Thursday, March 31, 2011

Lone (Power) Ranger

Bulan ni bulan berpenyakit untuk saya.
Masa travel, kena keracunan makanan kat Pulau Pinang.
Kaki terseliuh masa melawat Melaka.

Migraine masa tengah kejar masa siapkan deadline kerja (akibat dari ketagih dengan kopi rasanya. Efek lain adalah muntah dan rasa macam nak pengsan kadang-kadang)

Sekarang tengah demam (dan berhenti sekejap dari buat kerja dan akhirnya ada masa untuk entri blog)

Apa yang best ketika ditimpa penyakit masa travel seorang-seorang adalah akhirnya saya dapat survive hidup seorang diri tanpa sesiapa.

Kalau dulu masa saya demam, saya akan suruh ex saya datang ambik dan dia jadi healer saya sampai saya sembuh (beliau seorang yang baik dan ada 'kuasa' untuk menyembuhkan penyakit)

Dulu saya rasa agak menakutkan kalau saya hidup seorang-seorang. Sekarang ni, rasa takut itu hilang. Hidup seorang diri tidaklah menakutkan seperti saya bayangkan dulu. Cuma hanya rindukan ayah dan mak saya.

Walaupun saya tak seensem Rangga dalam 'Ada Apa Dengan Cinta', saya rasa sangat best sebab saya pun lone ranger macam beliau dan "Cinta" saya sudah jauh dari pandangan mata dan hati saya.

Saturday, March 19, 2011

Serabut

Baru sehari rehat, otak sudah serabut.
Ada masa terluang, mula fikir yang bukan-bukan.

Can't wait to hit the road, travel and work again.
Works make me happy.

Hati Saya Sudah Sejuk Macam Ais

You hurt my heart COLD,
And it will NEVER get old.

Eat, Travel, Work

Saya tengah berehat dari travel. Bukan travel suka-suka, tapi sebab kerja sebagai researcher of local food untuk Editor saya.

Kalau diikutkan, pengembara seorang diri sangat menakutkan pada mulanya. Tapi tahun ini adalah tahun untuk saya cuba perkara-perkara baru.

Untuk bahagian pertama, saya sudah kembara ke Perak, Kedah, Penang, Pahang dan sudah tentunya Kelantan.

Setiap hari, kena mencuba lebih kurang 10 jenis makanan. Makin gemuk. Tapi duit punya pasal, bedal saja lah. Lagipun sekarang berada dalam zon single. Tak perlu sangat kurus untuk jaga hati pasangan.


Antara makanan makanan, Sate Ikan atau turut dikenali sebagai "Lok Ching"


Makan "Lok Ching" dengan sos pedas home made


Karipap coklat, jumpa kat Kedah. SEDAP dan PANAS. Lidah lecur masa makan.


Antara tempat persinggahan restoran tengah jalan kat kawasan gunung Perak


Berhenti dekat kawasan masjid berdekatan dengan Gurun untuk solat


Terpesona dengan kawasan Belum. Superb, malangnya tak sempat nak singgah

Tart telur yang amoi cantik jual kat Penang


Makan Mee bandung tak sedap kat Ipoh

Saya sengaja tak mahu ambil gambar saya di mana-mana lokasi sebab sekarang rasa sangat gemuk dan tak ensem. haha

Sekarang tengah rehatkan perut, bersenam untuk turunkan sikit berat badan dan mulakan bahagian kedua kembara. Lokasi tak pasti lagi, tengah tunggu arahan dari bos besar.

Friday, March 11, 2011

SEJOK

Ada kat airport. Tengah tunggu nak terbang. Delay sebab hujan.

Walaupun ada kat dalam, hujan kat luar buat aku rasa SEJOK salji tahap MEGA.

Tapi tetap nak minum frappucino Star Bucks.

Bye bye, udah mau terbang...

Keje, Keje, Keje

Sudah tiga hari lepak kat Starbucks, buat kerja dan minum frappucino. Agak ketagih.

Alhamdulillah, bulan 2 dan 3 penuh dengan kerja. Apabila sibuk dengan kerja, sudah tidak ada masa untuk fikirkan benda-benda yang tak penting dan yang boleh membuatkan kepala serabut.

Walaupun otak agak berat dengan kerja dan memenatkan, sekurang-kurangnya dapat hasil. Dari asyik habiskan masa fikirkan pasal 'sesuatu' dan 'seseorang'.

Kerja sebagai penyelidik bakal habis ujung bulan 3 dan kerja untuk bulan 4 sudah menanti. Harap bulan 6 sehingga hujung tahun akan terisi dengan kerja.

Mau kerja, kerja, kerja dan kerja. Kalau saya tidak berkerja, saya boleh jadi gila.

Oh ya, bulan ini cerita rakyat saya keluar dalam Majalah Dewan Pelajar. Kalau ada masa lapang, tengok-tengoklah dengan percuma kat MPH, Borders dan sewaktu dengannya.

Tuesday, March 8, 2011

Aweks

Ni mak saya, perempuan paling hebat kat dunia ni.

Saya amat-amat rindui, hargai, sayangi dan hormati semua perempuan hebat ini.

Mak saya, Zabiah Jaafar
Kakak (Azila) dan adik saya (Anis)
Nenek saya yang pandai buat nasi kerabu dan ayam percik tersedap kat dunia

Kawan saya paling cool, Lara dan Nada Haifaa

Kawan saya yang juga seorang mak cik iaitu Kak Rozie aka CEO dan Siti Nazariah (Haha, jgn marah siti)

Orang ASWARA yang paling hebat dan best iaitu Kak Nani

Awek paling saya teringin nak tengok konsert dia iaitu Britney Spears dan Adele

Perempuan hebat dari segi karya-karyanya, Annie Leibovitz dan J. K. Rowling

Awek-awek yang saya rasa sangat-sangat HOT, Scarlet Johansson, Katy Perry dan Pamela Anderson LOL

dan akhir sekali, semua perempuan kat seluruh dunia ni, tak kira anda siapa, bagi saya, anda sangat HEBAT.

Sunday, March 6, 2011

Otak Kacau

Agak tekanan minggu ni (atas beberapa sebab personal)

Tetapi nasib saya baik sebab kawan saya, Lara sudi jadi teman berborak dan cuci mata sebelum dia balik kampung ujung minggu (T_T).

Rasa lega juga sebab kawan saya, Nik teman saya nyanyi/makan/jalan2 masa hujung minggu sebelum dia terpaksa balik UM sebab dia ada kelas (T_T).

Tetapi apa yang membuatkan saya rasa lebih gembira apabila saya tengok gambar ayah saya senyum.


I LOVE my DAD

Tuesday, March 1, 2011

Seksi

Saya rasa orang yang pandai buat jokes sangat-sangat seksi.

p/s : Ini hint untuk kekawan saya yang sibuk mau carikan date untuk saya. Terima kasih, tapi date yang korang carikan tu sangat-sangat seyes. Saya takut. hahaha

Followers