Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019
Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG
Esok 17 Feb 2010 suami akan menjalani Sperm Count Test kali ke 2.
Hari Jumaat ini pula adalah appointment aku yang seterusnya. Kena bawa result suami sekali.
Alhamdulillah appointment Jumaat ni kena tarikh sekolah cuti .. cuti yang telah diganti. Tak perlu ambil cuti dan tak perlu kejar silibus. Kalau selalu macam ni kan bagus.
Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019
Love
5 Disember 2019
Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 13 : Masalah Sperma & PCOS
Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun
Cik yah,
ReplyDeleteMr. suami ok ke? Jangan terlalu mengharap (macam ayam kat sebelah kiri ni), nanti jadi stress. Bila tak berjaya, hati kita akan menjadi kosong. Walaupun perit, tapi itu le yang selalu saya advise Mrs. Isteri saya. Saya cakap kita untung, kita ada ramai anak, beratus-ratus. Setiap tahun berpuluh anak kita berjaya meninggalkan kita dengan doa-doa.
Tahun depan dapat lagi berpuluh-puluh anak lagi. Ajar lagi selama setahun, ujung tahun anak-anak kita ni tinggalkan kita dengan seribu doa yang kita tidak tau, hanya mereka dan Allah sahaja yang mengetahui.
to arain;
ReplyDeleteMemula.. saya kata dalam hati.. ehhh en.arain ni sedap je panggil kita nama cik yah. bila fikir balik ... oh patutlah. Irtiyah = yah. Ini la akibat guna nickname. Nickname sendiri pun tak ingat. Haha...
oh.. pasal result tu ye.. ni tengah bertungkus lumus menaip laporan dari bilik berita. Jap lagi siap kot. Saya sengaja buat hari ni [Jumaat] sebab hari ni saya ada appointment. So.. boleh tulis sekali.
p/s; Ayam? rupa dia macam tu sebab dia terkejut baca blog saya yang merapu banyak ni. Heehe
Cik Yah,
ReplyDeleteKami doakan semoga berjaya...Minta Mr. Suami doa antara dua khutbah nanti. Kami dah malas nak pi appointment, skrg Mrs. Isteri tengah menghabiskan ubat yang berharga RM 1600. Tapi tengok macam tak luak je....
Ubat tu mcm nak trima nasib Biodex je...
to arain;
ReplyDeleteTerima kasih arain dan isteri. InsyaAllah kami terus berdoa dan berusaha. Memang mahal ubat2 ni.. ada kawan tu. Dikatakan kalau dinilaikan duit yg dah dihabiskan untuk tujuan itu.. boleh buat sebuah rumah besar.