HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, April 30, 2011

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ke-24

Salam perjuangan..

Sejak dari semalam aku bersama-sama teman Sepangar telah berada di Sandakan bagi mengikuti Muktamar Pemuda PAS negeri Sabah. Muktamar kali ke-24 ini telah diadakan pada 30 April bertempat di Hotel Sandakan. Perjalanan aku dari Kota Kinabalu memakan masa hampir 7 jam yang sepatutnya hanya 5 jam sahaja. Pertama kerana kereta dipandu mengalami masalah pada kipas 'torbo', kedua kerana waktu kami bertolak bersama-sama dengan waktu lori-lori juga bergerak dan yang ketiga disebabkan 'JALAN-JALAN RAYA yang banyak berlubang. Aku memberitahu isteri aku yang ikut bersama semasa memandu, macam manalah UMNO/BN Sabah ini memerintah, perkara asas seperti jalan raya pun tidak dapat diselenggara dengan baik.

Tiba di Sandakan sekitar pukul 2 pagi, aku bersama rombongan terus sahaja ke rumah Sdra. Hasbullah (sahabat semasa di Universiti dahulu) untuk menumpang bermalam. Semoga beliau sentiasa diberi kebaikan dari Allah s.w.t di atas layanan yang baik dari beliau.

.......................................................................

Pada sebelah paginya telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan penuh gilang-gemilang. Pada aku muktamar kali ini telah menampilkan pemuda-pemuda yang berkarisma dan bersedia untuk membawa perubahan pada Sabah khususnya. Besesuaian dengan tema Muktamar tahun ini iaitu, 'Melangkah Memimpin Perubahan'. Majlis perasmian muktamar kali ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah manakala ucapan taujihad telah disampaikan oleh Ust. Kamal Ashaari (AJK Pemuda PAS Pusat).

Kehadiran pemuda serta perwakilan dari seluruh pelusuk Sabah memenuhi setiap ruang dewan muktamar. Pada muktamar kali ini telah diadakan pemilihan jawatan kuasa baru bagi sesi 2011-2013 yang mana Saudara Lahirul Latigu telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda. Muktamar telah berakhir sekitar pukul 5 petang.

..............................

Keesokannya diadakan Konvensyen PAS Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Ust. Nasharuddin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden PAS Pusat merangkap ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Berita Penuhsumber: http://dppsabah.blogspot.com/

1 comment:

Pas Kawasan Sepanggar said...

Tentang jln yang tak diselenggara dengan baik tu saya setuju bahawa ianya adalah kegagalan BN tadbir urus negara ini. Khabarnya peruntukan telah ada tapi bimbang kalau kroni dapat, sepatutnya selenggara setahun 3x. mungkin buat 1 kali shj tapi peruntukan utk 3x. Kayalah sapa yg dapat. saya cdgkan DPPNS ambil inisiatif utk membuat dokumentasi khas ttg jalaraya di Sabah yg bahayakan penggunanya dan minta juga MIROS(majlis Keselamtan Jlnraya M'sia turun dan tinjau keadaan jlnraya yg teruk.


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD