Assalamualaikum dan hi!
Lama tak bersua di alam maya Mind
Meld. Entry kali ini, secara khas aku nak menceritakan
pengalaman menonton antara movie
terbaru iaitu ‘Divergent’ pada Jumaat lepas.
Bagi peminat filem genre science
fiction and action seperti ‘Hunger Games’ misalnya, movie ini sama juga
kategorinya ( kalau korang pernah tengok In Time yang dibintangi Justin
Timberlake, juga genre yang sama dan memang best! )
Divergent adalah adaptasi dari
novel karya Veronica Roth.
Mengisahkan tentang kehidupan
selepas apocalypse, masyarakat dibahagikan kepada beberapa factions atau puak.
Ha..ini yang menarik minat aku tentang puak-puak ini.
Puak Abnegation (selfless)
ataupun senang cerita puak yang lebih mengutamakan kebajikan orang lain
berbanding diri sendiri. Orang abnegation ini, suka membantu, tidak riak dan
ada isu dengan cermin..diorang tak boleh tengok cermin lama-lama takut nanti
timbul perasaan riak..ha.. Kiranya abnegation ni sangat baik hati, dan
humble..rumah dan pakaian diorang pun biasa sahaja. Puak-puak lain selalu
perlekeh puak abnegation dan menggelarkan puak abnegation sebagai orang
bosan..stiff people.
Seterusnya puak Amity (peaceful).
Puak amity cintakan keamanan. Sangat tenang dan cintakan alam. Aku tengok gaya
amity macam ala-ala orang hippies je..heh..
Puak Candor (truthful) iaitu
masyarakat yang sangat jujur, dan menegakkan keadilan. Mereka tidak akan
berbohong dan akan cakap direct sahaja, tidak kira sama ada orang yang dengar
tu suka atau tak. Puak ini yang menjaga keadilan dan memegang badan kehakiman
di negara mereka.
Puak Erudite (intelligent) iaitu
puak yang pandai-pandai..cakap memang ikut fakta sahaja.
Puak Dauntless (brave) iaitu puak
yang sangat berani dan dare-devil la gak..aku tengok puak ini macam yang paling
happening dan meriah sekali lah berbanding puak-puak yang lain.. tapi..
nak jadi dauntless memang kena
betul-betul berani dan kuat.. kalau setakat suka sahaja tapi tak mampu, baik
jangan..
sebab dalam sistem masyarakat puak-puak di zaman tersebut, ada ujian
kecenderungan yang pemuda-pemudi kena lalui. Dari ujian itu, kita akan tahu
kecenderungan kea rah puak mana, lepas itu waktu hari pemilihan, kita akan
pilih puak mana yang kita nak ikut.
Kalau ikut suka sahaja tapi tak
mampu nak menyesuaikan diri dengan puak tersebut, anda akan dibuang dari puak
dan menjadi factionless..iaitu orang yang tiada puak…yang tiada puak ini ibarat
pengemis jalanan sahaja dan dipandang hina..kesian…
Hehe berbalik dengan cerita ini,
tentang divergent..ha..mencapah.. of course mesti ada twist kepada sistem puak-puak
ini.. manusia mana boleh kita suka-suka hati kategorikan kepada puak-puak
tertentu.. kadang-kadang dalam diri kita ini, ada semua jenis..baik
hati..cintakan keamanan dan keadilan..berani.. kan? jadi ada la,
konflik-konflik yang berlaku.
Dan yang pasti..harus la ada
sekuel seterusnya..hehe..sama cam hunger games ..Cuma aku terkilan In Time tak
ada sambungan pun..menarik sangat sangat cerita fiksyen ini tao..buat kita
terfikir.. hehe..
apa-apa pun, aku berpuas
hati..tak sia-sia aku bayar tiket wayang..sebab aku suka..memang kena dengan
jiwa.
heroin Shailene Woodley..hehe aku tak kenal..tapi ok la. sangat suka
tengok perkembangan watak Beatrice Prior. Kemudian heronya Theo James! haha ini
aku macam familiar sahaja tengok..wajah dia lebih kurang Ivan Sergei..ngee
dalam series Once A Thief..tapi Ivan dah tua, dan James ni actor baru and muda
hee..
Kesimpulannya : aku rasa cam nak
borong novel Divergent dengan sekuel-sekuel nye saja..menarik..especially
tentang kategori puak, dan bagaimana puak itu berfikir.hehe..boleh relate
dengan diri.
Are you candor?amity?abnegation?dauntless?erudite? or divergent?
“One choice can transform
you..one choice can destroy you..one choice will define you..”