Showing posts with label Memoirs. Show all posts
Showing posts with label Memoirs. Show all posts

Friday, 20 May 2011

Al-Fatihah buat blogger Hakim AKA Telor

Entri kali ni, tuan blog nak cakap tentang hidup dan mati pulak. Entri kali ni digerakkan hati dengan berita yang sangat mengejut, iaitu pemergian seorang sahabat, Abdul Hakim Mohd Kamal, seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota, course Bach in Security System. Beliau, yang dikenali sebagai seorg yg rendah diri & hormat lecturer, amat disenangi oleh ramai lecturer dan rakan taulannya. Arwah dikatakan menghembus nafasnya pada pagi tadi (Khamis, 19 May 2011) akibat kesukaran bernafas.

Bagi dunia blogging pula, pemergiannya sangat2 dikenang. Nukilan & coretan berguna, dan selalunya kelakar, pasti tidak dapat dilupakan. Ramai pengikut (follower) di blog www.telordibasuh.blogspot.com sampai hampir mencecah 5000 orang. fuh~







kredit to http://footballcrazie.blogspot.com


Siapa sangka, post arwah 15 May lalu yg mana tuan blog sempat baca 2minit lepas entry beliau direleasekan, itu entri arwah yang terakhir. Tuan blog mengenali arwah tapi tak tahu mula-mula itu blognya. Tuan blog masih lagi terkejut actually, tapi menyeru, semua bloggers hendaknya dan seluruh manusia sejagat, mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman.

Buat yang masih hidup, sy mengucapkan selamat berblogging secara berhemah dan tatatertib. Walaupun saya tidaklah hebat memblog seperti arwah, tapi, BLOG ADA ETIKANYA. Jangan lah kita yang masih hidup ni terlampau suka dan mengenang yg duka hidup didunia. Manusia ini banyak coraknya, banyak warnanya. Tuhan itu maha sempurna, menciptakan ciptaannya pelbagai rupa dan perisa. Ada yang tinggi, ada yang kecil, ada yang putih, ada yang sawa matang, ada yang besar dan ada juga yang renek, tapi, semuanya hebat belaka, bijak dan cukup cantik kurniaanNYA :)

Oleh yg demikian, sy selaku tuan blog ingin mengingatkan kite semua, so that kite boleh beringat-ingat kuasa YANG MAHA ESA. Hari ini mungkin kita boleh menulis sampah di ruang blog, esok mungkin orang lain bercerita, mengarang mengenai pemergian kita, mungkin. siapa tahu? So, banyak-banyak kan berzikir, beringat kepadaNYA dan tinggalkan laranganNYA, JANGAN TINGGAL yang disuruh hendaknya.

notakaki: maaf, sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak dengan coretan sampah saya.

Tuesday, 17 May 2011

memoirs~

Disini, tuan blog ingin share kepada semua, mcm mana tuan blog boleh dpt ilham nk buat blog ini. 
It was all started back in Selasa || 16/12/08 || 2141 @ 9.41 pm (waktu tempatan) where seorg budak kecik comel mengPAKSA tuan blog untuk menulis blog. Masa tu tuan blog tak tahu menahu blog ni ape, facebook pun baru2 kenal juga masa tu :P budak comel tu is Nor Aqilah Bt Mohd. Arshad (sori qila kalau salah :P) beralamat di www.qila-okeyh.blogspot.com


 Selepas beberapa post telah berjaya diungkapkan, tuan blog sangat sibuk dengan belajar & mcm2 benda daripada anasir-anasir yg tidak sepatutnya juga :P oleh itu, blog itu telah bersawang dengan jayanya. pfftt

Setelah 2tahun+ blog lama tidak diupdate kan atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, maka, seorg lagi budak datang, budak freshie juge mcm qila. nama dier Jannah @ The Gadiest yg beralamat di http://gadieststory.blogspot.com :P. dier pulak mengHASUT tuan blog utk mengarang demi mengisi masa lapang & hati yg lara. berhari-hari juga tuan blog memikirkan nk buat baru or nk sambung je. pikior pikior, buek yo baru, sonang. yg lame pun ada lagi, cuma too much history & MEMOIRS~