MyRAKAN

16 Mei 2014

PERINTAH PERTUKARAN

Salam Bahgia,
Mungkin inilah salah satu sebabnya kenapa aku busy sekarang...sampai kadang-kadang miss untuk update belog hehehe alasan...

Tarikh kuatkuasa pertukaran adalah minggu depan 21 mei 2014 yang pada asalnya lagi awal tetapi bos mintak tangguh dulu sehingga ada pengganti...untuk pengetahuan aku bukan pindah jauh mane pun...masih di opis ini jugak cuma tukar bahagian je...

Aku di jabatan kastam ni dah dua tahun lebih sejak 3 november 2011...memang ada rancang-rancang nak mintak kuar cuma tak tau nak ke mana hehehe tapi kalau dah tukar bahagian kompom aku akan stay 2-3 tahun lagi.

Debaran tetap dirasai..macammanalah agaknya suasana kerja di tempat baru, apakah kerja baru aku nanti, bagaimanakah bos dan rakan-rakan sekerja aku nanti, dan macam-macam lagi lah pertanyaan yang bermain-main di minda...tetapi kepercayaan telah diberi, jadi kita perlu sahut cabaran..cogankata kerani tetap kerani masih aku pegang!

Doakan yang terbaek untuk aku....

15 Mei 2014

CUCI ENJIN

Baru-baru ini, buat pertama kalinya sonaku dicuci sehingga ke enjin..sebenarnya selama aku membawa kereta sejak zaman iswara lagi dalam tahun 2003...tak pernah lagi aku membasuh enjin kereta aku...inilah first time

Bukan ape aku tengok enjin keta aku ni macam dah teruk sangat kotornya...mungkin sebab musim hujan kan...dan lagi persona ni bawah dia takde penutup...hari tu kat fb ada jugak nampak orang jual penutup bawah tu..tapi wat tak tau je sebab tak tau kepentingannya...sekarang ni baru dapat..disamping mengurangkan geseran di bahagian bawah ketika melalui jalan berbonggol atau tidak rata...boleh juga mengurangkan kekotoran naik ke enjin semasa kita melalui atau melanggar lopak air.
Inilah dia hasilnya..walaupun tidak nampak kilatnya tapi ok lah dari sebelum basuh tu...memang teruk sangat sampai tak terkata hehehe. Tempat aku basuh ni masjid tanah..depan balai bomba jalan nak ke sungai udang..jauh kan wahahaha tu je masa yang aku ada...nak kata tempat ni bagus takde pun..aku pun takde buat survey pun mane-mane kedai...main terjah je. yang penting sonaku sihat walafiat.

Sebelum pegi basuh enjin ni aku service keta dulu..macam biasa service dengan VervX..memang berbaloi-baloi :) 
Service untuk 85 ribu tapi aku bantai buat elaiment, balancing dan rotate tayar...gara-gara mengesan bunyi-bunyi yang mengganggu aku..kira cubaan kedualah ni selepas gagal semasa di Zordaq motosport bangi..sekarang ni pun tetap ada..tapi kesan dia dah berubah..stop bila aku bawak laju lebih dari 100 km/j dan masa membelok ke kiri..ermmmm rasa-rasa macam aku tau puncanya..so tunggu next service nanti...cariooo

RUMAH SENDIRI

Salam Bahgia,
Tak pernah lagi aku buat post pasal rumah aku ni hehehe...bukan ape lagipun aku memang jarang datang jenguk rumah..sesekali je.

Aku beli umah ni tahun lepas..sebab merajuk tak dapat rumah PR1MA..cari punya cari nak yang murah je..almaklumlah tengok gaji sendirilah..taknak lah tiap-tiap bulan asyik sesak jekan..lagipun kesian kat anak-anak aku nanti...ohh ya rumah aku beli ni kat Taman Bunga Raya Bandar Baru Salak Tinggi Sepang...adalah dalam 20 minit ke Putrajaya tempat kerja aku...tak tau lah macam mana nanti..kita tunggu je lah ekk

Baru-baru ni adalah pegi tengok...wahhh dah siap..mungkin tunggu CF kot..meter pun dah siap pasang
Meter api tu oklah kan dia tak pasang abis lagi...tapi meter air tu dan 1k lebih bacaan meternya..aku anggap dia isi air dalam tangki je..tapi kita tengok nanti ada pertambahan tak pada bacaan meter tu..
Keadaan depan rumah...slideding door tu berkunci, so memang tak dapat masuk lah...untuk makluman, umah aku beli ni memang kecik je 55 X 14 keluasan dia..dulu masa mula-mula nak booking pemaju tu siap sound "u tau tak besar mane rumah ni"..dalam blur-blur aku ngan wife pun cakap tau..padahal tak tau pun 55 X 14 tu besar mane hahaha..pastu terus dia suruh tengok rumah fasa 2 yang dalam pembinaan pastu baru buat booking..

Bukan ape dia pun taknak lah nanti bila dapat kunci kita terkejut dengan keluasan rumah tu..dia pun takutlah kita punye fikiran rumah tu besar..seluas mata memandang..tapi pokok utama dalam siri mencari rumah bukan keluasannya..tapi aku lebih kepada keutamaan lokasi dan harga rumah...tak nak lah rumah yang besar dan mewah tapi cukup bulan terpaksa berikat perut.

Nampaknya dah kena standby checklist ape perlu dibuat dari post aku sebelum ini...ADAB DAN DOA KELUAR MASUK RUMAH dan TIPS MASUK RUMAH BARU.

06 Mei 2014

JAMUAN BULANAN CPP

Salam sejahtera,
Pagi ni ada jamuan...tak tau jugak pada mulanya. semalam petang pun ada hi-tea sempena perpindahan dan naik pangkat pengarah bahagian...alhamdulillah rezeki

Jamuan pagi ni memang satu program tetap cawangan penilaian...adalah dalam 2-3 bulan sekali. jamuan pagi kali ini adalah bersekali dengan sambutan hari lahir, meraikan pegawai yang bertukar serta kelahiran cahaya mata sekaligus sebagai juga mengalu-alukan kehadiran pengarah baru bahagian.

Apa yang bestnya hadiah aku termasuk dalam senarai jamuan kali ni...birthday bulan tiga hehe. dah lah boleh layan gambar-gambar yang sempat aku snap
Hadiah tuk kali ini...apa isi dalam tunggu next entry nanti wahaha macam special je kan...
Di atas tu antara menu-menu yang sempat dan larat laku nak makan..ada satu lagi menu spagetti, kuih lemet pisang yang tak sempat untuk aku amik kerana dah kekenyangan hehe
Dan terakhir sekali adalah kad ucapan selamat hari lahir dari ketua pengarah kastam;
Semoga Dipanjangkan Umur,
Dimurahkan Rezeki dan
Bahagia Selalu
Antara ucapan yang ada tercatit pada kad tersebut. Terima kasih pada semua yang mengingati hari lahir saya yang ke-22 ini

05 Mei 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU ATIKAH

Sabtu lepas, 3 Mei 2014...aku sekeluarga berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di kota tinggi...memang satu perjalanan yang jauh dan mencabar..mana tak mencabar, bawak sekali budak kecik umor dua bulan...dengan perjalanan yang mengambil masa 5 hingga 6 jam.

Kami sekeluarga sampai rumah pengantin jumaat lagi..niat dihati nak menyebok je..tapi tiba-tiba hari kejadian dapat pulak tag buat kerja huhuhu
Jadinya memang terpaksalah buat-buat kerja hehehe...aku cuma amik part runner cawan je, amik cawan bersih dah letak-letak atas meja...bile xde cawan yang dah basuh..duduk makan cendol hehe.

Macam biasalah, bila dah majlis sebelah perempuan...tawar menawar pembahagian tol diantara pihak perempuan yang biasa terdiri daripada sanak saudara pengantin dan wakil rombongan pengantin lelaki...tujuan tak lain dan tak bukan hanyalah sebagai langkah pertama salam perkenalan disamping mengeratkan silaturahim diantara kedua-dua pihak..jumlah tol atau duit dalam sampul adalah mengikut kemampuan pengantin lelaki yang kebiasaannya tidak akan didedahkan bagi menjaga nama baik dan air muka pihak pengantin.
Salah satu daripada tiga rundingan Tol
Pengantin potong kek
Candid table
 SELAMAT PENGANTIN BARU
KEPADA SEPUPU AKU
ATIKAH DAN SUAMI
SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA

p/s: cam biasa nak gambar lagi, klik SINI :) tapi sorry sangat-sangat sebab gambar memang tak banyak sebab tak bawak kamera..lagipun kena merewang heehehe