Alhamdulillah, pada 21 - 25 November 2011 yang lalu, umie telah berpeluang menghadiri satu seminar di Banda Aceh, Indonesia. Umie telah mengambil kesempatan itu juga untuk melawat dan melihat sendiri hasil tinggalan tsunami/ wisata tsunami di sana selepas 7 tahun daerah itu dilanda tsunami dahsyat pada 26 Disember 2004 (so sorry pada suami tersayang sebab tak dapat ikut sekali, selalunya dia akan menemani umie ke mana-mana umie outstation).
Cuma nak ceritanya bencana tsunami 2004 yang melanda persisiran di beberapa buah negara di sekitar Lautan Hindi termasuk Sri Lanka, Thailand, India sehingga lah ke Kenya dan Yemen itu adalah berpunca dari gempa bumi kuat bermagnitud 9.0 pada skala Ricther dan berepipusat di Pantai Barat Sumatra Utara (iaitu berhampiran juga dengan Aceh). Kejadian tersebut dikatakan telah mengorbankan lebih 200,000 nyawa di sekitar Lautan Hindi...umi tak mahu cerita panjang2 sebab dah banyak cerita tentang tsunami 2004 ini..cuma boleh dikatakan sepanjang melawat wisata tsunami tersebut, hati sangat2 pilu dan terkesan...juga terbayangkan betapa hebatnya kekuasaan Allah iaitu melebihi segala-galanya...
Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah Dia berfirman kepada benda itu: "Jadilah engkau! Maka jadilah ia" [Yaasiin:82]
|
Suatu ketika dahulu keadaan di Banda Aceh -musnah teruk akibat tsunami 26 Disember 2004 |
dan tinggalan tsunami tersebut (wisata tsunami Aceh) selepas 7 tahun bencana tsunami itu berlaku...umie dibawa jalan2 mengelilingi tempat-tempat menarik di Banda Aceh..
|
Kapal Tsunami Lampulo yang hanyut telah menyelamatkan 59 orang kampung dari korban tsunami 2004 - Kapal hanyut itu kemudian tersangkut di atas bumbung rumah penduduk kampung (bayangkan betapa tinggi tsunami ketika itu?) |
umie juga berpeluang melawat muzium tsunami Aceh...banyak maklumat mengenai tsunami Aceh 2004 boleh didapati di sini..
|
Digambarkan keadaan ketika tsunami melanda Aceh beberapa minit selepas gempa bumi kuat berlaku jam 8.58 (waktu malaysia) - ombak tsunami melebihi 30 meter tinggi |
dan dari pengalaman umi di sana, kejadian tersebut telah memberi kesan trauma dan makna yang sangat mendalam di kalangan masyarakat Aceh sejak kejadian bencana alam tersebut dan sehinggalah kini nampaknya...ianya sangat perlu dijadikan pengajaran juga buat kita semua..
|
Masjid-masjid Aceh yang masih berdiri utuh - sebanyak 27 masjid yang tidak terjejas oleh tsunami - ombak dikatakan terpecah sejurus sampai di hadapan pintu masjid |
|
Kapal Janakuasa Letrik PLTD Apung ditolak ombak tsunami sejauh lebih 7 km masuk ke darat dari pelabuhan Ule-Lheu dan ianya terdampar di salah sebuah kampung di Aceh - (bayangkan betapa tinggi dan dahsyatnya tsunami 2004 ketika itu telah membawa kapal letrik yang sangat berat dan besar) |
|
Pantai Ule-Lheu - antara lokasi perlancongan yang cantik dan musnah teruk akibat tsunami |
|
Pemandangan sekitar kawasan Banda Aceh kini - suatu ketika dahulu tempat ini pernah menjadi padang jarak padang tekukur (cuma yg survived sebuah masjid, sebuah rumah api dan sebatang pokok! subhanallah) |
juga tak lupa nak selitkan yang ini... :)
|
Masakan Khas Aceh - senang makan dalam kotak jer..hehe |
|
Mee Kepiting Aceh..nyum2..sedappp ok ;) |
|
kebiasaan di sini...tapi hati2 ya adik2 :) |
Semoga bencana tersebut dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua...
-
Ma'a salama