Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah
pada hari ini kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kerana lahir sebagai
wanita. Wanita adalah seorang individu istimewa yang diangkat martabatnya
selepas golongan jahiliyyah dahulu merendahkan martabat wanita dan mengganggap
wanita hanya sebagai seorang hamba semata. Sehingga mereka sanggup membunuh
bayi wanita yang baru lahir dengan menanam mereka hidup-hidup. Datangnya islam
menunjukkan cara sebenar melayan seorang wanita yang mana menunjukkan peri
pentingnya wanita dalam kehidupan seorana insan. Wanita sebagai anak, ibu,
isteri dan nenek adalah merupakan fungsi yang paling istimewa.
Bertepatan pada
hari ini, 8 Mac merupakan Hari Wanita
Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia. Wanita perlu diberi hak yang sama pada
sesetengah perkara sebagai contoh hak pendidikan, bekerja dan sebagainya.
Adakalanya berlaku diskriminasi terhadap wanita hanya kerana dianggap wanita
adalah lemah. Namun biasa kita dengar wanita yang menghayun buayan bisa
menggoncang dunia. Hebat bukan? Bisa menggoncang dunia.
Nabi Muhammad
S.A.W merupakan contoh terbaik dalam layanan baginda terhadap wanita. ALLAH
mewajibkan wanita untuk menutup aurat bukan untuk membebankan namun sebagai
cara menunjukkan wanita itu istimewa. Sesuatu yang berharga dan disayangi perlu
dilindungi.
Sebagaimana hadis baginda:
“Sebaik- baik
kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik
daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah
orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak
mempunyai budi pekerti.” (Riwayat Abu Asakir)
Justeru itu,
bersempena Hari Wanita Sedunia ini, saya mahu mengajak rakan-rakan mahasiswi
sekalian untuk bersama-sama kita bergerak kearah kehidupan yang lebih
bermatlamat. Fokus kepada perkara yang sepatutnya. Kita sebagai mahasiswi perlu
banyakkan pembacaan dan berfikir ke hadapan. Kita juga merupakan golongan
pewaris masa hadapan yang mana kejayaan pada masa hadapan juga terletak di
tangan kita yang menentukannya.
Sekian.wallahu’alam.
Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT
No comments:
Post a Comment