Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan

Rabu, Mei 05, 2010

Berita HPA dalam Harian Metro 3 MEI 2010


/

Strategi pintar

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
2010/05/03
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.

Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di The Mines Kuala Lumpur; Bukit Tinggi, Klang di Selangor dan Jalan Langgar, Alor Star, Kedah yang dibuka minggu lalu.


Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata syarikat itu kini menjalin kerjasama pintar dengan lebih 650,000 ahlinya bagi merealisasikan lebih 300 cawangan di seluruh negara sebelum 2015.


Menurutnya, semua cawangan terbaru yang dibuka HPA sejak tiga bulan lalu berkonsepkan pasar mini halal atau Halal Mart berbanding kaunter jualan sejak HPA ditubuhkan pada 1997.


“HPA juga membuka peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dalam perniagaan peruncitan HPA Halal Mart dengan jumlah pembiayaan RM50,000 bagi satu premis.


“Kita yakin ahli HPA akan mengambil peluang ini seterusnya mencapai sasaran lebih 300 cawangan syarikat di seluruh negara menjelang 2015 atau lebih awal dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Salleh (017-5248946) atau Adnan Fadzil (013-4895717),” katanya.


Mengenai sasaran jualan RM20 juta sebulan diumumkan HPA bagi Insentif Tahun 2010, Ismail berkata, ia dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat sama ada Mei atau Jun ini.


“Jualan lebih 200 produk HPA kini cukup menggalakkan dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew begitu menggalakkan hingga kadar pengeluaran terpaksa ditingkatkan,” katanya.


Menurutnya, kekuatan HPA ialah mempunyai panel syariah sendiri selain memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban).

“HPA juga bergerak cergas dengan program ilmu untuk mengajar ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik sebagai persediaan mengelak malapetaka kesihatan,” katanya.


Beliau juga mengumumkan yang HPA membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54 juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).



free hit counters
free hit counters

Isnin, Mac 01, 2010

Program Malam Gelombang Expo Halal di UM bersama HPA

/

Sempena dengan projek Expo Halal Universiti Malaya yang akan berlangsung pada 13 - 14 Mac di Kompleks Perdana Siswazah UM, pihak Lujnah Ekonomi PMIUM selaku penganjur akan mengadakan Malam Gelombang Expo Halal UM pada hari Rabu 3 Mac ini.


ATURCARA PROGRAM


3 Mac 2010 (Rabu)


Tempat:


Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam UM


8.00 malam : Hadirin mengambil tempat


8.15 malam : Ketibaan VIP


8.30 malam : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis


8.40 malam : Bacaan Asmaul Husna


8.45 malam : Bacaan Doa


8.50 malam :

Ucapan Penasihat PMIUM

Oleh: Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail


9.00 malam : Ceramah 1

Tajuk: ”Halal Haram dalam Pemakanan Sedarkah Kita?”

Oleh : PJS Hjh. Nolliah Binti Ahmad


10.00 malam : Ceramah 2

Tajuk: ”Pengenalan Syarikat HPA industries SDN.BHD”

Oleh: PJS En.Jamaluddin Yeop Majlis


11.00 malam : Sesi Soal Jawab


11.15 malam : Tayangan multimedia


11.30 malam : Bersurai


Program ini TERBUKA UNTUK SEMUA.

/


Sabtu, Jun 20, 2009

Ikuti Perkembangan HPA & RFC dalam majalah ANIS ini.





Majalah ANIS keluaran bulan JULAI 2009 yang mula dipasarkan minggu ini memaparkan 4 mukasurat dalam ruangan USAHAWAN berkaitan perkembangan terkini syarikat HPA dan Restoren Makanan Segera RFC milik HPA. Maklumat yang dipaparkan sangat bermakna kepada HPA dan pengedar-pengedar HPA yang kini telah melebihi 500,000 orang untuk terus mempromosikan produk halal yang menjadi moto syarikat HPA iaitu "Produk Halal Tanggungjawab Bersama."

Saya yang sebelum ini pernah menjadi warga kerja ANIS dari Feb 1998 hingga Nov 1998 mengucapkan berbanyak terimakasih terutamanya sahabat yang tak asing lagi iaitu Tn Hj Cikgu Abu Hasan Morad selaku Pangarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Begitu juga sahabat-sahabat yang masih dan sangat setia dengan Galeri Ilmu seperti Roslan Kasim, Zakaria Sungib, Hj Wan Mohd Azmin, Mohamad (Abu) Hanafiah, Elyas Yusof, Khairuddin Ahmad, Mohd Noor Rafuzi, Zuraimi Ismail, Zulkarnain Suhaimi, Pn Hajah Jalilah Abdullah, Pn. Shamsiah Puad, Pn Norhashimah Abd Rahman, Pn Hasmah Marzuki, Tn Hj Badrul Hisham Shaari dan tak lupa kepada Penulis Tamu Anis iaitu Pahrol Mohd Joui. Juga kepada Pengarah Pentadbiran En. Abd Halim Che Pa dan Pengarah Pemasaran Haji Mohd Yusri Mohd Yusof.

ANIS Bil 143 Julai 2009. Harga RM7.00 di Semenanjung dan RM8.20 di Sabah dan Sarawak.