Edisi Khas Muktamar PAS : PAS JANGAN HANYA DILIHAT KUAT HANYA KERANA UMNO LEMAH...!
>> 11 Jun 2010
KOTA BHARU, 10 Jun - Perwakilan Pemuda PAS Perlis, Mohd Iqbal Mohd Shariff menyarankan agar PAS tidak dilihat kuat hanya kerana kelemahan Umno/Barisan Nasional, sebaliknya kata beliau, kekuatan yang perlu diperlihatkan ialah kekuatan sebenar yang mana dalamnya dipacu dengan tarbiyah yang kuat bagi menampilkan kepimpinan dan ahli yang mantap.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat sempena Muktamar Pemuda PAS ke-51 di KTC dekat sini 10 Jun lalu.
Ujar Mohd Iqbal, hari ini PAS menjadi parti yang diperhatikan dn dipilih rakyat setelah Umno/BN semakin lemah dan menuju kehancuran. Namun, dalam menjadi sebuah parti yang diyakini rakyat, PAS perlu menampilkan kekuatan sebenar dan bukan bergantung kepada hanya kelemahan musuh, katanya.
Beliau menyeru agar program tarbiyah diperkuatkan bukan hanya sekadar usrah, sebaliknya menjana program mukhyyam dan tamrin. Justeru selaku golongan pelapis dalam PAS, Pemuda diharapkan menggalas tanggungjawab ini untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sangat mantap dalam usaha menuju ke Putrajaya, kata Mohd Iqbal.
Sementara itu membahaskan ucaptama Ketua Pemuda juga, perwakilan Terengganu memperihalkan persoalan tarbiyah yang jangan hanya dilihat dijalankan oleh Lajnah Tarbiyah sahaja, sebaliknya sebagai ahli PAS, perlu bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah rakyat yang diluar PAS untuk menyeru kalangan pemuda berdamping dengan PAS.
"Kita perlu berpijak di bumi yang nyata, seluruh kerusi Parlimen yang ditandingi PAS semuanya 90 peratus lawannya ialah Umno, dan kita kena faham sasaran dakwah ialah Umno yang merupakan orang Melayu," katanya lagi.
Beliau juga melihat ramai pemuda hari ini yang mengikut membabi buta, sedangkan seharusnya Pemuda PAS perlu faham ada dua tanggungjawab dakwah.
Pertamanya kata Kamaruzzaman, dakwah Ismamiyah (non muslim)yang mana lapang sasarnya ialah kepada bukan Islam dalam mendidik golongan ini memahami dasar Islam, katanya.
Seterusnya dakwah kepada orang Islam yang belum ditarbiyah iaitu kebanyakannya orang Islam Umno. Beliau mengingatkan agar PAS jangan hanya tumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam, sebaliknya sama-sama menggarab sokongan kedua-dua pihak.

0 ulasan:
Catat Ulasan