Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday # 29 - Baca je dah terbayang-bayang...arghhhh!!!


Pesanan:hari ni hari mereka,mana tahu hari kita akan tiba...jadi jagalah kesihatan anda...

Wednesday, April 17, 2013

Adab Makan dan Minum -Cuba jadikan kebiasaan..

Bila ada ceramah agama di kawasan perumahan saya,jika saya ada masa terluang,saya mesti pergi.
Maklumlah kerja rumah di rumah memang sentiasa ada.Tak pernahnya habis.Jadi elok bila ada masa terluang je saya mengisinya dengan mendengar ceramah agama.Hati dan jiwa menjadi tenang.

Antara yang dibincangkan adalah adab makan dan minum.Kita sering terlupa adab-adab ini.Cuba lihat apa yang sempat saya salin.Saya sudi untuk kongsikan.Oh ya satu lagi,kalau kita pergi mendengar ceramah agama ni,bawalah sedikit buku catitan,agar tidak mudah lupa.Catit seringkas yang boleh,sebab mereka bercakap laju juga.


Adab Makan dan Minum

1) Sunat Ambil Wudhu' dan basuh tangan.
Biasanya orang lelaki sentiasa menjaga wudhu' mereka.Mereka sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu'.Kita pun perempuan mesti begitu juga.

2) Baca Bismilah

3) Baca doa makan
Ustaz kata bila baca doa,syaitan tak boleh makan makanan kita.Anak-anak sekarang semua dah pandai baca doa makan kan.Baca doa makan tu selalu kuat-kuatkan.hehehe...siap dengan maknanya lagi.

4) Makan makanan yang dekat dengan kita.Tetapi ustaz kata kalau buah jauh,boleh ambil dulu.Maknanya kita makan buahan dulu.Baru makan nasi.Pilihan pertama buah,kedua daging.Ustaz kata lagi dalam syurga kita makan buah sahaja.Makan pula dengan 3 jari.

5) Jangan mencaci makanan yang dihidangkan.Kalau suka makan,jika tidak suka tinggalkan.
Biasakan kalau seseorang tu rasa makanan tak sedap,terus sound direct.Tak bertapis langsung.Tak baik tau.

6) Jangan makan dalam keadaan berbaring.Nabi Muhammad s.a.w. duduk satu kaki diangkat.
Pernah tak lihat orang berbaring makan,saya pernah lihat.Sambil berbaring dia makan sambil menonton TV.

7)Makan boleh bercakap,tetapi ustaz kata janganlah sampai nampak makanan dalam mulut kita.Ini ada yang sampai menyembur-nyembur bila bercakap.Tak baik tu.

8)Sunat mendoakan orang yang memberi makan pada kita.
Berapa ramai yang mendoakan pemberi makan ni ye. Pasti tak ramai ni.Lepas ni kita doakan ye.

9) Kalau makan dengan orang tua,jangan mulakan sebelum orang tua makan.
Yang ni saya selalu ajar anak.Sebelum baba dan umi makan jangan makan dulu.Kemudian saya ajar lagi,hidangkan nasi untuk untuk umi baba atau orang tua dengan pinggan kaca.Jangan guna pinggan plastik.(rumah saya ada 2 jenis pinggan plastik dan kaca).Ini sebahagian cara menghormati orang tua.

10) Makan semua sekali,ada berkat.Ini kerana syaitan akan makan yang lebihnya.
Pernah tengok orang selepas habis makan menjilat semua jari mereka,ini bukan perkara yang menjjikkan.Ini kita tak mahu ada lebihan nasi di tangan dibuang begitu sahaja.Berkatnya mungkin di jari itu.Selalukan kita ajar anak-anak habiskan nasi,nanti nasi menangis.Anak-anak ikut kan.

11) Sunat minum 3 teguk air,kemudian berhenti.Kemudian sambung lah lagi 3 teguk lagi dan berhenti.Makruh minum dari punca.Contoh minum guna jug air besar tu.
Nabi kita tak makan makanan yang panas-panas dan pedas-pedas.Nabi juga melarang makan dan minum dari bekas emas dan perak.

Inilah sebahagian yang dapat saya catitkan.Semoga menjadi renungan kita bersama.

Pesanan: Benda-benda yang remeh ni lah membawa berkat dalam hidup kita.


Wednesday, April 10, 2013

Mengundi 5 Mei 2013 hari ahad!

Seperti yang semua sudah ketahui 5 Mei 2013 adalah hari pembuangan undi.Jatuh pada hari ahad.Motif?Sabtu ada kan.Motif tak buat hari sabtu?Kenapa ye tak buat hari cuti sekolah panjang hujung bulan Mei.Motif tak buat cuti sekolah?Keputusan adalah muktamad.Dah kata 5 Mei,jadi keluar lah mengundi.

Eloklah saya tak perlu memohon cuti.Memang suami pun cuti sabtu ahad dan saya pun tak jaga budak sabtu ahad.Bolehlah balik.Untuk makluman,saya mendaftar untuk mengundi di Kelantan.Maka saya akan pulang dari Kuala Lipis,Pahang ke Kelantan mengikut suami yang juga mengundi di situ.

Semoga Pilihan Raya Umum ke 13 ni akan berjalan lancar.Setakat 3 kali saya sudah turun mengundi,kawasan saya mengundi tu aman dan tenang.Tiada kekecohan.

Bagaimana ye pengundi-pengundi yang berada di Kelantan,Kedah dan Terengganu yang mendaftar undi di luar dari negeri tempat mereka bekerja?Mungkin ada yang mengundi di Perak,Kuala Lumpur....rugi ni...

Pesanan:Apa-apa pun,jangan lupa keluar mengundi ye!

Thursday, April 04, 2013

Akibat mengantuk sangat...



Saya tak sedar bila masa dia tidur.Tiba-tiba tengok dia dah tertidur ketika makan nasi.Kasihan anak saya.Mungkin terlalu mengantuk inilah jadinya.

Pernah tak korang alami keadaan macam ni?Saya pernah juga membawa anak naik ke kereta.Waktu tu dia sangat mengantuk.Tapi bila suruh baring dia tak nak.Dia tetap nak duduk juga.Sampai tersengguk-sengguk kepalanya ke kiri dan ke kanan.Ada ketika terhantuk kepalanya di sisi pintu.Masih juga berdegil tidak mahu baring atas kerusi.Saya biarkan sehingga dia sendiri terbaring dengan sendirinya.

Ada juga ketika saya mengendongnya.Sewaktu tu tangan kiri saya mengendong dia,manakala tangan kanan laju menaip di papan kekunci komputer.Saya ingat dia masih berjaga,rupanya dah tertidur.Patutlah saya rasa lembik je badan dia.

Beginilah anak-anak kalau mengantuk sangat kan.

Pesanan: Sila lihat anak anda,tertidur ke sewaktu makan....hehehehe

Sunday, March 31, 2013

Latih anak menderma ke dalam tabung masjid



Anak-anak kalau dari kecil di ajarkan perkara yang baik-baik,mudah je diorang ikut.Kalau macam saya yang sering bermusafir kerana perjalanan yang jauh ke sesuatu tempat,pasti masjid atau surau yang terhampir saya singgahi.

Dikala ini,bila kita ke masjid atau surau pasti ada disediakan tabung masjid untuk sesiapa menderma.Disamping mendapat pahala yang berterusan,semoga perjalanan kita ke destinasi mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t.

Sebenarnya,saya dah jarang sangat bawa beg tangan kalau masuk ke masjid untuk solat.Saya tinggalkan aje dalam kereta dalam keadaan tersorok.Kini berbagai beg kain sembahyang boleh kita beli untuk dimasukkan kain sembahyang kita.Kalau kita berhabis wang yang banyak membeli beg tangan,janganlah lupa beg kain sembahyang kita pun perlukan beg yang khas.

Dulu-dulu rajin juga saya lihat beg kain sembahyang hanya menggunakan plastik biasa je.Kini ramai yang menyimpan kain sembahyang dalam beg khas.

Okay berbalik kepada latih anak menderma di tabung masjid.Saya akan pastikan ada beberapa Ringgit Malaysia (RM) disimpan dalam beg kain sembahyang saya.Jadi bila saya sudah selesai solat,saya minta anak-anak masukkan beberapa RM didalam tabung masjid atau surau.Jika ada dua ,dua-dua saya cuba masukkan.Anak-anak waktu ni walaupun masih kecil,memang suka.Lama-lama menjadi tabiat.Jadi bila nampak tabung derma kat masjid (diorang pun dah kenal rupa tabung dan tempat biasa yang diletakkan),pasti minta duit untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut.Lihat!Berhasilkan....

Sekarang ni mencuri dah tak kira tempat,dalam masjid Allah pun berlaku kecurian.Jadi risiko membawa masuk beg tangan ke dalam masjid memang tinggi juga.Selipar buruk pun kena kebas,apatah lagi kasut lawa-lawa.kan kan kan...

Pesanan: Janganlah berkira sangat jumlah yang hendak didermakan,yang penting ikhlas dalam mendapatkan ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

Monday, March 18, 2013

Dapat berehat sekejap pun jadilah


Bila kita mempunyai masa rehat yang cukup selepas seharian bekerja,memang kesihatan kita pun cergas.Sekalipun banyak kerja yang perlu dibuat,rehat memang perlu.

Sekali sekala nak juga merasa diri ni dilayan bak puteri...hahaha...putera mana nak layan ek...

Cantik tak tempat bersantai tu?Kalau ada kawasan luas di hadapan rumah,cantik juga diletakkan di situ.Saya ambil gambar tempat bersantai ni di sebuak sekolah di Kuala Lipis.Cantik pula saya tengok.Atas tu tak ada bumbung agaknya kalau masa hujan dan panas terik tak bolehlah bersantai di situ.Kalau gantung pokok macam pokok orkid pun cantik ni.

Berangan saya nak buat satu kalau ada rumah sendiri nanti.

Pesanan:Kena kreatif kalau nak cantik kan kawasan rumah kan.

Janganlah aibkan orang tu,dia kan dah berubah...

Bila kita lihat kawan kita dah berubah,janganlah aibkan mereka.Kalau nak cerita semua keburukan mereka sebelum berubah menjadi yang lebih baik,memang lah tak adil namanya.Tapi kalau kita nak bercerita untuk kebaikan berpada-padalah juga.

Saya kadang-kadang kecewa dengan sikap orang kita yang selalu rasa tak senang bila lihat orang lain berubah menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.Contohnya,bila kita dah tak nak join group lepak diorang petang-petang kat luar,mulalah cakap yang bukan-bukan.Bersangka baik lah.Mungkin ada sebab yang munasabah menyebabkan orang tu tak mahu join kita lepak bersama.

Cepat sangat kita menilai orang,walaupun tak pasti lagi sebab-sebabnya.Pernah saya bertanya seorang kawan,kenapa lama tak nampak keluar,katanya sejak suaminya pesan jangan lagi berkumpul berbual-bual di situ lagi,dia pun tak keluar.Dia pula takde pula menceritakan sebab-sebabnya.Mesti ada sebab yang kukuh suaminya tidak mahu isterinya bergaul bersama dengan jiran-jiran yang sering berkumpul petang-petang..Suaminya ingin yang terbaik,mungkin itu yang terbaik.

Ini contoh saya kaburkan gambar kawan-kawan yang sudahpun menutup aurat.

Kawan-kawan yang dulu tak menutup aurat,kini berubah ingin menutup auratnya,maka janganlah kita sibuk bercerita hal keburukannya.Sibuk bercerita dulu dia ni sekian sekian....bla bla bla...Sepatutnya kita bersyukur kawan kita ingin berubah.Lagi satu,tak payahlah lagi nak keluarkan gambar-gambar sewaktu dia masih belum menutup aurat sama ada di FB (Facebook) atau Twitter atau mana-mana tempat yang orang lain boleh lihat.Jagalah maruah kawan kita yang dah berubah tu.

Sebab tu bila saya nak imbas kenangan lalu,banyak gambar lama kawan-kawan saya kaburkan,sebab mereka dah menutup aurat.Seperti di entry SINI

Sibuk mencari salah orang lain,salah kita siapa nak lihat?Betullah orang kata,nak tahu sikap seseorang...lihatlah dengan siapa dia berkawan.

Pesanan:Cukup-cukuplah kita menfitnah,mengaibkan orang...tak takut azab Allah ke?

Wednesday, March 06, 2013

Ada juga orang malas macam ni ye...

Orang malas ni macam-macam tabiat dia.Sikap dari perbuatannya membuat kan orang yang melihat membuat satu kesimpulan dia memang pemalas.

Saya pernah lihat ada seorang gadis,selepas mandi dia tidak sikat rambutnya.Dahlah rambutnya panjang,terus dia ikat ala kadar dan memakai anak tudung seterusnya tudung.Korang biasa tak buat macam ni?Mungkin nak cepat kot.....

Saya pernah lihat anak teruna yang selepas mandi dia tidak lapkan kering badannya dengan tuala,sebaliknya dia terus memakai baju dan seluar.Korang pernah tengok tak macam ni?Mungkin nak cepat jugak kot....

Saya pernah melihat seseorang bangun dari tidur terus mengadap makanan.Jangan kata nak gosok gigi,basuh muka pun malas.Kalau orang ni makan bersama semeja dengan korang,korang suka tak?Mungkin nak cepat kot?...

Semua yang saya lihat ni sewaktu saya kebetulan ke rumah mereka...

Apa kesimpulan korang?Pemalas ke orang macam ni?

Pesanan;Lama-lama jadi tabiat....buangkan tabiat tak elok ni...nanti orang kata kita pemalas...

Monday, March 04, 2013

Uniknya Pokok Betik Ini!

Saya nak kongsikan hasil tangan jiran saya yang suka sangat berkebun.Saya pula dah lama tak menjenguk kebunnya.Rupanya dah macam-macam lagi tambahan pokok yang telah ditanam oleh jiran saya.

Antaranya pokok betik ini.Terkejut saya bila melihat buahnya yang lebat dan bentuk buahnya lebih panjang dan besar dari betik yang biasa.

Lihat lebatnya buah yang ada di pokok betik inikan?Menurut jiran saya buah yang banyak dan lebat ni hasil dia membajanya sentiasa.Ianya mengambil masa setahun untuk pokok ini besar dan menghasilkan buah seperti ini.

Pokok buah ini sangat rendah,tidak tinggi seperti pokok yang lain.Menurutnya lagi,antara semua buah ni hanya 1-2 biji sahaja yang mepunyai biji buah didalam.Sedangkan yang lain tidak mempunyai biji.Kalaupun ada biji pun sekadar 5-6 biji sahaja.

Akibat buahnya yang lebat dan besar,pokok ni terpaksa disandarkan dengan sebatang kayu besar,agar pokok ni tidak tumbang.


Agak unik lagi lihat warna ungu yang berada di setiap batang-batangnya.Buah yangkecil di atas itu sepatutnya dikerat sewaktu ianya kecil agar tidak memudaratkan buah-buah yang dibawahnya yang sedang membesar.

Seperti biasa buah ni akan bertukar kuning jika ia sudah masak.Rasa buahnya pun seperti rasa seperti buah betik yang lain,cuma manisnya banyak terdapat di bahagian atas buah sebaliknya di bawahnya.


Saya masih belum berpeluang untuk merasa hasil buah yang sudah masak ni.Mungkin ada rezeki saya dapatlah saya merasa.Jiran saya ni lah yang selalu memberi jiran-jiran hasil tanamanya seperti sayur,cili api dan ubi.Semua tu saya dah dapat.Beruntungkan dapat jiran yang rajin menanam seperti beliau.

Pesanan: Menurut katanya sudah ramai yang meminta benih buah ni,namun sukar juga untuk mendapatkannya.

Saturday, March 02, 2013

Malas nak tolong atau malas nak berhenti? Dikenali ramai pula tu...

Baru 2 hari lepas,twitter Wardina berbunyi begini pada suatu pagi yang sibuk....
Akhirnya.......

Kesimpulannya?Fikirkanlah bila perkara begini terjadi pada kita pula....

Pesanan:Wardina Safiyah adalah seorang artis terkenal...kalau kita yang tak terkenal ni kena macam mana ye...

Tuesday, February 26, 2013

Menarik lampu di pokok ni

Sewaktu berada di Kuching,Sarawak satu ketika kami singgah di sebuah masjid.

Saya perhatikan apakah yang tergantung-gantung di pokok besar yang terdapat di situ.


Setelah diamati,rupanya ianya lampu,sepertinya lampu kalimantang.Mungkin bila dipasangkan suisnya pada waktu malam,cerah jalan masjid ni.



Inilah masjidnya.Kalau siapa duduk Sarawak pasti tahu masjid yang mana ni.Saya tak ingat.Maaf ye.


Pesanan: Saya mengandaikan, lampu panjang tu dipasang,sebab tiada lampu jalan.

Semua dah tak macam dulu....

Sekarang zaman IT.... Perhubungan jauh boleh didekatkan dengan adanya handphone,telefon di rumah dan juga skype....


Sekadar gambar hiasan 

Budak-budak pun dah tak payah ajar guna handphone,laptop,Ipad,Ipod...dan macam-macam lagi,sebab semua dah pandai.Hari-hari tengok orang dewasa  pakai,budak-budak kan cepat meniru.Diorang serendah sekolah rendah dah ada handphone dan Ipad tau.


Macam-macam jenis gadjet kat pasaran...Pilih mana yang berkenan,nak mahal ada, murah pun ada.Tapi banyak keburukan juga.

Dah lama suami saya bercerita,dulu sewaktu 'time rehat' kat kantin,semua dapat berbual mesra.Macam-macam cerita masing-masing sibuk bahas dan ulas.Tapi sekarang ni,katanya pandang kanan sibuk dengan handphonenya,pandang kiri sibuk dengan Ipadnya,pandang depan sibuk dengan laptopnya,pandang belakang sibuk dengan kamera barunya.Habis tu nak berbual dengan siapa.Tak best dah..katanya...

Pernah tak korang telefon kawan ke,saudara ke,waktu korang bercakap dengan dia perasan tak macam dia dengar tak dengar je apa yang korang cakapkan.Boleh tanya balik pulak."Eh apa kau tanya tadi?"Bila tanya "kau tengah buat apa tu?".."ni tengah baca bla bla bla kat internet ni"...apa perasaan korang?

Waktu perjumpaan kat kenduri kendara pun macam tu jugakan.Hari raya pun macam tu jugakan...Dulu sibuk dengan rancangan TV sedap-sedap kan bila time raya...sekarang ni tak kisah dah dengan rancangan TV,boleh tengok kat Tonton atau You Tube kan.

Sekarang ni lagilah,banyak aplikasi baru boleh naik muat turun kat gadjet masing-masing.Kalau dalam komuter ke,dalam bas ke,takde dah yang bawa buku atau suratkhabar nak baca.Semua baca dalam internet je.Mudah je kan.

Tak seronok macam zaman dulu.seronoklah teringat zaman dulu.

Pesanan:Masa dah banyak berubah......rasa nak ulang zaman saya dulu...

Monday, February 25, 2013

Mesin pemotong rumput

Biasanya saya lihat mesin pemotong rumput yang seperti ni... Sakit belakang kalau lama-lama gendong minyak belakang tu.



 Tapi kali ni,mesin pemotong rumput semakin canggih.Kalau macam ni,saya pun boleh buat.Macam naik kereta je kan.Siap ada gear lagi tau.


Sambil memotong boleh dengar radio....


Luas padang macam ni tak letih lah kan...Kalau tak sakit-sakit belakang kan..


Saya ni jakun sikit bila nampak benda baru macam ni,kalau yag dah lama tahu wujudnya mesin ni,buat-buat tak tahulah ye..Malu pulak saya....

Pesanan: Agak-agak kalau saya yang duduk atas tu ,ramai tak yang ambil gambar saya?hehehe

Thursday, February 21, 2013

Jaga anak orang nak duit,dapat lah duit...

Betul tak?Kalau korang nak jaga sangat anak orang tapi kerana duit semata-mata dapatlah duit.

Ye.Memang ini antara rezeki yang boleh kita buat.Tapi cuba buat macam ni.jaga anak orang nakkan rezeki dan nakkan pahala.Hah!...Insya Allah dapatlah kedua-duanya.

Saya dah naik muak dengar amah ke nurseri ke pengasuh ke yang sibuk nak dera budak seolah-olah sibukan nakkan dosa.Pengalaman saya 8 tahun jaga budak,senang je.Kita jagalah macam kita jaga anak kita sendiri.Kalau salah kita marahkan,kalau time budak tu bermain,kita main sama-sama dengan budak tu.Taklah budak tu tiap kali mak bapak diorang hantar kat kita, kalau boleh nak lari langkah seribu taknak masuk rumah kita.Ada tu dahlah taknak masuk,siap menangis berguling-guling lagi.

Anak-anak jagaan saya setakat tahun ke 8 ni,takde lah pulak menangis macam kena histeria kalau ke rumah saya.Alhamdulillah...semua gembira je.Ada juga sekali-sekala menangis,bila cuti panjang,lama tak hantar,menangis juga.Tapi esok-esok tu okay je.

Saya pun pernah juga datang tension bila budak ni nangis tak henti-henti,dah beri makan,susu,salin lampin  mandi bagai,tapi masih menangis.Tapi saya senang je.Saya biarkan kejap dia nangis,lepas tu pujuklah cara budak-budak.Kadang-kadang sampai menari menyanyi bagai depan budak-budak ni nak hiburkan hati mereka.Supaya mereka merasa seronok tinggal dengan pengasuh.

Sebut je lagu apa,saya nyanyi je,tak de pulak saya dengar kritikan juri tak bertauliah.hahahaha..Diorang pun ada yang jenis tak malu,turut bersama bergoyang-goyang sama.Dah namanya budak-budak menangis tu tandanya dia sihat.Ada lah yang tak kena tu,emosi lah tu.Cuba tak menangis langsung,tak ke fobia ?

Waktu makan kita suap makan betul-betul,waktu tidur kita tidurkan dia.Alhamdulillah masa saya beri makan,tidur dan mandi setakat ni tak lari timing lagi.Semuanya dalam jadual.Barulah sambil-sambil tu boleh buat kerja rumah lain seperti sidai baju ke,layari blog ke kan.

Memasak dan kerja dapur memang saya dah uruskan pagi-pagi lagi,jadi taklah saya kelam kabut nak memasak lagi,nak jaga budak lagi.

 Satu lagi mak pak yang hantar anak ke pengasuh perseorangan macam saya ni kena percayakan pengasuh,jangan terlalu cerewet,..eh anak saya tak boleh tu,tak boleh ni...Susah juga.Boleh nak bagitau apa-apa tapi dengan nada gurau-gurau lah.Ataupun cara yang baik-baik.Ini tak di arahnya kita itu ini,macam kita ni kerja kat opis dia pulak..Siap buat muka lagi.Tak bestlah macam tu.Kita pun rasa tak seronok nak jaga anak dia.Tapi saya tak kena lagi macam tu.(orang lain yang kena hehehe)Alhamdulillah...

hmmm dah lah malas saya nak cerita banyak-banyak...susu dah siap ni,nak bagi menyusu dulu,kang kena potong gaji kang.hahaha..


 Ajar mereka dah lepas menyusu jangan sepah-sepahkan botol.Tengok pandai tak dia letak botol lepas menyusu kat atas meja.Lama-lama jadi tabiat yang baik.Kerja kita pun senang kan.

Dah habis menyusu,dah kenyang diorang pun akan tertidur dengan sendirinya.Lihat...lena kan...



Kita kena ingat esok-esok besar diorang nanti,diorang ingat kat kita ni yang pernah basuh berak kencing diorang.Makin ramai kan anak-anak yang akan mendoakan kebaikan kita nanti.Tak rugikan berbaik dengan mereka.

Pesanan:Buat baik dibalas baik,buat jahat lu fikirlah sendiri!

Tips berjimat-cermat

Oleh kerana rakyat biasa seperti suami saya ni tak mampu nak makan kat cafe hari-hari macam orang lain yang banyak duit,maka tugas isterinya adalah untuk membantu meringankan bebannya.Bayangkanlah harga lauk yang kadang-kadang tak sama setiap hari dan kadang-kadang pilih kasih.

Pilih kasih?Ye lah bila ada orang tu lauk 2-3 jenis RM4.Bila tiba time kita 1 jenis je sama lak harga RM4 juga.Tu sebab beli lain-lain masa.Mungkin orang tu ikut sukati dia je kira kot.Main agak-agak je.

Setiap pagi,saya bangun awal memasak lauk dan nasi untuk makanan tengah hari.Memang pun saya bangun awal setiap pagi.Makanan pagi tidak dilupa juga buat,untuk santapan anak-anak sebelum ke sekolah.

Jadi hasilnya bolehlah saya bungkuskan untuk suami bawa ke tempat kerja.

Kertas pembungkus nasi dan plastik untuk bungkus lauk-pauk juga getah untuk mengikat sentiasa ada stok di rumah.Jadilah saya seperti berniaga dari rumah.



Hasilnya,kita boleh letak nasi banyak dan lauk yang banyak pastinya dan tentunya air tangan isteri mesti sedap.kan kan kan....

Kalau ada polisterin lagi cantik,tapi suami kata besar sangat,dia tak suka.Padahal kalau beli kat kedai itulah yang peniaga guna.


Tengok,kalau dia bawa ke tempat kerja pun takde siapa perasan dibawa dari rumah.Mesti diorang sangka beli kat kedai makcik Julie depan tu.Homemade gitu tau...Lepas makan boleh terus buang.

Bila sebut je bawa bekal,bukan semestinya kena letak dalam bekas taperware yang biasa budak sekolah rendah bawa tu.Ada lah klass sikit kan.

Pesanan:Dulu kadang-kadang,sekarang hampir setiap hari kecuali hari Jumaat,Sabtu dan Ahad....

Wednesday, February 20, 2013

Monday, February 18, 2013

Buku ini bakal menjadi barang turun temurun keluarga

Saya terima buku ini pada tahun 1990 sewaktu berada di tingkatan 2.Saya bersama ayah ke pejabat Utusan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai penerima buku ini dan gambar saya tersiar di dalam akhbar tersebut.

 Gambar saya menerima hadiah ini diselitkan juga di akhbar Utusan Malaysia.Dan mungkin ramai yang tidak tahu,ada sebaris ayat yang memberitahu "saya akan menggunakan kamus ini untuk pelajaran saya".Sedangkan saya tidak ditanya dan tidak menjawab sebegitu.Itulah rahsia wartawan.



Sebaik mendapat buku kamus ini,saya terus tulis  nama saya di dalam buku tersebut.


Walaupun sudah hampir berusia 23 tahun di dalam simpanan saya,baru saya teringat untuk mengeluarkan buku ini dalam simpanan timbunan buku-buku lama di dalam almari saya.


Inilah bukunya.Memang saya gunakan untuk pelajaran saya.Dan tergerak hati nak keluarkan buku ni,bila anak-anak perlukan kamus di sekolah.Tapi masih juga terpaksa membeli yang lain kerana buku kamus dwibahasa saya ini hanya menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sahaja.

Apa barang lama anda yang anak-anak boleh gunakan di sekolah sekarang?Ada tak?Kongsilah.

Pesanan:Dapat yang baru,barang lama dibuang jangan.

Cantik tak dia?,dia nak kawan dengan saya...


Saya dapat e-mail darinya.Tapi yang peliknya e-mail dia masuk dalam kotak SPAM.Apa maknanya?Dia hanya sekadar untuk berkawan.Tetapi kenapa dia tak tulis lanjut tentangnya atau kenapa dia tak bagi sahaja alamat facebooknya.Mudahlah saya nak berinteraksi dengannya.

Why is this message in Spam? It's similar to messages that were detected by our spam filters. 

Ini kata-katanya dalam e-mailnya:

Assalamualaikum, I am sorry for invading your privacy,i Just saw your email  and decide to write you , If you don't mind being my friends Feel free to reply my message.Rabiah

Ada tak sesiapa kenal dia atau pernah dapat e-mail yang serupa saya.Cantiklah dia kan.

Pesanan:Sentiasa berjaga-jaga.

Sunday, February 17, 2013

Berehat seketika di Stesyen Petronas!

Biasalah bila berjalan jauh,masa perjalanan cuti-cuti sekolah ni walaupun makan masa sekejap sebenarnya,tapi dek kerana jem kereta yang banyak,perjalanan dekat menjadi jauh...

Jadi usaha pihak petronas memberikan minuman percuma sangat dialu-alukan.Apabila berehat seketika menikmati minuman panas atau sejuk,badan boleh berehat sekejap.Mata pun segar semula.

Jom berehat!

Sewaktu sedang menikmati minuman di salah sebuah stesen petronas di Kelantan,pada dinihari yang dingin,saya terpandang pada sebuah banner yang direntangkan di situ.Jom lihat!

Tengok tulisan yang atas tu,bukan yang bawah tu tau!
Katanya di situ "Sekiranyo ado silap,tulung royak weh" "Kami sedia ditegur"

Bila saya membacanya hati bertambah sejuk.Walaupun tak jumpa lagi silapnya sewaktu mengisi minyak kereta disitu.Apa yang saya suka sangat dengan rakyat Kelantan ni,bahasanya sentiasa berada di atas walaupun dimana mereka berada.Bila kita yang tak pandai bahasa diorang ni,bila sebut semula perkataan yang ditulis tu,terasa benar pandai berbahasa Kelantan...hehehe

Okaylah...buat pemandu di luar sana,pastikan rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan anda.

Pesanan:Alhamdulillah selamat sampai Lipis jam 1 pagi,setelah menghantar anak ke asrama di Kelantan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...