Thursday, October 28, 2010

:: Tindakan Berani Ummi...

"Abang balik lambat... cayang amek kete, bawak adik balik dulu" kata Cik Abang Sayang.
"Huh... agak-agaklah abi ni, ayang baru malam tadi pegang stereng balik, baru refresh sekali, tak kan buleh mahir pun. Plus, lesen dah mati. Kalau kene tahan, macam mana?".... keluh si bini.
"Emergency. Nanti abang gi hidupkan lesen cayang"... kata-kata perangsang si suami.
"Tak nak lah, tak yakin. Ayang tak berani lagi".... si isteri masih berdegil!
"Habis tu, macam mana? Nak tunggu mana? Abang banyak keje ni"... nada abi yang frust sebab ummi tak buleh drive lagi.
"Ayang naik train! Gi umah Along... Nanti abang amek ayang kat sana"... hati si ummi yang bulat dan nekad!

Naik train? Bawak Alisya??? Yeeee... itu yang aku lakukan semalam! Kerja gila mungkin. Tapi memang aku nekad. (kenapa tak nekad untuk drive balik je???) Huh... untuk perbuatan itu, aku masih berperasaan takut! Hahaaa... bukan takut dengan stereng kereta abi, tapi takut entah ke mana 'hala tuju' ku nanti! Masih takut dengan 'permainan' jalan raya.

Nantilah, baru sehari dua je aku 'berjinak-jinak' dengan 'Horlick Cheese Cake' abi tu. Hari pertama, hanya sejauh 1 kilometer sahaja. Hari ke-dua... aku dah berani sikit meredah jalan sepanjang MRR2 yang sedia maklum, jika jam 4 pagi pun kereta di situ tetap banyak. Pada mereka yang mahir dengan driving di Kolumpo ni, mungkin adalah sangat mudah untuk kalian memahami rentak jalan raya di sini. Tetapi bagi aku, yang mana pernah melalui trauma yang sangat dahsat suatu masa dulu... amatlah berhati-hati dan masih ada sisa trauma tersebut! Sungguhpun tidaklah melibatkan nyawa manusia mahupun haiwan yang melayang, namun pengalaman lalu banyak memberikan pengajaran. Tambahan pula, parking di ofis amatlah menyeksa jiwa! Parking bertingkat, yang mana aku harus mendaki setinggi level 16, barulah dapat meletakkan kenderaan dengan selamat. Level 1- 15 adalah untuk reserved parking. Jika aku membawa kereta ke ofis nanti, aku tidak tergolong di situ!

Memang benar, isteri sekarang harus berkebolehan untuk memandu kereta, berdikari sendiri apabila suami tidak dapat bersama di saat-saat genting. Dan itulah yang aku terfikir sekarang. (kalau abang baca ni... mesti abang cakap; kenapa tak fikir 3 tahun dulu?) Muahahahaha... abang, bukan ayang tak fikir dari dulu. Cuma keyakinan tu belum muncul-muncul lagi. Hihiiii... jalan kat Kolumpo ni complicated sangat. Pulak tu, kereta old fesyen, manual, stereng nak putar je mau turun 4 kilo! Hahahaa... itu bukan alasan! Yelah, ayang tengah cubalah ni nak dapatkan balik skill memandu. Bak kata kakak ku, kadang-kadang kita harus berani sendiri... redah je bawak kereta tuh sorang-sorang! Baru thrill! Errr... suatu hari nanti akan ku buat!!!

Berbalik pada kisah Alisya naik train. Memanglah ummi cuak tahap gaban nak bawak anak dara ni naik train. Pulak tuh, siang hari di rumah beby sitter... anak ini mengamok sakan. Mujur Along Ju temankan dari rumah Ibu Daycare. Petang hari, orang semua berpusu nak balik ke rumah dari tempat kerja dengan mengendong beg, termasuk kami... cumanya yang pelik kenapa aku kendong Alisya bersama? Dah macam nak bawa lari anak je rupanya! Hahahaaa... Lantaklah apa yang orang nak kata. Semakin aku nampak kelibat train menghampiri, semakin kencang degup jantung ni. (nak dating dengan abi kali pertama dulu pun, tak berdegup kencang macam ni lahhh...) Risau jika tak dapat duduk, macam mana nak dokong Alisya? Risau jika anak ini kamok-kamok, mengeliat-leding dalam train... macam mana nak handle dengan orang ramai di sekeliling? Huh... berdebar.

Rupa-rupanya, Alhamdulillah... Alisya sangat berhemah dan sangat bertimbang rasa ketika di dalam train. Sangat baik. Muka Alisya pelik, hairan dan janggal. Mujur dia tak mengamok, menjerit atau berdecit langsung. Perjalanan buleh tahan jauhnya. Lebih setengah jam, keadaan sejuk membuatkan anak ini hampir terlena! Mata yang memerhati??? Adaaa... tapi ku tak endahkan langsung! Aku lebih banyak berborak dengan Alisya, mengajar dia supaya lebih mengawal diri. Syukur, ummi 'lulus' membawa kamu naik train!


Muka ummi yang pelik. Dah macam minah hendon lari
bawak anak dari seberang je neehhh!
Muahahahaa... Alisya dah nak terlena masa ni.
(pic ehsan kamera henpon Along Ju)



Dan yang paling penting, Alisya merasai suatu pengalaman yang baru. Masheh anak ummi, kerana memahami situasi terdesak ummi semalam! Nanti kita cuba naik bas pulak! Ahahaha... ada brannn ke ummi???

Wednesday, October 27, 2010

:: Kami Sedomdom...

Sampai aje di ofis, aku dah pegang kepala. Nampak sahaja 'Cik Puan' lagi satu, badan dah mula rasa seram sejuk panas. Berderai hilai tawa ni, mula mengekek-ngekek kami berdua bila masing-masing saling berpandangan! Sampai terkeluar air mata lah! Memang kuat betul naluri kami; jiran di pejabat.

Hahaa...aiseyman, macam mana boleh sedomdom habis neh! Tanpa dirancang. Selalunya hanya rona baju sahaja yang sama. Tapi hari ni... tudung dan anak tudung pun sama daaaa! Nasib baik tak hilang seri mak-mak dara ni. Huahuahuahuahuaaaa.... puji sendiri aje nih!


And she is my bff. Cik Puan Dewi.
Sesekali, memang bikin kecoh!


Memang kami tak pernah merancang, namun... itulah gerak hati yang sama. Masing-masing berteka-teki dengan baju seharian yang mahu dipakai. Cuba untuk mengelak daripada sama warna, sama tema. Akan tetapi, pilihan hati yang tak akan disangka juga menjadi pujaan! Muahahahaha....

Makanya, marilah gelak berjemaah beramai-ramai di ofis. Nasib baik Cik Puan Dewi itu BFF ku! Kami okeh je... selamber!!!

Monday, October 25, 2010

:: Hati Ummi Yang Tidak Keruan...

Huh...macam mana hendak diluahkan rasa nih erk? Aduhhh... tengah tak keruan ni. Bila teringat balik, mau rasanya perut ni bagaikan ada 'dragon ball' di dalamnya, sedang berulit-ulit macam hendak terberanak! Rasa tak tentu arah dan mula mengulas-ngulas tatkala kerisauan di hati datang bertandang. Hati tidak senang, jantung berdegup kencang! Aisehhh... payah betul nak hidup aman!

Semuanya berpunca daripada kesilapan sendiri. Ianya berkaitan kerja seharian ku di pejabat. Berkhidmat dengan majikan sekarang, jika ada kesalahan walaupun sekelumit ianya akan mengakibatkan seluruh Mesia nih al-maklum! Haha...payahkan? Kesilapan tanpa ada susulan pantaun dan peringatan sekali lagi. (apakah aku merepek? Dah start gabralah ni...) Biarlah, harapnya semuanya kembali tenang tanpa ada yang menuding jari. Apa pun, aku akui kesilapan itu dari diri sendiri.

Habis cerita majikan! Mahu bercerita pasal Alisya. Ini lagi satu kes buat aku tidak keruan. Semalam, sedang aku berkerja di hari minggu... tiba-tiba abang menelefon;

"Cayang, abang bagitau ni... cayang jangan marah eh..." nada abang ala-ala takut dan ketar.
"Kenapa?" balas aku yang ketika itu mahu ke tandas!
"Adik jatuh sofa! Abang tak perasan.."
"Hahhh? Adik nanes tak? Ada pape ke? Lebam ke..." tersentap seketika nak masuk toilet!
"Pipi kiri adik lebam sikit, adik nanes gak. Tapi abang dah pujuk, adik okeh. Abang pun nanes gak nih!" abang nanes, pujuklah sendiri!
"Aduhhh... abang tuamkan lebam adik tuh, jap lagi ayang balik..." sambung masuk toilet tunaikan hajat!

Macam tulah sikit lebih kurang perbualan aku dan abang. Dahla aku ni memang jenis cepat gabra, bila dengar kes kesalahan di ofis perutku dah mengulas kencang! Aleh-aleh nak ke tandas, abang call dan nyatakan isu yang lagik dahsat ini. Makinlah 'dragon ball' dalam perut ni berputar-putaran! Atoiiiyaaiiii... dah macam tak cukup tanah dah rasanya nih. Mujur kerja di pejabat sudah habis, terus sahaja aku pulang dengan hati yang bukan kepalang!

Mungkin bagi sesetengah pihak, 'jatuh bangun' seseorang anak di awal usianya adalah perkara biasa. Tapi bagi ku tidakkk!!! Sedangkan anak yang normal jika terjatuh sofa, buaian mahupun katil... pun boleh menjadi 'hal' yang tidak diingini, inikan pula Alisya yang mana sedia tahu otaknya sememangnya sudah mempunyai kesan 'kerosakan' akibat lemas masa lahir. Dan aku sangat-sangat tidak mahu kesan rosak itu bertambah lagi. Aku tidak memandang enteng akan kes jatuh seperti kes Alisya ini. Aku tidak menyalahkan abang, sememangnya abang ada bersama di sofa ketika kejadian. Mungkin terlepas pandang. Apa pun, syukur Alhamdulillah... tiada apa-apa perkara susulan yang berlaku.

Mujur Alisya tidak meragam selepas itu. Apa yang membuatkan aku dan abang rasa lega... pagi ini Alisya sekali lagi melemparkan senyuman yang menusuk hati ummi dan abinya! Tak henti-henti dia senyum... hinggakan aku dan abang ketawa besar! Nak mengalir air mata pun ada gak masa tu sebabnya Alisya seperti memahami perbualan kami pagi tadi. Perbualan yang menggusarkan hati aku dan abang. Tiba-tibanya Alisya menghadiahkan senyuman manisnya sebagai penawar duka kami. Seakan-akan dia memahami situasi itu. Agaknya Alisya berfikir;

"Ummi dengan abi neh tengah kalut-kalut nih. Dah macam nak terpele'ot pon ade neh... baik aku senyum, biar ummi dengan abi ketawa. Aku tanak ummi dengan abi susah hati..."

Senyuman ini mungkin tampak biasa, namun bagi aku dan abang,
senyuman ini mampu membuatkan air mata kami berjuraian
dan hati bergelora!
(Pic taken after Alisya senyum riang!
Elok tengah menyengih, cepat-cepat ummi amek kamera.
Tapi bila nak snap, saki-baki senyum je yang tinggal!
Pandai berlakon makcik neehh)


Andai itulah yang Alisya fikirkan, sungguh ajaib perasaan yang dianugerahkan Allah ini! Terima kasih anakku, terima kasih kerana terus tersenyum... sekaligus menghilangkan segala kegusaran di hati ummi! Aku dah men-warning abang; Jangan nak marah-marah lagi kat adik. Ingat apa yang adik dah lalui!

Haha... warning ke tuh? Boleh ke isteri warning suami? Dosa tak? Hihihii... tapi berkaitan anak, dibolehkan kot???? Fuhhhhh.... tarik nafas lega sekejap. Mudah-mudahan inilah kes kedua dan terakhir Alisya jatuh! (sebelum ni Alisya pernah jatuh buai, Ramadan lalu. Umpama 'malaikat' menyambut kejatuhan anak ini, sedikit pun dia tak menangis!) Ummi berharap, kecuaian ini tidak akan berulang lagi.

Syukur Alhamdulillah Alisya okey!

** Abang, anak kita makin lasak tau. (lasak ke anak CP nih?) Yeee, lasak ikut gaya dia lah! Kalau taruk adik kat sofa, sila taruk tilam dan bantal 44 biji sekeliling sofa ye. Hihiii... tapi masa adik jatuh buai aitu, ade je tilam kat bawah buai 24 jam, tak pernah kita alihkan! Tup-tup adik jatuh style lain daaaa... tak jatuh atas tilam pun! Hahahaha... (boleh gelak lak ummi nih!)

Friday, October 22, 2010

:: Kami Sayang Abi...

Mood pagi Jumaat; sedey... nanes berjurai-juraian air mata nih. Baru lepas mengimbau post-post dari Abi Alisya.

Hanya satu ungkapan dari ku; ayang dan Alisya tak pernah sesaat pun lupakan abi, tak pernah sedetik pun tak menyayangi kamu! Sungguh hidup ini lebih bermakna selepas termetrinya cinta ini, lebih berseri dan indah dengan hadirnya Alisya Qaireen. Ayang sayang kat abang dan adik juga begitu. (Adik baru bagitau ummi melalui renungan matanya....)

Dan.... ayang ingin hidup selama-lamanya bersama keluarga bahagia ini. Hanya ajal dan maut pemisah kita. (Andai diberi pilihan, maut juga mahu bersama....) Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati Allah, diberkati Allah dan dipanjangkan jodoh kami. Amin Yarabbal A'lamin...

Tuesday, October 19, 2010

:: Dalam Pembikinan...

Waaarggggghhhhhh! Apa kejadah aku dah buat dengan blog ni? Adeh, nak tukar template punya pasal lah nih.... aleh-aleh cacamarba jadinya!

Abaikan saja apa yang kalian lihat ni ye! Tuan empunya blog pun tak sanggup nak tengok blog sendiri nehhh! Buduh tolol ngok betullah aku ni... biarlah dulu. Mood tengah swing, tuh yang gatai-gatai tangan dok tekan itu ini. Sudahnya macam gampang dah blog ni. Hahahaa....

Akan di-hapdet nanti yang baru. Daaaaa.....

Thursday, October 14, 2010

:: Malam Yang Sepi, Kami Mengerekot...

Sakit badan ummi, lenguh pinggang ummi, berdetus urat belikat ummi tatkala Alisya 'memaksa' ummi untuk tidur secara duduk di kala malam yang sunyi sepi. Kamu nih adakala senang nak tidur, masuk buai... rengek-rengek manja, lelap sampai pagi. Adakala kamu meragam sekoyan hingga jam 3-4 pagi pun tak mahu tidur. Mulalah ummi jadi mangsa untuk tidur duduk sama-sama. Bangun pagi, mak aiii... sakitnya pinggang ummi nak oi! Sabar ajelah...

Macam nilah adakalanya ummi
dan Alisya mengerekot sama.
(Pic ummi takdelah, buwok na nanti ghupenyer!)

Ada masanya abi juga turut bangun mahu tolong ummi dodoikan Alisya. Akan tetapi, anak ini sangat bijak! Alisya tak mahu tangan abi, Alisya tak mahu bau dada abi, Alisya tak mahu peha ketaq abi! Yang Alisya mahu, tangan gajah ummi, bau mushuk ummi dan peha embam ummi untuk tidur malam! Andai diberi pada abinya juga, mahu melolong menjerit marah. Walhal matanya terkatop... bijaknya kamu ni anak!

Pulak tuh, haruslah ditambah dengan cakap-cakap puji yang boleh melembutkan hati Alisya. Anak ini mahu kita dodoikan dia secara bercerita. Mulalah ummi mereka-reka cerita yang sedap didengar oleh telinga Alisya. Adakala, kata-kata ummi dah tersimpang jauh entah ke mana. Hinggakan cerita cekodok pon masuk dalam karangan ummi tuh. Mulalah merapu-meraban. Hahaaaa... tapi ummi layankan aje mahu kamu. Itu belum masuk bab leher ummi terkehel-terkulai dek kerana tiada bantal dialas ketika tidur duduk tuh. Huh, massak ummi nak repair balik urat-urat leher kasi lurus! Kalau bukan ummi yang mengerekot, Alisya pasti sudah tersembam terselit celah bedah ummi. Kalau dah lena dan penat sangat, tidur tertangkup ke... terkepit celah bantal pun anak ini tak kesah! Hahaaa... bertuahlah anak ummi nih! Abi, pasti sedap lena tidurnya. Sesekali cemburu gak ummi, tapi apakandaya... abi cuba membantu, cuma anak ini yang memilih. Tapi jika bab berjalan, Alisya tak nampak ummi pun tak apa! Clever!!!

Kalau dah 'feel' sangat, macam ni lah.


Masih tidur... Andai terjaga, pasti melalak!


Kalau dah mengantok sangat,
macam ni pun buleh tidur hingga jam 3 pagi!

Itu belum bab marah-marah kat Alisya. Yelah, hati ummi adakala terbatas juga sabarnya. Tengah malam Alisya dok terjerit-jerit! Ummi pun samalah naik jerit! Pandai pula Alisya buat muka kesian. Sudahnya, ummi juga yang ralat. Ummi juga yang sedih bila ingat balik apa yang ummi marahkan. Ummi jugak yang tolol, dok marah Alisya yang tak salah apa. Duhai hati... janganlah cepat kau membengis! Aku benci bila memarahi anak ini, aku benci bila sesal timbul kemudian waktu, aku benci bila melihat anakku makin sedih! Sungguh, hati... sabarlah.

Hati ibu mana tak tersentuh bila melihatkan
wajah si anak yang sangat mendamaikan.
(Mulalah menyesal lepas tuh!)


Ketika ummi sebok di rumah, tak layan dia...
tidur adalah lebih baik dari mengamok! Hehe...


Dan ada ketikanya, dia sangat pandai membawa diri.
(Dah macam nak menari ballet pun ade nih)


Dalam seminggu, hanya 1-2 hari sahaja ummi dapat tidur dengan molek dan relax. Selebihnya, ummi akan mengerekot sama dengan Alisya. Tak apalah nak, asalkan kamu tidur kerana janganlah kamu membebankan Ibu Daycare pada esok harinya dek kerana kamu tidak tidur semalaman. Biarlah ummi sakit pinggang, sakit belikat bagai... asal kamu sentiasa dalam pelukan ummi. Ummi sayang kamu, anakku!

Tuesday, October 05, 2010

:: Syawal Yang Dirai...

Syawal semakin di penghujung. Entahkan jumpa Syawal yang akan datang, atau pun tidak... Wallahualam! Apa pun, hidup harus diteruskan. Dugaan seharian membuatkan aku lebih berhati-hati dan lebih matang dari hari sebelumnya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan hamba-Nya nan satu ini.


Sesuci Lebaran, di heningan Syawal.
Dengan ingatan tulus ikhlas,
maaf zahir dan batin.

Masih sekitar mood beraya. Dek kerana banyak hal yang melanda Aidilfitri ini, hampir terlupa pula mahu ku coretkan kisah nan indah sepanjang Lebaran yang lalu. Raya, siapalah yang tak seronok. Kecil, besar, tua, muda semuanya bergembira. Alisya yang serba 'kekurangan' tu pun turut merasai nikmat berhari raya. Mau taknya, lepas sorang demi sorang dok kendong anak nih, tidak lepas dari pelukan sepupu-sepapatnya haruslah dia berasa seronok dan teruja! Hari lain, mana ada ummi nak buat macam tuh 24 jam! Huh... anak bijak!


Alisya dikepit Angah Tasha.
(Angah nilah yang menjaganya siang
dan malam menjelang Syawal
ketika ummi kerja overtime!)


Pendek cerita, raya kami hanya biasa-biasa sahaja. Yang seronoknya apabila di hening Syawal, yakni sesi bermaaf-maafan sesama keluarga. Drama air mata sana-sini tak dapat dibendung lagi! Heheee... Adatlah kalau buat salah, pasti nanesnya lebih sikit! Huh, sayu dan pilu pulak kan? Sehebat mana pun Syawal yang diraikan, akan ada mereka-mereka yang masih dalam kesedihan. Lumrah hidup.


Dengan abahku yang hemsem.


Bonda dan anak bongsu serta cucunya yang ke-32.


Sri Kandi keluarga ku.

Kunjung-mengunjung juga tak lupa untuk diamalkan. Terkedek-kedeklah ummi, abi dan Alisya yang bagaikan sedondon dengan busana raya pergi ke rumah sanak-saudara, sahabat handai dan rakan taulan tercinta. Hitam, tema kami tahun ini. Nama pon raya, mestilah baju anak-beranak sekayu, sepapan bagai! Tahun depan, andai ada rezeki yang Allah kurniakan, kami akan terkedek-kedek ber-empat pula. Hihihiii... angan-angan mat jenin ajelah ummi nih!


Beraya di rumah Pak Itam Zamri.


Ke rumah Dania. Ini budak banyak main!!!


Dania masih 'sayang' kat Alisya.


Abi 'menge-test' diri memangku
baby dalam hari (Delisha).



Sempat ke rumah Lieza.
Masheh atas layanan yang tip-top itu.



Ke rumah Kak Lina pula. Seronok berbual
dengan akak dan kami hargai perkenalan ini.
Masheh kak atas info yang diberi.


Semoga hidup ini akan terus diberkati, akan terus dirahmati. Dalam kesenangan ada kepayahan, dalam kegembiraan terselit jua kedukaan dan dalam kita bersedih, janganlah kita lupa... masih ada yang manis untuk dikenang.