Yang Mahukan Anda atau Yang Memerlukan Anda ?
10:56:00 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tertarik dengan artikel Paul Hudson menerusi elitedaily bertajuk "Never Settle For Someone Who Wants You Over Someone Who Would Do Anything To Keep You".
Bermaksud pilih seseorang yang sanggup buat apa sahaja untuk menjaga dan memastikan anda bersamanya daripada memilih seseorang yang hanya mahukan anda sahaja.
Jadi, aku nak kongsikan serba sedikit tips dan apa yang artikel ini sampaikan untuk kita ketahui :)
Moga kita bertemu yang sebaiknya untuk kita, Insyaallah.
1.Seseorang yang mahukan anda
- Akan memberi perhatian terhadap anda bila seseorang ni ada mood nak berjumpa atau berinteraksi dengan anda. Bila orang ni rasa mahu dan perlukan, baru dia akan cari dan beri perhatian terhadap anda. Sebaliknya, kalau dia tak ada mood nak bercakap, membantu, luang masa bersama anda, dia tak kan ada untuk anda kecuali dia sendiri yang mahukannya.
tapi..kalau
Seseorang yang perlukan anda
- Akan sentiasa ada untuk anda kerana baginya perkara tersebut adalah sesuatu yang di perlu lakukan. Dia akan pastikan anda rasa selamat dan gembira. Dia mahu anda happy, barulah dia pun rasa senang hati. Tidak kira sama ada, susah atau senang, pasti seseorang ini ada untuk anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk pastikan dia tidak akan kehilangan anda walaupun terpaksa melalui perkara yang dia sendiri mungkin tidak gemar.
2. Seseorang yang mahukan anda
- Hanya berbicara dengan anda sekiranya ada perkara penting sahaja. Dia tahu, anda akan rasa selesa dengan dia bila berbicara supaya mudah untuk nya menggunakan anda. Ada kalanya, seseorang yang hanya mahukan anda, tidak kisah pun apa yang anda cakapkan..kerana dia memang tidak kisah sangat dengan anda.
tapi..kalau
Seseorang yang perlukan anda
- Sentiasa mahu dengar apa sahaja anda mahu katakan. Dia nak tahu bagaimana hari anda, apa anda buat, apa yang anda makan dan sebagainya kerana dia nak tahu segalanya tentang anda.
3. Seseorang yang mahukan anda
- Tidak membuat atau terfikir untuk perancangan jangka panjang bersama anda. Dia tidak akan rancang mana nak bercuti atau keluar makan bersama anda. Dia tidak mahu menjanjikan apa-apa kerana mungkin anda dan dia tidak akan berjumpa lagi. Setiap kali dia tinggalkan anda, ada potensi yang dia tidak akan kembali lagi. Mana tahu, maybe dia jumpa yang lebih baik atau yang baru selepas itu.
tetapi kalau
Seseorang yang perlukan anda
- tidak ada masalah nak rancang apa apa dengan anda walaupun dia tahu dia mungkin tidak dapat menjanjikan untuk selamanya tapi selagi ada masa, dia akan cuba penuhi. Bila seseorang ini perlukan anda - betul-betul perlukan anda -dia akan sentiasa bayangkan masa depan nya dengan anda.
Okay lah, itu sahaja yang dapat aku nak ulaskan. Untuk lebih lanjut, boleh klik link elitedaily dekat perenggan atas sekali tu.
Kita pun haruslah jadi yang terbaik juga.
Bukan pada satu pihak sahaja. Kedua-dua main peranan.Apa-apa pun moga kita semua dipertemukan yang terbaik dalam hidup kita, Insyaallah.
9 comments
sememangnya kedua-dua pihak memainkan peranan...
ReplyDeletememanglah nak yang nombor dua tu, tapi bukan senang nak jumpa kan?
ReplyDeletebetul ni.. setuju sangat3!!
ReplyDeleteSebenarnya tkberapa paham, kena baca banyak kali baru paham. kihkihkih
ReplyDeletehargai die slagi die masih ada dgn kite kan ;)
ReplyDeletecarilah yg sntiasa memerlukan anda
ReplyDeleteEntahlah...susah nak decide:(
ReplyDeleteTapi decision made.
Ermmm..
semoga kita semua sama2 bertemu dengan yang memerlukan kita, bukan mahukan kita saja. amin.
ReplyDeleteAmiiinn..
Delete