Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

My Doodle Notes #7 : Solat Yang Paling Baik...

Assalamualaikum...


Tool : Paint Tool SAI + Photoshop



























"Solat yang paling baik bagi orang lelaki adalah solat di awal waktu secara berjemaah di masjid."

Kata-kata di atas tu bukanlah daripada hadis. 
Aku petik kata2 tu dari seorang Ustaz semasa kuliah Maghrib di masjid.

Orang lelaki, keutamaannya adalah solat kat masjid secara berjemaah. Yang paling baik mestilah jadi imam. Tapi takkanlah semuanya nak berebut jadi imam pulak? :p

Banyak hadis membincangkan kelebihan solat di masjid secara berjemaah ni. Nanti aku sertakan sebahagian kat bawah.

Memang betul, untuk solat di masjid 5 waktu sehari memang agak mustahil tambah2 lagi yang bekerja. Ada kekangan masa dan peraturan tempat kerja yg harus dipatuhi. 
Ditambah lagi dengan  sikap yang memang pemalas nak ke masjid tu.

Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Kalau tak mampu nak ke masjid setiap waktu, pergilah pada waktu yang free, contoh selepas tamat waktu bekerja.
Takkan siang malam kot kerja? Jangan kebulur sangat harta dunia ni.

Waktu2 yang tak mampu ke masjid tu, sekurang- kurangnya kita cuba untuk berjemaah, di awal waktu. Ajaklah sape2 rakan sepejabat atau kalau di rumah dengan keluarga.

Kalau tak boleh jugak berjemaah, maka cubalah sedaya upaya untuk solat di awal waktu. Ikut kemampuan. Tapi kena cuba jugak untuk buat yg paling afdal tu.

Cuma yang menyedihkan bila zaman sekarang ni dah ramai yang ambil ringan pasal solat. Solat pun di hujung waktu. Banyak sangat hiburan dan benda2 yg melalaikan sampai sayang nak tinggal sekejap untuk solat.

Jangankan nak cerita pasal solat jemaah di masjid, nak solat di rumah pun kemain liat nak kena paksa. Kalau Subuh lagilah.

Solat itu tiang agama. Amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak.


Daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian 27 darjah. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*dalam hadis yang lain ada diriwayatkan 25 kali ganda



 Dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
"Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjemaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak." Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjemaah)."
(Riwayat Bukhari)


Abdullah (bin Mas’ud) RA berkata, “Saya bertanya kepada Nabi, 
‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah?’ (Dalam satu riwayat: yang lebih utama) Beliau bersabda, ‘Shalat pada waktunya’ Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua.’ Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi’? Beliau bersabda, ‘Jihad (berjuang) di jalan Allah.”‘ Ia berkata, “Beliau menceritakan kepadaku. (Dalam satu riwayat: “Saya berdiam diri dari Rasulullah.”) Seandainya saya meminta tambah, niscaya beliau menambahkannya.” 
(Riwayat Bukhari)




Jom Tengok Video Typoghraphy : Orang Tidak Solat oleh Ust Azhar


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 25 February 2013

SUJUDLAH!

Assalamualaikum....

maaf ayat tak puitis
Paparan lebih jelas KLIK SINI

Aku rasa ramai dah tahu, tapi aku nak kongsikan jugak kat sini.

KELEBIHAN SUJUD

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 21 January 2013

Lagenda Lelaki Terkuat di Alam Semesta

Assalamualaikum...



Ingatkah lagi korang tentang cerita komik dan animasi mengenai seorang lelaki yang digelar lelaki terkuat di alam semesta? Kisah Son Goku atau nama sebenarnya Kakaroct yang mengembara ke seluruh dunia untuk mengumpul Dragon Ball atau Mutiara Naga.

Dia perlu mengumpulkan 7 biji Mutiara Naga sebelum dapat menyeru keluar Dewa Naga yang kononnya mampu menunaikan 3 permintaan daripada sesiapa yang menyerunya.





Kame Hame Ha, teknik serangan terkuat Goku, Super Saiya pertama, kedua dan ketiga, teknik Gerakan Sejenak, teknik mengawal tenaga dalaman bagi membolehkan mereka terapung dan terbang, pertempuran dengan makhluk asing dan cyborg, semua itu pernah menjadi kegilaan anak2 yg lahir pada tahun 80-an dan 90-an  termasuklah aku. Heh.
 




Dan fenomena Dragon Ball ni rasanya masih lagi berterusan sampai sekarang dengan siri animasi dan filem live-action yang masih terus dihasilkan. Legasi yang diasaskan pencipta siri ini iaitu Akira Toriyama bagaikan tak pupus ditelan zaman.

Ceritanya sangat mengarut, tapi pemikiran kurang matang waktu tu menerima segalanya dengan mudah.

Aku percaya ramai anak-anak masa tu berangan-angan memohon hajat mereka kepada Dewa Naga. Atau mengalahkan musuh dan orang yang dibenci dengan serangan terkuat Kame Hame Ha. Ataupun bergerak ke mana2 tempat yang diingini dalam masa tak sampai sesaat dengan jurus gerakan sejenak.

Dan, aku tak terkecuali, menghabiskan masa dengan tekun setiap waktu senggang untuk berlatih teknik Kame Hame Ha. Jangankan bebola api, asap pun tak keluar. Sadis.

Ni Lukisan masa sekolah menengah dulu. Tiru balik lukisan daripada buku komik. (Pensel + Pen+ kertas A4)



Oh ya, ingat lagi tak pasal Awan Guling? Sejenis awan yang dijadikan kenderaan terbang oleh Goku waktu kanak2nya. Menariknya, awan guling ni hanya mampu dinaiki oleh orang yang suci hatinya. Aku adalah antara orang yang berjaya naik awan guling, Nampak tak mesejnya di situ? Haha.

Bukti naik awan guling :
 

Cukup mukadimah yang panjang berjela.

MUTIARA IMAN

Maka, dengan berinspirasikan kisah animasi dan komik popular itu terhasillah poster di bawah ni:


Mutiara Naga versi islamik : “Mutiara Iman”. Bukan lagi kisah pahlawan yang hebat kekuatan fizikalnya, tapi lebih kepada teknik rahsia membina kekuatan dalaman dan spiritual. Kekuatan iman.

Sebagaimana radar diperlukan untuk mengesan kedudukan Mutiara Naga, ada radar juga sebagai panduan untuk mencari mutiara Iman, iaitu “hidayah”, radar dengan petunjuk Yang Maha Kuasa, Allah.

Tak perlu bergantung kepada Dewa Naga, kita ada satu kuasa yang Maha Agung untuk mendengar rintihan dan menunaikan permintaan kita. Tak perlu bersusah mengembara ke seluruh dunia mengumpul Mutiara Naga untuk memohon hajat, cukup bersimpuh di atas sejadah, mengangkat tangan memohon doa.

Islam, iman dan ihsan. Tiga perkara yang sangat penting dalam membina peribadi seorang mukmin sejati. Ketiga-tiganya perlu wujud seiring, tanpa mengurangkan walau sedikitpun.

Rukun Iman sebagai asas dan tunjang kepercayaan serta aqidah. Rukun Islam sebagai amalan zahir bagi membuktikan kepercayaan secara perbuatan lahiriah. Dan ihsan, sebagai pelengkap kepada penghayatan terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam.

Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para
Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Bila iman sudah mantap, aqidah sudah kukuh maka seorang muslim akan menjadi Super Muslim, mukmin sejati :)
 

Rujukan : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

Er, yang pasal Dragon Ball tu takde dalam Buku Hadis 40 tu ye.





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...