Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Cek Mek Molek

Projek 'meng'cek mek molek ni buat hari sabtu lps. Asalnya pi pasaraya hero....nampak ubi keledek yg segar n gemol2. Sebab geram terus beli.... So, kita buat la cek mek & kuih keria.

Resepi cek mek molek :

Ubi keledek
Tepung gandum
Gula

Cara buat :
1. Rebus ubi sampai empuk. Bila dah masak....lenyek2kan.

2. Masukkan tepung gandum. Uli sampai jadi doh. 

3. Amik adunan bulat2kan.....lps tu buat lubang kat tgh2....buh gula 1/2 sudu kecik. Kemudian bentukkan ia.

4. Goreng hingga masak.

Ini picnya yea......






Jadi la menu minum petang kami hari tu.....😋😋😋

Tuesday, December 23, 2014

Karipap Frozen


Kali ni entry masak2 plak yea....hihi. Bukan masak apa pun....buat karipap jer untuk difrozenkan. Senang nnt rasa nak mkn jer leh goreng.....

Sebelum post pic, kita buh RESEPI dulu yea.....

RESEPI KULIT KARIPAP :

1 kg tepung gandum
Minyak Panas 2 senduk
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
1 cawan air peti ais selebihnya air masak biasa

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak 2 senduk betul2 panas.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk besar, kemudian tuangkan minyak panas tadi. Kacau dgn senduk. Bila dah suam2 kuku masukkan marjerin gaul rata dgn tangan.
3. Masukkan air sikit2 yg telah dicampurkan dgn garam dan uli hingga menjadi doh.
4. Bulat2kan dan canai. Letak inti kentang atau sardin.
5. Boleh goreng separuh masak untuk difrozenkan.




Untuk inti aku buat inti sardin

dan juga inti kentang & daging...

Inilah hasilnya....sebelum goreng....

 Selepas digoreng separuh masak.....

 Siap packing utk difrozenkan. 


Buat stok banyak2 macam ni senang.......kalo x sempat masak bekpes pagi2....blh jer goreng karipap nie. Boleh jugak dijadikan menu utk minum petang.