Showing posts with label Indahnya Islam. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Islam. Show all posts

10 June 2013

Keberkatan Surah Yasin


  • Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
Credit to: dietexpertnj.wordpress.com 


  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Credit to: inspirasimenujusyurga.blogspot.com


  • Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Credit to: sangbelantara.blogspot.com


  • Jika terpenjara akan dibebaskan.
Credit to: smallnicecomic.blogspot.com 


  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Credit to: rickyonefirdaus.blogspot.com -


  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Credit to: sumpenaatoo.blogspot.com


  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Credit to: www.lamankongsi.com -


  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Credit to: www.rawatankencingmanis.com 


  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya




  • Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


  • Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.


  • Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


  • Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
 
Wallahua'alam
 


Amalan di Bulan Syaaban

 
Assalamualaikum...
Hari ni adalah 1 Syaaban, moga bulan Rejab yang berlalu adalah bulan Rejab yg terbaik.
Kini, kita semakin hampir dgn Ramadhan...penghulu segala bulan.
 
Nabi bersabda:
“Rejab adalah bulannya Allah...
Syaaban adalah bulanku, dan...
Ramadhan adalah bulan umatku.”
 
 
Hari yang paling istimewa dlm bulan Syaaban adalah pada 15hb yang dinamakan Nisfu Syaaban
dimana pd malam tersebut segala buku catatan amalan kita diangkat oleh malaikat
dan ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.
 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu Maghrib,
(15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).
 
Dikatakan malam Nisfu Syaaban adalah malam yg penuh berkat & rahmat
selepas malam Lailatul Qadar.
Saiditina Aisyah meriwayatkan Nabi tidak tidur pada malam tersebut:
 
Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang
dgn sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.
Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak.
 
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya,
Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan
dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu
dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu.
Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
 
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban
dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar,
memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar)
dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
 
 
Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah  segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
 
Antara amalan yg boleh dilakukan adalah:
 
Solat Sunat Nisfu Syaaban
Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail
Dilakukan 2 rakaat:
Rakaat pertama: Surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah al-fatihah dan Surah al-Ikhlas
 
 
Setiap kali sujud (slps baca tasbih sujud), bacalah
Doa Sujud Solat Sunat Nisfu Syaaban
 
 
Selepas memberi salam, bacalah
Surah Yasin tiga kali
(sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah
- memanjangkan umur
- menambah rezeki
- menetap dan meningkatkan iman
 
 
Akhir sekali, bacalah
Doa Nisfu Syaaban
 
 
Terdapat khilafiah berpendapat terhadap amalan ini,
terpulanglah kepada kita.Walaubagaimanapun,
jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal
seperti membaca al-Quran dan sebagainya,
tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa
dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali
 
Selain dari itu, kita juga digalakkan utk berpuasa dalam Bulan Syaaban kecuali pada 30hb Syaaban.
 
Moga hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam, kerana itulah golongan orang yg beruntung..
Barangsiapa hari ini SAMA dgn hari semalam, itulah golongan orang yg rugi...
Tetapi...
jika hari ini adalah LEBIH TERUK dari hari semalam, maka dia di kalangan org yg celaka...
 
Wallahua'lam..
 
 
Rujukan:

05 June 2013

Siapakah Orang Yang...

 
Kekadang melihat syiling...termenung...terkenangkan..
Angin bayu di tepi pantai...
Desiran ombak...
Bunyian sibuk kereta di kotaraya..
Dengkuran suami di sebelah, sambil lengannya menjadi bantal utk saya...
Makan malam bersama di restoran...sambil berbual dan ketawa..
 
Terlalu rindukan suami, rumah dan suasana di luar sana.
4 bulan terkurung...dan saya perlu bertahan untuk 2 bulan lagi..
 
Astaghfirullah...semuanya bisikan nafsu, saya berbisik kecil
Hati dan jiwa menjadi kacau apabila kesunyian dan kerinduan menghantui diri..
Al-Quran dibaca tanpa henti...pohon ketenangan jiwa dari Allah..
 
Bila menghadap komputer, mula mencari tazkirah..
Moga menjadi ubat hati yg tidak keruan.
 
 

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

 
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


 
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.



Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

 

26 May 2013

Kenapa Saya Mahu Hamil?

 
Pada hari ini saya menerima emel dari suami yang bertajuk, "Beruntungnya Wanita Mengandung".
Kagum saya melihat kelebihan2 wanita hamil. Syukur rasanya... 
Ini membuatkan saya tertanya2 dan terus mencari maklumat yg lebih banyak di dalam internet.
 
Sesiapa yg ada membaca entry saya yg bertajuk '15 Perkara Tak Best Semasa Hamil', maka bacalah entry saya kali ini. Kita akan rasa sangat bersyukur dan bertuah menjadi seorang wanita, lebih2 lagi apabila kita telah berkahwin, hamil dan memiliki anak.
 
Ini menguatkan lagi tekad saya untuk berjuang demi seorang zuriat, demi keredhaan Allah, untuk suami tersayang...dan moga mendapat ganjaran pahala yg besar disisiNya, InsyaAllah.
 
 
 
Sebagai Seorang Wanita

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin.

Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya, ia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halim Wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaaan dan aku mohon ampun kpd Allah dari segala dosa)", maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui Siratul Mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, spt darjatnya 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidnya.

credit to: femina.my


Sebagai Seorang Isteri

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya maka akan memasuki syurga.

Jika wanita melayan suami tanpa disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita melayan suami bila disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari Yakut.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih maka akan mendapat pahala jihad.

Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Jika wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap2 kalimah ucapannya, tiap2 langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan para Nabi.

credit to: www.jomberita.com
 
 
Apabila Berbakti Kepada Suami

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir maka akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” maka Allah akan berkahkan rezekinya.

Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan

Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kpd suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya, matanya yang buta menjadi celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

 “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yg dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
 
“Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai2 serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman drp taman di syurga dan dicatatkan oleh Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia ketika melintasi Titian Sirat."
 
 


Apabila Hamil

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadah pada malam hari. Ini disebabkan kerana wanita hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil. Ini adalah kerana wanita hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin tersebut turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan2 solat dan ikut sujud bersama.

 
 
Apabila Hendak Bersalin

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.

 
 

Ketika Menyusukan Anak

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya maka akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang menangis, maka Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

credit to: www.hsc.wvu.edu

 
Apabila Berjaga Malam Menjaga Anak

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan apabila dia menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah

 
 

 
Apabila Menjadi Seorang Ibu

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang2 yg memerhatikannya."

Dari Aisyah ra, “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 
 
 

Ada pihak di luar sana, menggunakan alasan wanita bagi mengelakkan individu yg menerima hidayah Allah daripada memeluk Islam.
Katanya, wanita dalam Islam tidak dilayan sama adil dengan lelaki,
benarkah?
 
Memang benar, bahawa wanita...
  1. Auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
  2. Perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Saksinya (jumlah apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
  4. Menerima harta warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
  5. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  6. Wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya dalam (hal-hal tertentu).
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Kurang "selesa" dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
 
Tetapi, jika dilihat...sebenarnya
  1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
  2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya?
  3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
  4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
  5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.
 
 

25 May 2013

14 Amalan Ibadat Untuk Peroleh Zuriat

 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Sebelum ini, saya ada berkongsi entry yg bertajuk 'Makbulkah Doa Anda'.
Kali ini ia umpama kesinambungan daripada entry tersebut.
Saya perhatikan banyak blog-blog di dalam maya ini yang menceritakan amalan-amalan doa atau zikir yang boleh diamalkan sekiranya ingin memperolehi zuriat.
 
Dalam entry saya kali ini, saya akan combine semua yang saya perolehi samada dari alam maya dan juga pembacaan buku/majalah. Saya tidak dapat menyenaraikan rujukan/sumber kerana amalan2 ini boleh didapati dimana-mana. Ada juga yang dicadangkan oleh keluarga dan kawan-kawan.
 


1. Amalan yang dicadangkan oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah
- Baik dilakukan oleh isteri dan suami
- Selama 15 hari berturut-turut, dan teruskan sekiranya masih tiada hasil
- Saya lakukan bermula dari hari pertama haid (hari pertama suntikan Gonal-F sebelum IUI)

Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari;
  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian Selawat Nabi 3x
  • Setelah itu sujud
  • Dan baca Kalimah Syahadah 101x
  • (Semasa masih dalam sujud), mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan: “Ya Allah, kurniakanlah kpd hambaMu zuriat yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat"
  • Kemudian tutup doa dgn bacaan Selawat Nabi 3x


2. Sebelum jimak, suami hendaklah:
  • Baca Bismillah
  • Melafazkan zikir "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) 11x
  • Baca doa memulakan jimak


credit to: widyadarablog.blogspot.com
Semasa prosedur IUI, suami dan isteri boleh bacakan doa ini ketika prosedur sedang dilakukan.
Bagi prosedur IVF, bacakan ketika prosedur Embryo Transfer.



3. Beberapa amalan zikir yang isteri boleh amalkan setiap hari
- Jika mahu lebih konsisten, bacakan selepas setiap kali solat
- Lebih baik dibacakan ketika setiap kali masa lapang, tanda kita sentiasa mengingati Allah
- Saya bacakan zikir2 ini selepas prosedur IUI atau Embryo Transfer (IVF). Ketika itu, kita perlu baring dalam 30 minit - 1 jam. Zikirkan dengan penuh keyakinan dan pengharapan (lebih elok berzikir daripada berbual2)
  • "Ya Khaliq" (Maha Pencipta), "Ya Baarii" (Maha Merancang), "Ya Musawwir" (Maha Menjadikan Rupa Bentuk) 1000x sehari
  • "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan AdaNya) 333x sehari
  • "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x - tiupkan dalam air dan minum


4. Mengamalkan surah tertentu setiap hari (suami dan isteri)
- Saya amalkan surah Maryam, hampir setiap hari
  • Surah al-Fatihah -  baca 41x antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh dan amalkan selama 40 hari
  • Ayat Kursi - menghindar 1000x kesukaran dunia dan 1000x kesukaran akhirat
  • Surah Maryam - mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat
  • Surah Yusuf - murah rezeki & diberi kemuliaan, terhindar drpd kesulitan hidup
  • Surah Yasin - ditunaikan segala hajat
  • Surah Kahfi - murah rezeki (baca malam Jumaat)


5. Amalan ini dicadangkan oleh Ustaz Hanafi Abdul Malek, semasa rancangan Tanyalah Ustaz
- Saya tidak lakukan kerana tidak tahu sebelum ini
  • Ambil segenggam kurma (lebih kurang 4 biji)
  • Kisarkan bersama 2 gelas susu kambing
  • Suami dan isteri minum segelas seorang
  • Amalkan sekali seumur hidup (sudah mencukupi)


6. Amalkan Doa Nabi Zakaria;
- Setiap kali selepas solat fardhu dan sunat
- Semasa bermusafir
- Sebelum berbuka puasa
- Doa ini memang perlu hafal dimulut dan dihati - amalkan setiap masa
- Sebaiknya, sebelum membaca doa ini, baca dahulu:
                   - Istighfar 11x
                   - Selawat Nabi 11x
                   - Al-Fatihah 1x
                   - Ayat Kursi 1x

  • Surah al-Imran, ayat 38
credit to: http://umminiena.wordpress.com
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

  • Surah al-Anbiya, ayat 89
credit to: http://umminiena.wordpress.com
:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”



7. Perbanyakkan bersedekah

credit to: ayuaaicantek.blogspot.com 

  • Sedekah membuka pintu rezeki
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

  • Setiap harta yang dikeluarkan akan dibalas dengan 700x ganda dan dikurniakan kehidupan yang mudah
Allah Ta’ala berfirman:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”
(Al Baqarah (2) : 261)

  • Bersedekahlah, walau dimana sahaja Yang penting apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Kemudian, mintalah mereka mendoakan untuk kita agar dikurniakan Allah dengan zuriat yg soleh



8. Amalkan Solat Sunat Dhuha
- Waktu: selepas naik matahari (dalam pukul 8pg) sehingga sebelum masuk waktu Zohor
- 2 rakaat atau 4, 6, 8 atau 12 rakaat, dgn 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam
- Niat: Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala

credit to: www.silampuneon.com 

  • Solat Dhuha mendatangkan rezeki
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
 
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
 
  • Diampunkan dosa, walaupun seperti buih di lautan
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
  “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
 
  • Saya tidak mampu mengamalkan Dhuha setiap hari akibat kekangan kerja (walaupun itu bukan alasan), tetapi banyak kisah yang saya dengar...apabila berhajat dan mengamalkan Dhuha, Allah telah makbulkan hajatnya


9. Amalkan Qiyamullail (Bangun Solat Malam)
- Terutamanya ketika bulan Ramadhan, dan 10 hari terakhir
- Jika dapat melakukan Qiyamullail pada malam Lailatulqadar - InsyaAllah dimakbulkan
- Waktu: tenggelam matahari sehingga terbit fajar sadik (antara Maghrib dan Subuh)
- Waktu terbaik: sepertiga malam terakhir (lebih kurang jam 4 pagi)
- Solat sunat yang boleh dilakukan:
                  - Solat Tahajjud
                  - Solat Taubat
                  - Solat Hajat
                  - Solat Tasbih
                  - Solat Istikharah
                  - Solat Witir
credit to: mmpendang.blogspot.com

  • Waktu paling afdal dan paling mustajab doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.”
(HR Muslim)
 
  • Lebih baik dari dunia dan seisinya serta darjatnya diangkat disisi Allah
Sabda Rasulullah:
"Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya"
(HR Adam bin Abu Iyas)
 
  • Cuba seboleh-bolehnya mengamalkan Qiyamullail setiap malam, sekurang-kurangnya 2 rakaat Sunat Tahajjud. Saya dan suami bersungguh2 melakukan Qiyam di bulan Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir


10. Khasiat ayat 5-15, Surah Maryam
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Berpuasa pada hari Jumaat
  • Ketika berbuka, makan kurma sahaja (jgn minum air atau makan mknn lain)
  • Solat Maghrib dan kemudian makan makanan yang ringan (roti, kurma, kuih manis) dan jangan minum air lagi
  • Tuliskan ayat2 ini pada bekas kaca dgn berdakwatkan madu lebah yg tidak disentuh api (madu asli)
  • Kemudian, hapuskan tulisan ini dgn air mutlak - ketepikan
  • Ambil 223 biji kacang putih, baca ayat ini pada biji2 kacang ini
  • Kemudian rebus kacang2 ini dgn api yg besar
  • Sementara tunggu masak, hendaklah suami dan isteri menunaikan solat Isyak secara berjemaah
  • Selesai solat, baca surah Maryam dari mula sehingga habis
  • Kemudian, masukkan air hapusan madu lebah tadi ke dalam rebusan kacang
  • Sebaik2nya, tambah sedikit dgn air anggur
  • Bahagikan campuran kpd dua, minum/makan sehingga habis (suami dan isteri)
  • Setelah selesai, tidurlah satu jam dan kemudian bangunlah utk 'bersama' dgn isteri
  • InsyaAllah...pada malam itu juga Allah akan permudahkan jalan utk mendapatkan zuriat
  • Amalkan selama 3 kali Jumaat secara berturut2


11. Khasiat ayat 3 Surah Al-Fatihah
 (Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Tulis sebanyak 19x (ayat ini) pada sekeping kertas
  • Jadikan azimat oleh wanita yg inginkan zuriat
  • InsyaAllah, dengan berkat nama Allah ini, akan dikurniakan zuriat yang soleh



12. Khasiat Surah Ali-Imran
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Surah ini jika ditulis dengan menggunakan za'faran
  • Kemudian digantung pada perempuan yang inginkan anak
  • InsyaAllah, hamil


13. Khasiat ayat 12-14 Surah Al-Mukminun
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Tulis ayat ini pada 7 helai daun limau
  • Kemudian, telanlah daun tersebut
  • Lalu, minum air susu lembu yg bewarna kuning
  • Amalkan selama 3 hari berturut2
  • InsyaAllah, hamil


14. Khasiat gabungan surah-surah tertentu
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Sediakan botol minuman (air minum)
  • Bacakan:
             - Surah Al-A'la 70x
             - Surah Al-Insyirah 70x
             - Surah Al-Qadr 70x
             - Surah Al-Kafirun 70x
             - Baca ayat dibawah 70x
credit to: faisalchoir.blogspot.sg -
                - Baca ayat dibawah 70x


  • Diminum air ini oleh wanita yang mahukan zuriat
  • InsyaAllah, dikurniakan baginya zuriat yang soleh



 Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. InsyaAllah...