MyRAKAN
30 November 2010
MAHA 2010
bermula dengan pergerakan trafik yang agak lancar dari putrajaya tetapi bila semangkin hampir dengan tapak maha, kelihatan dari jauh seperti deretan kereta macam jalan jem sangat. tapi aku gagah jugak menuju ke pintu masuk utama.
rupa2nya keter banyak2 tu parking kat tepi jalan padahal kat dalam tu melambak2 parking kosong. mungkin kerana bayaran parking kat dalam tu terlalu mahal rm3 sekali masuk. sampai ade yang sanggup membahayakan diri memanjat pagar untuk masuk ke maeps tu. (nasib aku tak sempat snap gambar hehehe)
oleh kerana aku dipaksa parking nun jauh dari tempat pameran maka aku sekeluarga pun naik binatang ni...
aku rasa memang macam tak sesuai gitu naik benda tu untuk rekreasi bersama keluarga terutama yang ada anak kecik. mane tak nye dah lah naik berebut2 nak panjat benda alah tu lagi, berhempit2 dah macam pendatang haram pun ade.
beberapa gambar yang sempat aku snap pakai tipon aku yang tak seberapa tu hehehe...
untuk nangka gergasi tu harganya rm10 sekilo...kalau besar camni kiralah sendiri berapa harganya...
sebenarnya banyak lagi tempat2 yang tak sempat aku merayau2, baru je pegi dewan a ngan dewan yang ade tempat makan tu. tu yang bercadang akan ade kunjungan kali kedua tungguuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!
maha 2010 akan berlangsung sehingga 05 disember 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. malamnya plak tak silap aku ade konsert dari artis2 popular dan tak popular hehe...marilah datang beramai2, macam2 anda boleh lihat dan macam2 anda boleh dapat
p/s; kepada urusetia maha 2010, aku paling tak suka kena naik trektar tu. boleh tak cari altenatif lain tuk masa2 akan datang. yang lain2 ok. terima kasih.
25 November 2010
WANGSA WALK
aku pun bawaklah wife ngan anak aku sekali. bukan nak main sangat just nak jalan2 ubah angin skit. kalau tak asyik2 putrajaya bangi serdang balik2 tu jelah tempat kitaorang pegi. terima kasih kepada abg GPS lakako kerana tunjuk aku jalan sampai sana dengan selamat walaupun entah jalan mane2 je ko bawak..
lebih kurang kul 4 lebih aku sampai situ, diorang pun dah abis satu game. jadinye kerana kelambatan aku tiba ke sana maka aku pun tak main...hahaha memang tujuannye pun nak jalan2 je...
sambil2 tunggu diaorang main bowling bawalah zaqwan berjalan2 sekitar wangsa walk tu. plan memang nak cari baju budak tu tapi hampe sebab takde pun kedai tuk baby. kedai2 kat situ tak banyak pun tapi happining lah ramai orang sebab ada bowling ngan wayang.
lepas penat2 berjalan, bagilah budak kecik tu duk kat kereta goyang2 tu...mula tu nampak takut2 gak tapi lama2 sendiri ingat lah...
ok lepas abis sesi bowling macam biasalah lepak2 kedai mamak plak kat depan wangsa walk tu je. borak2 kutuk2 dan makan2.
p/s; i'm back...baru hari ini semangat aku kembali hehehe...
19 November 2010
KETULUSAN HATI
Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri Mu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri Mu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri Mu
Kau benarkan kasihku
Mencintai Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri Mu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri Mu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintai Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri Mu selalu
***************
aku pun tak tau ape ade dengan lagu ni...zaqwan cukup suka dengar, bile lagi ni berkumandang kompom dia akan berdiri kat dpn tv....
satu bile azam kat oasis tu...mesti dia dok diam tercengok depan tv ataupun berdiri tak pandang kiri kanan
p/s; mudah-mudahan dia menjadi anak yang soleh...amin
18 November 2010
KUDAKU GAGAH BERANI
tak sabar tunggu bulan depan, bulan ni dia dah dapat hadiah dari nenek melaka dia. sekor kuda merah hehehe.
satu lagi sekarang ni dia dah dapat kaki...memang akan berjalan tak berhenti. kalau dikira kilometer mau satu dunia dah pusing.
gambar ni dia berjalan2 kat kompleks JPM sementara tunggu ummi dia balik. nak sangat berjalan sampai tak sempat pakai kasut. amik ko...mula tu memang dia takut nak jalan, sakit kaki kot tapi lama2 hantam jek lah.
dia berjalan tak kuat lagi masih terhuyun hayang tapi boleh berdiri lama2. kalau dia berlari2 mesti jatuh...sian dia
p/s; nanti ikut ayah ngeteh plak ek...
16 November 2010
SALAM AIDILADHA
esok umat islam akan menyambut hari raya haji ataupun hari raya korban...
oleh itu disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di malaysia (ewah cam semua orang baca belog aku ni) terutama ahli keluarga, sahabat handai, pembaca2 belog aku dan tak lupe gak kepada sape2 yang TERbaca entry khas aidiladha ini...hehehe
disini juga aku ingin mengajak diriku dan kawan2 semua untuk memperingati kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s dan anakandanya nabi ismail a.s
kepada kawan2 yang pulang ke kampung, berhati2 dijalanraya dan ingatlah ibubapa kita yang menanti di kampung...
dan kepada yang tak balik kampung macam aku, selamat berhari raya di perantauan dan jangan lupe call orang tua malam raya ni...
sekian...maaf zahir dan batin dari aku dan keluarga
p/s; dah 2 tahun berturut2 aku beraya di perantauan...
15 November 2010
LEPAK TT 13.11.2010
aku kuar lewat ari tu, kul 10 malam baru sampai ke petronas tu. sampai2 je memang sibuklah petronas situ ditambah lagi dengan kehadiran kelab2 keter lain. aku pusing2 geng2 PPEOC memang dah takde, memang aku dah agak dah mesti diorang dah gi minum2, aku pulak memang takde kompom akan datang.
so lepas aku pusing2 tak nampak pun kelibat mane2 member PPEOC yang kelihatan, aku pun call sorang member bertanyakan mane diorang lepak. dekat je kedai mamak dalam tesco. terus aku wat tawaf satu tesco cari mane keter diorang parking.
gambar sebahagian member yang hadir dan sedang minum. lepas rancak2 berborak2 dari hal kelab sampai ke lawak2 kosong, lebih kurang kul 11.30 malam kami berkonvoi ke petronas semula kerana ade acara untuk dibincangkan dan penampalan stiker.
bile kami tengok petronas tu tetap masih sibuk, kami telah ketempat yang lebih selesa untuk meneruskan agenda kami.
keter2 yang menunggu untuk ditampal stiker. hari tu ujan renyai2 lagi sebab tu masuk skit kat koridor kedai...
sebelum tu ade skit breffing dari otai2 PPEOC berkaitan stiker ngan aktiviti akan datang iaitu konvoi mandi manda, tempat dan tarikh akan dibincangkan kat facebook. sebelum tu diadakan sesi perkenalkan diri masing2 kerana ramai member2 baru yang hadir.
disamping menunggu member2 yang menampal stiker lain2 member rancak berborak kembali dengan topik masing. pasal modifed keter, spoiler, rim sukan dan tak kurang gak bahan membahan.
lebih kurang kul 12.30 tengahmalam kami berkonvoi sekali lagi ke taman berdekatan untuk berjumpe member PPOC sambil berkenal kenalan. acara borak2 berdiri diteruskan walaupun ditepi jalan kerana member PPOC pun nak balik dahh.
sampailah kul 1 pagi baru masing2 bergegas balik ke umah masing2 dan ade gak yang sambung sampai ke subuh di shah alam untuk tengok bola.
p/s: jangan cube racun2 aku untuk modifed keter...
12 November 2010
CHINTA
aku takdelah peminat tegar citer ni tapi kalau dah balik umah awal tengoklah jugak. dulu mula2 tau gak citer ni tapi aku tak layan pun sebab magrib. tapi bile wife aku dok bukak ari2 mau ketagih gak tapi lum tegar lagi hehehe.
banyak lah gak citer2 melayu bersiri ni yang menghantui aku, kalau dah tengok pasti nak tengok lagi kisah selanjutnya..
tiga citer ni antara yang memang aku layan tiap minggu. kadang tu ade gak termiss skit2
ni plak antara citer yang pernah menjadi kegilaan aku. tu masa spa q pertama memang malatop kannn. awan dania plak tak lama lagi ade musim ketiga. aku mesti tonton
p/s; wayang plak lama tak gi...
11 November 2010
SUPERHERO
Ini adalah entry hari sabtu...
Aku ni SUPERHERO ke? kalau aku jadi superhero ape nama sesuai tuk aku ek...adyman hahha tak komisel langsung
adelah beberapa orang tegur, aku ni cepat sangat. baru tepon cakap "dah siap", tup tup dah sampai kat atas nak amik fail. memanglah setakat 2 tingkat aku terbang ikut tingkat 0.000000005 saat sampai dahh bukan nak ke matahari baru aku lambat2 tak tahan panas...
pastu satu lagi time bekfas. orang kuar aku lum kuar lagi, aku dah duduk wat keje orang baru balik bekfas...nampak cam aku tak bekfas kan kan kan. tapi sekarang aku memang tak bekfas dahh pun....diet huhuhu
aku ni kalau ade kat tempat duduk, takyah tunggu 3 kali ringing, setengah ringing aku dah angkat...cepat pantas tangkas sarkas haha. ade tu sampai ade komplen aku angkat tepon cepat sangat, boleh camtu??. karang aku tak angkat baru tau, jawab susah tak jawab lagi lagi susah.
nak puaskan hati semua orang memang susah. kalau kita buat satu benda tu ade orang suka ade orang tak suka, ade orang puji ade orang keji, ade orang nampak suka ade orang dengki...
jadi aku buat keje aku, ko buat keje ko. tak kacau sape2...
p/s ; tak reti2 ke INI ADALAH ENTRY HARI SABTU...
LEMBAB
itu ok...tapi kalau dah dok kat depan tu prihatinlah skit "alert" kata orang putih...dah nampak lampu ijau jalanlah sebelum tu standby siap2 gear tu, ni bile dah ijau baru terkial2 nak masuk gear, kalau yang bawak keter tu masuk gear, turun handbreak macam2 lagilah...
dah ler kadang trafik light tu sekejap je, pasal ko terkial2 dua tiga biji keter je lepas. aku rasa sangat elok buat macam sesetengah tempat siap ade masa kat trafik light. leh tau bape saat lagi lampu ijau. tu pun kalau terkial2 gak wajib langgar keter dia...
p/s; tapi tak taulah kalau orang tu tertidor hehhe...
10 November 2010
MONOREL MELAKA
bayarannya rm10 bagi dewasa pergi dan balik...ini adalah satu lagi produk pelancongan negeri melaka dan aku rasa kalau jalan malam lagi cantik view dia...satu lagi monorel ni jalan ikut tepi sungai melaka
antara pemandangan yang sempat aku amik...
p/s; aku malas nak mengarang, so korang tatapi jelah gambar2 tu pastu buat karangan sendiri...
09 November 2010
KFC
patut tak ramai pasai ramai yang dok beratur lagi, nak order makanan. "lunch time dua konter je bukak" memang akan dapat maki hamun sumpah seranah percuma je ni. betul tekaan aku, dalam que panjang2 tu datang minah kat belakang aku cakap "b**i dua konter je bukak" kan aku dah cakap...
kul 12.50 aku beratur pukul 1.20 baru aku dapat makanan. nasib tak kena tunggu ape2 lagi. kalau tak....(aihh nak mencarut je ni). setengah jam ok aku beratur, hati memang panas tapi pasal kawan aku nak makan kfc aku turutkan jua...
dari pengalaman akulah, aku rasa diorang ni kekurangan staff. sebab tengok masing2 muka monyok je semacam, lepas tu orang order tak mau ingat, barrel family snack plate 20 pax...aku nak request tanpa ais pun takut. pastu ade ke patut member aku suruh tanya "nape bukak dua konter je" karang tak pasal2 aku dapat maki hamun free
akibat daripada kelaparan dan kebarisan yang lama jadi inilah hasilnya...
fehhh tak penah dalam sejarah aku rasa makan licin camni. biasa mesti coleslow ngan patato tu aku tak abis (sebenarnya aku tak suka sangat, lagi2 sayur tu)
p/s; sebenarnya ade hikmah aku kena beratur lama sampai lapar tahap gaban...
08 November 2010
JEM
Orang kata jem tu sedap, nak nak pulak jem nanas ermmmm kecut2 manis. dibuat plak tat nanas kompom jadi rebutan terutama masa raya...aku pun tak tau mane sedapnya hehehe. korang penah rasa ke?
tapi ade satu jem yang kebanyakan orang tak suka, lagi tambah tension ado...KESESAKAN LALULINTAS. kalau kat bandar2 besar macam kuala lumpur ataupun johor bahru memang biasa walaupun berbagai2 usaha telah dilaksanankan
bagi putrajaya pula kesesakan memang ade berlaku terutama waktu pergi dan balik pejabat tetapi tidaklah seserius di bandar2 besar. ini mungkin disebabkan ramai telah mampu memiliki kereta sendiri dan penyumbang kepada pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya.
pagi tadi kesesakan luar biasa pada aku yang menyebabkan aku lewat sampai ke opis. kalau sebelum2 ini setengan jam aku boleh sampai ke opis selepas menghantar anak dan isteri aku, tapi pagi ini sejam baru sampai. aku tengok takde pun eksiden ataupun keter rosak tengah jalan.
diwaktu puncak inilah polis trafik sepatutnya memainkan peranannya walaupun ia bukan jalan penyelesaian terbaik. tetapi sekarang ini entah mengapa tiada lagi abang2 polis ditempatkan dipersimpangan2 seperti dulu2. adakah mungkin kerana komplain dari sebilangan kecil pengguna yang sering menyalahkan polis2 ini penyebab kesesakan?
semalam kat higway plus ke arah utara pun jem dari pedas sampai seremban. biasalah sempena cuti panjang orang ramai mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung termasuklah aku. sebab2nya hanyalah kerana sebuah lori membawa bajak (JCB). memang patut larangan kenderaan berat di higway diteruskan pada publik holiday.
kepada penguna jalanraya, berhati2lah semasa memandu dan rancanglah perjalanan anda dengan sebaik2nya.
p/s; aku lambat pasal jalan jem...hahaha ada gak alasan kan kan
04 November 2010
DEEPAVALI
tapi walaupun aku tak pandai berenang, aku pandai buat2 tenang walaupun dalam hati dup dap dup boleh ke aku selamat ni...
korang penah naik banana (ke pensil ke ape2 nama entah) tu tak kat PD...tak tau minatang ape, tengok ni
aku memang mula tak nak naik, udah ler mahal takut jatuh tengah laut mau tak naya...tapi member2 aku semua dok mujuk2 akhirnya cair gak aku...ada tu siap cakap takpe aku leh berenang ape2 nanti aku selamat kan ko "ha ah yer lah tu, kalau ade jerung ke pirana ko nak selamatkan aku" tapi kawan2 punya pasal aku follow gak...
orang tu bawak sampai ke tengah laut, hati dah mula berdebar2, dah pikir macam2 pastu tiba2 time dia wat U turn dummmmmb hamik ko semua terjun tengah laut...
"tolong bang tolong"...orang yang bawak tu pulak tadi bukan main bagi garenty, kalau jatuh abg tulung. last2 bile semua jatuh pastu semua memekak, tulung tengok je bang...hampehhh
yang kata pandai berenang pun satu hal...mintak tolong kat aku yang tak pandai berenang. kawan punya hal tolonglah ape yang termampu, nak dokong kompom2 aku tenggelam sekali...tarik skit2 sampai kat banana tu...
jadi kesimpulannya jangan cakap ape2 kalau belum merasa...selamat menyambut deepavali kepada orang2 yang menyambutnya dan pada orang yang tak sambut tu jom pakat ramai2 penuhkan higway kayakan plus...
p/s; tobat aku tak naik lagi minatang tu...tolong jangan ajak aku!!!
03 November 2010
1TAHUN DAH BERLALU
Hari ini 3 november 2010 bermakna genap setahun dah aku bertugas di sini. kalau dah setahun tu kompom2 lah rasa dah expert sangat buat keje. petik jari je siap. tapi memanglah siap petik jari hahah
aku target 4 ke 5 tahun kat sini, blah lah...bagilah orang lain merasa kerja aku ni. tengok cam senang tapi memang senang pun takde bos nak kacau janji siap pada masa yang ditetapkan...
satu lagi aku suka kat sini kerani tak payah layan pelanggan yang datang, setakat antar atau ambil surat je, nak tanya lebih2 serah pada pegawai...jadi tak perlu pening2 kepala ape nak klentong
kadang tu rindu gak kat opis lama, keje tak abis2 sampai tak sempat nak bertenet...telipon berdering2 tak henti, orang datang berduyun2 nak dilayan, bos tak kering2 gusi memekak, kerani tak ilang stressssssssssssssssssssss
tapi semua tu satu pengalaman yang sangat2 berharga, yang mungkin takde kat tempat lain...jadi kerani ptd par pro gro dimarahi dimaki hamuni dimalui semua tu telah aku lalui
orang selalu cakap keje kerajaan ni senang...boleh lepak2 minta kuar pegi bank baya bil dan macam2 lagi. tapi semua tu ikut opis mane ko dapat lah. kalau ko dapat cam opis aku sekarang memang yesss (sape2 nak apply keje kat opis aku leh lah hantar seguni taik nyamuk ngan selaut darah sendiri) tapi kalau boss yang streeeeeet mau streeeeeeees dibuatnya
jadi kesimpulanya ingatlah KERANI TETAP KERANI....
p/s; baru setahun rasa cam dah 10 tahun jekk
02 November 2010
DEMAM
dulu kecik2 kalau batuk tak elok2 bapak aku terus bawak gi urut. bab2 ngurut ni aku takut bukan ape geli siot. blah belakang ok lagi tapi bile time urut dada tu kompom2 aku tergelak2 tak henti sampai kena marah2lah baru aku tahan skit2....
nak kata aku tak gi klinik...pegi dahh. dulu ade gak bape2 kali doktor x-ray dada kepala otak semua tapi semunya ok jer takde tanda2 penyakit lain. rimas aku kalau orang tanya tak pegi klinik ke amik ubat, tak cube ke ubat itu ubat ini, madu sabun mandi segalanya...
tapi aku tau diorang tu semua sayang kat aku, amik berat risau kalau2 aku jatuh sakit terlentang kat katil sepital. nanti diorang gak susah kena datang melawat bawak buah tangan...
kali ni aku batuk2 sampai tak kuar suara dah. dah sekarang ni aku dok diam ngadap komputer je kat opis. takdelah bertekak ngan budak2 opis aku ni sampai kan diaorang tertanya2 hehehe...aku tau korang sunyi ekk aku dok senyap je hehe
dua minggu dah aku rasa malas nak wat keje. buat pun mane penting jekk urgent. yang leh tangguh tunggu last minit nanti aku buat. melambak2 dah keje atas meja aku ni tak setel...heh apelah nak jadi ngan diriku
ADY WAKE UP!!!! JANGAN SAMPAI SETAN MENGUASAI DIRIMU...
p/s: tak kan lah aku jadi camni pasal berjauhan dengan si dia...issssh bahaya ni KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK
01 November 2010
TT EDISI STIKER
Sabtu lepas 30 oktober 2010 sekali lagi putrajaya telah dipilih sebagai lokasi 'TEH TARIK SESSION' PPEOC edisi tampal stiker. sebanyak 15 biji persona elegance telah berkumpul dengan satu harapan dan satu semangat maka terciptalah satu malaysia (ceh wahhh)
kalau dah ramai tu kompom2 lah banyak perkara2 yang dibualkan dan sekali sekala kedengaran jugak gelak tawa dan sesi kena mengena. TT session kali ini agak istimewa kerana slot yang dinanti2kan iaitu tampal stiker cermin depan ppeoc. ha sape2 yang sudah tempah dah bayar sahaja akan dilayan
selepas tampal menampal kami semua berkonvoi meninggalkan jambatan putra menuju ke taman di presint 18 untuk sesi bergambar untuk diupload ke facebook ppeoc bikin panas pada sape2 yang tak datang...selepas sesi bergambar konvoi sekali lagi ke masjid putra bagi menunaikan solat fardu magrib sebelum bergegas ke mamak presint 15.
sampai2 je kedai mamak sesi borak2, kena mengena dimulakan semula disamping sesi perkenalan member2 baru. dalam kul 9 malam aku pun bergegas balik...kalau nak ikutkan diorang ni sampai ke subuh tak balik2
p/s: harap TT yang akan datang ni bertambah ramailah yang datang...