan mahathir ker... hahahahahaha....

Buat analia syok sendiri mcm ni la jadinya....

BANkami Blog
bankami.blogspot.com

Anonymous
June 24, 2018 at 6:52 PM

Alamak..
Lebai temberang sudah senyap.
Ingt menulis kerana akhirat.
Rupanya menulis kerana pilihanraya.

Pas xnk masuk bn ke? Penyatuan ummah tu

August 20, 2018 at 8:26 AM

EnglishTHE HACK GEEKS
Hack Geeks adalah organisasi HACKERS dengan motif untuk membantu individu memahami batasan dalam teknologi.
Kami menawarkan perkhidmatan dalam:
* Pengklonan telefon, penggodaman dan pengesanan.
*Pengaturcaraan komputer
* Reka bentuk web
* Serangan siber
* Peningkatan skor kredit
* Dokumen menghidu, memotong atau menukar dan banyak lagi.
Kami memberi anda maklumat mengenai bagaimana kami akan mendapat pekerjaan dan penggodam yang bertanggungjawab terhadap tugas anda.
Hubungi:
thehackgeeks@gmail.com
THE HACK GEEKS.

January 15, 2019 at 1:13 AM

NegaraQQ

January 23, 2019 at 8:06 AM

Hal itu tentunya akan membuat para pemain lebih nyaman dan bersemangat untuk membuat taruhan dengan cepat dengan hadirnya aplikasi tersebut warnetqq , pasarqq

August 31, 2019 at 4:50 PM

Kah kah kah

September 25, 2019 at 8:47 AM

dunia saat ini adalah permainan kartu komunitas. Tidak seperti 5 Kartu Draw, game ini menggunakan kumpulan kartu komunitas yang dapat dilihat dan digunakan semua pemain untuk membuat kartu poker terakhir mereka. Berbeda dengan gaya kartu poker komunitas adalah
asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
hobiqq
rajawaliqq
http://192.254.236.33/pencetpoker/
paito vegas morning
paito warna oregon 03
paito warna oregon 12

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger