click sini..sedekah amalan mulia

Followers

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Cara membuka pintu di saat anda terkunci dari luar,,

Pengenalan:
Di asrama Ipta kebanyakannya pintu adalah jenis bertombol dan mempunyai kayu yang menyukarkan pintu dibuka menggunakan kad matrik atau kad kolej jika terkunci di luar bilik di tengah2 malam atau hujung minggu. namun begitu, terdapat kaedah baru yang sangat efektif digunakan pada masa kini walaupun kelihatan agak kelakar kaedah penggunaannya. kaedah yang di maksudkan adalah kaedah sudu yang diperkenalkan oleh Ah leng (2011).

Peralatan:
1) sudu alluminium..yang murah sikiit tu..ambik je kat toilet sape2 punye yang tak basuh.make sure basuh dulu then baru pakai. nanti ade kuman.
2) kekuatan batin

Kaedah:
1) Buat muka cool, kemudia baru *&*$&@*##&#**# menyumpah diri atas kebodohan diri sendiri
2) Basuh sudu yang kotor dan busuk tersebut..
3) korek tombol pintu pada bahagian yang melekat kat pintu guna belakang sudu (Rajah 1)
4) selepas 3 minit pintu akan terbukak sendiri..
5) buat muka gembira dan bangga
6) masuk bilik kol semua orang, isytiharkan di faecbook gitau dah dapat masuk bilik =)

Rajah 1 pintu yang telak terkopak.

Wednesday, April 20, 2011

Tips Untuk tinggi secara semula jadi =))


Semestinya semua orang dalam dunia ni ingin nak jadi tinggi supaya tidak mudah dibuli, kelihatan seperti supermodel, tidak perlu berjengket atau gunakan kerusi untuk ambil barang..kalau kita rasa kita tak berapa nak tinggi, tapi teringin, masih belum terlambat kerana masih ada usaha yang boleh kita jayakan...namun sebelum tu, mari lihat apa yang membuatkan seseorang itu tinggi
Faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan atau ketinggian seseorang
1. Cukup Gizi.
Pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.
2. Faktor Keturunan
Ini juga dapat menentukan tinggi seseorang. Orang dewasa yang memiliki ketinggian badan yang ideal memberikan potensi untuk memiliki anak yang juga mempunyai tinggi yang ideal.
3. Hormon
Hormon pertumbuhan berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisma tubuh. Hormon seks, yang terdiri dari hormon estrogen, progesteron dan androgen, bertugas dalam proses pematangan seksual.
Masalah kurang ketinggian yang kadang kadang boleh menjadikan kita kurang keyakinan dan tidak selesa berada di khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak kisah dengan tinggi mereka, ada yang merasakan mereka lebih comel kalau tidak cukup tinggi. Dan untuk yang ingin mengatasi masalah tidak cukup tinggi mereka sebenarnya boleh mencuba senaman yang betul yang mampu meransang pertumbuhan badan kita.
Senaman yang boleh dilakukan untuk meransang kadar pertumbuhan:
1. Stretching
Gerakan meregangkan badan. Sehingga otot dan tulang-tulang punggung tertarik. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan ketinggian.
2. Standing Forward Bend
Gerakan yang mudah tetapi sebenarnya sangat efektif dan  ini juga merupakan salah satu  cara yang bagus untuk berehat dan merangsang tulang belakang.
3. Downward Facing Dog
Juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana, ini merupakan salah satu gerakan dari senaman yoga dan ianya adalah satu cara yang bagus untuk menambah tinggi melalui peregangan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda.
4. Head to Knee
tapi bukan macam ini ye..ini head on knee (-_-")
Kedudukan seperti ini  dipanggil Janu Shirshasana dalam istilah yoga ianya cara  merupakan cara yang bagus untuk tulang punggung dan meregangkan otot paha belakang (hamstring) anda.
Pastikan tulang belakang anda tetap lurus  untuk mendapatkan kesan yang bagus daripada latihan.
5. Swimming
Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
6. Hanging
Salah satu halangan  terbesar  untuk menjadi lebih tinggi adalah graviti.  Kita menghabiskan sebahagian besar hari anda dalam tegak atau kedudukan menegak. Semua graviti sepanjang hari telah memampatkan tulang punggung dan sendi,  serta menipiskan tulang rawan dan menjadikan kita lebih pendek.
Semasa bersenam, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita Ini adalah hormon yang kompleks yang meransang  tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.
Jadi sesiapa yang rasa nak sangat meninggi boleh lah cuba senaman senaman ini. Mungkin cara ini tidak berkesan kepada semua sebab badan manusia sangat berbeza tapi tak salah kalau nak cuba. Jangan samakan diri kita dengan monyet yang dah bertahun2 bergayut kat pokok tapi tak tinggi2 pun, kamu binatang ke? =)

Sunday, March 6, 2011

10 Tips tingkatkan konfiden diri


1) Pakaian sesuai dengan majlis, tak terlalu over, tak memalukan diri dengan memakai pakaian koyak rabak atau pakai baju terbalik. (Formaliti tu penting)

2) Memakai bau-bauan yang harum dan sederhana..jangan sampai satu dewan kuliah bau perfum anda yang tak berapa nak busuk tu..(seeloknye pakailah minyak atar)

3) Gosok gigi dan mandi di waktu pagi supaya kelihatan segar dan yakin. (kalau tak mandi pun at least buang najis mata yang bersepai tu)

4) berkumuh atau makan dentin selepas makan makanan bersambal

5) Berjalan tegak dengan berkeyakinan seelok-eloknya seperti model (pandang bawah kadang2 takut tersepak bendul pintu)

6) Buat kelakar sikit time present untuk tutup nervous.( mulakan presentation dengan lagu enjet2 semut ke)

7) Nak bercakap dengan orang pandang mate die...tapi jangan lame2..nanti boleh jatuh cinta

8) Pergi karaoke nyanyi depan kawan2..lama2 takde la rase malu sangat

9) Anggap audience kat depan macam adik beradik kat rumah je

10) Jangan gelabah kalau tersilap cakap..guna ayat "saye saje nak uji kamu" atau "maklumlah da tua"

p/s: cover jerawat dengan foundation serta memakai eyeliner..

Thursday, January 6, 2011

tips meningkatkan metabolisme badan

untuk sesiapa yang rasa susah nak kurus walaupun dah diet..maknenye kadar metabolisme anda adalah rendah la tu..so kalau nak diet tu..kena la ade pemakanan yang sesuai untuk badan untuk memudahkan proses metabolisme..:


Berjalan dengan laju
cara ini dapat membantu proses metabolisme berjalan lancar..
hanya perlu jalan dengan biase selame 1-2 minit then pecut ke 30-60saat..ulang langkah ni 10-15 kali...


Minum kopi
sape kate kopi tak elok? propa orang barat je tu..diorang bukak banyak kedai kopi..starbuck la, kopitiam la,black kanyon la..tapi war-warkan kat dunia kopi tak elok..kalau tak elok, buatpe dorang bukak banyak2 kan..orang kite ni je ha yang suka dengar cakap orang....(-_-")..menurut kajian, orang yang minum kopi mempunyai kadar metabolisme 16 kali lebih tinggi dari ornag yang tak minum..sebab kopi ade kafien yang membantu penghadaman =)

Minum air sejuk
air sejuk pun dapat membantu proses metabolisme di mana air sejuk sebenarnye dapat membakar sehingga 70kalori sehari..selain itu, pengambilan 8 gelas air masak sehari memang mebantu proses metabolsime! sape yang tak tahan minum air sejuk sebab takut batuk, minum air masak banyak2!

Bersarapan pagi!
sarapan pagi yang berat sebenarnye membantu untuk jumpstart metabolisme.Macam kite makan nasik lemak pagi2..ade rase sakit perut tak lepas tu? haha..kajian mendapati orang yang makan sarapan berkalori tinggi berat badan diorang naik hanya 0.85kg berbanding orang yang makan sarapan berkalori rendah yang naik sehingga 1.5kg..

Minum green tea!
walaupun aku tak suke minum tea, tapi aku layan je green tea lipton yang dalam botol tu..perisa lemon..haha
teh bukan saje mempunyai antioksidan yang cukup untuk menhalang batuk dan selsema,tapi juga dapat bantu metabolisme..no wonder bapak aku suke minum teh pagi2 then masuk jamban (-_-")

Minum sUsu
yeah..susu juga membantu menukarkan lemak menjadi shit. ape2 saje makanan or minumam yang bersusu memang bagus seperti yogurt, susu dan cheese..patut la selame ni pas minum susu terus nak g toilet =)

Angkat barangan yang berat
menurut kajian dengan mengangkat barang yang berat dengan perlahan membantu mempercepatkan kadar metabolisme disamping membesarkan muscle di badan.patut la pekerja buruh binaan tu kurus2 je..(eh, ade kaitan ke?) 

Monday, December 27, 2010

TIPS : LARANGAN SEMASA TEMUDUGA





P/S: dipetik dari laman web agensi kerajaan =)

Thursday, November 4, 2010

KENAPA HIDUNG BERDARAH?

Hidung Berdarah?? Tak payah panik2..rilek je...tak mati punyer~

Hidung aku baru lepas berdarah...
dulu mak aku cakap kalau hidung berdarah sebab panas..kurang minum air..
tapi aku dah selalu dengan benda2 ni..mybe sebab resdung aku ni..halil kata banyak ulat kot!

aku ada jugak kaji penyebab hidung berdarah...ni ada beberapa pendapat:

1) hidung berdarah sebab kulit  kering..macam bibir..bila dah kering tu, meregang sikit terus berdarah
    (betul ape mak aku cakap heheh)
2) Salah satu proses biasa bagi perempuan yang sedang period.sesetengah jela. (-__-")
3) Kena tumbuk, hentak muka kat meja, patah hidung dan sebagainya.
4) Kalau setiap hari, setiap masa, setiap saat tak boleh stop jugak, haruslah ke hospital. Mungkin sebab  pendarahan dalaman.

Ni Tips cane nak tangani hidung berdarah (nasihat pakar):


1) Jangan hembus..(Kalau degil jugak nak buat rasalah ape akibatnye nanti)
2) Ambil tisu tekap kat hidung yang berdarah tu. Kalau tak darah tak payah la ok
3) Duduk atau berdiri. Nak bagi kepala atas jantung..Jangan nak memandai buat yang sebaliknya
4) Cari ais letak luar hidung..
5)Dah habis treatment kat atas ni, apply jelly kat hidung bagi tak kering..(jelly ubat tu tau, bukan natural jelly!)

Selamat mencuba!

Tuesday, November 2, 2010

HOW TO BE FAT


Penyanyi lagu rehab (amy winehouse) ni dulu die kurus sangat sebab hisap ganja dengan bf die..skang dah berpisah,keluar masuk rehab baru ok sikit....1) gaya hidup sihat


mariah carey yang makin chubby bile dah kawin...2) bahagia (^_^)


lelaki ini dianggap skinny jugak oleh rakan-rakannye..lalu die berusaha dengan pegi gym..tengok badan die dah tough..mungkin jugak die minum herbalife..! ni number kontek die= 0134657890..haha

Bagi sesetengah orang nak gemuk bukan senang,tapi bagi aku mudah je..makan banyak2 tak kira masa
tapi ade jugak yang susah nak kurus..bagi aku mudah je..jangan makan nasik banyak sangat


begantung pade kadar metabolisme korang la.aku punye alhamdulillah..berfungsi dengan baik..haha

p/s:post ini didedikasikan kepada orang yang kurus nak jadi gemuk...harap memberi inspirasi

Monday, November 1, 2010

Cara menghilangkan Malware dari website sendiri!

saya rasa sangat hebat malam ni sebab berjaya membuang malware dari website dengan sendiri...
tengok tangan lah beb!...

caranya mudah saja...tarik nafas dulu...pegi toilet dulu buang ape yang patut, bancuh milo dulu...

Then kat website tu, cari item yang ade kaitan dengan gengblogger then, REMOVE !
item adalah berbentuk seperti ini...

siap!! mudah kan...semudah mengenyit mata! (>_<)

Sunday, May 30, 2010

5 TIPS UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG TERHADAP DIRI ANDA

5 Tips untuk menarik perhatian pada diri anda

By Mdm Cupid

1. Jadikan diri anda sebagai tumpuan tarikan

Mengikut suatu kajian psikologi yang telah dilakukan, di mana anda berada dan apa yang anda lakukan di dalam sesuatu bilik yang dipenuhi orang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian atau minat orang-orang yang berlainan jantina dengan anda. Contohnya jika anda aktif di dalam bilik kuliah dan sering bertanyakan soalan pada pensyarah, semestinya orang akan mengenali diri anda. Sebaliknya jika anda gemar berselindung di sebalik orang ramai dan suka menyendiri di sudut bilik, bagaimana anda ingin menarik jejaka2 ataupun aweks untuk perasan kewujudan diri anda?




2. Pilih warna yang sesuai

Sedikit tips untuk anda: pilihan warna yang sesuai sebenarnya boleh membuatkan diri anda menarik pada pandangan orang-orang di sekeliling anda, terutamanya pada jantina yang berlawanan. Menurut suatu kajian, wanita akan lebih tertarik pada lelaki yang memakai baju biru. Warna biru dikatakan menunjukkan cirri-ciri lelaki yang stabil, setia dan yang akan sentiasa menemani anda.

Manakala wanita yang memakai baju berwarna merah jambu atau ‘peach’ pula membuatkan diri mereka lebih senang untuk didekati. Sebaliknya, untuk menunjukkan diri anda seorang yang tegas pendirian dan berani, cubalah anda mengenakan pakaian merah. Yang pastinya, lelaki yang tidak berani untuk ‘approach’ anda adalah confirm lelaki yang tak reti untuk handle wanita yang ‘hot’ macam anda…:-)

Tapi awas kerana warna merah adalah warna yang paling seksi dan sensual, dan ia akan menarik 2 golongan lelaki – lelaki yang berminat pada seks semata-mata dan lelaki yang sukakan wanita yang berani dan mencabar. So anda kenalah bijak memilih okay…

p/s: Satu perkara yang anda patut tau, warna yang akan membuatkan orang ramai menghindari atau mengelak daripada mendekati anda ialah warna kuning kehijauan… :-)




3. Guna bahasa tubuh

Bagi kaum wanita, jika anda ingin menarik seseorang lelaki untuk menghampiri dan bercakap dengan anda, gunakan bahasa tubuh atau body language untuk membuatkan anda menjadi lebih senang untuk didekati. Entah betul ke tak, tapi suatu kajian di Barat mengatakan bahawa wanita yang ingin lelaki mendekati mereka harus berdiri dengan jarak antara kakinya tidak lebih daripada 6 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke dalam sedikit… betul ke? Ntahlah…sekadar kajian je kot… huhu.. Satu lagi, anggukan kepala juga memberi isyarat bahawa anda seorang pendengar yang baik dan memberi perhatian pada apa yang dicakapkan oleh pasangan anda.

Bagi lelaki pula, bersikap dominan atau menonjol sememangnya akan menarik perhatian wanita. Berdasarkan kajian yang sama, lelaki yang ingin wanita menghampiri mereka haruslah berdiri dengan jarak antara kakinya lebih kurang dalam 6 – 10 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke luar. Selain itu, beberapa lagi tips body language bagi lelaki ialah memakai pakaian yang lebih tebal (atau banyak lapis – pakai t-shirt putih di dalam, kat luar pula disesuaikan dengan kemeja lengan panjang (bahagian lengan dilipat sedikit) atau lengan pendek), tegapkan badan dan dongakkan kepala anda dan cuba bercakap dengan lancar tanpa tergagap-gagap.

Tips body language untuk kedua-dua lelaki dan wanita pula ialah JANGAN fold your arms, bercekak pinggang atau mengunyah sesuatu di dalam mulut. Kelakuan ini sebenarnya menunjukkan emosi anda yang tengah resah, berdebar-debar atau sedang kecewa.




4. Sentiasa tersenyum

Pakar psikologi dan pakar body language bersetuju bahawa salah satu perkara penting yang boleh menjadikan diri anda lebih menarik dan senang untuk didekati ialah dengan mengukir senyuman. Bukan ketawa terbahak-bahak (sampai mengejutkan si dia yang berada di samping anda) ataupun senyuman ‘plastik’ yang sering terlekat pada bibir anda jika dipaksa2 untuk senyum:-) Cukuplah sekadar anda menguntum senyuman yang ikhlas dari hati dan yang mengatakan, “Saya suka awak dan seronok bercakap dengan awak!” Sesungguhnya senyuman itu adalah satu isyarat international untuk menunjukkan sikap ramah dan mesra.



5. Pakai wangian yang harum dan menggoda

Kajian telah menunjukkan ada perkaitan di antara bau cinnamon (kulit kayu manis) dan vanilla dengan CINTA. Misalnya, pakar-pakar aromaterapi percaya bahawa cinnamon itu adalah suatu afrodisiak (menaikkan syahwat atau nafsu seks). Memakai wangian seperti cinnamon dan vanilla dapat meningkatkan lagi pengeluaran feromon daripada tubuh anda dan ini dapat meningkatkan lagi tarikan pada diri anda. Tau tak feromon tu aper? Actually, feromon nie adalah sejenis bahan (yang keluar dari badan anda) seperti hormon yang dapat menarik mereka yang berlawanan jantina dengan anda untuk mendekati anda. Cayalah…!




Sebenarnya, bagi mereka yang telah lama berumahtangga, mereka akan dapat mengecam atau menghidu bau badan yang dikeluarkan oleh pasangan masing-masing. Dan bau ini bukanlah terbit daripada apa-apa wangian yang disembur! Sebenarnya ia berpunca daripada sejenis feromon yang dikeluarkan oleh badan dan bau ini dapat meningkatkan rasa atau tarikan seksual anda pada pasangan.

Terima kasih kerana membaca!

apesal.com