15 March 2013

Salam Jumaat

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga hari ini..
Bertemu kembali dengan Jumaat penghulu segala hari..Mandi sunat hari Jumaat tidak dilupakan..

Al kisah jam 5 petang..yang berkerja berpusu-pusu keluar dari perkarangan hospital


Dalam kekalutan manusia menuju ke destinasi masing-masing begitu juga aku yang berjalan kaki menuju ke kereta yang diparking luar perkarangan hospital..

Nun di sana kelihatan sepasang suami isteri yang berpakaian biasa-biasa.. persis orang susah. Ku kira dalam lingkungan umur late 40's juga membawa sepasang anak, yang kakak dalam lingkungan umur 8 tahun dan yang bongsu lingkungan 4 tahun..Sepertinya mereka dalam kesusahan..

Sengaja aku perlahankan langkah kaki..cuba memerhati dari jauh..

Si isteri cuba meminta tolong seorang staff hospital
''Encik, boleh tolong panggilkan teksi untuk kami?Teksi yang berada dalam perkarangan hospital enggan mengambil penumpang ''ujar si isteri memohon simpati
Dari jauh sukar aku pastikan apa yang dibalas oleh staff berkenaan namun, aku lihat staff itu terus meninggalkan makcik bersama-sama anaknya dan terus menaiki kereta Myvi nya

Jelas hampa di raut wajah makcik itu. Hatiku sayu melihat 2 orang anak mereka terutama yang berumur 4 tahun. Jauh disudut hati, terfikir bagaimanalah jika aku yang berada di tempat mereka.

Aku segera mengambil kenderaanku..lantas masuk semula ke perkarangan hospital dan menawarkan bantuan untuk menghantar mereka ke stesen teksi berdekatan. 

Sepanjang perjalanan, aku sempat bertanya dari mana, ada tujuan apa ke hospital dsb. Si isteri menceritakan, suaminya mengidap  gout dan sukar berjalan kerana bengkak-bengkak pada tubuhnya. Oleh sebab itu, dia yang terpaksa berjalan mencari teksi. Anak bongsunya pula kurang sihat, kelihatan lemah dan baru selesai muntah.

Allahuakbar..
Kasihan mendengar cerita mereka, tetapi seperti biasa aku tidak menyatakan pekerjaan sebenarku pada mereka walaupun ditanya

Setibanya di stesen teksi tersebut, mereka mengucapkan terima kasih.
Serentak, kedua -dua anak mereka melambai tangan padaku.

         ''Bye-bye..,''ujar ahli-ahli syurga itu sambil tersenyum girang.

Tangan dihulur, dan si kakak turut bersalam dan mengucup tanganku tanpa disuruh ibunya.

Sebak hatiku saat mereka hilang dari pandangan mataku 
Air mataku menitis..laju...

Hari ini, Allah sengaja menggerakkan hatiku supaya aku memandang mereka yang kurang berkemampuan. Betapa selama ini aku alpa dan terbuai dengan kenikmatan duniawi yang diberi padaku. Meski bukan jutawan, namun aku dan anak tidak pernah merasa susah. Memang betullah nasihat yang sering kudengar, jangan memandang orang yang lebih atas daripada kita, pandanglah orang dibawah kerana dari situ pasti akan terbit rasa syukur padaNYA..