Ketika saya dilimpahi kurniaan Allah swt dengan nikmat yang tidak terhingga, Allah telah menegur saya dengan satu kisah sahabat saya yang boleh dijadikan iktibar.
Beliau datang dari keluarga yang susah, mungkin tidak sampai ke tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi, dapatlah dibandingkan jurang nikmatan yang saya nikmati berbanding dia.
Secara jujurnya, saya tidak pernah rasa susah, alhamdulillah atas nikmatNya..
Tetapi, kepada insan yang kurang mendapat kenikmatan duniawi ini, INGATLAH, bahawasanya kamu tergolong dalam golongan orang yang BERUNTUNG.
beruntung? apa yang untung?
Saya mendapat duit poket ke sekolah setiap hari tanpa henti, tetapi ada juga insan yang tiada wang poket untuk ke sekolah, malahan ada yang berusaha menjual mee di sekolah untuk mendapat duit poket sendiri, dan lagi mengharukan, membeli perkakas sekolah sendiri dengan duit untung jualan mee itu. BARAKALLAHU FIK. sungguh berkat beliannya kerana wangnya datang dari hasil titik peluhnya sendiri, tanpa perlu bergantung pada wang orang lain.
dari situ, secara tidak langsung dia dapat merasakan nikmat yang susah nak dikecapi oleh orang-orang 'bergantungan' seperti saya. kenikmatan ini yang jarang saya alami, kadang-kadang sahaja boleh saya rasakan, sebagai contoh, saya siapkan assignment, pastu dapat gred 'A', hah kan nikmat tu? hehe. (waduh, assignment physiology tak siap lagi, bilakah mahu buat?)
satu lagi nikmat yang dapat dirasai bila hidup susah adalah pengalaman dalam BERDIKARI. inilah juga antara kelebihan yang dapat dirasai oleh mereka. oleh kerana kurang kemudahan, mereka telah berpengalaman dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cerebrum mereka sendiri. itulah yang saya dapat bezakan bila duduk di India ini, rakan-rakan yang dibesarkan di luar bandar lagi berdikari berbanding rakan-rakan yang hidup di kawasan bandar (apatah lagi saya ini, duduk BANDARAYA shah alam, huhu).
nikmat makanan~
maka, kepada sesiapa yang rasakan dirinya kekurangan nikmat duniawi, ingatlah bahawasanya kamu semua adalah UNTUNG! untung dari segi pengalaman, untung dari segi berdikari, untung dari banyak lagi aspek.
kepada rakan-rakan yang terlebih nikmatnya (termasuklah saya ini), ingatlah bukan anda sahaja yang paling tinggi darjat, kerana darjat bukan diukur dari kemewahan semata-mata, tetapi darjat itu adalah mengikut KEKUATAN IMAN seseorang itu. Firman Allah s.w.t.
Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu BERIMAN. [ali Imran 139]
maka, sekarang kita tahu siapakah yang paling tinggi darjat disisiNya kan? maka, alang-alang di ambang ma'al hijrah 1430 yang akan disambut pada esok hari, marilah kita berhijrah, dari yang buruk kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, agar kualiti dan imej orang yang beriman dan beramal soleh dipandang tinggi oleh masyarakat, dan secara langsung mengharumkan nama Islam di muka bumi ini, dan insyaAllah islam akan kembali tertegak di bumi ini, AMEEN!
marilah sama-sama kita gemblengkan nikmat-nikmat yang kita perolehi ini untuk kebaikan Islam, bersedekahlah wahai yang berada, berbaktilah kepada umat wahai yang berkemampuan, bekerja keraslah dalam bidangmu, agar dakwah dapat disebarkan dengan lebih luas, wahai penuntut ilmu (termasuklah saya ini), IKHLASlah dalam menuntut ilmu yang kamu ceburi, kerana semua khazanah ilmu di dunia ini asalnya adalah milik kita!! Ingatkah kita tentang jasa Ibnu Sina kepada dunia perubatan melalui Qanun Fith Thibnya? ingatkah kamu tentang al-khawarizmi dalam memperkenalkan angka sifar? ingatkah kamu dengan Ibnu Nafis yang memperkenalkan teori darah manusia itu mengalir dan menafikan tanggapan ilmuwan Yunani yang mengatakan darah itu statik??
oleh yang demikian, janganlah kita leka dalam kenikmatan yang Allah berikan ini. Manfaatlah ia ke jalan yang benar, kongsilah ia dengan golongan yang memerlukan, gunakanlah ia untuk membantu saudara-saudara kita, terutamanya nun di Palestin sana. tidakkah kamu kasihan dengan mereka, disekat makanan, minuman, dan bekalan elektrik, malahan baru-baru ini masjid Gaza dibom?? bagaimanakah negara Palestin mahu membina semula infrastrukturnya tanpa pertolongan saudara-saudara seaqidahnya?? bagaimana bayi Palestin yang baru mengenal dunia ini mahu makan dan minum tanpa pertolongan dari kamu ya ayyuhal muslimuun?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
[ar Rahman ayat 13, diulangi 26 kali dalam surah ini]
berhijrahlah wahai rakan-rakanku (termasuklah diri ini), mari kita salurkan nikmat yang kita kecapi kepada rakan-rakan yang lebih memerlukan.
salam ma'al hijrah.