TENTU saat-saat ini rakyat Malaysia sedang
bergembira dan bersorak kerana kemenangan Pakatan Harapan.
Beberapa mitos telah dipecahkan.
SPR kononnya tidak adil, curang, dan
menipu untuk memenangkan kerajaan sedia ada.
Ya, hari ini mitos ini lenyap
setelah kalahnya Barisan Nasional.
` Mitos selama ini bahawa negara akan
huru-hara telah dipecahkan. Negara tidak anarki dan darurat.
Negara aman.
Bekas Perdana Menteri tidak
melakukan huru-hara untuk menggagalkan peralihan kuasa secara aman seperti yang
didakwa oleh musuh-musuh politiknya selama ini.
Orang bukan Islam juga tidak
berkuasa sebagaimana yang didakwa oleh UMNO.
Ya, mereka tidak menjadi Perdana
Menteri Malaysia.
Benarkah ia begitu?
Ramai orang Melayu yang masih
bergembira sehingga mereka lupa bertanya, apakah yang mereka dapat dengan
menumbangkan kerajaan?
Apakah perubahan yang mereka akan
dapat?
Tentulah ini memerlukan masa untuk
menilai apa yang akan terjadi.
Jangan mudah mengambil kesimpulan,
ular pun tidak terus membelit secara mengejut. Ia akan melakukan secara
perlahan-lahan untuk melemah dan menghancurkan mangsanya. Kita tidak patut
menyerbu tergesa-gesa kerana ia boleh membuatkan mangsa terkejut dan bertempiran
lari.
Jangan terlalu mudah membuat
kesimpulan.
Berfikirlah secara rasional.
Adakah dengan orang bukan Islam
menjadi Perdana Menteri baru kita akan akui negara ini sudah dikuasai orang
bukan Islam?
Ia tidak semestinya begitu. Perkara ini
telah dijelaskan sebelum ini secara panjang lebar.
Apabila anda tunduk dan mengalah
kepada mereka pun, itu juga suatu kekalahan untuk anda.
Malanglah kepada orang-orang Melayu
yang terus bersorak dengan perubahan yang mereka lakukan, sedangkan mereka
tidak menyedari apa hasil dan akibatnya kepada diri mereka dan negara.
Dengan ungkapan “saya bukan orang
Cina, tetapi saya orang Malaysia,” ramai orang muda yang bergembira, walhal ia
hanyalah ayat perang saraf untuk mengelabui realiti sebenar. Perkataan yang
benar, tetapi ia bermaksud jahat.
Jika anda mahu melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan norma dan nilai masyarakat, sudah tentu anda tidak
melakukannya secara tergesa-gesa.
Adalah bodoh jika anda mengharapkan
ahli-ahli politik menunjukkan belang sebenar mereka setelah mereka berkuasa.
Katak pun akan melompat keluar jika
dicampakkan ke dalam kawah yang menggelegak airnya.
Anda sepatutnya diletakkan di dalam
periuk berisi air di atas tungku api. Air akan dipanaskan secara perlahan-lahan
sehingga anda merasa selesa, nyaman dan seronok, sehinggalah anda terleka. Ketika
itu anda tidak dapat menyelamatkan diri lagi apabila air mendidih.
Teruslah bergembiralah rakyat
Malaysia, tiada perkataan atau ayat yang boleh saya katakan lagi, melainkan
anda sendiri yang akan mengalami hari-hari esok di bawah pemerintahan baru.
Secara hikmahnya, jarang orang akan
mempercayai apa yang didakwa oleh orang lain. Jadi, biarlah pertukaran ini
melepaskan beban kepada mereka yang selalu memberi nasihat agar kerajaan sedia
ada dipertahankan.
Ia seperti kita berkata kepada
seseorang, “kawan, di sana ada sesuatu...”
Orang itu tidak akan mempercayainya
sepenuh hati, melainkan dia sendiri sampai ke tempat itu dan melihat dengan mata kepalanya sendiri.
Apa yang boleh saya katakan adalah,
jangan lekas membuat kesimpulan kerana politikus tetaplah politikus.
Pengajaran terbaik itu hanya dengan
melaluinya sendiri.
Oleh: AZMAN
HUSSIN
No comments:
Post a Comment