Tuesday, May 17, 2011

Guru dan Ilmu

Assalamualaikum..

Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir."

(Riwayat Al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)

Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya.

Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat Al-Bazzar)

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai 'bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

*Artikel daripada ILuvIslam.com


Dah habis baca artikel di atas ni? Hah, dah tahu kan betapa pentingnya ilmu dalam hidup kita? Kerana itulah dalam hidup ini kita perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu sebanyak-banyak yg mungkin! Daripada siapa kita nak mendapatkan ilmu itu? Dari siapa-siapa sahaja yang boleh menjadi guru untuk kita! :)

Siapa guru sebenarnya? Alam boleh menjadi guru, anak kecil boleh menjadi guru..Guru pun boleh menjadi guru..Hehe. Maksud saya di sini, guru adalah sesiapa yg memberikan ilmu kepada kita. Hmm, sebut tentang guru, pernahkah kita terfikir akan beratnya tanggungjawab seorang guru? Dah tu, kenapa kita tetap nak jadi guru ye? Hmm..

Mudah-mudahan Allah memberi kita lebih kesabaran dan kekuatan untuk menempuh ujian yang bakal dihadapi jika sudah menjadi guru nanti..Selamat Hari Guru buat semua guru dan bakal guru sekalian! :)



May Allah Bless You All! :)
Wassalam~

Saturday, May 14, 2011

EVERYDAY is YOUR DAY..

salam alaik..

~FAR EAST-Azimat Ibunda~
langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buat kali terakhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu

semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk p'kasihan

begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan

segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan

bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu 
************************************
 sayang mak...:)

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan 
selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar seorang ibu..
ramai yang bertanya,
"boleh ke nak sambut hari ibu?"
"xikut budaya orang kristian ke?"
segala persoalan itu mungkin akan terungkai
bila sahabat2 bace coretan ini.
jadinya, tak perlu untuk tunggu ari ahad ke dua setiap kali Mei
untuk menghargai seorang Ibu,
kerana setiap hari adalah hari untuk ibu,

hargailah seorang ibu selagi dirinya masih ada di sisi,
bahagiakan ibu selagi masih mampu melihat senyumannya,
sayangi ibu selagi masih mampu memeluk erat dirinya,
hilangkan kesedihannya selagi masih mampu menghapus air matanya,
kerana.............
apabila tiba saat dirinya menghadap Yang Esa,
tiada lagi senyuman, tangisan, mahupun bebelan
yang sentiasa menjadi pelengkap hidup kita..
dan....
ketika itu..hanya doa yang mampu mengiring pemergiannya...

sabda Rasulullah s.a.w.:
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa 
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa
~riwayat at-Tirmizi~

sekian..wallahua'lam..:)

Friday, May 6, 2011

Eh, Nampak Kaki!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai sudah acara Kejohanan Balapan & Padang IPG Kampus Perempuan Melayu untuk kali yg ke-40 ni. Penat kan? Tahniah kepada semua kumpulan rumah sukan yg berjaya menggondol banyak hadiah tu. Heheh. Menang dan kalah tu biasalah, adat permainan. Ye idak? Yg penting kita enjoy dan tak lupa Allah. :)

Emm, dah penat dan puas berehat, malam tu digemparkan pulak dgn kecelakaan yg berlaku ke atas guru pelatih dan asrama. Hmm, harap2 segala peringatan yg dah disampaikan di BISA malam tadi dapat diingat, difikir, direnung dan diaplikasi. Bukan susah pun. Mudah. Tutup je apa yg patut, tinggal je apa yg tak patut. Ingat tu. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah dan terhindar daripada segala marabahaya. Aminn Ya Rabb..

Actually, nak cakap tentang SOLAT. Hah, sebelum tu, sy nak tanya sikit. Apa sebenarnya yg kita patut jaga dalam solat kita? Hmm? Rukun solat? Perbuatan dalam solat? Khusyuk dalam solat? Haa..betul3. Tapi selain tu? Aurat? Bagaimana sebenarnya aurat kita dalam solat ye? Adakah sama aurat kita sesama bukan muhrim dgn aurat kita sewaktu solat? Absolutely! Memang sama! Macam mana tu? Maksud saya di sini, aurat kita sesama bukan muhrim adalah seluruh tubuh kita, KECUALI bahagian muka dan tapak tangan. Kan? Jadi macam tu juga lah aurat kita sewaktu dalam solat. :)

Hah. Saya sangat SUKA untuk BERKONGSI sesuatu ni. Dah lama sebenarnya pendam. Yelah, nak cakap sy tak pandai. Menaip je saya tahu. Hehe. Haa,macam mana nak tahu, adakah kita betul-betul sudah menutup aurat atau belum? Senang. Senang sangat-sangat! Hanya perlu pastikan dan tanya pd diri sendiri, boleh tak pakaian aku ni bawak pi solat. Andai tiada sarung kaki, boleh ke aku solat? Kalau nampak leher, nampak lengan. Boleh ke tak ye aku solat dengan pakaian yg begini? Konklusi bagi kenyataan sy ni ialah :

Pakaian yang menutup aurat = Pakaian sewaktu solat

Bukan bermakna kamu sentiasa kena pakai telekung utk memastikan aurat kamu terjaga. No! Ingat lagi apa yg Ustazah Salbiah cakap? Kan boleh je kalau tak pakai telekung pun sewaktu solat. Asalkan kita tutup aurat, baju tak ketat dan sebagainya. Hah. Senang kan? Jangan me"rigid"kan agama..Sesungguhnya Islam itu indah, mudah, tak menyesakkan. Kenapa nak kata panas jika kita menutup aurat secara sempurna, kalau kita belum lagi mencuba? :)

Nak sentuh tajuk pulak. Dari tadi membebel je. Tak masuk tajuk lagi tu. Hehe. Emm, jadi, setelah tahu apa yg patut kita tutup sewaktu sedang solat, maka saya mahu bertanya lagi. Adakah KAKI termasuk dalam anggota aurat kita sebagai seorang wanita? Yups, memang aurat pun. Hah, kalau macam tu, kalau kain kita tersingkap dan menampakkan kaki kita sewaktu solat, adakah terbatal solat kita??? Ramai yg tak berapa nak ambil perhatian tentang perkara-perkara macam ni. Ala, nampak kaki je kot. Bukan apa-apa pun..Isyhh..salah tu kak!

Dalam hal ni, ada banyak pendapat yg berbeza tentang sah atau tidak solat seorang wanita itu apabila kakinya terlihat. Tapi, oleh sebab kita di Malaysia ni berpegang pada Mazhab Syafie, maka hukum solat kita apabila kaki kita terlihat atau tersingkap sewaktu sedang solat adalah BATAL jika kita maklum tentang keadaan kaki kita yg terbuka tu, dan kita PERLU MENGULANG SEMULA solat kita, sebab solat tadi dah terbatal.

Takkan tak sedar kot kalau kain kita tersingkap waktu solat? Emm, takpe2. Mungkin tak perasan. Tapi untuk kawan-kawan yg ternampak tu, cepat-cepat tolong tutupkan kaki kawan yg tersingkap tu. Kalau sempat beritahu kat kawan yg ternampak kakinya tu, beritahu la dia, yg waktu dia solat tadi, nampak kaki. Jadi dia perlu solat semula. Kalau tak sempat, nak buat macam mana, kan. Huhu. Yang penting kita dah berusaha. Isyh, saya takut juga kalau ada guru pelatih atau para pembaca yg akan salah faham tentang apa yg sy bebelkan dalam post ni. Jadi, untuk mendapat penjelasan yg lebih lanjut lagi, kalian boleh merujuk kepada golongan yg lebih arif dan ahli dalam hal-hal macam ni. Ok? :)

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian kali ni. Kalau nak baca lagi, boleh baca di SINI. Memang santai, tapi bermakna. Sesungguhnya segala yg baik itu datangnya dari Allah, ambillah dan jadikannya sebagai tauladan. Kalau ada yang buruk dan tak bermanfaat tu, buang je jauh-jauh. Boleh kan? Hehe. Semoga Allah merahmati kalian semua!

Ma'assalamah.. :)



Kalau lelaki takpe la nampak kaki pun...Huhu =.="



Macam Sukan SEA pun ada. Ea?
Opss. Gambar tak berkaitan. ;p



nota kaki : Berpesan-pesan pada kebenaran..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...