:: SANAH JADID ::

      

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

 Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
 Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
 Rela Berkorban Harta dan Nyawa
 Demi Menegakkan Islam Tercinta 
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

 Oleh Itu Mari Semua
 Kita Sambut Maal Hijrah
 Tingkatkan Semangat Tegakkan syiar Islam
 Untuk Sepanjang Zaman
_____________________

ASSALAMUALAIKUM….

Happy New Year For All MUSLIM…Salam Maal Hijrah 1430….Semoga kita sentiasa didalam RAHMAT dan REDHA ALQUDUS.Diberi kekuatan iman.Dilimpahi kesabaran.Dipanjangkan umur.Dimurahi rezeki.Dibaiki apa yang buruk.Disempurnakan apa yang kurang.
1431 hijrah melabuh tirainya.Pasti banyak memori pahit manis, gembira dan tangis,senda dan rajuk menghiasi lembaran hari yang dilalui.Sudah tentu suka duka banyak tegaris dilipatan diari kehidupan kita.Justeru perbaikilah segala kelemahan ,segala amalan moga kita semua sentiasa didalam peliharaan ALKHALIQ                                                                            _  _________________________
PENGHIJRAHAN RASULLUALLAH

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (yakni daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya".

                                                                                                    (AT-TAUBAH:20)

1Muharam adalah tarikh penting buat kita.Ini kerana tarikh ini merupakan tarikh penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah. Penentuan tarikh Hijrah ini (bersamaan 16 Julai 622M) kemudiannya diputuskan pada zaman khalifah Saidina Umar ibni al-Khattab pada tahun 17 hijrah bertujuan mengingati peristiwa penting itu di samping untuk memudahkan urusan pentadbiran negara. Beberapa cadangan telah dikemukakan pada beliau, ada yang mencadangkan tahun kelahiran Rasulullah, tarikh kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun wafatnya. Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar kerana memandangkan hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaimana katanya yang bemaksud: Kita membuat tarikh dengan Hijrah Rasulullah s.a.w. keranan hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH
 

MAKSUDNYA: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.    
______________________________

Semoga episod lalu mencipta seribu pengajaran serta keinsafan untuk kita teladani sepanjang meniti dititian kehidupan yang mendatang.Semoga tahun baru yang kita hadapi akan memberikan satu keazaman yang baru untuk sentiasa berubah dan mencari kebahagiaan dan kejayaan dunia juga akhirat.AMIN...YA RABB!