Showing posts with label kongsi cerita. Show all posts
Showing posts with label kongsi cerita. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Eh, Nampak Kaki!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai sudah acara Kejohanan Balapan & Padang IPG Kampus Perempuan Melayu untuk kali yg ke-40 ni. Penat kan? Tahniah kepada semua kumpulan rumah sukan yg berjaya menggondol banyak hadiah tu. Heheh. Menang dan kalah tu biasalah, adat permainan. Ye idak? Yg penting kita enjoy dan tak lupa Allah. :)

Emm, dah penat dan puas berehat, malam tu digemparkan pulak dgn kecelakaan yg berlaku ke atas guru pelatih dan asrama. Hmm, harap2 segala peringatan yg dah disampaikan di BISA malam tadi dapat diingat, difikir, direnung dan diaplikasi. Bukan susah pun. Mudah. Tutup je apa yg patut, tinggal je apa yg tak patut. Ingat tu. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah dan terhindar daripada segala marabahaya. Aminn Ya Rabb..

Actually, nak cakap tentang SOLAT. Hah, sebelum tu, sy nak tanya sikit. Apa sebenarnya yg kita patut jaga dalam solat kita? Hmm? Rukun solat? Perbuatan dalam solat? Khusyuk dalam solat? Haa..betul3. Tapi selain tu? Aurat? Bagaimana sebenarnya aurat kita dalam solat ye? Adakah sama aurat kita sesama bukan muhrim dgn aurat kita sewaktu solat? Absolutely! Memang sama! Macam mana tu? Maksud saya di sini, aurat kita sesama bukan muhrim adalah seluruh tubuh kita, KECUALI bahagian muka dan tapak tangan. Kan? Jadi macam tu juga lah aurat kita sewaktu dalam solat. :)

Hah. Saya sangat SUKA untuk BERKONGSI sesuatu ni. Dah lama sebenarnya pendam. Yelah, nak cakap sy tak pandai. Menaip je saya tahu. Hehe. Haa,macam mana nak tahu, adakah kita betul-betul sudah menutup aurat atau belum? Senang. Senang sangat-sangat! Hanya perlu pastikan dan tanya pd diri sendiri, boleh tak pakaian aku ni bawak pi solat. Andai tiada sarung kaki, boleh ke aku solat? Kalau nampak leher, nampak lengan. Boleh ke tak ye aku solat dengan pakaian yg begini? Konklusi bagi kenyataan sy ni ialah :

Pakaian yang menutup aurat = Pakaian sewaktu solat

Bukan bermakna kamu sentiasa kena pakai telekung utk memastikan aurat kamu terjaga. No! Ingat lagi apa yg Ustazah Salbiah cakap? Kan boleh je kalau tak pakai telekung pun sewaktu solat. Asalkan kita tutup aurat, baju tak ketat dan sebagainya. Hah. Senang kan? Jangan me"rigid"kan agama..Sesungguhnya Islam itu indah, mudah, tak menyesakkan. Kenapa nak kata panas jika kita menutup aurat secara sempurna, kalau kita belum lagi mencuba? :)

Nak sentuh tajuk pulak. Dari tadi membebel je. Tak masuk tajuk lagi tu. Hehe. Emm, jadi, setelah tahu apa yg patut kita tutup sewaktu sedang solat, maka saya mahu bertanya lagi. Adakah KAKI termasuk dalam anggota aurat kita sebagai seorang wanita? Yups, memang aurat pun. Hah, kalau macam tu, kalau kain kita tersingkap dan menampakkan kaki kita sewaktu solat, adakah terbatal solat kita??? Ramai yg tak berapa nak ambil perhatian tentang perkara-perkara macam ni. Ala, nampak kaki je kot. Bukan apa-apa pun..Isyhh..salah tu kak!

Dalam hal ni, ada banyak pendapat yg berbeza tentang sah atau tidak solat seorang wanita itu apabila kakinya terlihat. Tapi, oleh sebab kita di Malaysia ni berpegang pada Mazhab Syafie, maka hukum solat kita apabila kaki kita terlihat atau tersingkap sewaktu sedang solat adalah BATAL jika kita maklum tentang keadaan kaki kita yg terbuka tu, dan kita PERLU MENGULANG SEMULA solat kita, sebab solat tadi dah terbatal.

Takkan tak sedar kot kalau kain kita tersingkap waktu solat? Emm, takpe2. Mungkin tak perasan. Tapi untuk kawan-kawan yg ternampak tu, cepat-cepat tolong tutupkan kaki kawan yg tersingkap tu. Kalau sempat beritahu kat kawan yg ternampak kakinya tu, beritahu la dia, yg waktu dia solat tadi, nampak kaki. Jadi dia perlu solat semula. Kalau tak sempat, nak buat macam mana, kan. Huhu. Yang penting kita dah berusaha. Isyh, saya takut juga kalau ada guru pelatih atau para pembaca yg akan salah faham tentang apa yg sy bebelkan dalam post ni. Jadi, untuk mendapat penjelasan yg lebih lanjut lagi, kalian boleh merujuk kepada golongan yg lebih arif dan ahli dalam hal-hal macam ni. Ok? :)

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian kali ni. Kalau nak baca lagi, boleh baca di SINI. Memang santai, tapi bermakna. Sesungguhnya segala yg baik itu datangnya dari Allah, ambillah dan jadikannya sebagai tauladan. Kalau ada yang buruk dan tak bermanfaat tu, buang je jauh-jauh. Boleh kan? Hehe. Semoga Allah merahmati kalian semua!

Ma'assalamah.. :)



Kalau lelaki takpe la nampak kaki pun...Huhu =.="



Macam Sukan SEA pun ada. Ea?
Opss. Gambar tak berkaitan. ;p



nota kaki : Berpesan-pesan pada kebenaran..:)

Sunday, February 20, 2011

Rasulullah Yang Kami Rindu!

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, kita masih diberi peluang menghirup nafas segar kurniaan Allah. Teringat kata-kata seorang sahabat, andai kita perlu membayar bagi setiap sedutan nafas yg Allah sediakan utk kita, apakah kita mampu membayarnya?

Dan berapakah agaknya harga bagi setiap helaan nafas itu? Subhanallah. Allah Maha Besar, Maha Agung dan tak terlawan kuasa-Nya oleh sesiapa pun, kerana kita semua adalah makhluk-Nya.

Sejuta kemaafan saya hulurkan bagi mewakili pihak Biro Penerbitan & Informasi Balai Islam Saidatina Aishah kerana membiarkan blog BISA ini tak terisi dengan sesuatu yg baharu.

Memandangkan kita baharu sahaja menyambut Hari Kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, maka apalah kiranya (cewah) saya menghidangkan sebuah sajak yg saya petik (copy sebenarnya ;p ) dari laman ILuvIslam.com.

Hayati, mudah-mudahan memberi manfaat! :)

"Rasulullah Yang Dirindui"

Zamanmu Muhammad sudah berlalu,
Namamu masih melekat di hatiku,
Tak pernah bersua malah berjumpa,
Hanya doa dan selawat selalu padamu,
Kuharapkan syafaatmu di Mahsyar sana.

Sinar cahayamu tetap kami ingati,
Sepanjang zaman namamu tetap kami hargai,
Kami sayangi mukjizatmu Al Quran yang suci,
Menjadi bukti setia diri kami,
Agama dipelihara, Islam agama kami,
Muhammad ku doakan kau selalu mendoakan kami.

Rasulullah SAW , begitu agung namamu,
Rindu bertemu dengan mu,
Rindu pada suri tauladan yang kau berikan,
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu,
Rindu pada kedamaian yang kau ciptakan,
Rasulullah SAW , rindu kami pada pemerintahanmu,
Rasulullah, rindu kami juga pada keadilanmu,
Kami sanjungi pada keimananmu dan ibadahmu.

Umatmu kini Muhammad sering alpa,
Anugerah Allah tidak diharga,
Hubungan denganNya tidak dijaga,
Juga hubungannya denganmu mereka alpa,
Ku berdoa pada Yang Esa,
Moga ada jalan pulang untuk mereka,
Bersama menghayati agamu dan agama kita semua.

Muhammad SAW, aku rindu padamu,
Kasihku untukmu, selawat kukirim untukmu Muhammad,
Sebagai bukti sayangnya daku padamu,
Moga Allah kurnia dan merahmati hubungan ini,
Kau kuhargai, kusayangi lagi kuhormati.

Muhammad, moga suatu saat nanti,
Dapat kubertemu denganmu,
Dengan redha Allah padaku,
Moga dapat kita bersama di sana,
Syurga tempatmu juga moga untukku,
Muhammadku rindu padamu.

Subhanallah. Sesungguhnya baginda seorang yg sangat mulia, tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun. Mudah-mudahan kita terdiri daripada golongan umat baginda yg mendapat syafaat darinya waktu di padang Mahsyar nanti. Aminn!




notakaki :

Selalunya bila diingatkan, baru kita nak ingat pd Nabi Muhammad. Padahal baginda selalu mengingati kita setiap masa, hatta sewaktu nyawa hampir dicabut keseluruhannya pun, Nabi Muhammad masih ingat pada umatnya. Kita?? Subhanallah.. :(

Monday, February 14, 2011

Kau Sayang Dia?

Assalamualaikum..


Eh, sedar tak, Hari Valentine dah tiba! Jap2. Ade ke sesiapa antara kamu yg sambut 'hari bersejarah' ni?? Takde? Ok, good girl. :)

Kita seringkali didedahkan dengan bermacam cerita tentang hari ni. Macam-macam pendapat dan versi cerita yg kita tahu. Kan? Ada yg kata, hari Valentine ni sempena mengingati kematian St. Valentine. Ada pula yg sebut, hari ni hari kehancuran umat Islam. Wahh. Dan macam-macam lagi versi cerita yg tak sudah2 dipusing sana-sini.

Sinonimnya, hari Valentine ni diraikan oleh pasangan muda-mudi yg sedang hangat berpacaran dan kononnya cinta mati. Err, kamu pasti ke cinta kamu tu cinta sejati? Kamu betul-betul sayang dia? Serius?
Kalau betul sayang, kenapa tak mau menikah? Kalau betul cinta, mana buktinya? Owh, bukti? Sudah pun kami buktikan di katil-katil hotel, di taman-taman. Hey, semurah itukah cinta kalian?? Astaghfirullah.

Pernah saya tanyakan kepada seorang rakan (lelaki), kenapa org suka berpacaran, tapi tak suka nak menikah awal? Dan jawapannya adalah, takut terbeban dengan tanggungjawab. Saya pasti semua org pun akan berfikir perkara yg sama. Kan? Bercakap memang senang. Untuk mengaplikasikannya yg sukar.

Namun situasi zaman sekarang, ramai muda-mudi yg suka ambil jalan "touch & go". Mudahnya. Ambil, nikmati, kemudian tinggalkan. Wahh! Di mana rasa tanggungjawab tu? Pandai buat tapi tak mahu tanggung dan tak tahu jawab. Wahai syabab sekalian..sampai bila akan jadi begini....Nauzubillah..

Jom baca sedikit tentang hari Valentine ni :

9 Rabiulawal 1432H.[MOD] - Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara. Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas. Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005.

"Tidak ada salahnya pihak yang diberi kuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam.

"Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa agama Islam perlu tegas dalam menjalankan kawalan pencegahan maksiat seperti itu dan bukannya terhad kepada hari Valentine sahaja.

"Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah. Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini," katanya. Katanya lagi, PPMM turut kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikai pengharaman Hari Valentine.

Beliau mendakwa, Hari Valentine itu sememangnya berpunca daripada agama Kristian serta disambut bagi mengingati seorang santonya – Saint Valentine.

"Saint Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. Saint Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya," katanya lagi.

Sumber - Malaysia Kini


Lihat, sehingga dikeluarkan fatwa tentang hukum menyambut hari Valentine ni. Namun masih ramai yg tak sedar. Mungkin juga ada yg sedar, namun celik mata dan buta hati..Nauzubillah. Lalu cinta mana yg kita harus dahulukan? Cinta dia? atau cinta Dia?

Fikir-fikirkan..~



Nota kaki :

Maaf andai tiada kesantunan bahasa dan kurang dari segi ilmunya. Hanya sekadar perkongsian rasa dari seorang insan biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...