Dalam Episod 1 hari tu, saya dah cerita tentang Nasi Lemak
Kemudian, dalam Episod 2, saya telah menceritakan tentang Nasi Kerabu..
Kali ni...
Saya nak cerita tentang Nasi Dagang.
Ha..
Ni lagi satu..
Mak mertua saya sangat confident yang Nasi Dagang ni asalnya Terengganu.
Meh sini nak cite..
Rujukan saya adalah http://arung-bugis.blogspot.com/2012/09/asal-usul-nasi-dagang-tersimpan-rahsia.html
Penulis blog ni kata...dia pernah jumpa orang 'lama' dan kata orang lama itu, nasi dagang ni asalanya adalah dari orang Bugis... Bukannya dari orang tempatan negeri Terenganu.
(Sian mak...sume makanan tengganu bukan dari tengganu upenye...)
Dan penciptaannya adalah secara tak sengaja..
(Ala..ala..cite macam Nasi Lemak tu lah..)
Cerita dia macam ni..
Dulu-dulu, masa nak sambut Hari Raya Aidilfitri,
setiap kampung akan mempersembahkan makanan istimewa masing2 kepada sultan di istana.
Pada masa itu, kiranya kali pertama bagi orang-orang Bugis
(yang ketika itu menumpang di negeri Terengganu) untuk menyediakan juadah untuk sultan.
Mereka bercadang untuk menyediakan Burasak, sejenis makanan istimewa orang Bugis yang rupanya seperti ketupat dalam daun pisang yang dimakan bersama gulai ikan parang.
Orang Bugis ini pun mempersiapkan bahan2nya; beras, kelapa, daun pisang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, oleh kerana ketika itu bukan musim ikan parang, mereka menggantikannya dgn ikan aya (ikan kayu/tongkol) kerana ada yang mengatakan rasanya seakan sama.
Dan sebab istimewa untuk Sultan, mestilah juadah ini hendak dihidang fresh pada hari Raya. Maka, mereka merancang untuk memasak juadah istimewa orang Bugis ini sehari sebelum Hari Raya, secara bergotong-royong.
Tapi, nak dijadikan cerita, pada malam itu, dengan kuasa Allah, anak bulan telah kelihatan dan Hari Raya jatuh pada keesokan harinya. Dalam hati mereka, sudah tentu tidak sempat sbb Burasak ni cara penyediaannya memakan masa.
Perbincangan tergempar dilakukan.
Dan, mereka bercadang untuk meneruskan sahaja rancangan mereka dgn menu Burasak pada malam itu juga. Pada pendapat mereka, jika tidak banyak, sedikit pun sudah mencukupi, untuk dipersembahkan pada Sultan sebelum solat Aidilfitri keesokan harinya.
Bagi memastikan Burasak yang disediakan masak dengan segera apabila direbus nanti, maka ada yang mencadangkan agar nasi dikukus terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan santan yang dimasak. Ikan kayu (bagi menggantikan ikan parang) pula dimasak dengan agak lama agar tulang-tulangnya menjadi lembut.
Tergesa-gesalah orang-orang Bugis ini mengukus nasi untuk dijadikan Burasak, sebaik sahaja solat Maghrib. Dalam keadaan kelam-kabut itu juga, sukatan santan yang dicampur ke dalam beras juga telah terlebih daripada biasa.
Cerita tentang orang-orang Bugis mahu menyediakan juadah istimewa ini telah sampai ke pengetahuan sultan di istana. Sultan pun amat teringin untuk melihat kerja orang Bugis itu dan mengajak beberapa pembesar untuk melawat kampung orang Bugis.
Orang-orang Bugis yang masih dalam keadaan kalut, tidak menyedari dengan kedatangan Sultan.
Sebaik sahaja sultan muncul bersama beberapa pembesar, ketika itu nasi telah diletakkan ke dalam bekas dan dicampur dgn santan serta telah digaul mesra dalam keadaan masih berasap. Rancangan mereka, mahu membungkus dalam daun pisang sebaik sahaja ia sejuk sedikit.
Bertanyalah salah seorang pembesar, "makanan apa yang sedang dibuat itu?"
Maka, dijawab, "buat burasak".
Pertanyaan itu terhenti di situ kerana pembesar itu menyangka orang Bugis itu berkata yang nasi itu masih 'berasap'. Tambahan pula, loghat percakapan orang Bugis dan tempatan agak banyak bezanya.
Bau harum santan dan daun daun pisang serta dari wap nasi yang dikukus itu telah membuka selera Sultan. Tiba-tiba, Sultan bertitah, "beta mahu merasa sedikit makanan ini."
Maka, nasi yang dicampur santan itu telah dipersembahkan kepada Sultan bersama gulai ikan aya. Keadaan menjadi sunyi seketika..
Semua mata memandang ke arah Sultan..
Sultan tersenyum lalu bertitah, "beta mahu 'nasi orang dagang' ini dipersembahkan kepada beta untuk santapan pagi esok." Orang Bugis tidak terkata dan terus mengangguk serta tidak pula mencelah. Rancangan mahu menyediakan Burasak tidak kesampaian.
Bermula dari hari itu, Burasak yang tidak siap sepenuhnya itu dipanggil 'nasi orang dagang'...
Dipendekkan lagi...'Nasi Dagang'..
Sultan Terengganu dikatakan amat menggemari nasi yang dibuat oleh orang Bugis itu.
Sehingga kini, rahsia orang Bugis mahu menyediakan Burasak menjadi rahsia.
Mereka takut Sultan murka kerana mempersembahkan santapan hidangan yang belum disiapkan sepenuhnya. Dengan itu, orang Bugis mengambil keputusan untuk tidak membuat Burasak lagi di Aidilfitri sepenuhnya untuk hidangan Sultan, risau jika rahsia mereka terbongkar.
Bagi menghilangkan kempunan orang Bugis untuk merasai Burasak, mereka yang teringin untuk makan burasak, telah membuat pilihan dengan makan ketupat atau nasi himpit bersama gulai ikan aya yang telah dimasak itu.
Kesedapan nasi buatan orang dagang itu telah tersebar begitu cepat, ramai yang ingin merasainya dan akhirnya nasi dagang telah menjadi makanan tradisional orang-orang Terengganu terutama ketika menjelang sambutan hari raya dengan penambahbaikan rasa mengikut peredaran masa.
Bagi mengelakkan percakapan yang mengandungi perkataan burasak heboh, ianya telah dialihkan kepada perkataan ‘berasap’, dengan digabungkan ‘pengayuh’(disebut; ‘pe-nga-nyuh’) iaitu pendayung bagi merujuk pekerjaan orang Bugis iaitu nelayan; `pe-nga-nyuh basah dapur berasap’. Yang membawa maksud ‘Bila bekerja barulah mendapat hasilnya’.
Sehingga hari ini, rahsia resepi burasak itu tersembunyi dalam nasi dagang dan tidak banyak diketahui orang. Bagi orang-orang Terengganu yang berketurunan Bugis, mereka masih lagi boleh dikenal apabila makan nasi himpit bersama gulai ikan aya.
Macam mana?
Percaya?
Tidak diketahui tahap kebenarannya...
Tapi...disitu boleh nampak logik cerita..
Mungkin juga benar..
Walau apapun...
Nasi Dagang bukanlah makanan kegemaran saya..
Kalau ada depan mata, saya makan...
Kalau ada nasi lemak...of course ambik nasi lemak..
Kiranya, nasi dagang ni macam last choice la...
Kalau takde, tak pernah mengidam..
Dah bukan makanan azali saya sejak kecik.
Tapi, kalau suami saya...
Dibuat datang ngidam....kene juga cari..
(sbb isteri dia tak pandai masak nasi dagang ni)
Lepas tu complain, kata tak ori lah..
Kat kampung suami, Nasi Dagang Meklah paling terkenal..
Masa Hari Raya...ramailah yang berkunjung ke rumah makcik tu untuk merasai air tangannya
Kata suami, "Nasi Dagang Meklah tak leh lawan yang mak punyer"
Sampai sanggup mengeluarkan pernyataan sebegitu..
Bagi saya...
Sama jek rasa..
Sorry lah ye...nasi dagang ni tidak lekat rasanya di lidah saya
(Uiiishh...ayat berlagak tu...nanti ko ngidam nasi dagang meklah, baru ko tahu)
Wallahua'lam