Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Konvoi Amal Bikers Group ke Ijtimak Pilihanraya PAS

2 comments

Amal Bikers Group Jabatan Amal Malaysia hari ini mempelawa kepada seluruh anggota Unit Amal dan ahli Amal Bikers Group yang mempunyai motorsikal berkuasa tinggi untuk turut serta dalam konvoi motorsikal ke Alor Setar, Kedah bagi tujuan menyertai Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang akan diadakan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun 2012 nanti.

Kepada yang berminat diminta berhubung dengan penyelaras program konvoi ini iaitu Sdr Roslan Talib 019-4227268 bagi mengetahui waktu perjalanan serta lokasi berkumpul.

Ayahanda Ustaz Akhwan kembali ke Rahmatullah

0 comments
Takziah diucapkan kepad Allahyarham ayahanda kepada Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Sdr Akhwan Afendi yang telah kembali ke Rahmatullah.

Kepada Sdr Akhwan, Jabatan Amal Malaysia berharap mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh

Amin...












Salam.....

Kepada semua anggota amal, marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulkifli b. Man, Ayahanda Pengarah Kaunseling dan Motivasi Jabatan Amal Malaysia DPPP iaitu Ustaz Akhwan Afendi b. Zulkifli.

Allahyarham dimaklumkan telah menghembuskan nafas yang terakhir pada tepat ketika azan Asar berkumandang pada petang Khamis kelmarin.

Permohonan Maaf Pengarah Jambori Amal Kebangsaan Ke-17 Yang Lalu

0 comments
03 November 2009

Kepada :

Semua Peserta Jambori Amal Kebangsaan Ke-17
Ahli Jabatan Amal Malaysia

Assalamualaikum,

Saya Kasim bin Sabu, Timbalan Ketua pengarah 4 merangkap Pengarah Jambori Amal Kebangsaan ke 17 di Sg Nibong yang lalu. Dengan ini saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua Peserta Jambori dan ahli Jabatan Amal kerana ketelanjuran kata-kata, ketinggian suara dan tingkah laku saya semasa saya memberi ucapan dan sesi penerangan berkenaan dengan pakaian dan organisasi Jabatan Amal.

Saya tidak sepatutnya meninggikan suara dalam sesi penerangan sehingga menyinggung perasaan sebahagian dari Peserta Jambori. Saya juga memohon maaf kerana ketidak kesempurnaan pengurusan sepanjang jambori tersebut berjalan. Salurkan segala ketidak puasan saudara atau cadangan untuk masa mendatang melaui saluran yang betul iaitu Pengarah Negeri, supaya dapat dibincang dalam mesyuarat penuh dan ’post mortem’ jambori. Ingatlah tak semua perkara perlu mendapat persetujuan dari bawahan. Sama-samalah kita bermuhasabah demi untuk memantapkan lagi organisasi kita.

Kami sebagai ALP pusat Jabatan Amal Malaysia, juga bersedia untuk memberi penjelasan berkenaan organisasi dan segala kebuntuan kepada negeri-negeri sekiranya perlu melalui mesyuarat atau perjumpaan khusus. Elakan menggunakan blog-blog untuk meluahkan perasaan tak puas hati. Kita sama-sama selesaikan kebuntuan secara mesyuarah. Luahan perasaan melalui blog tidak akan dapat penjelasan yang sebenarnya. Janganlah terjadi seperti ’menepuk air didulang terpercik muka sendiri’. Segalanya adalah seperti ’membuka pekung didada’ dimana kawasan atau negeri tidak aktif disalahkan kepada ALP Pusat.

Organisasi badan sukarela tidak sama dengan organisasi lain. Kerja sukarela berada disekeliling kita, berlaku tanpa dirancang. Sebagai contoh, jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak. Kalau Amal setempat tidak peka maka kerja sukarela tidak akan berlaku. Diperingkat pusat tidak boleh mengarah dengan serta merta, kalau berlaku bencana panjang seperti banjir di Johor barulah kerahan dilakukan diperingkat pusat. Aktifnya kawasan maka mashorlah Amal Malaysia.

Jabatan Amal Pusat berperanan menyusun organisasi dan strategi, menyelaraskan segala bentuk latihan dan korikulum, supaya negeri-negeri tidak membuat kerja yang menyendiri. Organisasi Amal mestilah digandingkan antara yang menguruskan organisasi, perpengalaman, lebih berminat dengan kerja sukarela dan pelapis muda untuk memantapkan lagi gerak kerja sukarela.

Beramal kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Marilah kita bermuhasabah dan mantapkan lagi gerak kerja kita.

Wallahu Aklam.

Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah Terlibat Kemalangan

0 comments

Sumber : http://unitamalkedah.blogspot.com/

Bukit Selambau 11 Oktober 2009 - Man Pokok Machang atau Othaman bin Yahya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Beliau merupakan ALP Jabatan Amal Negeri Kedah bagi sessi ini. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kaki beliau patah dan sekarang terpaksa direhatkan dirumah beliau di Bukit Selambau.

Justeru itu Jabatan Amal Negeri Kedah memohon kepada individu bagi membantu meringankan sedikit bebanan beliau. Dan semua sumbangan boleh disalurkan terus kepada Pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah - Ust Zelani atau kepada S/U Pemuda Negeri - Ust Rosli

Pangkat Dan Keterangan

0 comments

KETUA PENGARAH PUSAT



TIM. KETUA PENGARAH PUSAT/ HARIAN PUSAT




PENGARAH KOR PUSAT/ PENGARAH NEGERI




TIM. PENGARAH NEGERI / HARIAN NEGERI




KETUA KOR NEGERI / KOMANDER KAWASAN




TIM. KOMANDER KAWASAN




KETUA UNIT KAWASAN


-------------------------------------------------------------------------------------

Keterangan Pangkat


Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang
Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'



Bintang Emas 7 Bucu
Adalah Ikrar 'Amal' atau prinsip 'Amal' yang
menjadi panduan




Bintang Emas 14 Bucu & Bulatan Hijau Di Tengah
Adalah 14 negeri yang ada dalam Malaysia
dan berpaksikan Islam sebagai cara hidup




Logo Amal

Keterangan Logo Jabatan Amal Malaysia

0 comments


Tangan Berpautan
Ikatan persaudaraan, semangat ukhuwah
dan membantu sesama manusia


Bendera Amal & Globe
Membawa panji-panji 'Amal' kepada semua kaum
dan bersifat global


Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang

Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'

Perubahan Logo & Sistem Pangkat Jabatan Amal Malaysia

0 comments

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia pada 4 September yang lalu telah bersetuju dengan perubahan logo yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah 4, Sdr Kasim Sabu.

Tujuan perubahan ini adalah sebagai usaha untuk menaikkan taraf Jabatan Amal seperti jabatan-jabatan yang ada dalam kerajaan. Perubahan ini juga adalah supaya Jabatan Amal Malaysia tidak hanya dipandang kecil bagi sesetengah pihak yang hanya melihat tugas Jabatan Amal sekadar mengutip derma di majlis ceramah atau bertugas untuk program-program parti sahaja.

Pada kali ini dibawah kepimpinan Ketua Pengarah Jabatan Amal yang baru Sdr Juhari Osman, satu usaha baru diketengahkan kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana Jabatan Amal ingin bergerak maju kehadapan bagi mencapai visi dan misi Jabatan Amal yang mana ianya telah ditenggelamkan sebelum ini.

Selain daripada perubahan logo, beberapa usul lain juga telah dipersetujui seperti sistem pangkat bagi Ahli Lembaga Pengarah Pusat, negeri dan kawasan. Selain Ahli Lembaga Pengarah, anggota yang mengikuti kursus kemahiran seperti penyelamat, mencegah kebakaran dan beberapa kemahiran lain yang disertai oleh anggota juga akan diberi pangkat khas.

Pengishtiharan Puasa

0 comments

Unit Amal Kapar Giat Perkasakan Pemuda

0 comments



Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Unit Amal Kapar, salah satu cabang lajnah di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar, sedang giat merencana aktiviti dan menyusun barisan pemuda bagi menghadapi sebarang cabaran mendatang.

Melihatkan banyak aktiviti-aktiviti parti dan kemasyarakatan yang memerlukan tenaga petugas pemuda terlatih dan bersemangat waja, amatlah perlu Unit Amal Kapar ini diperkasakan. Aktiviti seperti demonstrasi yang dianjurkan di peringkat pusat, kawalan keselamatan di setiap ceramah umum, gotong-royong, urusan kematian dan sebagainya merupakan antara contoh aktiviti yang sangat memerlukan keterlibatan Unit Amal.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar sedang mempersiapkan jentera amal parti untuk memenuhi kehendak tersebut. Antaranya modul pemantapan ahli Unit Amal sedia ada dan juga 'recruitment' atau melahirkan ahli-ahli baru.

Sebagai contoh baru-baru ini pada 29 Julai 2009 lepas, satu majlis Ramah Mesra Amal Kapar telah berjaya dilaksanakan bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Sementa, bertujuan sebagai wadah suai kenal ahli baru dengan ahli Unit Amal Kapar. Ahli baru diperkenalkan dengan 'komando' Unit Amal Kapar seperti Tuan Hj. Jamuliddin Elias yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar, En. Tarmizi Ali, dan juga En. Azrae. Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Kapar, Tn. Hj. Samsul Bahri Ikhsan, Y.B. Dr. Rani Osman selaku Yang Dipertua PAS Kapar yang juga ADUN Meru dan juga seluruh AJK DPPK Kapar.

Ketua Pemuda DPPK Kapar, Ust Haidar Taslin, membuka bicara program Ramah Mesra Amal dengan kata-kata perangsang kepada ahli baru dan mengingatkan kepada semua ahli bahawa Unit Amal bergerak atas keikhlasan hati dan hanya mengharapkan keredhaan dari Allah. Seterusnya majlis diisi dengan ucapan daripada Tuan Hj. Jamuliddin Elias yang menceritakan susur galur Unit Amal, pengalaman beliau menduduki jawatan Unit Amal di peringkat pusat, juga pengalaman kerja-kerja amal di luar negara dan seterusnya motivasi kepada semua ahli.

Hasil dari perjumpaan ini juga, Unit Amal Kapar turut berjaya menganjurkan Jambori Amal Kapar yang diadakan pada 15 - 16 Ogos yang lepas. Akan ada banyak lagi pengisian dan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan Unit Amal Kapar sentiasa bergerak di saf hadapan mendepani cabaran yang bila-bila masa akan menyerang. Dalam waktu yang sama mereka akan terus diberikan tarbiyyah untuk melengkapkan akhlak dan sahsiyyah sesuai sebagai ahli sebuah pertubuhan Islam.

Jambori Unit Amal Kapar Meningkatkan Kemahiran Ahli

0 comments

Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar telah berjaya mengadakan Jambori Unit Amal Kapar 2009 pada 15 dan 16 Ogos 2009 di Kem Banyu Manis, Kg Bukit Kerayong, Jeram. Jambori pada kali ini telah disertai lebih 30 orang ahli Unit Amal seluruh Kawasan Kapar.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program oleh Pengarah Program yang juga Ketua Unit Amal Kapar, Saudara Zainuri bin Ahmad. Program ini antara lain adalah untuk memdedahkan ahli Unit Amal kepada kemahiran-kemahiran kendiri yang akan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Antara aktiviti yang dirangka ialah, permainan seperti 'war game', mencipta 'gadjet', masakan suvival, persembahan berkumpulan dan jungle trekking. Semua ahli yang menyertai jambori kali ini merasa puas dan teruja dengan pelbagai program yang diatur.

'Ternyata aktiviti di dalam Jambori Unit Amal sangat berbeza dengan kem-kem yang pernah saya sertai sebelum ini. Ia banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya' kata Ridzuan salah seorang peserta jambori.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh, Ustaz Haidar Taslin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kapar. Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh anggota Unit Amal Kapar yang menjayakan dan menyertai Jambori kali ini. Beliau sentiasa ingin melihat agar Unit Amal Kapar sentiasa mempunyai peningkatan dari semasa ke semasa.

Justeru beliau berharap agar ahli di setiap cawangan dan DUN mempunyai inisiatif sendiri untuk menggerakkan Unit Amal di tempat masing-masing. Beliau juga berharap agar Unit Amal sentiasa menerokai aktiviti-aktiviti baru yang digemari oleh golongan muda seperti sukan lasak, kembara meredah hutan, konvoi berbasikal atau bermotor dan sebagainya.

Beliau berharap agar Unit Amal Kapar akan menjadi satu ikon yang mudah didampingi oleh semua golongan muda pelbagai latarbelakang di kawasan Kapar ini. Oleh yang demikian, ahli sedia ada perlu berjiwa besar dan bercita-cita tinggi untuk menjadikan Unit Amal lebih cemerlang kerana ia secara tidak langsung boleh menyampaikan mesej Islam kepada golongan muda dengan cara yang mereka senangi. Insya Allah.

Kesemua 14 Anggota Unit Amal Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

2 comments

Saripuddin Helmi


Mahkamah hari ini telah membenarkan kesemua tahanan Himpunan Mansuh ISA termasuk 14 orang anggota Unit Amal dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 500.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah 3 Jabatan Amal Malaysia, Saripuddin Mohd Yatim. Walaupun dibebaskan, mereka dikehendaki hadir perbicaran pada 4 September ini. Kesemua anggota Unit Amal yang ditahan terdiri dari 12 orang Unit Amal Perak, seorang merupakan Pengarah Unit Amal Melaka, Sdr Helmi serta seorang anggota Unit Amal Johor.

Lebih Ramai Unit Amal Ditempatkan Di Masjid Negara

0 comments
Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain. Timbalan Ketua Pengarah 3 Unit Amal Pusat, Saripuddin Mohd Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas..

Beliau yang dikenali sebagai Abg Champ juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit."

Terengganu dan Pahang Adakan Jambori Amal Negeri

0 comments


Bermula tarikh hari ini, 2 buah negeri iaitu Terengganu dan Pahang akan mengadakan Jambori Amal peringkat negeri. Jambori Amal Terengganu bermula dari 16 Julai 2009 dan berakhir pada 18 Julai 2009 manakala Jambori Amal Pahang pula bermula pada 17 Julai 2009 dan berakhir pada 19 Julai 2009.

Pada kali ini lokasi yang dipilih Jabatan Amal Terengganu untuk diadakan Jambori ialah di Kampung Gaung, Kuala Berang yang mana ianya akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Hj Mohd Nor Bin Hamzah manakala Jabatan Amal Pahang pula telah memilih lokasi Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata sebagai lokasi diadakan jambori.

Juhari Osman Dipilih Menjadi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia 2009-2011

0 comments
Belum pun sebulan menerima semula perlantikan sebagai Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom telah menghantar surat kepada Dewan Pemuda PAS Pusat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia.

Keputusan tersebut dibuat setelah beliau pulang dari menunaikan umrah 2 minggu yang lalu. Pada peringkat awal, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut memandangkan beliau telah dipilih lagi oleh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia dalam satu pengundian secara sulit yang mana majoriti undian tersebut mengekalkan Ustaz Jamsari sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011.

Walaubagaimanapun, setelah memperhalusi alasan dan sebab yang dikemukakan Ustaz Jamsari, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi bersetuju menerima perletakan jawatan beliau dan mengarahkan semua Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia mengadakan mesyuarat khas dengan kadar segera bagi melantik pengganti Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia yang baru bagi sesi 2009-2011.

Atas arahan tersebut, semua Ahli Lembaga Pengarah telah dipanggil bermesyuarat pada 4 Julai lalu. Dalam mesyuarat tersebut, 4 calon telah dicadangkan untuk dilantik menjadi Ketua Pengarah. Calon-calon yang dicadangkan itu ialah Sdr Juhari Osman daripada Johor, Sdr Saripuddin Mohd Yatim daripada Wilayah Persekutuan, Mohd Sufian Ibrahim dari Negeri Sembilan dan Ustaz Zelani Nik Chik dari Kedah.


Saripuddin Sufian Ust Zelani

Setelah diadakan undian, jawatan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat disandang oleh Sdr Juhari Osman. Walaupun tidak menyangka dipilih sebagai Ketua Pengarah, Sdr Juhari akan cuba melaksana tanggungjawab dengan sebaiknya selain menyambung semula gerak kerja yang belum terlaksana dengan bantuan nasihat ahli-ahli lama dan mantan-mantan Ketua Pengarah.

Ustaz Jamsari Kekal Sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Sesi 2009-2011

0 comments
Selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, satu mesyuarat khas telah diadakan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia serta pengarah-pengarah Jabatan Amal peringkat negeri yang baru dipilih.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan hasil pertemuan dengan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat selain membincangkan visi dan misi Jabatan Amal untuk sesi kali ini.

Selepas mesyuarat berakhir, Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom mencadangkan agar diadakan pemilihan Ketua Pengarah yang baru bagi memimpin Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011. Walaubagaimanapun cadangan beliau ditolak oleh ALP dan pengarah-pengarah negeri. Ini kerana kepimpinan beliau masih diperlukan untuk meneruskan segala misi yang belum terlaksana.

sesi pengiraan undi

Oleh yang demikian, bagi memuaskan hati semua ALP, satu undian telah dibuat yang mana setiap ALP diberi cebisan kertas untuk ditulis siapa yang ingin dipilih menjadi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011. Setelah selesai sesi pengundian dan kertas undi dikira, ternyata Ustaz Jamsari masih lagi diperlukan untuk memimpin Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011.

ALP Jabatan Amal Malaysia Adakan Pertemuan Dengan Ketua Pemuda PAS Yang Baru

0 comments





Sempena Muktamar PAS Pusat yang lalu, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia telah mengambil kesempatan bertemu dengan Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru iaitu Ustaz Nasarudin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shapawi dan Naib Ketua , Sdr Ahmad Sabki Yusuf bagi mendapatkan pandangan berhubung hala tuju Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009 - 2011 selain meminta Dewan Pemuda memberi perhatian yang serius kepada Jabatan Amal.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir 40 minit itu berakhir dengan janji Ustaz Nasarudin untuk memberi perhatian kepada Jabatan Amal Malaysia selain berharap agar Jabatan Amal akan dikenali diperingkat antarabangsa sebagai sebuah organisasi sukarelawan yang mantap.

Bantulah Mencari Anak Kecil Ini

0 comments



Kepada semua anggota Unit Amal seluruh Malaysia, marilah kita sama-sama membantu mengesan anak kecil ini. Sekiranya anda menemui anak gadis kecil yang berusia 4 tahun ini, sila hubungi


Madam Chai (ibu) : 016-7785008.

Sila sebarkan kepada amal kebajikan untuk membantu masyaraat tanpa mengira bangsa dan kaum.


Arah Pemuda PAS Hadir 'Himpunan Bantah PPSMI' 7 Mac Ini

0 comments

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti.

Katanya, ahli yang mengaku mereka adalah pemuda PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.

"Kita juga akan memastikan pemuda-pemuda PAS negeri dan kawasan supaya hadir dan menyertai perhimpunan membantah PPSMI itu nanti," katanya semasa dihubungi.

Malah, katanya, antara usaha Pemuda PAS menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan 'road show' seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawaha dasar itu tidak boleh diteruskan.

Salahuddin juga memberi jaminan, kekecohan tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya jamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi," katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong.- azm/mks.

Anggota Unit Amal Kedah Kembali Ke Rahmatullah

0 comments



ALP Jabatan Amal Kedah Bergelar Ketua Kampung

0 comments



Program yang berlangsung di INSANIAH Alor Setar baru-baru yang telah disampaikan oleh Dato' Seri Menteri Besar Kedah. Mereka adalah seperti berikut:

1) Mohd Aljuma Ramli - Timbalan Pengarah 3
Ketua Kampung Keda Batu 10

2) Mohd Fuad Lazim - Timbalan Pengarah 4
Ketua Kampung Mergong Anak Bukit

3) Mohd Nasri Nordin - ALP
Ketua Kampung Taman Melawis Lunas

4) Mohamad Isa - ALP
Ketua Kampung Gelung Gajah

5) Mohd Jamil Baharum - ALP
Ketua Kampung Taman sayang kuala Sungai