"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...."
Jadi, marilah kita sama2 menabung untuk menjamin masa depan.
Kisahnya camnie....minggu lepas aku buka Akaun Simpanan Nuri untuk Haikal kat Bank Rakyat. Nape aku pilih Bank Rakyat? Sebabnya bank nie dekat sgt2 dgn opis aku....so, sekiranya ada urusan apa2, aku boleh pegi bila2 masa aje hehehehe......(logik tak alasan aku tu????)
Bukan apa....aku nak didik dan menggalakkan Haikal supaya suka menabung dari kecik lagi. Nanti bila dan besar senang la....mana lah tau kot2 nak pakai duit ke.....so, bolehlah amik dari tabungan yang ada nie :-).
Setelah urusan buka akaun selesai.....dapatlah buku akaun Nuri nie dan jugak tabung Nuri nie.....
Buku Akaun Simpanan Nuri
Tabung Nuri
Close up
Haikal dah ada tabung.....Tgh ralit dok tgk gambar kat tabung tu...
Ok....sekarang jom kita simpan duit syiling ni dalam tabung.
Perhatikan cara-cara Haikal masukkan duit syiling dlm tabung tu yea.....
(1)
Sekarang nie, setiap hari Haikal akan masukkan duit dlm tabung dia tu. Aku akan bagi dia duit syiling pastu suh dia masukkan sendiri dlm tabung tu. Bukan apa....aku nak latih Haikal spy suka simpan duit dan berjimat cermat. Nanti bila dah besar...dah sekolah....kalo ada duit lebih bolehlah dia simpan dlm tabung kan....simpan sendiri, tak yah dah kita nak suruh2 kan....betul tak?