Showing posts with label Entri Khas. Show all posts
Showing posts with label Entri Khas. Show all posts

Saturday, 24 January 2015

3 Keguguran...rencana Allah pasti yang terbaik buat hambaNya.

Assalamualaikum wbt.

Berita sedih yang berlaku pagi semalam..kakak umie mengalami keguguran..telah masuk 12 minggu...tiba2 bleeding yang sgt banyak dan bila scan doc bgtahu yang baby rupanya tidak membesar mengikut umur..belum sempat cukup sifat..cuma kata along mata baby macam dah ada sewaktu doc tunjukkan gumpalan darah sebesar penumbuk pada beliau dan suami..luruh hati mereka pasti setelah berharap kehamilan utk kali ini lancar..ohh Ya Allah mudah2an mereka yang diuji sebegini akan selalu diberi kekuatan dan ketabahan hati..mereka2 yang terpilih untuk diuji sebegini oleh-Mu..benarlah Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui..sesungguhnya rencana Allah itu pasti yang terbaik buat hamba-hambaNya..kuatkan lah hatimu along..kuatkan lah hatimu wahai insan-insan terpilih di luar sana yang turut diuji seperti ini malah mungkin yang lebih hebat...Allah sentiasa bersama kita..hikmah dan ganjaran yang besar menanti di atas kesabaranmu..janji Allah itu kan pasti.

Menurut kakak umie, ada beberapa faktor yg diberitahu oleh Doc sebab2 keguguran dia kali ni..dari sudut saintifik;

1) faktor umur - 39 tahun (kehamilan pada usia lewat 30an dan 40an mempunyai risiko keguguran yg lebih tinggi)
2) keadaan ovum - berkemungkinan ovum yang telah disenyawakan kurang berkualiti
3) masalah penyakit tiroid  - salah satu punca kpd keguguran juga
4) minum jus oren tiap2 hari 

Kakak umie ni kerap stress juga sejak hamil tapi tak pasti dari segi saintifik adakah stress melampau boleh menyebabkan kpd keguguran ni.



Ma'a salama,
post signature

Wednesday, 18 December 2013

2 Entri Khas: It's My Birthday!

Alhamdulillah..terima kasih my dear! @ Tree Steak House, Sg Buloh

Assalamualaikum wbt.,

Today is my birthday! ;)
terasa cepat sungguh masa berlalu skrg ni kan
rasanya baru lagi sambut hari kelahiran yg ke-21..hehehe..baru lagi sambut birthday pertama selepas kahwin dgn en husb ke-26 haritu..masih segar lagi di ingatan ni..

sekarang ni diri tak berapa sihat..dari minggu lepas demam + batuk..sekarang masih batuk2 lagi (doc kata bronchitis..huhu)..mc beberapa hari juga...Ya Tuhan semoga cepat2 baik hendaknya..ameen.

doakan ye kwn2..
doakan rezeki yg 'ditunggu2' itu juga buat kami :-) 

can't wait nak tunggu 'hadiah' istimewa akhir bulan satu nanti..hmm..bestnye!

catatan khas
terima kasih en husb yg sungguh2 susah payah since minggu lepas umie terlantar sakit..setiap pengorbananmu..ambil beratmu..sungguh ku terharu dgn kasih sayang mu abang..thank you, thank you so much! will alwayz love u, insya Allah...apapun, sedap sup ikan yg abg buatkan semalam..nyum2..susah payah balik kerja terus buat semata nak lihat isterimu ini kembali sihat..tqvm abg..appreciate it so much.

anyway semua, let's cherish every moment we have been given k ;-)

syukur atas segala nikmat-Nya yg tidak terhitung...Alhamdulillah!


***

** teringat pd komen Dila di entri 'Dia lebih tahu'..terima ksh byk Dila dgn kata2mu itu.




ma'a salama
post signature

Tuesday, 24 September 2013

8 Entri Khas: sayang Ayah...

Assalamualaikum wbt.,

Sekadar renungan dan ingatan buat kita semua yang bergelar anak..
sila lah hayati sebaiknya..

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..
tetapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita..tapi tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej/universiti untuk belajar.. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi dan tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..dan akhirnya..saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


# fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan..ayah dan ibu adalah segala-galanya.. janganlah sesekali kita abaikan mereka..dan jangan sesekali membenci mereka..apabila anda ditegur atau dimarahi kerana teguran mereka untuk kebaikan kita semua...sayangilah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini... :')

****

Bie sayang Abah dan Mak selalu..selamat sihat sentiasa ayah bondaku tercinta..
..ameen ya rabbal alamin..

Terima kasih Abah!...Terima kasih Mak!..terima kasih di atas segalanya.
Moga Allah SWT membalas jasa baik kalian mendidik kami dan mencurahkan kasih sayang dengan cukup sempurna di dunia, Alhamdulillah.

-ma'a salama
post signature

Wednesday, 19 June 2013

2 Entri Khas: Suatu peristiwa di malam Ramadhan


Assalamualaikum wbt.,

Bismillah Walhamdulilah.

Setelah berfikir panjang, akhirnya umie membuat keputusan untuk menyertai satu contest GA tajaan NiaSouq anjuran blog Dessert of life. Tq nina kerana bermurah hati walau belum tentu umie terpilih menang, tidak mengapa, tapi kalau tertulis rezeki kita mana tahu kan, syukur sgt. Antara syaratnya adalah berkongsi satu cerita pengalaman mengenai Ramadhan yang mulia. Contest Nia Lil Ramadhan ni menarik hati dan terpanggil umie untuk berkongsikan satu kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup umie dan tidak mungkin umie lupakan peristiwa itu sehingga ke hari ini..ianya juga akan tetap terus menjadi ingatan dan tanda tanya..

Apa yang ingin umie ceritakan juga adalah tidak lebih dari sekadar berniat untuk berkongsi cerita bersama kawan2 yang membaca coretan umie ni ye. 


***
Kisah ini berlaku sewaktu umie berumur 16 tahun. umie tinggal di sekolah asrama masa tu dan setiap kali bulan puasa pelajar akan dibenarkan balik ke rumah hujung minggu untuk berpuasa bersama keluarga...ermm..apa lagi seronoknya la kan..bila teringat balik saat2 masa dulu duduk di asrama bersama kawan2 dan berpisah dengan keluarga..entah ye macamana la boleh timbul rasa kekuatan tu sedang umie ni bukanlah seorang yg survived sangat pun..pun tak berapa reti nak bergaul rapat sangat dengan semua orang..tapi itulah kekuatan itu milik Allah..sedar tak sedar kita ni sentiasa diberi kekuatan walau rasa diri ni sebenarnya macam tak mampu je nak hadapi sesuatu ujian dan cabaran tu kan..

Berbalik pada kisah yang umie nak ceritakan tu...

Kejadian ni berlaku pada suatu malam di bulan Ramadhan sewaktu umie berpeluang balik berpuasa di rumah mak dan abah umie. pagi tu dalam pukul 4 macam tu umie dikejutkan bangun sahur oleh abah..hehe..maklum la umie ni anak manja sikit (12 thn tau jd anak bongsu..tetiba dpt adik macam tak percaya je masa tu ok)..jadinya skill masak pun tak berapa nak reti maklum dok asrama kan..hehe..sabar je la ye..mak memang dah siap masak la waktu sahur tu..yg tak boleh dilupakan ialah ayam goreng mak..uishh..makan waktu2 sahur ni dgn ayam goreng tepung mak..alahai sedap betul la rasanya..cukup buka selera dah..tiap kali balik dari asrama umie tak kisah la kalau hari2 mak masak ayam goreng tepung tu..huhu...bukannya apapun kan cuma ayam goreng tepung je kalau ikutkan..tapi bila buat sendiri tak plak sesedap mak masak tu...ermmm itulah air tangan mak agaknya..sayangg mak, terima kasih Mak!...kebiasaannya anak2 mak abah ni bangun sahur, cuci2 mata n kumur2 sket..duduk sama2..abah akan baca doa makan + puasa esok hari..baru lah..ngappp kita semua makann..hehe..

OK, bukan itu cerita utama yang umie nak kongsikan..

selepas makan sahur pagi tu..lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi macam tu umie ingat lagi..sejurus lepas cuci pinggan tu umie pun pergi ke bilik tidur (umie tidur di bilik seorang je)..keadaan di ruang tamu masa tu gelap dan bilik tidur umie juga gelap..sampai di depan pintu bilik..umie buka pintu (biasanya bangun sahur umie akan tutup pintu bilik tidur sebab takut nyamuk akan masuk ke bilik)..waktu umie buka pintu tu..ya Allah! umie sangat2 terkejut dan hairan..terhidu bau yang sangat2 harum..sungguh lembut..indah..terasa tenang..dan wangiannya tak pernah terhidu sebelum2 ni..masyaAllah..umie jerit panggil mak dan abah kat dapur..minta mereka cuba hidu..betul ke atau adakah umie saja yang bau ke..atau bau dari perfume sesiapa ke..aduh..siapa pula yang pakai perfume pukul 4.30 pagi macam ni kan..di bilik umie pun takde apa2 perfume/wangian sebab umie tak pakai perfume pun masa zaman sekolah..pelik..bilik umie pula berada di tengah2 rumah, nak kata perfume datang dari luar sangat mustahil sebab jauh dari jalan raya..umie cuba buka bilik sebelah tak bau pun..bilik lain pun tak bau juga..ruang tamu pun tak bau atau kot2 datang dari mana2 bilik..hakikatnya tidak la..umie, mak dan abah rasa pelik juga..masa umie buka pintu tu bau harumnya sangat kuat..ya Allah sungguh umie katakan baunya lebih harum dan lembut dari wangian perfume kasturi yang di beli di tanah suci Al-Haramain..tapi itulah cuma seketika saja..beberapa minit lepas tu bau harumnya mula hilang..entah macammana terpacul dari mulut abah..entah2 malam ni malam Lailatul Qadar kot (bila tengok kalendar islam malam tu malam ramadhan ganjil la)..mak pulak kata..mungkin juga agaknya bau tu dari lintasan para malaikat ke sebab baunya sangat2 wangi...uishh umie pun tak tahu la..hanya Allah Maha Mengetahui perkara2 ghaib yang tak tercapai dek akal kita kan..dan nak jadi cerita beberapa minit lepas bau tu hilang boleh pula umie naik katil sambung tidur balik...aduhai...tak sepatutnya la diri ini..sebaiknya lepas waktu sahur tu kita digalakkan melakukan solat tahajud, baca al-quran, berzikir atau sbgnya kan..masa umie remaja dulu malangnya umie tak ambil kisah walau abah dan mak dah tunjukkan contoh yang terbaik..masa kan tidak, umie pun tak pernah nak cuba ambil tahu mengenai kelebihan tiap2 hari di bulan Ramadhan inikan pula kelebihan malam Lailatul Qadar yang mulia..akhirnya ramadhan berlalu begitu sahaja dengan ibadat puasa yang biasa2 saja...umie kesal.

namun umie akan terus ingati peristiwa aneh tu sebab bila umie dewasa kini baru umie sedar kelebihan hari2 di bulan ramadhan yang mulia..umie takkan dapat lupakan haruman wangian itu dan tiap kali tiba bulan ramadhan pasti akan mengingatkan umie akan kisah haruman di bilik umie tu...umie masih berharap moga2 di ramadhan akan datang umie diberi izin-Nya bertemu wangian itu lagi..insyaAllah.

cuma apa yang membuatkan umie terfikir sehingga ke hari ini - bau haruman apakah itu? Wallahu a'lam..ianya masih menjadi tanda tanya dan misteri..dan sehingga ke hari ini juga umie masih tak berkesempatan bertemu bau serupa seharum wangian itu lagi...

itulah suatu peristiwa di malam ramadhan yang umie ingin kongsikan..

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:


“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:


“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni ”

(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada malam Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab untuk berdoa dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
Wallahua'lam ~

* (GA oleh Dessert of life blogspot, sponsored by NiaSouq at niasouq.com.my)


p/s: Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak tak lama lagi..semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bertemu bulan yang mulia ini, insyaAllah.

-Ma'a salama

post signature

Thursday, 4 April 2013

1 Entri Khas: Renungan seorang anak..

Assalamualaikum wbt.

buat renungan kita bersama...

----
~ Warkah dari Ibu dan Ayah ~
 
Wahai anakku,
Bila ibu dan ayah meniti usia senja
kami berharap engkau anakku
memahami dan bersabar dengan karenah orang tuamu...

Bila ibu dan ayah pecahkan pinggan atau
menumpahkan sup di atas meja.
Janganlah engkau anakku memarahi,
menengking org tua ini
kerana hati tua ini mudah benar terasa.
Ketahuilah, mata ini semakin kabur pandangannya dan kami tak terniat melakukan sedemikian.
 
Anakku,
Bila ibu dan ayah dimamah usia
telinga ini semakin hilang pendengaran.
Jika telinga tua ini tidak dapat mendengar
kata-katamu dengan jelas,
kami merayu janganlah engkau anakku memanggil diri ini PEKAK!
Ulanglah semula kata-katamu seperti kami terjerit-jerit memanggilmu sehingga tekak terasa perit
ketika engkau tidak mendengar.

Wahai anakku,
di usia senja begini ibu dan ayah selalu mengalami lemah lutut.
bantu dan pimpinlah tangan ini seperti kami memimpin tangan kecilmu ketika engkau bertatih,
janganlah engkau berkata 'ibu ni lembab!'..
ayah ni terhegeh-hegeh!'...
Maafkan kami kerana meyusahkanmu.
Di usia ini jua,
ibu dan ayah selalu berbicara tersekat-sekat
seperti cd cetak rompak
janganlah engkau berasa bosan atau jemu mendengarnya seperti kami mendengar kata-katamu yang pelat sewaktu kecil
setiap patah yg engkau katakan menghiburkan hati ini..

Wahai anakku,
maafkan ibu dan ayah jika tubuh tua ni berbau busuk dan menyesakkan hidungmu
Bukan kami ingin membiarkan tubuh tua ini berbau dan kotor
ketahuilah saat air dingin membasahi kesejukkan mencengkam, tubuh ini mudah benar berasa lemah dan jatuh sakit
Sewaktu engkau kecil anakku,
engkau taknak mandi kerana engkau mengatakan air sejuk
kami terpaksa tawaf sekeliling rumah hanya semata-mata mengejarmu untuk memandikan tubuhmu.
ingatkah engkau anakku kenangan itu?

Anakku,
Jika engkau ada masa lapang,
ibu dan ayah berharap engkau dapat meluangkan masa untuk berbual dengan kami untuk menghilangkan rasa kesunyian ini. 
cukup hanya seminit itu sudah memadai kerana kami tahu dan amat memahami bahawa engkau sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluargamu.
Tentu tiada masa melayan dan mendengar cerita orang tua ini.
Namun ingatkah engkau anakku
sewaktu engkau sudah petah berkata-kata,
ibu dan ayah selalu mendengar celotehmu dan dengan penuh semangat engkau bercerita tentang sahabat, tentang cikgu & pelajaran yang baru engkau ketahui 
dan cerita tentang teddy bear
tanpa rasa bosan ibu dan ayah setia mendengar malah terhibur.

Wahai anakku,
bila ibu dan ayah sakit dan hanya mampu terlantar di katil,
kami berharap engkau dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran
ibu dan ayah mohon maaf bila kami terbuang air kecil
Kami tak sengaja untuk berbuat sedemikian anakku.

Hidup ibu dan ayah tidak lama anakku,
mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kami menghirup udara.
Bila izrail menjemput,
kami berharap engkau berada disisi.
engkau mengenggam erat tangan ini memberi kekuatan menghadapi sakaratul maut.
tanpa jemu engkau membisikan kalimah 'La illaha illallah'.

Jangan engkau runsing anakku,
segala kesalahanmu akan kami ampunkan.
bila ibu dan ayah bertemu dgn Al-Khaliq kami akan membisikan padaNya agar merahmatimu...
Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang yang engkau curahkan selama hidup ini.
Ketahuilah anakku engkau adalah permata di hati kami...



Justeru, di saat mereka menjengah usia tua....di mana kita untuk membalas jasa???

sumber: seindahcintaislam.blogspot.com 

***

 
Catatan khas:  
Terima kasih Mak & Abah yang sangat ku sayangi dalam hidupku...segala jasamu takkan dapat ku lupakan seumur hidupku..semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah S.W.T di dunia ini mahupun di akhirat kelak....ameen.

" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Ameen Ya rabbal Alamin.

"B sayang Mak Abah.." 




- Ma'a salama

post signature

Tuesday, 29 January 2013

12 Entri Khas: Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-7 kita...



Dengan lafaz Bismillah
ku susun ayat pembuka bicara
ku tujukan buatmu kekasihku
yang bertakhta di hati ini..

Wahai suamiku, 
Senyummu adalah kebahagiaanku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu merupakan kebimbanganku..
Air matamu lambang kesedihanku..
Dikau pelipur lara dukaku..
Dikau mengiringi suka gembiraku..
Dikau jua penyeri hidupku..

Izinkanlah aku untuk terus berada di sampingmu
tetap jua terus bertakhta di hatimu

Menjadi penghiburmu tatkala sedih
Menjadi penglipur laramu di kala sunyi

redhamu amatlah ku perlukan 
moga bahtera indah yang dibina beroleh keberkatan dan keredhaan-Nya selalu..

Abang,
Terima kasih pada setiap curahan kasih sayangmu..
Terima kasih jua di atas segala pengorbananmu padaku...
semoga Allah merestui hubungan kasih sayang ini..
Dunia dan Akhirat selamanya..will always love u...kerana Ilahi.
ameen..

"Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-7....."

                                                                                   - Isterimu



-Ma'a salama

Saturday, 17 November 2012

2 Entri Khas: Tahniah Au..Alhamdulillah (5 thn menunggu)

khas buat adik Ayu..
(akak tak pasti Au akan baca atau tidak entri ni tapi entri ini khas untukmu dik..)

Pagi-pagi lagi Au telefon akak maklumkan berita gembira ni pada akak..tahniah ye dik..setelah lebih 5 tahun Au dan suami menunggu akhirnya doa kalian telah terjawab..syukur Alhamdulillah sangat2 dan akak tumpang gembira..dear, i'm really happy for the good news too..ingat zaman kita sepejabat dulu2 kan..selalu shared cerita2 feeling kita kan..Alhamdulillah emosi akak dah tak seperti dulu2 dah, cuba untuk redha dengan setiap ketetapan-Nya..apapun yang telah Dia tetapkan itulah yang terbaik bagi kami...insyaAllah mudahan Allah selalu beri kekuatan buat kami berdua..mudahan punya hikmah yang besar..

Alhamdulillah, walau Au kata Au tak ada la ikhtiar apa-apa pun sebelum disahkan hamil, tak ada buat apa-apa treatment pun selama lebih 5 tahun ni kecuali ikhtiar dengan buah zuriat yang telah berkurun lama itupun ikhtiar separuh jalan je..sungguh tak menyangka kan..berkat doa yang tak putus2..dan itulah kalau sudah tercatat memang rezekimu dik..Alhamdulillah..Allahu Akbar! Allah Maha Kuasa..Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada benda itu:"Jadilah engkau! Maka jadilah ia" [Yaasiin:82]

Apapun, tahniah akak ucapkan pada Au dan Din..semoga diberi kelancaran sepanjang kehamilan Au sehingga selamat melahirkan nanti..kini setelah sekian lama sabar menanti dan berdoa, mudah-mudahan Allah kurniakan yang terbaik buat kalian berdua, anak yang soleh/solehah, diredhai dan dirahmati Allah selalu, insyaAllah...semoga bertambah bahagia..

Akak sayang Au, doakan kami juga dimurahkan rezeki zuriat, berita baik untuk tahun baru ni ye..take care dear! miss u too..

Wasallam.

luv,
kak At

-Ma'a Salama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...