Sudah berbulan-bulan, setelah Pakatan Rakyat mentadbir Perak, dengan pelantikan Ketua Kampung yang baru serta JKKKN maka sudah sepatutnya Ketua Kampung Lama dan JKKKP bersikap terbuka dalam hal mentadbir kampung.
Terbuka di sini bermaksud menerima hakikat bahawa Perak telah diperintah oleh Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dan BN telah menjadi pembangkang di negeri ini. Mereka perlu menerima apa sahaja dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (selepas ini disebut PR) yang diperturunkan sama ada secara arahan mahu pun ucapan lisan biasa oleh pimpinan negeri terutamanya Menteri Besar.
Malangnya, masih ada lagi "beberapa kerat" manusia yang tidak mahu menerima hakikat ini. Sama ada mereka ini tergolong dalam kelompok buat-buat tak tahu ataupun memang spesies tak faham bahasa. (Tapi kalau diceritakan kepada budak PASTI, merekapun boleh faham..)
Kes atau isu dalam mukaddimah di atas ditujukan atau didedikasikan kepada sahabat-sahabat JKKKP di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Sehingga kini (setelah sembilan PR memerintah), beberapa urusan pentadbiran masih belum diserahkan secara 'gentleman' kepada sahabat-sahabat JKKKN yang dipengerusikan oleh Encik Kamaruzzaman bin Abdul Manap.
Antara urusan pentadbiran yang agak 'liat' diserahkan kepada pengurusan JKKKN ialah pengurusan Dewan Orang Ramai Kg. Bahagia, pengurusan Pasar Hari Selasa (sangat popular di kalangan pendudukan Teluk Intan) serta pondok JKKK berhampiran tapak Pasar Selasa.
Dewan Seri Bahagia, Kampung Bahagia.Persoalannya, mengapa ?
Dimaklumkan bahawa pihak JKKKN telah beberapa kali bertanya kepada pihak-pihak berkenaan seperti Penghulu, Yang Di Pertua MPTI dan JKKKP sendiri, malangnya masih tiada lagi menemui jalan penyelesaian.
Susah sangat ke nak serahkan pengurusan tersebut kepada JKKKN,...atau ada masalah lain ?
Gentlemanlah sikit...
Namun, atas daya inisiatif JKKKN, (dan juga sokongan para pemuda Kg. Bahagia yang sudah hilang sabar melihat suasana ini) maka isu pengurusan Pasar Selasa tadi telah menemui jalan penyelesaian.
Satu surat yanbg dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Politik Menteri Besar telah dikeluarkan yang ditujukan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan salinan kepada Pengerusi JKKKN.
Antara petikan surat tersebut berbunyi...(Perkara 2 surat)
"2. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak memaklumkan kepada Yang Di Pertua (MPTI) agar pengurusan pasar hari Selasa Kampung Bahagia Teluk Intan diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru mulai Disember 2008. Segala kerjasama dan keprihatinan Yang Di Pertua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Telah dimaklumkan oleh wakil JKKKN, bahawa mereka akan mengambil alih pengurusan pasar Selasa tersebut pada hari Selasa minggu ini (2 Disember 2008). Hebahan telah dibuat melalui banner yang digantung di tapak pasar Selasa.
Banner ini telah dinaikkan di tapak pasar Selasa, Kg. Bahagia.Diharap, pihak yang 'buat-buat tak tahu' atau 'tak faham bahasa' ini akan menjadi faham apabila mendapat surat dan telah membaca banner tersebut. Kita mahu melihat ia diselesaikan secara tenang, aman dan bahagia bersesuaian dengan nama kampung ini.
Kepada sahabat-sahabat JKKKN dan pemuda-pemuda Kampung Bahagia, bersabarlah...
Kepada JKKKP, jangan lagi menyusahkan rakyat....terimalah seadanya apa yang ada...
Ini bukan vandalisme...tetapi cetusan rasa tidak puas hati tentang pengurusan pondok JKKKP.
Read more...