i k l a n

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, August 12, 2011

nota ramadhan 2.0


bulan ramadhan memang secara automatik akan dihubungkaitkan dengan bulan puasa dan bulan ibadat. biasalah puasa pula akan dikaitkan dengan lapar dan dahaga dan tidak lupa juga penat. kalau bahagian ibadat pula yang agak sinonim adalah solat sunat terawih. bagi yang rajin ditambah dengan tadarus alquran dan juga bangun malam untuk solat sunat atau istilah famous amosnya adalah qiamulail. ada satu lagi keistimewaan yang selalu diperkatakan adalah lailatulqadar. berikut beberapa notes yang aku nak kong si kong si kong si di sini :D

jadikanlah puasa kita sebagai ibadat bukan puasa sekadar adat

puasa yang semata-mata puasa tanpa diiringi dengan amalan sunat lain umpama makan nasi tanpa lauk pauk. agaknya kurang relevan untuk kita makan nasi saja tanpa lauk sedangkan lauk pauk tu telah sedia tersedia bersama nasi.

apabila kita makan dengan banyak akan membolehkan kita mengangkat beban yang berat namun belum tentu kita dapat mengangkat takbir untuk beberapa rakaat dengan sempurna. puasa pula mungkin akan menyebabkan badan tidak bermaya namun cukup gagah menyempurnakan semua solat wajib dan sunat 20 rakaat di malam hari secara berjemaah di masjid.

puasa itu melemahkan badan secara zahirnya namun menguatkan roh dalaman kita. umpama mengecas bateri yang 11 bulan dilenjang tanpa henti.

dibulan ini semua amalan akan digandakan ganjarannya oleh Allah swt. namun jangan dilupa semua kejahatan yang dilakukan dalam bulan ini berganda juga akibatnya di akhirat kelak..!!

sarapan ramadhan


pagi tadi sempat solat subuh berjemaah di masjid walaupun hujan masih turun membasahi bumi wakaf bharu dari malam hari hingga lewat subuh. seusai berjemaah, kami para jemaah sama-sama bersarapan. eh..apa kebenda bersarapan di bulan puasa ni..!!

sarapan pagi
sarapan pagi kami pagi ini disediakan oleh seorang ustaz. nama penuh aku tak ingat. tapi salah seorang imam di masjid dalam daerah Tumpat. sungguh sedap dan berselera sekali lauk pauk yang dihidangkan sehinggakan rasa mahu ditambah-tambah lagi.

actually ustaz tu bercerita tentang perkara yang patut ditekankan dalam bulan ini selain menegur salah tanggapan umum masyarakat kita terhadap bulan ramadhan. rasanya korang pun dah banyak kali dengar. cuma aku nak kongsi satu kisah yang ustaz tu kongsikan.

sebelum manusia ini dicipta, Allah terlebih dahulu mencipta NAFSU. seusai nafsu dicipta, Allah bertanya kepada nafsu. "wahai nafsu..!! siapakah aku dan siapakah engkau" kemudian jawab nafsu "engkau adalah engkau dan aku adalah aku". dengan jawapan itu, lantas Allah telah memasukkan nafsu tersebut ke dalam neraka selama 1000 tahun. setelah 1000 tahun, nafsu dihadapkan semula kepada Allah. sekali lagi Allah bertanya nafsu "wahai nafsu..!! siapakah aku dan siapakah engkau?" jawab nafsu "engkau adalah engkau dan aku adalah aku". nah sekali lagi nafsu dimasukkan kembali ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi sebelum dinaikkan untuk dihadapkan kepada Allah. namun jawapan nafsu masih sama. lantas Allah telah masukkan nafsu ke dalam neraka lapar dan dahaga. selepas keluar dari neraka lapar dan dahaga ini, nafsu dihadapkan kepada Allah. sekali lagi Allah bertanya "wahai nafsu..!!! siapakah aku dan siapakah engkau?" maka jawab nafsu "engkaulah Allah tuhanku dan aku adalah hambamu".

lihatlah betapa egonya nafsu walaupun dah dibakar dengan api neraka tetap tidak mahu tunduk kepada Allah tapi nafsu ini tunduk selepas diseksa dalam neraka lapar dan dahaga. jadi kita boleh hubungkaitkan bagaimana hikmahnya puasa ini membolehkan kita untuk mendidik nafsu bagi meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt.

p/s: dialog itu hanyalah bayangan penulis semata-mata
p/s: puasa hari ini dah masuk hari ke 12..!! sudahkah aku meningkatkan segala amalan dibulan yang digandakan segala ganjaran dari Allah

Wednesday, August 3, 2011

cerita ramadhan: nasi tak masak


suatu petang di kala kesibukan untuk berbuka puasa. masing-masing sibuk membantu si ibu menyediakan juadah untuk berbuka puasa. semua kuih muih diletakkan terlebih dahulu bersama lauk pauk yang akan dijamah bila azan berkemundang. dalam hati masing-masing dah tak sabar nak menelan semua jenis kuih dan lauk yang ada. sambil menelan air liur sambil hati menahan sabar menunggu waktu tiba.

"sekarang diumumkan masuklah waktu berbuka bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya" melalui corong radio.

"Allahuakbar, allahuakbar"
suara azan sudah berkemundang.

"Allahumma laka shumna wa bika amanna wa 'alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin - Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Alleef terus mengetuai bacaan doa berbuka puasa.

apa lagi..makanan pun dijamah dimulai dengan buah kurma. segala kuih muih telah disentuh. sampai masanya untuk lauk pauk pula mengambil tempat. lantas cepat-cepat si Alleef bangun mengambil nasi dari periuk.

alangkah terkejutnya alleef sebab dalam periuk tersebut terisi beras yang masih lagi berendam dengan air.

"hah..kenapa ni..!!" Alleef terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi.

rupanya nasi belum masak lagi. mungkin ibunya terlupa nak periksa samada periuk elektrik itu telah ditekan butang untuk memasak nasi ataupun memang periuk itu ada kerosakkan.

cepat-cepat si ibu mengambil periuk nasi tersebut di alih ke dapur gas untuk mempercepatkan proses memasak nasi. nampak gayanya lewat sikitlah nak merasa lauk pauk hari itu.

kejadian itu telah berhenti dengan masing-masing mendiamkan diri. tiada siapa dipersalahkan dan tiada siapa yang mencari salah.

dalam hati si ibu
"sedihnya hari ini sebab aku tidak dapat menyediakan yang terbaik untuk anak-anak ku"

dalam hati si anak
"sesungguhnya kejadian ini menyedarkan aku yang aku tidak menolong ibuku memasak dan meyediakan makanan untuk berbuka"

Friday, July 29, 2011

doa selepas amik wudhuk



dulu-dulu dah pernah belajar doa ni. Tapi masa tu belajar dan ingat untuk ujian fardhu ain kat sekolah. Lepas je ujian tu terus tak ingat. Aduhai betapa lemahnya kita ni.

kenapa kita lupa?
sepatutnya kita belajar kemudian kita amal. bila amal baru jadi tabiat. bila dah jadi tabiat nanti dah takde alasan ingat dan tak ingat tu. InsyaAllah mari kita amalkan doa tersebut dan tahu makna doa yang kita ungkapkan

p/s: gambar tu diambil di surau tol air hitam, johor.

Thursday, July 21, 2011

aktiviti santai



Hari ini nak kongsi dengan korang aktiviti santai. Boleh dilakukan untuk diri sendiri dan juga kepada anak-anak kecil yang sudah pandai berfikir. Juga amat sesuai untuk korang yang tengah down atau takde semangat dengan diri sendiri. Jom kita beraktiviti...

Cuba ambil dua (2) helai kertas kosong. Tak kisahlah kertas saiz A4 kosong atau kertas yang bergaris-garis. Yang penting kertas tersebut tidak bertulis apa-apa.

Sekarang cuba tenangkan minda dan hati. Setkan masa sendiri untuk aktiviti ini. Tak kisah lah nak ambil sejam, sehari, seminggu atau ikut masa lapang sendiri.

Perkara yang perlu diisi dalam kertas tersebut adalah PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. perkataan positif dan negatif tersebut perlu di isi dalam kertas berlainan. Isilah seberapa banyak perkataan yang berkaitan yang ada dalam minda dan hati.

CONTOH PERKATAAN POSITIF
Kuat, cemerlang, gembira, senyum ...

CONTOH PERKATAAN NEGATIF
Bodoh, gila, sedih, masam ...

Bila telah selesai atau masa yang disetkan telah tamat. Perkara seterusnya adalah dengan membandingkan bilangan PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. Perkataan mana yang lebih banyak dapat dikumpul.

Jika perkataan positif lebih banyak maknanya korang adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang positif dan jika negatif yang lebih banyak maknanya korang seorang yang berfikiran negatif.

Namun itu bukanlah suatu kesimpulan sebenar tentang diri korang. Apa yang perlu korang lakukan adalah korang perlu menukar semua PERKATAAN NEGATIF menjadi PERKATAAN POSITIF. Mungkin dalam hal ini perkataan tersebut perlu ditambah perkataan lain untuk menjadikan ia sebagai perkataan positif. Itu tidak mengapa. Matlamat utama adalah menjadikan perkataan negatif bertukar positif. (eg: bodoh -> pandai ; gila -> waras/matang )

Seterusnya korang akan dapati sekarang korang telah memiliki semua perkataan-perkataan yang positif. Cuba korang baca kembali perkataan-perkataan tersebut. Cuba hayati ia satu per satu. Cuba cari perkaitannya dengan diri korang sendiri. Kemudian..cuba baca dengan kuat dan bergaya dengan menambah seperti contoh di bawah:

Muhsync seorang yang KUAT
Muhsync seorang yang CEMERLANG
Muhsync seorang yang selalu GEMBIRA
Muhsync seorang yang SENYUM sokmo
Muhsync seorang yang PANDAI
Muhsync seorang yang WARAS & MATANG
...

Bacalah setiap hari dan setiap pagi dan setiap kali korang rasa down.

Kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pilihan. Pilihan yang bagaimana kita ambil. Bagaimana pilihan tersebutlah yang menentukan bagaimana diri kita. Ohh..berbelit lak ayatnya.

Kalo kita tenung dengan lebih mendalam, pilihan yang kita buat samada positif atau negatif bergantung bagaimana dalaman diri kita. Atau dalam kata lain bagaimana iman kita. Namun langit tak selalu cerah, guruh pun boleh bertukar jadi petir, air sungai yang tenang pun boleh ada buaya, ombak laut sesekali bertukar menjadi tsunami, bangunan WTC tu pun boleh dirempuh apatah kita manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai jenis ragam dan perangai (erk..apakah jenis pepatah ini). Walau apa pun yang berlaku, dalam keadaan tertentu perlu untuk kita me “reset” kembali pemikiran kita. Antara kaedah me “reset” adalah seperti aktiviti di atas.

Me “reset” = refresh pemikiran, reinstall balik program minda, umpama overhaul engine, membetulkan balik setting asal

Nak pinjam kata-kata pakcik T. Harv Eker
“how you do anything is how you do everything”
Pakcik T.Harv Eker ni penulis buku the millionaire mind

p/s: hari tu pegi program the millionaire mind intensive seminar kat PWTC memang mantap. Hari-hari kena ulang diorang punya Attitude of Wealth. Kalo korang nak tahu pe benda Attitude of Wealth tu leh amik kat wall fb.

Wednesday, July 20, 2011

nakhoda diri



Suatu hari tu Alleef terpaksa berpuasa. Berpuasa sunat sebab kebetulan hari tu hari isnin. Tapi betulkah puasa itu sempena mengambil keberkatan hari isnin? Sebenarnya dia berpuasa sebab dah takde duit. Duitnya telah habis sebelum cukup bulan. Disebabkan tiada duit untuk makan maka dia mengambil keputusan untuk berpuasa saja. Harinya berlalu begitu saja. Dari pagi hingga tengahari dia terlantar bagai orang sakit di wad ICU. Kononnya nak jimatkan penggunaan tenaga. Fikirannya sedang membayangkan makanan yang sedap-sedap. “alangkah bestnya kalo aku ada duit banyak. Aku boleh beli itu, ini dan makan itu, ini. Tapi...tapi kenapa aku diuji sebegini..?” fikirannya diganggu oleh suara azan tanda masuknya waktu zuhur. Baru dia tersedar yang harinya telah berlalu tanpa sebarang kerja yang produktif.

“aku solat fardhu zuhur 4 rakaat kerana Allah swt”

“allahuakbar”

“assalamualaikum warahmatullah”

Istighfar, bertahmid dan berzikir. Di atas sejadah usang tu dia mula berfikir tentang kehidupannya kembali.

“teruknya diriku. Masa banyak duit seketika dulu aku tak pernah pulak puasa sunat. Bukan terlupa tapi sebab lebih mementingkan nafsu makan. Alasan untuk makan senang saja. Nanti kalo aku tak makan orang akan kata aku kurus. Alahai lemahnya iman. Berbuat sesuatu atas dasar kata-kata orang bukan atas dasar untuk mendapat keredhaan Allah. Bukankah sepatutnya aku makan pun kerana Allah.”

Sekali lagi dia beristighfar “astaghfirullah hal azim”

“Allah bagi ujian ini kepada aku disebabkan sudah lama aku tidak berpuasa sunat. Allahuakbar besarnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Inilah caranya Dia mengingatkan hambanya yang terlena dan terlalai dihanyut gelombang ombak cinta dunia. Patutlah aku tak dapat jadi kaya, kalo aku kaya nanti lagi aku terlalai. Ya Allah tetapkan lah aku di atas jalan Mu yang benar”

Seusai itu juga dia melangkah mempersiap diri, cuba keluar dari rumah untuk membuat sesuatu yang lebih berfaedah. Dia cuba menghayati makna puasa yang dia laksanakan hari itu. Dia tahu antara hikmah berpuasa adalah untuk mengetahui dan rasai sendiri bagaimana nasib orang yang miskin, tiada duit, tiada pendapatan, sakit dan tiada pendapatan.

Sesungguhnya,
Saat merasa lapar itu sungguh menduga iman,
Saat itu dirasakan begitu panjang,
Saat itu dirasakan dunia itu nikmat,
Saat itu dirasakan duit itu penting,
Saat itu mula mencari salah orang lain,
Saat itu perut mula menyanyi,
Saat itu otak mula ligat berfikir,
Berfikir untuk tidak lagi lapar esok hari.

Saat merasa lapar itu sungguh menduga iman,
Saat itulah merasakan diri sedang diduga iman,
Saat itulah rasa diri telah lama jauh dari Dia,
Saat itulah rasa diri ini lemah sekali,
Saat itulah rasa diri ini sedang ditegur,
Saat itulah juga otak mula ligat berfikir,
Berfikir untuk esok tidak lagi lalai dariNya

Sesungguhnya saat merasa lapar itu ada dua,
Dua yang jadi pilihan dan dilema diri,
Saat itu juga di mana iman kita,
Saat itu juga yang mana pilihan kita,
Saat itu juga pilihan adalah sebagaimana iman kita,
Saat itu juga diri menjadi sebagaimana iman kita,
Saat itu kita pun tidak tahu siapa kita,
Saat itu iman jadi timbang taranya,
Saat itu tiada lagi guru yang mengajar,
Saat itu tiada kawan untuk mempengaruhi,
Saat itu syaitan pun tidak layak menguasai,
Hanya iman yang mempertahan haluan diri,
Ditentukan oleh Nakhoda diri

Saat itu puasa adalah alasan,
Saat itu puasa suatu kepuasan,
Saat itu puasa jadi suatu kepayahan,
Saat itu puasa jadi suatu ikutan,
Saat itu puasa jadi fahaman,
saat itu puasa adalah puasa,
saat itu hanya satu,
saat itu antara lapar atau menahan diri
saat itu bersama nakhoda diri

p/s: ada orang kata dia rindu nak jejakkan kaki ke masjid al aqsa dan masjid nabawi. Persoalannya adakah masjid-masjid sekitar rumah tu sudah dijejak dan dimakmurkan sebelum dijejakkan kaki di masjid suci yang lagi jauh jaraknya.

p/s: ingatlah kita ini bukannya mempertahankan keislaman persatuan kita tapi mempertahankan agama islam itu sendiri dan yang lebih penting sejauh mana kita bertanggungjawab menjaga kesucian islam pada diri kita.

Tuesday, June 14, 2011

Nak atau Perlu



Allah tak bagi apa yang kita NAK kerana ALLAH lebih tahu apa yang kita PERLU.
kita nak rumah yang besar, tapi Allah kurniakan kita dengan hati yang lapang.

Allahuakbar..!!

Saturday, June 11, 2011

balik kampung

kali ni balik kampung memang lama. sebelum ni paling lama balik seminggu. biasanya tak sampai seminggu dah balik johor. sepanjang balik kampung kali ni memang lain sikit. lain dari segi aktiviti dan perkara yang dihadapi.

pertamanya..sesampainya dirumah tetiba kena double back side kick. pasal apa tu tak perlulah tahu. tapi aku mengelak jek. tapi kesannya menyebabkan aku mengalami stress yang menyebabkan aku demotivated untuk seketika. bagi menghilangkan stress yang dihadapi aku buat kerja lain. aku mengemas rumah dan enjoy dengan kerja2 kemas rumah. kebetulan rumah baru lepas renovate. so barang2 banyak nak kena susun balik.

kedua, aku terjumpa kawan lama. kawan masa sekolah rendah dulu. dia dah jadi ustaz. sebelum ni pernah berkhidmat sebagai imam di masjid kat area taman melawati. sekarang ni berkhidmat sepenuh masa di kampung sebagai ... (dia tak nak bagitau jawatan). pendek citer, dia ni nak ajak aku bersama dia membangunkan aktiviti untuk belia kampung. secara lebih spesifiknya untuk membuat aktiviti untuk belia ke masjid. aku sangat2 gumbira dengan tawaran tersebut namun masih lagi tidak pasti dengan kedudukan aku di masa depan. sekadar membantu membuat aktiviti tu memang tidak menjadi masalah sebab itulah aktiviti rutin aku selama ini. sekarang ni aku tengah menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada jawatankuasa masjid. namun disebalik keghairahan tu aku kecewa dengan sikap tidak berapa bersungguh kawan aku tu. patutlah selama ini segala idea dia tak kemana. bagi aku pula yang terbiasa dengan tindakan ni memang tak tahan la. takpe..aku cuba bantu apa yang mampu dulu. dari dulu lagi berhajat untuk buat sesuatu program kat masjid kampung aku tu. insyaAllah moga terhasil suatu hari nanti.

ketiga, dengar khutbah hari jumaat. khutbah yang menarik bercakap tentang golongan belia. dengan bacaan khatib yang membaca penuh bersemangat. namun terselit di hati kecil. di mana tindakannya..?? mereka mempertikaikan tentang gejala belia suka berhibur dan segala macam aktiviti sosial lain. tapi adakah mereka menyediakan program alternatif lain untuk para belia ni menggantikan aktiviti hiburan lalai mereka itu. belia ni mungkin boleh meninggalkan aktiviti lalai itu. tp ia seharusnya di isi oleh program alternatif lain. ataupun sepatutnya perbanyakkan program2 alternatif islamik supaya dapat menyaingi program hiburan melalaikan.


keempat, aku seronok dok bercakap pasal perubahan dan tindakan untuk orang lain. tapi perubahan diri aku tidak pernah aku kisahkan. dah banyak kali ni kena brainwash dengan leader. ye pilihan terletak ditangan aku. kemunduran diri aku sekalipun tidak menjejaskan kehidupan orang lain. namun aku harus ingat siapa yang akan membela kehidupan aku jika bukan diri aku sendiri. kekadang rasa perlu untuk aku tinggalkan seketika kerja2 free aku. tapi....owh tersepit dipersimpangan..!!

hurm...layan lagi sekali 3 idiots...hehe

Friday, May 6, 2011

Thursday, April 28, 2011

kawan mengandung luar nikah


actually aku ada pengalaman mempunyai kawan yang mengandung luar nikah. masa tu aku baru jek abis SPM. tengah tunggu result tetiba kami dikejutkan dengan berita salah seorang rakan sekelas berkahwin. kawen awal tu tak kisah sangat la. mungkin dah jodoh dia. tapi ada berita tak berapa sedap lak muncul. katanya rakan kami tu sudah mengandung.

dari berita khabar angin hingga akhirnya berita tu memang kisah yang betul. aku sangat-sangat terkejut. serius aku terkejut sebabnya dia adalah rakan sekelas dan antara yang rapat juga dengan kitorang. dari berita dia berkawen sampailah hari keluar result spm. kami sudah tidak bertemu lagi. mungkin dia malu dan menjauhkan diri dari rakan-rakan.

kami dikalangan rakan-rakan ni pun borak-borak la. camne leh jadik kes tu kat kawan kitorg. dari situ baru kami sedar tentang perubahan yang berlaku kat dia masa dalam kelas. dia asyik pening kepala. pergi tandas dan muntah (ikut kata2 member perempuan). kat dalam kelas suka makan asam. pastu masa tu dia digosipkan ngan budak sekampung dengannya. gosip tu muncul bila ada lelaki yang menghantar dan menjemput dia balik dari sekolah. pastu dia juga pernah mendapat hadiah helmet nova. masa tu kira helmet nova ngah top la.

dari citer-citer tu semua, benda ni sampai lah kat cikgu. kami pun citer la balik apa yang kami lalui sebelum tu. pastu cikgu cakap "nape awak tak bagitau cikgu awal2 lagi". oppss..kami pun tak perasan semua tu. benda ni disedari selepas kejadian dah berlaku. anyway...rakan baik dia pun tak tahu hal ni. pastu sampai ketikanya kami dikhabarkan dengan berita kami mendapat anak sedara pertama dari kelas kami :D

takpe lah. kita doakan dia kembali ke jalan yang diredhai dan semoga allah mengampunkan segala dosanya. selepas bertahun menghilang, dia kini sudah kembali lagi. nasib baek sekarang ni ada FB. so dia dah kembali menegur kawan-kawan yang telah lama dia tinggalkan dulu.

persoalannya..salah siapa?

tak payah nak salahkan sesape sebaliknya salahkan kat diri masing-masing yang terlibat. di mana tanggungjawab kita terhadap sahabat dan sedara seakidah dengan kita.

ada yang lagi teruk, dia mengutuk pulak member ni..

ish...istighfar la banyak2.

p/s: Ya Allah, jadikan lah diriku serta zuriatku dalam kalangan orang-orang yang beriman kepada Mu dan rasulMu serta mengerjakan amal soleh.amin

Sunday, April 24, 2011

KALO ADA REZEKI..!!


Suatu hari selepas solat jumaat. Dalam perjalanan pulang bersama abang man (juruteknik makmal tempat aku bekerja dulu) berborak-borak tentang isu kenapa orang islam ni tak cemerlang dan tak menonjol berbanding orang yang bukan beragama islam. Sekali difikirkan balik memang betul juga sebabnya berapa ramai orang yang terkenal seluruh dunia hari ini adalah orang islam. Kenapa jadi begitu?

Kalau nak fikir secara konspirasi, boleh dikatakan bahawa ini merupakan konspirasi barat semata-mata. Mungkin ada ramai orang islam yang cemerlang dalam bidang masing-masing tapi tidak ditonjolkan kepada masyarakat dek kerana merekalah yang mengawal media massa seluruh dunia. Betul jugakkan. Tapi suasana di Malaysia sendiri bagaimana? Masyarakat islam adalah mejoriti dan pemerintah di negara ini namun di mana umat islam yang berjaya menonjolkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Abang man ni hanya lulusan sijil saja. Sebelum jadi juruteknik di universiti dia menjadi juruteknik dengan TLDM. Memang dia tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Tapi dia yakin orang islam ni mempunyai otak dan akal yang lagi bagus dari manusia agama lain. Tapi yang peliknya kenapa kita tidak menonjol. Tak kiralah dari sektor mana sekalipun samada pendidikan, pembelajaran, penyelidikan, kekayaan dan sebagainya.

Topik kami borakkan cuba difokuskan kepada soal sikap dan cara pemikiran yang telah ditanam dengan doktrin salah. Tak taulah nak kata samada ia masih merupakan konsipirasi atau kesalahan dari umat islam sendiri. Cuba kita ingat-ingat balik, kita sering terdengar orang cakap “kalau ada rezeki nanti adalah, kalo tak ada itu bukan rezeki kita lah”

Hari ini kita banyak bergantung kepada kenyataan sebegitu. Ramai yang menunggu rezeki berbanding mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu hasil. Apa yang kita faham dengan konsep rezeki? Rezeki tu akan jatuh dari langit? Atau tetiba jatuh bergolek di depan mata kita? Ada yang tak dapat rezeki ker??

Apa yang aku tahu setiap orang ada rezeki masing-masing. Allah telah berjanji dalam alquran yang DIA telah menetapkan rezeki setiap orang. Setiap orang memang mempunyai rezekinya masing-masing maka tak akan timbul tak ada rezeki. Bagaimana boleh tak ada rezeki kalau setiap hari dapat makan, minum, dapat pula gaji atau upah dan yang lebih penting dapat bernafas dan hidup di atas dunia ini. Bagi yang dah berkeluarga pula ada anak-anak yang menjadi punca rezeki untuk keluarga tersebut. Jadi lepas ini jangan kata tak ada rezeki lagi..!!!

Kita bukannya tak ada rezeki tapi usaha untuk kita mendapatkan rezeki yang lebih banyak itu kurang. Jadi bagaimana mungkin untuk kita mendapat rezeki yang banyak..!! kebanyakkan orang kita ini banyak nak makan gaji sebab tak perlu buat kerja yang lebih dan yang lagi teruk nak kerja senang dan mudah. Bagaimana nak dapat rezeki yang banyak kalau sekadar buat kerja senang dan mudah? Rezeki yang banyak itu datangnya dengan suatu usaha yang banyak juga. Untuk mendapatkan rezeki yang banyak itu bukannya suatu mudah dan senang. Bacalah kisah-kisah orang yang berjaya dalam dunia ini bagaimana mereka menghadapi susah payah dan cabaran yang besar sebelum menjadi orang yang berjaya dan menonjol dalam dunia.

Apa yang ada dalam pemikiran diorang sebenarnya?? Bila disemak semula dalam pemikiran mereka hanyalah usaha. Mereka cuba berusaha sedaya mungkin. Hasilnya mungkin dapat yang diimpikan atau mungkin dapat yang lain dari yang diharapkan. Yang penting adalah mereka cuba berusaha, usaha dan usaha dan mereka akan dapat suatu hasilnya. Hasilnya itulah yang dinamakan rezeki. Kalau ingat balik sejarah penciptaan telefon pun ditemui secara tidak sengaja dalam usaha-usaha yang begitu banyak untuk suatu eksperimen yang lain. Banyak lagi kisah-kisah penemuan baru yang ditemui secara tidak sengaja. Namun ia bermula dengan suatu usaha untuk mendapatkan sesuatu. Ya..ia bermula dengan usaha..!!

MY PASSION



Kalo ada sesape bukak aku nyer wall kat fb memang akan dapat info-info dan perkongsian tentang tips perancangan kewangan. Namun ada orang yang salah sangka rupanya. Ada orang cakap aku ni melebih-lebihkan soal keduniaan..!! kekadang tu tercengang gak aku bila ditegur sebegitu..

Biasanya aku jawab camni sahaja, bagaimana nak ke akhirat kalo takde dunia. Dunia ni kan ladang akhirat. Tempat kita bercucuk tanam dan akhirat nanti kita menuai hasil. Lagi pun hari ini tidak boleh tidak kita memang menggunakan duit. Mungkin beberapa abad lagi kita masih menggunakan duit. Duit ni pulak merupakan suatu yang pelik dan ajaib sebabnya ada orang boleh hidup senang lenang serta goyang kaki jek hidupnya, ada yang jadik giler kerananya dan ada yang boleh bunuh diri dan sanggup membunuh malah kerana duit juga kita boleh masuk NERAKA JAHANAM..!! nauzubillah

Mengapa semua ini berlaku? Sebabnya kita melihat duit ini sebagai suatu kuasa yang dapat membantu kita mencapai apa yang kita hajati. Sedangkan kita lupa bahawa kita yang telah bersusah payah untuk mendapatkannya dan bila duit itu berada di tangan kita dengan senang kita memberikan duit tersebut kepada orang lain!!

Inilah tugas aku sekarang ini untuk mendidik orang sekeliling ku sentiasa mengurus duit dengan sebaik mungkin dan bagaimana duit yang kita perolehi itu dapat memberi pulangan semula kepada kita. Bunyinya macam mustahil namun ia merupakan suatu yang logik bila aku terangkan secara terperinci. So korang jangan segan-segan untuk bertanya dan mendapatkan khidmat aku secara percuma dalam membuat perancangan kewangan untuk diri sendiri. Just ask me for it.

Segala perkongsian aku tentang kewangan adalah sebagai suatu perkongsian berguna untuk kalian, dan yang lebih penting ia untuk diri aku sendiri. Dan lagi-lagi penting ia adalah kerjaya aku sekarang. Aku perlu mendalami, memahami serta mempraktikkan dalam kehidupan. Ia merupakan usaha untuk memastikan aku sentiasa bersemangat untuk berjaya dalam kerjaya aku sekarang ni. Aku tidak menceburi business ini main-main. Aku betul-betul serius dan aku akan buat dengan bersungguh-sungguh..!!

p/s: susah untuk puaskan hati semua orang, walaubagaimana pun selagi mana perkara yang kita lakukan ini difikirkan bermanfaat untuk diri dan orang sekeliling maka selagi itu kita teruskan. Biarlah Allah yang menilai sejauh mana ia dapat dimanfaatkan di akhirat kelak

TERASA HATI


Dalam perniagaan kita perlu hindarkan diri dari mudah terasa hati. Terasa hati dengan business partner, terasa hati dengan leader, terasa hati dengan client..?? Bila kita terasa hati secara tidak sedar kita telah meletakkan elemen emosi ditahap yang tinggi. Bila emosi ditahap yang tinggi maka kewarasan dan rasional akan jadi rendah. Maka dalam keadaan tersebut segala apa yang kita putuskan atau segala tindakan kita adalah berdasarkan emosi semata-mata. Serius ini merupakan suatu yang agak tidak baik kepada perniagaan kita nanti.

Contoh kita terasa hati dengan business partner dan kita membuat keputusan untuk berpisah dan memulakan perniagaan yang lain. Ia merupakan suatu keadaan merugikan dari sudut masa dan tenaga serta WANG..!! business yang sedia ada sudah pun berjalan dan sudah banyak masa, tenaga dan wang dicurahkan untuk membina business tersebut. Jika keputusan untuk berpisah adalah kerana alasan terasa hati maka ia suatu keputusan yang teruk dan tidak berbaloi sama sekali.

Terasa hati dengan leader yang terlalu banyak menekan, tidak menjaga hati dan perasaan kita dan memberi kerja atau terlalu membuat follow up gerak kerja kita sehinggakan kita amik keputusan untuk quit dari business tersebut. Ia juga suatu yang amat tidak berbaloi atas alasan terasa hati. Sepatutnya fikirlah yang positif yang leader tersebut adalah pembantu untuk kita sentiasa bersedia dan sentiasa dalam potensi yang bagus dan cemerlang. Jika kita quit kita akan kehilangan orang yang sentiasa ambil tahu tentang performance kerja kita, orang yang memantau hasil kerja kita dan orang yang mendorong kita untuk sentiasa berjaya..!!

Terasa hati dengan client..!!! ini suatu perkara yang amat-amat tidak patut. Client itukan sumber kepada pendapatan business kita. Sebagai contoh, seorang tukang masak tidak puas hati dengan pelanggan kedai yang asyik nak cepat lalu memasak makanan pelanggan tersebut dengan ala kadar dan bila di makan memang tak sedap. Lalu pelanggan tersebut akan kecewa dan tidak akan datang lagi ke kedai tersebut dan akan jadi lagi teruk bila dia menceritakan kisah tersebut kepada orang lain. Jadi siapa yang rugi..!!!

Siapa yang nak rugi dalam perniagaan??
Sudah tentu jawapan tiada seorang pun yang nak rugi. Jadi elakkan dari TERASA HATI menguasai diri. Letakkanlah elemen profesional dan etika kerja ditahap tertinggi dan diberi priority yang lebih. InsyaAllah jika orang puas hati dengan kita suatu hari nanti orang akan membeli atau membayar perkhidmatan kita tersebut bukanlah disebabkan produk yang kita bawa tapi mereka membeli sebab KITA yang jual..!!!

p/s: pertimbangkan juga soal humanity dalam menjalinkan perhubungan dengan semua samada client, leader atau partner kita :D

Saturday, April 23, 2011

BELAJAR


Dalam hidup ini banyak benda yang kita belajar samada belajar secara dalam kelas, kuliah, ceramah, kursus atau lebih dipanggil sebagai belajar secara formal. Kaedah lain adalah belajar secara tak formal atau bukan dalam bentuk kelas iaitu belajar melalui pengalaman, teguran dari seseorang, belajar dari kesilapan sendiri, belajar dari pengalaman hidup orang lain dan sebagainya lagi. Pendek kata hidup kita ini tidak dapat tidak dari setiap masa dan detik untuk kita sentiasa belajar. Namun kekadang tu kita tak sedar bahawa kita perlu belajar dari sesuatu.

Sebagai contoh kita perlu belajar dari semut iaitu makhluk Allah swt yang kecil dan tidak mempunyai mata tapi hidup sentiasa saling bantu membantu. Belajar dari kejadian alam ini bagi membuktikan kekuasaan Allah swt, belajar dari sebuah objek seperti keretapi yang memerlukan kepala hadapan (ketua) untuk mengheret gerabak2 lain selain peranan pin-pin kecil antara gerabak yang berperanan besar untuk menyatukan semua gerabak. Belajarlah juga dari sampah yang kita selalu jijik sedangkan sampah-sampah tersebut kita juga yang membuatnya namun adalah lebih jijik jika ada manusia yang perangai macam sampah. Jadi belajarlah dari semua perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan terlalu cepat untuk menuding jari kepada orang lain tapi lihatlah diri kita sendiri dulu..!!

cubalah untuk menerima teguran orang lain..!!
cuba kita ambil contoh sebiji ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat itu sebenarnya terdiri dari gabungan beberapa bahan kimia yang dicampur bersama dan diproses untuk dijadikan ubat. Namun jika kita yang dapat ubat tersebut berfikir mengenai bahan-bahan kimia yang ada dalam ubat tersebut maka sudah tentu kita tak akan makan ubat tersebut. Tapi kalo kita berfikir yang bahan-bahan kimia dalam ubat tersebut akan membantu menyembuhkan kita maka kita pun akan makan ubat tersebut dengan rela hati.
Begitulah dalam hidup ini, jika kita menerima teguran hendaklah kita berlapang dada terlebih dahulu. Walaupun teguran yang diterima itu agak perit namun cubalah kita fikirkan kembali. Teguran tersebut untuk membetulkan diri kita bukannya untuk memusnahkan kita. Tapi kalo kita fikir yang teguran tersebut adalah suatu bentuk penghinaan, buli, ejekan dll maka kita tak akan dapat apa-apa. Jika kita fikir sebaliknya sudah tentu kita akan dapat belajar sesuatu dari teguran tersebut.

Siapakah kita?
Siapakah kita sebenarnya sehinggakan tiada seorang pun dapat menegur diri kita? Hebat sangatkah diri kita?
Cuba kita lihat kembali kepada diri kita sendiri. Tahi mata yang berada di depan mata pun belum tentu kita dapat lihat melainkan dengan bantuan cermin ataupun teguran dari orang lain. LIHAT...!!! yang depan mata pun tak nampak..!! apatah lagi perkara-perkara lain yang orang lain lebih nampak.
Penutup untuk entri kali ini, teruslah belajar dari semua perkara disekeliling. Jangan sombong dan ego. Sombong dan ego itu tidak lain melainkan kerugiannya adalah kepada diri sendiri. Kalo orang berniaga sudah tentu tak nak rugi. Jadi kalo tak nak rugi jangan jadi sombong dan ego :D

p/s: pakai cermin mata + kanta + mikroskop sekalipun belum tentu kita dapat melihat tingkah laku dan sikap kita dengan jelas melainkan BELAJAR menerima teguran dari orang lain. Itulah cermin yang terbaek untuk kita melihat diri sendiri.

Wednesday, March 30, 2011

Aku hanya hidup hari ini


Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja
Tak berucap kotor yang menjijikkan
Tak akan pernah mencela, mengherdik dan
Juga membicarakan keburukan orang lain.

Hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah dan pejabat
agar tidak bersepah dan berantakan

Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku
akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku,
kebaikan tutur kata dan tindak tandukku.

Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha
sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb mengerjakan solat sesempurna mungkin.

Membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah, berpegang
teguh pada al-quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.

Aku hanya akan hidup hari ini, kerananya aku akan menanam
dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya
pohon-pohon kejahatan juga ranting-rantingnya yang berduri,
baik sifat takabbur, ujub, riya’ dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghidup udara kehidupan, maka
aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan
tangan kepada sesiapapun.

Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantar jenazah,
menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi
makan orang yang kelaparan, menolong orang yang sedang
kesulitan.

Membantu orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang
lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati
orang-orang alim, menyayangi anak kecil dan berbakti kepada orang tua

LA TAHZAN – JANGAN BERSEDIH
Karya Dr. Aidh Al-Qarni

p/s: “jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
Ayat yang sungguh membahagiakan

arnab dan kura-kura suatu pengajaran


aku yakin dan pasti korang pernah dengar cerita arnab dan kura-kura berlumba. Aku juga yakin dan pasti korang pun tahu apa kesudahan cerita tersebut. Namun begitu apakah pengajaran dalam cerita itu? Aku sebenarnya share pengajaran kisah ni sebab aku rasa ia suatu pengajaran dan pembelajaran yang terbaek.

Seperti yang kita tahu dalam cerita tersebut si arnab dan kura-kura telah berlumba. Dalam perlumbaan tersebut arnab telah berlari laju meninggalkan kura-kura tetapi arnab telah berhenti rehat dipertengahan jalan lalu tertido. Si kura-kura ni pula terus berjalan, jalan, jalan, jalan dan akhirnya si kura-kura ni yang sampai di garisan penamat.

Pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita tersebut:

Jangan berhenti selagi kita tidak sampai kepada tujuan/matlamat kita yang sebenar.
Kes ni biasa berlaku kepada pelajar-pelajar yang mahu berhenti belajar sebelum tamat pengajian yang sebenar. Mereka merasa susah, ada banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi dan mereka merasa tak mampu lalu mereka mengambil keputusan untuk berhenti di situ sahaja. Sepatutnya kita perlu berpegang kepada prinsip selagi mana bukan penamat maka selagi itu kita tidak akan berhenti. Dalam kata lain selagi tiada arahan untuk kita berhenti atau selagi tidak mendapat surat untuk berhenti so jangan berhenti..!!

Kehidupan perlu ada matlamat (kura-kura)
Yaaa..!! kita perlu ada matlamat dalam hidup kita (itu kata-kata biasa ahli motivasi). Persoalannya apakah bentuk matlamat hidup kita. Dan lagi penting bagaimana nak letak matlamat. Susah juga aku nak terangkan. Sesape yang belum dapat jumpa matlamat sila consult dengan aku secara individu, insyaAllah aku cuba bantu.

Jangan bertangguh dalam melakukan sesuatu (arnab)
Bagi pengajaran ni aku nak share kisah aku sendiri, suatu ketika dalam proses menyiapkan thesis master aku terasa putus asa lantas aku cuba mengambil keputusan untuk menangguh pengajian master tersebut. Tapi sebelum tu aku cuba mendapatkan pendapat dari orang sekeliling yang terdekat. Dan aku mendapat satu kata-kata yang simple tetapi cukup bermakna dari akak ku sendiri. Akak ku cakap “kalo tangguh pun nanti tetap kena buat balik sampai habis kan”. Masa tu terus aku rasa cam tersedar dari lamunan tido yang panjang. Jadi bertitik tolak dari situ aku teruskan dan sekarang ni tunggu masa nak viva jek. Thanx kaktie 

Biar lambat tetapi istiqamah berbanding cepat tetapi berhenti dipertengahan jalan
Dalam kes ni aku suka share tentang perancangan kewangan. Bila aku membuat perancangan kewangan untuk sesorang client memang kita akan tetapkan berapakah matlamat kewangan yang hendak dicapai. Biasanya aku akan mencadangkan kepada client untuk menggunakan kaedah simpanan bulanan sehinggalah tercapai matlamat tersebut. Kekadang tu ada client yang tidak dapat menyimpan dalam jumlah yang besar so aku akan amik pengajaran dari cerita arnab dan kura-kura supaya dia memahami bahawa biarlah kecik atau sedikit duit yang disimpan, insyaAllah lama-lama akan dapat juga jumlah yang diimpikan itu. Tak guna juga kalo ada duit yang banyak tetapi banyak buang untuk benda tak berfaedah, enjoy semata-mata dan beli benda merapu n last sekali masa depan terseksa.

p/s: nak kaya pn jangan terlalu cepat sampai korang termasuk skim cepat kaya. simpanlah duit tu, biar sikit-sikit dlu, lama-lama sampailah ke matlamat kita. lagi-lagi kalo masuk unit trust lagi cepat sampai :D

Monday, March 28, 2011

Tadabbur

istilah yang aku dapat kali ini adalah

TADABBUR

maksudnya adalah

memerhati, mengetahui dan memahami
(maksud tadabbur ini tidak diambil dari kamus tp dari artikel bebas - kalo salah tolong betulkan)

memerhati dengan mata kemudian kita mengetahui dan kemudian cuba memahami.
bab yang paling susah sekali adalah untuk memahami sebab ianya memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu perlu kreatif dalam kaedah cuba memahami.

Friday, March 25, 2011

bahana FITNAH

Dewasa ini kita sentiasa dikalut dan diserabutkan dengan berita-berita yang tidak pasti kesahihannya. Lalu kita pun pening pihak manakah yang benar dan pihak manakah yang betul. Lalu apakah tindakan kita? Adakah kita mempercayainya dek kerana ada pihak yang mempunyai bukti yang kukuh ataupun kita tidak amik kisah pun apa yang berlaku.

Sebagai orang islam kita sebenarnya begitu bertuah sebabnya kita ada panduan (guide) yang diberikan iaitu dari Al-Quran. Maka rujuklah al-quran bila berlakunya sebarang kekalutan, keserabutan dan kekeliruan. Dan seharusnya sebagai orang islam memang perlu merujuk kepada Al-quran dan hadis serta pandangan ulamak muktabar.

Jadi kali ini aku nak kongsi beberapa petikan maksud ayat dari kitab suci Al-Quran berkenaan gejala fitnah dan apakah perkara yang perlu kita lakukan bila didatangi dengan sebarang berita

Hukuman bagi orang menuduh tanpa dapat memberikan 4 orang saksi:


Perkara yang perlu dilakukan bila mendapat sebarang berita:


Bila mereka tidak boleh mendatangkan 4 orang saksi maka:


Allah sebenarnya lebih mengetahui yang benar dan salah:


Tindakan yang boleh dilakukan bila berita itu tiada kesahihan dan tiada kesaksian:


Ini adalah balasan yang diterima oleh orang menyebar fitnah:


Bila kita didatangi dengan sebarang berita dari seseorang maka:


p/s: Kalo kita tak nak masuk saham yang sama dengan orang yang membawa fitnah maka disarankan untuk kita baca terjemahan surah An-Nur yang banyak membicarakan tentang gejala tuduh menuduh dan jalan penyelesaian mengikut kaedah islam. Selain itu boleh juga merujuk kepada hadis dan riwayat kisah disebalik turunnya ayat dalam surah tersebut.

p/s: Ingat..!! kita tidak tahu perkara yang sebenar hari ini. Jadi janganlah kita bercakap umpama kita yang menyaksikan kejadian tersebut. Jika kita bercakap juga maka kita boleh dikenakan hukum qazaf iaitu sebatan 80 kali sebabnya kita tidak dapat membawa 4 orang saksi yang cukup syarat mereka itu boleh menjadi saksi. tapi kita tak pakai hukum islam mungkin kita terlepas hukum dunia tapi ingat hukuman di akhirat masih ada menanti sebabnya MATI ITU BENAR

Sekian

Thursday, March 24, 2011

mencari ISLAM



Entri-entri sebelum ni aku banyak share pasal benda-benda dunia sahaja. so entri kali ini nak bawak sedikit kaitan antara dunia dan akhirat pulak. owh sebelum tu nak kena wat pengakuan dulu yang aku ni bukan lah sesiapa dalam berbicara pasal agama islam malah bersekolah dulu pun bukannya di sekolah yang berstatus "Agama" hanyalah sekolah harian biasa sahaja (akibat mengasingkan perkara dunia dan agama). Aku ni hanyalah seorang melayu. menurut Tun Dr Mahathir dalam artikel beliau melayu oh melayu yang menerangkan perkaitan melayu dan islam membuatkan aku terfikir yang aku rasa ada betulnya kenyataan Tun. antara kenyataan yang best:

"Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam."

"Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam"

kalau nak baca lanjut sila klik di sini

Jadi aku adalah seorang melayu means aku adalah beragama islam. namun begitu menjadi seorang yang dilahirkan sebagai seorang islam keturunan bukanlah faktor utama tingginya martabat kita di sisi Allah swt (rasanya korang pun tahu hal ini).

Sejarah hidup aku sehingga saat ini mengajar aku bahawa islam itu perlu dicari. Apa yang aku maksudkan di sini adalah kita perlu belajar tentang islam kemudian cuba memahami tentang islam dan seterusnya mengamalkan cara hidup islam. Dewasa ini aku rasa begitu banyak sekali kekurangan dan tak kurang juga perkara-perkara baru yang aku perolehi hasil pencarian ku tentang islam. Pencarian ini meliputi pembacaan buku-buku, artikel, menghadiri ceramah, kursus penghayatan, pergaulan dengan kalangan ilmuan serta cuba memahami dengan cara berfikir secara mendalam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

Kembali kepada kehidupan ku yang lepas, tidak dinafikan aku sembahyang seperti orang lain, puasa, aku juga dapat mengucap dua kalimah syahadah, menghafal rukun iman dan islam, serta beberapa perkara rutin yang lain. Namun bila bermulanya pencarianku semula tentang islam itu sendiri baru ku sedar yang segala amalanku sebelum ini hanyalah satu ikutan sahaja atau boleh dikatakan sebagai suatu tabiat harian yang memang telah disetkan di dalam minda bawah sedar kita.

sebagai contoh,
Menurut seorang ustaz, "solat yang tidak khusyuk itu umpama badan yang tanpa roh..!!"
aku terfikir jika badan yang takde roh maka masa itu kita sudah mati. Kalau sudah mati segala amalan sudah tidak dikira lagi. boleh juga dikatakan bahawa umpama amalan kita itu sia-sia sahaja sebabnya kosong. perumpamaan lain umpama tin kosong yang tiasa isi di dalamnya.

Jadi dalam mencari pengertian islam itu sendiri aku mula mendekatkan diri dengan tafsir al-quran. Daripada membaca al-quran, kemudian membaca tafsir, kemudian cuba memahami tafsir tersebut melalui huraian oleh para ilmuan sehinggalah kepada memikirnya kembali perkaitan ayat tersebut dengan hidup kita sendiri. Subhanallah betapa agungnya Allah swt melalui ayat-ayatnya itu dapat dirasakan umpama kita sedang berinteraksi dengan Allah. Kekadang melalui ayat-ayat itu jugalah kita mendapat teguran dari Nya. Dalam satu ceramah selepas maghrib di salah sebuah surau di kelantan (masa tu menghadiri kursus) seorang penceramah ni memberitahu bahawa ada sesetengah ulama ni menganggap al-quran itu sebagai surat kiriman dari Allah swt sebabnya ia sentiasa baru dengan keadaan semasa.

sebagai penutup entri untuk kali ini, walaupun kita ini sudah dilahirkan islam seharusnya kita mencari dan mengenal lebih mendalam tentang islam. nak berkongsi kisah yang terjumpa dalam akhbar utusan online, column biacara agama - 24 Mac 2011 bertajuk ALLAH TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN

ANTARANYA, beliau sanggup duduk seorang diri dalam sebuah bilik yang gelap semata-mata memikirkan mengenai hubung kait seni tersebut dan penerimaannya terhadap pelbagai agama.

Terutama dalam aspek Islam, apabila Dr. Ingrid mendapati ada sesuatu yang menarik mengenai penerimaan Islam yang cukup berbeza terhadap karya-karya seni berbanding fahaman agama yang lain.

Beliau dilahirkan di Kitchener, Ontario, Kanada. Kemudiannya melanjutkan pengajian dalam falsafah dan seni lukis di Universiti of Waterloo, Ontario, dan dibesarkan sebagai Kristian Katholik.

Namun pada hari ini, beliau sangat berpengaruh terutama selepas memeluk Islam. Ia berikutan ketokohan beliau yang aktif dalam pelbagai kerja amal dan menggerakkan penduduk Islam di Kanada supaya mengambil bahagian secara aktif dalam apa juga aktiviti dalam masyarakat Kanada yang berbilang bangsa dan kaum itu.

"Sejak di sekolah menengah lagi, saya sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap tuhan walaupun dahulunya saya pernah merasai akan satu hubungan rohani ketika berada dalam gereja yang suasananya sejuk dan gelap itu," katanya.

Semasa di kolej pula, falsafah mengenai Plato sehinggalah Descartes menjadi anutan beliau. Namun Dr. Ingrid sedar seni ada kesan secara langsung terhadap soal kepercayaan terhadap tuhan.

"Ia terbentuk apabila kita terasa mempunyai hubungan dengan cara kita begitu menghargai pelbagai perbezaan perspektif kemanusiaan yang lain, yang terhasil dari mesej karya-karya seni.

"Tetapi semua itu tidak meninggalkan asas untuk kita bertindak melakukan sesuatu," jelasnya.

Kemudian Dr. Ingrid terjumpa dengan golongan yang dalam hidup mereka tidak mengukir patung, tidak melukis wajah tuhan mereka, pemimpin hebat mereka dan wanita-wanita yang cantik di kalangan mereka.

Tetapi yang menghairankan walaupun tanpa mengukir dan melukis semua itu, golongan ini adalah yang paling mengenali tuhan mereka, sangat menghormati para pemimpin mereka dan sangat menghargai sumbangan yang ditunjukkan oleh kaum wanita mereka.

"Golongan yang saya maksudkan di sini adalah umat Islam dan perspektif mereka terhadap seni benar-benar membuatkan saya tertarik untuk mengkaji lebih mendalam," kata Dr. Ingrid.

Ini kerana lazimnya manusia hanya akan mempercayai sesuatu melalui apa yang dilihat oleh mata, sekalipun membabitkan soal rupa paras dan sebarang visual mengenai tuhan.

Lebih banyak sesuatu objek 'tuhan' digambarkan atau dilukiskan bermakna betapa pentingnya 'objek' itu terhadap sasaran medianya.

Lama kelamaan Dr. Ingrid akhirnya memahami bahawa ketamadunan Islam memilih untuk tidak merakamkan dalam apa juga bentuk medium visual sebagai mewakili makna yang signifikan untuk mengingati dan memuja tuhan dan manusia.

"Ini kerana Allah itu adalah tersembunyi, The Hidden! Yang terhijab dalam cahaya yang sangat gemilang daripada pandangan mata manusia .

"Tetapi mereka yang mempunyai pandangan yang jelas dapat mengenali Allah melalui rahsia di sebalik kejadian yang sangat dicipta oleh-Nya," jelas beliau.

Ini seperti yang terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Mulk: 19)

Menurut Dr. Ingrid, jika Allah mampu mencipta segala kehidupan dan kejadian maka manusia tidak akan mampu untuk menggambarkan rupa paras Allah.

Malah telah menjadi peraturan dalam Islam bahawa menggambarkan Allah itu mengundang satu fitnah yang besar.

Lantaran itu, menurutnya, Allah masih boleh dikenali apabila Allah sendiri menceritakannya dalam turunnya wahyu-wahyu yang pada hari ini kita kenali sebagai 99 nama Allah, yang begitu dilagukan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

"Tidak cukup itu, nama-nama Allah itu ditulis atau diukir dalam satu bentuk seni yang paling halus dan indah sama pada lampu-lampu, tembok, dinding, batu-batu dan lain-lain medium visual yang mampu membangkitkan tindakan balas atau respons secara intelektual dan spiritual kepada mereka yang menghayatinya," katanya.

Tidak sahaja falsafah seni dalam Islam ini yang telah menarik hati Dr. Ingrid untuk mengenali dan seterusnya memeluk Islam. Saat berada di Perancis di awal pengajiannya di universiti turut memberikan satu pengalaman yang unik kepadanya tentang Islam.

Ia apabila beliau tinggal berjiran dengan sekumpulan pelajar Islam dari Senegal, Afrika Barat.

"Mereka benar-benar mengamalkan kehidupan mengikut sunnah Rasulullah walaupun ketika itu saya masih tidak tahu menahu lagi mengenai Islam. Tetapi mereka terdiri daripada golongan yang paling saling menolong antara satu sama lain, tidak tamak, sanggup berkongsi sepinggan nasi dan kacang setiap hari.

"Sedangkan di dunia lain, manusia lebih suka bersikap pentingkan diri sendiri, tamak, tidak mahu berkongsi apa yang dimiliki berbeza dengan umat Islam yang sedikit atau banyak mesti dikongsi bersama.

"Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan bahawa makanan untuk dua orang tetapi cukup untuk tiga orang dan begitu juga makanan untuk tiga orang sebenarnya cukup untuk empat orang," katanya.

Pengalaman seperti inilah yang mendorong Dr. Ingrid semakin tertarik seterusnya membawa beliau memeluk Islam. Pada tahun 1987 beliau berlepas ke Pakistan untuk bertugas sebagai sukarelawan untuk para pelarian Afghanistan.

Semasa bertugas di sempadan Pakistan itu, pengalaman paling manisnya apabila Dr. Ingrid dinikahkan dengan seorang petugas sukarelawan, Aamer Atek, jurutera dari Mesir.

Sejurus mereka bernikah dan pulang semula ke kem pelarian, mereka dikerumuni oleh wanita-wanita Afghanistan.

Mereka begitu teruja untuk melihat segala pemberian pakaian baru yang indah-indah, barang kemas terutama rantai dan gelang emas dan lain-lain barang hantaran yang lazimnya dihadiahkan oleh pengantin lelaki kepada perempuan.

Malangnya, pasangan Dr. Ingrid dan suaminya tidak mempunyai banyak wang ketika itu, hanya sebentuk cincin emas menjadi pemberian suaminya.

"Saya terpaksa pinjam baju nikah daripada orang lain dan saya boleh lihat mereka kelihatan sedih dan simpati apabila saya memberitahu keadaan sebenarnya," ujarnya.

Tetapi minggu hadapannya, alangkah terkejutnya Dr. Ingrid dan suaminya apabila mendapat kunjungan yang tidak disangka-sangka.

Ditambah dengan mereka dihadiahkan pelbagai hadiah perkahwinan oleh wanita-wanita Afghanistan.

Mereka terpaksa meninggalkan rumah dan negara mereka, yang kehilangan suami dan anak yang mati dalam pertempuran, yang terpaksa menjual apa sahaja harta yang ada semata-mata untuk membeli makanan untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan.

Tetapi mereka inilah yang bersusah payah menghadiahkan Dr. Ingrid terutamanya sepasang pakaian yang sangat indah.

Ia baju baldu merah yang berwarna-warni dipadankan dengan sepasang seluar panjang satin biru yang berhias manik dan jemeki dan sehelai selendang biru yang turut berkilauan dengan taburan manik di sana sini.

"Itulah hadiah yang paling hebat, yang paling saya hargai, yang paling memberikan makna besar kepada saya dan saya benar-benar terharu atas kebaikan yang mereka tunjukkan kepada saya.

"Mereka buktikan bahawa mereka benar-benar simpati dan saya merasakan keikhlasan yang suci dari pemberian itu berasaskan sebuah ajaran agama yang paling suci" katanya.

p/s: orang yang baru masuk islam lebih memahami islam berbanding kita yang islam keturunan sebabnya adalah mereka sentiasa mencari dan cuba memahami lagi tentang islam.
p/s: tak heran lah bila ramai mualaf yang boleh jadi ustaz
p/s: adakah masa dan umur kita sampai sekarang ni tidak cukup untuk kita memahami islam sedangkan mereka yang mualaf pun kenal islam agak lewat dari kita. mengapa mereka boleh dan kita terus ketinggalan ataupun kita masih ditahap yang sama dan kekadang tu ada yang sama tarafnya dengan orang yang baru menjadi sedara islam

Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku di masa aku sedar dan tidak sedar melakukan kesalahan di sisi mu dan tetapkanlah aku di dalam keampunan, kerahmatan dan keredhaan mu Ya Allah. amin
Related Posts with Thumbnails