26 November 2011

Sejukkan Badan Selepas Bersenam

Fasa ini dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat.

Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

Ini adalah sebab kenapa pentingnya untuk kita sejukkan badan selepas bersenam
  1. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
  2. Menjajar semula otot-otot.
  3. Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
  4. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
  5. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
  6. Mententeram atau merelakskan anda.
Dah baca jangan lupa praktik =)

kredit to : http://faridzulasyraf.com

25 November 2011

Panaskan Badan Sebelum Bersenam

Sesi pemanasan badan adalah sangat penting sebelum untuk memulakan apa sahaja aktiviti yang agak lasak. Tak kira untuk aerobik ke, menari ke ataupun bersukan, sesi pemanasan badan adalah sangat penting. Bawah ni adalah antara kepentingan untuk kita memanaskan badan sebelum bersenam.

Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.

Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.

Jadi, dah tahu kepentingan memanaskan badan ni, jangan pura-pura tak buat pulak ya. Selamat mencuba!

kredit to : http://faridzulasyraf.com

20 November 2011

entri khas untuk akmal arif - six pack

haritu akmal arif ade mintak kat aku pasal video six pack, nak bagi perut ketak-ketak. aku paham kalau dok infra memang perut mesti boroi punye la hehhe. jadi kali ni aku sediakan satu video khas untuk semua. cuma 8 minit je perlu lakukan. layan ok...



05 Oktober 2011

Hafiz - Awan Nano

tadak benda nak update, kite layan drama awan nano ni...klik untuk tumbesaran



p/s : dah jadi komik feveret aku skang ni hasil karya beliau.


29 September 2011

Infra Raya 2011

sebulan berhari raya, sudah masuk 1 zulkaedah sekarang. gambar sambutan raye haritu baru je lepas edit sikit lebih kurang pastu terus upload. cakap banyak tak gune tengok jela gambar yang ade. siapa-siapa yang tak kelihatan tu mintak maaf lah banyak-banyak ye. pening woo nak pilih gambar ratus-ratus punye banyak ni...


menu utama macam biasa sate. banner dah 5 tahun pakai...

hotak-hotak panas, waktu bakar tu pun dah abis separuh...

masing-masing tunjuk skill...

skill makan budak-budak infra memang tak leh dijangkakan...

para jemputan menjamu selera dengan riang ria aidilfitri...

err...

hmm...

tak lupe juga menjemput bos, walaupun jauh sanggup datang...

tengah hot sekarang ni!! berebut-rebut...

bunge baru infra, semakin hot...

hot mama, masih top lagi ni kekeke...

pencabulan boleh berlaku merata-rata tempat, tempat awam lak tu...

wan paling spoil betul, dah tu dok tengah lak tu...

kak liza bergambar ala-ala gaya kumpulan xpdc..

yang duorang bawah tu adik beradik angkat...

ishh..paneh-paneh.
mat yang derhaka telah memohon ampun dan maaf pada abang beliau yang bujang...
abang ram ngan pak abu chill ok...

"perut kasik turun la abang ram.." encik boboi berkata-kata...
dua orang anak angkat abang ram senang hati apabila perut kenyang..
wak suke main cak cak...

selamat hari raye mahap zahir batin...

semua gambar adalah hak milik penulis. segala apa yang dipaparkan jika tidak disukai dan ingin diremove sile letak wang pampasan RM100 setiap keping gambar. segala bahasa, penggunaan ayat, kata-kata malah jalan cerita di atas adalah dilarang digunapakai di sekolah manupun di dalam peperiksaan. gambar-gambar di atas juga dilarang dimuatturun ke dalam facebook tanpa meminta izin bertulis kepada penulis.

sekian.

22 September 2011

Hantu Bonceng

kat opis sekarang tengah heboh dok layan citer ni. ni haa baik punye. ade makna skali, bawak-bawak la hafal ayat kursi tu...


*amik dari fukkenlol.blogspot.com

09 September 2011

Ulang Tahun Kedua


untuk pengetahuan blog infra sudah masuk tahun kedua.

patutnya pada raya yang ke 4.

tapi akibat raya punye pasal kena sambut raya dulu.

rasanya blog ni makin slow. nak copy paste pun rasa serba salah. 

ape takde idea ke nak berblog?

apa-apa pun

"Selamat Ulang Tahun Ke 2 
Blog Infra"

22 Ogos 2011

E-Kad Raya

*repost lagi entri tahun sebelum ni hehehe....

Seminggu lagi nak raya, dah ada kad raya belum?? Sini aku ada menyediakan 4 jenis e-kad dari kompeni tempat aku berkerja untuk korang muat turun dalam format pdf, korang boleh tulis apa-apa ucapan sempena hari raya nanti. Nak mintak maaf ke halal makan minum ke terpulang pada kehendak masing-masing. Pada mereka yang berminat bolehlah klik pada gambar berikut untuk muat turun. Sekian









16 Ogos 2011

Dendang Perantau - P. Ramlee

*repost balik entri tahun sudah, kes takde idea nak update...BOSAN!!!


Serius cakap, bulan-bulan puasa ni aku memang takde idea nak buat entri baru. Puasa dah masuk hari ke 15 16 jadinya raya pun tinggal lagi 15 13 hari. Biasanya kalau kat opis-opis, stesen-stesen radio tempatan dah buka lagu raya, henset-henset korang pun mesti dah ada pakai ringtone lagu raya gak.

Jadi kat sini aku nak kongsi satu lagu raya febret aku dari seniman agong tanah air iaitu P Ramlee Dendang Perantau. Satu lagu ni jela aku kongsi dengan korang, sebab blog ni pun bukannya blog download ataupun lirik lagu, buat entri ni pun sebab taknak bagi blog bersawang. Apa-apa pun enjoy ok...



* klik untuk besar


* Dendang Perantau - P.Ramlee



31 Julai 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2011


*klik untuk pdf


NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
PerakZon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4 – Temenggor dan Belum
Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 – Bukit Larut
SarawakZon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.
Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan
SabahZon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)
Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
TerengganuZon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
Zon 2 – Besut dan Setiu
Zon 3 – Hulu Terengganu
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
KelantanZon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam
PahangZon 1 – Pulau Tioman
Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands
PerlisSeluruh Perlis
Negeri SembilanZon 1 – Jempol dan Tampin
Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu
KedahZon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 5 – Daerah Langkawi
Zon 6 – Puncak Gunung Jerai
Pulau PinangSeluruh Pulau Pinang

sumber : jakim

29 Julai 2011

setahun berdot com

sudah setahun berdot com, tapi ni bukan usia sebenar infraklia. kewujudan entri dalam blog ni pun tak banyak ada 133 entri aje.

asal usul sebelum ni menggunakan wordpress. series cakap memang agak susah masa awal-awal nak berblog pakai wordpress ni. nak tak nak beralih ke blogspot. dan sekarang aku senang dengan blogspot.

blog ni banyak mengisahkan kejadian di ofis. mengikut dari nama blog ni sendiri, dari unit infrastruktur dipendekkan kepada infra dan klia di mana ofis kami beroperasi kuala lumpur international airports. kalau di airports penang mungkin infrapia. di airports kota kinabalu mungkin infrakkia dan lain-lain tempat mungkin.

ahh..jadah apa cerita pasal ofis sendiri kat orang. mana ada sape nak amik tau pun yetakk...

apa-apa pun target lepas ni selepas memiliki domain mungkin hosting plak. tapi blog biasa-biasa je tak gempak apa pun, apa heboh nak semua-semua tu?? sudah...

akhir kata "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN". ni tujuan sebenar nak sampaikan.

p/s : header pun dah tukar.
p/s2 : dah lama aku tak tulis-tulis camni.

21 Julai 2011

CUACA PANAS - Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai


CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA

Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU

1. Sakit kepala

2. Keletihan

3. Lemah tumpuan

4. Pening

5. Lemah otot–otot atau kekejangan

6. Mual dan muntah

7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar.

5. Kerap berehat.

6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.

7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

8. Pakai topi atau payung yang besar.

ELAKKAN

1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

3. Bersenam dalam cuaca panas.

PETUA - PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS

1. Keluar dari kawasan yang panas.

2. Tanggalkan pakaian yang ketat.

3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.

4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan.

5. Minum air setiap 15 minit.

6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


*PESANAN KESEDARAN KESIHATAN UNTUK OHSAS18001 OLEH UNIT KUALITI SISTEM

lagi tips ketika cuaca panas. klik

18 Julai 2011

infra bowling tournament 2011

sebelum layan gambar-gambar kat bawah ni apa kata imbas kembali tournament yang sebelum ni...

http://www.infraklia.com/2009/09/bowling-tournament-2.html

ok, untuk tournament kali ini diadakan di Banting Superbowl pada 17 julai 2011 ahad yang lepas. segala bagai persiapan berjalan dengan jayanya untuk menjayakan lagi tournament tersebut. dan gambar-gambar di bawah adalah hasilnya. tak payah banyak cakap biar mata yang menjamu selera.















3rd place

2nd runner up

1st winner

men women best bowler & lucky draw


siapa-siapa yang tak puas hati boleh tengok result ni...


nota kaki : semoga program seperti ni akan dapat diteruskan pada masa akan datang. chewahhh...tq juga pada ashraff princeton sebagai tukang tembak