Salam 22 Ramadhan,
Alhamdulillah dah 22 hari rupanye kita berpuasa..terasa sekejap je kan. Dan tak lama lagi nak raya dah...macam mana persiapan korang hehehe
Ahad lepas bersamaan 5 Julai 2015 bersamaan jugak 18 Ramadhan 1436h, aku dan family telah berbuka puasa bersama-sama PPEOC Putrajaya Crew terutamanya. Kali ni perbadanan putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pilihan tahun ini. kat situ memang meriah...ramai yang potluck je dari rumah dan makan di situ bersama kawan-kawan.
Bagi Putrajaya Crew, ini memang sudah menjadi aktiviti tetap sempena ramadhan. masing-masing membawa makanan sendiri dan kita makan bersama-sama bertukar-tukar menu. memang meriah sekali...kalau kat rumah kompom-kompom makanan tak meriah macam ini. walaupun banyak menu terhidang..yang pentingnya semua habis dan tidak berlaku pembaziran.
Meh layan beberapa foto pilihan yang dicekup dari lensa kawan-kawan
Ohhh lupe nak bagitau tentang gambar atas sekali tu...gambar itu diambil dari page perbadanan putrajaya. lokasi kami berbuka adalah berhampiran pentas sebelah kanan anda. tengok betul-betul ada nampak baju warna hijau...itu adalah AKU
MyRAKAN
Memaparkan catatan dengan label PPEOC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPEOC. Papar semua catatan
09 Julai 2015
08 Jun 2015
STREET KING COMPETITION
Salam bahgia,
Ganas kan tajuk entry kali ni wahahaha...sebenarnya tu salah satu slot aktiviti untuk kelab kereta dan motosikal sempena Karnival Syok Fiesta di Stadium Shah Alam. Karnival berlansung selama tiga dengan berbagai aktiviti dan jualan yang sesuai sebagai salah satu riadah bersama ahli keluarga.
Sabtu lepas, 6 Jun 2015...aku berkesempatan jugak join untuk mewakili PPEOC dalam Autoshow dan Perhimpunan Kelab Kereta yang berlansung pada hari berkenaan. Berbagai aktiviti dirancang bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. Antaranya autoshow (memang tak sah lah kalau takde acara ini), sukaneka untuk ahli-ahli kelab yang hadir, jualan t-shirt event, penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada semua yang hadir.
Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergegas keluar rumah untuk ke meetpoint yang kelab tentukan iaitu Dataran Bawah Shah Alam. Ikutkan kumpul 8 pagi...tapi 8 pagi baru nak kuar tumah, memang harulah kan hehehe. Sampai-sampai situ kelihatan adalah beberapa ahli yang sedang menunggu dengan penuh kesabaran.
Setelah semua ada, kami pun bergerak ke Stadium Shah Alam secara berkonvoi. Takdelah panjang sangat..cuma dalam 10 biji persona je. tapi alhamdulillah dapat juga meluangkan masa support event tersebut. Sampai je di sana terus kami masuk ke parking yang telah ditetapkan dan setelah semua bersiap, kami pun jalan pusing-pusing karnival sementara menanti event bermula pada sebelah petangnya. mak bapak punya lama..tunggu dari jam 8 pagi lagi. Tapi atas dasar semangat setia kawan dan minat kami menanti sehingga kecundang hehehe
Jom layan gambar dulu
Sorrylah kali ini tak sempat nak amik gambar autoshow. Lebih kurang jam 2.30 petang aku dah balik sebab petang tu dah janji ngan wife untuk amik barang dia kat desa vista. lagipun hari pun nak hujan.
Ganas kan tajuk entry kali ni wahahaha...sebenarnya tu salah satu slot aktiviti untuk kelab kereta dan motosikal sempena Karnival Syok Fiesta di Stadium Shah Alam. Karnival berlansung selama tiga dengan berbagai aktiviti dan jualan yang sesuai sebagai salah satu riadah bersama ahli keluarga.
Sabtu lepas, 6 Jun 2015...aku berkesempatan jugak join untuk mewakili PPEOC dalam Autoshow dan Perhimpunan Kelab Kereta yang berlansung pada hari berkenaan. Berbagai aktiviti dirancang bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. Antaranya autoshow (memang tak sah lah kalau takde acara ini), sukaneka untuk ahli-ahli kelab yang hadir, jualan t-shirt event, penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada semua yang hadir.
Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergegas keluar rumah untuk ke meetpoint yang kelab tentukan iaitu Dataran Bawah Shah Alam. Ikutkan kumpul 8 pagi...tapi 8 pagi baru nak kuar tumah, memang harulah kan hehehe. Sampai-sampai situ kelihatan adalah beberapa ahli yang sedang menunggu dengan penuh kesabaran.
Setelah semua ada, kami pun bergerak ke Stadium Shah Alam secara berkonvoi. Takdelah panjang sangat..cuma dalam 10 biji persona je. tapi alhamdulillah dapat juga meluangkan masa support event tersebut. Sampai je di sana terus kami masuk ke parking yang telah ditetapkan dan setelah semua bersiap, kami pun jalan pusing-pusing karnival sementara menanti event bermula pada sebelah petangnya. mak bapak punya lama..tunggu dari jam 8 pagi lagi. Tapi atas dasar semangat setia kawan dan minat kami menanti sehingga kecundang hehehe
Jom layan gambar dulu
Senarai Kelab dan Penaja Event |
04 Jun 2015
PACG V8.5
Salam Bahgia,
Dah lama berlalu..tapi nak share jugak sambil-sambil wat rekod tuk diri sendiri hehe. Pada 9 Mei lepas bersamaan hari sabtu, saya sempat jugaklah join event Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering Car Club (PACG V8.5) anjuran Perbadanan Putrajaya dan KW Motorsport.
Menurut penganjur, event ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan je dan lebih kepada autoshow...event terbesar akan dibuat dalam bulan september nanti. Walau bagaimanapun ia tetap meriah. Antara program lain yang dianjurkan adalah wawancara bersama jpj seperti sesi penerangan, soaljawab dan pendaftaran skuad muda jpj. aku pun tak lepas peluang mendaftarkan diri.
Kali ini hanya lebih kurang 20 biji kenderaan dapat dikumpulkan dari ppeoc. Tapi ia tidaklah mematahkan semangat kami demi untuk menaikkan nama PPEOC. LEbih kurang jam 10 pagi kami berkumpul di meetpoint yang ditetapkan iaitu Jambatan PICC. Sambil menunggu bolehlah agih-agihkan tshirt dan stiker bagi yang membeli dan ada yang terus memakainya...memang bersemangatlah kalau macam tu.
Lebih kurang jam 5.00 petang kami semua bersurai dengan program masing-masing. ada yang sambung lepak kat bangi, shah alam dan macam aku balik rumah terus hehehe.
Mari layan serba sedikit gambar yang sempat diambil
Kalau nak tengok lebih banyak gambar..jemputlah usya-usya ALBUM FB saya. kat situ ada jugak video yang sempat diambil semasa autoshow. klik VIDEO 1 dan VIDEO 2 .
Dah lama berlalu..tapi nak share jugak sambil-sambil wat rekod tuk diri sendiri hehe. Pada 9 Mei lepas bersamaan hari sabtu, saya sempat jugaklah join event Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering Car Club (PACG V8.5) anjuran Perbadanan Putrajaya dan KW Motorsport.
Menurut penganjur, event ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan je dan lebih kepada autoshow...event terbesar akan dibuat dalam bulan september nanti. Walau bagaimanapun ia tetap meriah. Antara program lain yang dianjurkan adalah wawancara bersama jpj seperti sesi penerangan, soaljawab dan pendaftaran skuad muda jpj. aku pun tak lepas peluang mendaftarkan diri.
Kali ini hanya lebih kurang 20 biji kenderaan dapat dikumpulkan dari ppeoc. Tapi ia tidaklah mematahkan semangat kami demi untuk menaikkan nama PPEOC. LEbih kurang jam 10 pagi kami berkumpul di meetpoint yang ditetapkan iaitu Jambatan PICC. Sambil menunggu bolehlah agih-agihkan tshirt dan stiker bagi yang membeli dan ada yang terus memakainya...memang bersemangatlah kalau macam tu.
Lebih kurang jam 5.00 petang kami semua bersurai dengan program masing-masing. ada yang sambung lepak kat bangi, shah alam dan macam aku balik rumah terus hehehe.
Mari layan serba sedikit gambar yang sempat diambil
PPEOC dapat PArking di KOTAK A |
ANTARA YANG JOIN |
SEMASA DI MEETPOINT |
STIKER EVENT |
AKU |
03 Jun 2015
MEGA TT MALAYSIA 2015
Salam bahgia,
Fuhhh sekali lagi gagal nak update belog ini dengan story story hangat wahahaha macam hangat je kan. Tapi memang betullah sejak GST bermaharajalela kerja aku pun dah macam bertambah selari dengan penambahan harga barang-barang yang disebabkan GST katanya...tapi entahlah bagi aku, masih ada lagi yang mantain...cuma pandai-pandai lah kita tapi memang banyak yang naik pun. kerajaan patut buat kajianlah kenapa boleh jadi macam ini bukan menjawab tomahan dengan jawapan atau statistik yang bukan-bukan.
Okey berbalik kepada tajuk entry kali ini...pada 16 mei 2015 bersamaan hari guru, PPEOC telah berjaya mengadakan buat julung kalinya MEGA TT MALAYSIA 2015 yang mengumpulkan ahli-ahli ppeoc seluruh negara. Alhamdulillah sambutan yang tidak mengecewakan daripada ahli terutamanya dan tidak dilupakan juga pihak PDRM IPD Shah Alam yang memberi kelulusan permohonan escot konvoi kami.
16 Mei 2015, Taman Botani Shah Alam menjadi saksi kejayaan ppeoc menganjurkan MEGA TT. Seramai lebih kurang 200 biji kereta dan 300 lebih ahli yang turut serta dalam aktiviti julung-julung kali ini. Berbagai aktiviti telah diadakan diantaranya runningman, tarik tali, makan epal, rebut kerusi dan mewarna bagi kanak-kanak.
Meh layan gambar
Juara keseluruhan jatuh kepada Southern Tiger. Jadi secara automatiknye NEXT Mega TT kita ke selatan lagi. Untuk lebih banyak gambar..bolehlah usya-usya FB aku hehehe tapi sekarang ni tak sempat nak upload lagi..bagi tempoh seminggu dua ni ekk...sorry sangat-sangat memang busy sesangat.

PERASMIAN |
SENAMROBIK |
RUNNINGMAN |
JUARA KESELURUHAN |
Juara keseluruhan jatuh kepada Southern Tiger. Jadi secara automatiknye NEXT Mega TT kita ke selatan lagi. Untuk lebih banyak gambar..bolehlah usya-usya FB aku hehehe tapi sekarang ni tak sempat nak upload lagi..bagi tempoh seminggu dua ni ekk...sorry sangat-sangat memang busy sesangat.
30 Mac 2015
MANA NAK MULA
Salam bahgia,
Lama betul tak update apa-apa entry kat belog ini..tapi alhamdulillah still masih ada pengunjung hehehe...sejak tiga menjak ini bukan main busy lagi..maklumlah dah bertambah tanggungjawab dan kerja sekarang ni..untuk lebih lanjut nanti aku cerita kat entry lain..in shaa allah harap ada kesempatan lah ye
Hari minggu lepas sempatlah jugak balik ke kampung halaman..jumpe mak ayah dan adik beradik dan sempat juga menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sedara walaupun dah takde bau-bau bacang lagi tapi memang agak rapat masa kecik-kecik dulu sebelum aku berpindah ke segamat.
Selamat Pengantin Baru Ijal..semoga berbahgia sepanjang hayat...
Sebelum tu...hari jumaat malam, sempat jugak berTT bersama segamat crew. Tak sangka plak diorang dah plan tuk buat TT Bowling...so aku layankan aje lah walaupun kaki cuci longkang wahahaha...kita main suka-suka je, apa ada hal
Mula tu macam biasa...kumpul kat satu pot baik punye hehehe...dewan jubli segamat. Lepak-lepak berdiri, salam kenal dan berbual mesra kemudian baru menuju kedestinasi bowling secara konvoi di sri genuang.
Yang main malam tu 7 orang je...tapi amik sampai 3 lane wahahaha pastu main 3 game....memang jenuh nak abiskan sampai game last tu memang longkang aje lah sebab aligment dah lari.
Macam tak biasa..tak sah rasanya kalau TT takde makan...lepas main lepak lagi kat kedai berhampiran sambil pekena teh tarik...itu akulah hehehe. lebih kurang jam 12.30 tengahmalam aku pun beransur balik dulu sebab perjalanan nak balik jauh tu...budak-budak yang lain masih lepak lagi.
Terima Kasih kepada semua Segamat Crew...semoga kita berjumpa lagi di lain waktu.
23 Disember 2014
SMD ULU BENDUL
Salam bahgia,
Sunday Morning Drive (SMD) ke Ulu Bendul pada 21 Disember 2014 berakhir dengan jayanya. Ia mungkin sebagai satu acara penutup bagi ahli di bawah putrajaya crew..kalau takde ape event lagi lepas ni hehehe maklumlah ada lebih satu minggu lagi kan nak ke tahun 2015.
Event yang dirancang pada awal bulan disember ini berkonsepkan potluck iaitu masing-masing datang dengan membawa menu juadah masing-masing dan dikumpulkan dan kita makan bersama. kalau dah mana bawak juadah sendiri kan..kompom kuantiti makanan akan melambak..ye tak...masing-masing berfikir, bawak sikit macam tak cukup je..maklumlah juadah aku lah yang paling sedap wahahaha ayat perasan...tapi itulah kenyataannya.
Ini baru sebahagian menu yang disaji..banyak lagi macam nasi lemak, nasi impit, nasi goreng, bihun goreng, laksa, spegeti, kopok lekor, karipap, roti telur, dan macam-macam lagi makanan sampingan sampai tak tau nak makan ape kan..dan yang utama BBQ
Berbagai aktiviti bagi memriahkan program ini...yerlah kalau tak mau boringkan.. tapi paling tak boleh tinggal aktiviti makan hahaha
Disamping tu jugak aktiviti utama BBQ dan mandi manda..yang ni wajib hehe
Dan yang terakhir adalah aktiviti yang memang aku tak berkesempatan untuk join kerana terpaksa balik awal kerana anak-anak dah naik minyak wahahaha meragam lah kepenatan kot hari cuti pun dikejutkan untuk bangun awal pagi hehehe
Tak sangka kan kat sungai macam ada jugak ikan masage-masage tu...rugi tak join sama tapi rasa-rasa kaki aku ni sihat hehehe...vollyball pun aku tak dapat join huhuhuhu takpelah janji semua enjoy dan tak jemu utk join lain-lain aktiviti.
Tiba-tiba plak tertepek gambar ni kan hehehe...ini gambar sambil-sambil menunggu rakan-rakan yang lain sebelum bertolak di samping media crew test power kamera dia wahahaha...ok yang ni nanti aku cerita lain ekkk. Kalau nak tengok gambar lagi...boleh klik kat FB saya. facebook.com/irrahady
Terima Kasih pada yang sudi membaca :-)
20 November 2014
MEGA AUTOSHOW PUTRAJAYA 2014
Event ni berlaku ahad lepas...Alhamdulillah berlansung dengan jayanya walaupun agak sukar jugak masa dah dekat-dekat tu walaupun dalam hati ada berkata-kata...diorang cuma gimik je tu...tapi yerlah risau jugak kalau diorang datang nanti tak enjoy kan...itu objektif utama aku sebenarnya kalau create atau join mana-mana event yang melibatkan PPEOC.
Dah sinonim kalau nak buat gathering kelab kereta mestilah ada autoshow kan...buat kereta cantek-cantek pastu tayang kat orang..tapi memang itupun tujuannya..jadi macam satu kepuasan kalau orang datang kat kenderaan kita dan belek-belek, snap gambar...orang gembira kita pun gembira.
Kali ini event autoshow dibuat sekali dengan perhimpunan kelab-kelab kereta sekali gus memecahkan rekod himpunan kereta terbanyak di dalam malaysia book of record.. di khabarkan event hari itu berjaya mengumpulkan hampir 70 kelab kereta dengan 10,000 kenderaan khususnya kereta berhimpun.
Lain-lain acara yang diadakan hari itu adalah seperti
KARAOKE |
TREASURE HUNT...PPEOC naib johon ok..Tahniah |
GUSTI LENGAN |
BERGAMBAR TUK COVER MAJALAH...hahaha berangan |
Antara kereta-kereta autoshow yang turut serta...maaflah tak amik banyak gambar pasal teruja wahahaha
Antara kereta wakil-wakil dari kelab yang menyertai |
Wakil PPEOC |
Penaja |
Konvoi |
Bergambar setelah sampai |
Ohh ya..jumlah kenderaan dari PPEOC hari itu adalah sebanyak 20 buah sahaja...bolehlah kan dari tak ada...yang sedihnya aku tak dapat bersama mereka sehingga habis..dalam jam 2 petang macam tu aku kena bergegas ke opis sebab kene keje luar hari isnin tu... Terima Kasih banyak-banyak pada yang sentiasa support event-event PPEOC.
Langgan:
Catatan (Atom)