Showing posts with label artemia. Show all posts
Showing posts with label artemia. Show all posts

Wednesday, 11 June 2014

Makanan Anak Ikan Laga

Salam semua,

Kalau sebelum ni dah cerita pasal makanan ikan laga dewasa ( lihat di sini ) kali ni nak cerita pasal makanan untuk anak anak ikan laga terutamanya anak ikan yang baru menetas. Kebiasaannya selepas 3 atau 4 hari makanan asal yang terdapat pada badan anak ikan akan kehabisan. Anak anak ikan ni mulai aktif dan sudah pandai berenang. Pada masa ini anak anak ikan ini memerlukan makanan untuk kekal hidup dan membesar.
Ada pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk dijadikan makanan anak anak ikan ini. Berikut adalah antara senarai makanan yang sesuai dan pernah di cuba di ILA.

1. Artemia

Sejenis hidupan laut seolah olah udang kecil. Artemia ini diperolehi dengan cara melakukan penetasan dari telor telor artemia yang terdapat dipasaran (cara penetasan artemia pernah di ceritakan di sini). Artemia ini sangat kecil dan sangat sesuai dengan saiz mulut anak anak ikan tersebut.Pergerakan artemia yang tidah berapa laju dapat menarik perhatian anak anak ikan dan mudah bagi mereka untuk menangkap makanan tersebut. Sumber makan hidup dan bergerak gerak sangat menarik perhatian anak anak ikan berbanding dengan makanan yang kaku terapung di atas air.
Pelbagai jenis artemia terdapat di pasaran kita, tetapi awas tidak semua jenis artemia mampu menghasilkan anak anak artemia (baby brine shrimp). Kadang kala produk yang tidak berkualiti menyebabkan hampir tiada anak anak artemia dihasilkan.Harga artemia sedikit mahal menyebab sesetengah pihak mengambil kesempatan keatas jenama terbaik dengan menjual telor yg tidak berkualiti.
Artemia hanya dapat hidup lebih kurang 48jam dari masa penetasan.

2. Kutu Air


Hampir sama seperti artemia. haiwan ini bersaiz kecil (sedikit besar dari artemia) dan pergerakkan kutu air cepat menarik perhatian anak anak ikan laga. Anak nak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai dengan saiz mulutnya sebagai mangsa. Ada juga kutu air sedikit besar dan elakkan dari memberi kepada anak anak ikan laga. Kutu air boleh juga didapati di sesetengah kedai ikan dan harganya jauh lebih murah, ataupun boleh  di cari di mana parit kecil yang aliran airnya tidak laju. Tolong jangan cari di loji rawatan air kerana ia merbahaya dan sangat sangat tidak bersih. Kutu air juga boleh di biakkan. (akan dibincangkan pada topik akan datang)
Pergerakan kutu air lebih laju dan dapat hidup lebih lama.

3. Microworm

Microworm adalah senang dikenali sebagai cacing kecil yang sangat halus. Untuk mendapatkan microworm ini ia perlu dibiakkan. Antara keperluan yang perlu ada ialah, microworm starter, yis dan roti serta bekas lutsinar (gelas plastik pakai buang atau bekas makanan plastik pakai buang supaya boleh dilihat pergerakkannya). Microworm juga boleh di beli di sesetengah kedai ikan laga ataupun melalui rakan niaga melaui pos.Ia mengambil masa 2 higga 3 hari untuk dapat menuai hasil. Microworm akan bergerak ke tepi dinding dan dapat dilihat sebagai benang benang halus di sekitar bekas pembiakan.Microworm tidak berenang didalam air tetapi pergerakkannya akan menarik perhatian anak anak ikan laga.

4. Liquifry

Ini adalah sumber makanan untuk anak ikan yang baru beberapa hari menetas. Cara penggunaanya juga agak mudah, cuma titiskan beberapa titik Liquifry ke dalam bekas pembiakkan selepas induk ikan habis bertelor. Liquifry dalam masa 2 hingga 3 hari kan bertukar menjadi infosuria, (microscopic natural organisms) dan ini kan menjadi sumber makanan untuk anak ikan. Jika terlewat, boleh juga di adukkan didalam bekas lain dahulu kemudian perlahan lahan tuangkan ke dala bekas anak anak ikan yang telah menetas. Jika untuk digunakkan pada anak anak ikan laga carilah LIQUIFRY no 1. Gunakan Liquifry hanya sebagai sumber alternatif atau pun back up jika kehabisan artemia atau kutu air.

5.Telor Kuning
Telor kuning mungkin menjadi pilihan terakhir jika antara makanan yang di sebut di atas sukar didapati. Kaedahnya sangat mudah dan secara teorinya telor kuning cukup dan sesuai untuk pembesaran anak ikan laga tetapi masalahnya, mahukah anak ikan laga memakannya.
Dapatkan sedikit telor kuning dan bungkuskan dengan kain nipis yang bersih. Rendamkan 3 hingga 4 minit sahaja. Anak ikan akan memakan (jika mahu) cairan dari kuning telor tersebut. Awas jangan terlalu banyak, air cepat kotor dan berbau. Penggunaan telor kuning memerlukan kerajinan untuk menukar air, tetapi suhu air yang berbeza juga boleh membunuh anak anak ikan yang masih baru.

6. Lain lain makanan
Jika dalam keadaan yg sangat terdesak, cuba hancurkan apa apa makanan ikan sehalus mungkin dan masukkan sedikit sahaja untuk sementara mendapatkan makanan yang sesuai. Jika berlarutan, peratusan untuk anak anak ikan untuk hidup sangat rendah.

Sedikit panjang coretan kali ini, moga dapat membantu yang masih baru......



Friday, 20 December 2013

Cara Penetasan Artemia di ILA

Salam semua,

  Hari ini hobi menternak ikan laga semakin mendapat perhatian. Ramai yang berjaya membiakkan ikan laga tapi ramai juga yang gagal membesarkan anak2 ikan tersebut. Semua yang pernah cuba membesarkan anak2 ikan lagi pasti tahu makanan yang sesuai untuk si ikan kecil ini. Di antara makanan yang popular ialah kutu air dan artemia.
  Kami di ILA menggunakan artemia (sejenis hidupan kecil laut) yang boleh didapati dalam bentuk telur kecil, tetapi ia perlu diproses supaya menetas dan diberikan kepada anak2 ikan. Artemia juga ada pelbagai jenama, terpulanglah kepada kemampuan masing2, tetapi caranya tetap sama. Gambaran saiz artemia dan anak ikan seperti berikut

Iksan google














Di antara jenama artemia yang terdapat di pasaran seperti berikut:
Artemia Salina

 








Artemia Sera













Artemia JBL










Berikut adalah kaedah mudah untuk menetaskan telur2 artemia. Sediakan peralatan mudah seperti di bawah

Botol air (1.5L) yang dipotong 2 bahagian (lebih kurang 5" dari bawah) dan bahagian atas di terbalikkan seperti gambar berikut.













Sediakan juga tube dan "air valve".













Dan yang paling utama ialah "air pump"












Sambungkan tube melalui bawah penutup botol dan bahagian yang satu lagi ke air valve, seterusnya sambung ke air pump. Tujuan air valve digunakan supaya dapat mengawal kekuatan angin ke dalam botol. Udara/angin  yang diperlukan adalah yang sederhana agaran air yang berombak sahaja.
   Jika menggunakan Artemia jenama JBL, tidak perlu penambahan garam, hanya masukkan air dan telur artemia pada sukatan yang betul. Ia mengambil masa antara 24 hingga 36 jam untuk mendapat jumlah penetasan yang terbaik. Sesudah cukup masa penetasan, anak artemia yang sangat kecil boleh di lihat pada jarak dekat.
   Gunakan penyedut seperti dibawah untuk mengabil anak2 artemia, dan tapiskan dengan kain atau penapis halus untuk mendapatkan artemia tersebut.Artemia perlu ditapis untuk mengelak air masin berlebihan masuk kedalam tempat anak2 ikan.

Penyedut dan penapis artemia















Selamat mencuba.....